Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Tuntutan. Show all posts
Showing posts with label Tuntutan. Show all posts

11 April 2023

Wow... Satu Perkembangan Menarik

Bhai/DeeDee semua...

Sepatutnya dah lama Kerajaan Malaysia buat benda nih... Once depa lancarkan perang bersenjata kedalam sempadan negara kita... semua nama-nama nih kita publish dalam senarai merah Interpol sebagai pengganas yang dikehendaki...

Biler kita buat macam tue... segala tuntutan yang mereka akan buat selepas itu akan menjadi sia-sia... sebab mereka telah diklasifikasikan pengganas menyerang kedaulatan Malaysia...

Tapi itu la... Kerajaan Malaysia terlalu baik...

Dan itu sebenarnya memakan diri kita.... cuma tindakan yang dibuat sekarang nih harapnya akan dapat meletakkan satu standard dimasa akan datang demi keselamatan dan kedaulatan Malaysia... Ini caranya untuk mengajar mana-mana pihak yang mengancam keselamatan dan kedaulatan Malaysia... ini caranya untuk mengajar mereka apa itu undang-undang...

Satu perkembangan menarik nih..

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL


Kerajaan mengisytiharkan salah seorang ‘waris’ Kesultanan Sulu sebagai pengganas, menurut Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri Khairul Dzaimee Daud.

Katanya, keputusan itu dibuat Kementerian Dalam Negeri terhadap Fuad A Kiram berhubung peranannya dalam pemberontakan Lahad Datu di Sabah sepuluh tahun lalu.

Fuad juga merupakan salah seorang daripada lapan individu yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, yang terlibat dalam pertikaian undang-undang antarabangsa dengan Putrajaya berhubung tuntutan mereka untuk mendapatkan AS$14.92 bilion daripada Malaysia.

"Salah seorang penuntut sebagai pengganas. Fuad A Kiram, terlibat dalam kes Tanduo, dan sekarang ini telah diklasifikasikan pengganas pada 6 april 2023, bawah Seksyen 66 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001,” katanya.

05 April 2023

Alhamdulillah... Akhirnya

Bhai/DeeDee semua...

Alhamdulillah... Akhirnya dapat juga semua pihak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku pada nahas udara pada 1976 tue.... Nahas yang dikenali sebagai Double Six tue...

Terima kasih buat Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim... 

Harapan agar tiada lagi dolak dalik yang melambatkan proses nyahklasifikasi dan nyahsulit nih....

Alhamdulillah....

Akhirnya

02 March 2023

Tuntutan Sulu, Siapa Dalang Disebalik Semua Ini?

Bhai/DeeDee semua...

Isu tuntutan Waris Sultan Sulu terhadap Sabah tu sudah jadi isu besar. Kalu tak ditangani segera lagi kronik masalahnya.

Apa yang pasti… Ada dalang besar dibelakang semua tuntutan ini. Ada pihak yang sedang mencari laba.

Dalam banyak-banyak syarikat milik bertaraf GLC yang boleh dikacau ganggu oleh waris Sultan Sulu ini, kenapa dijadikan sasaran syarikat terkait petroleum.

Apa motif sebenarnya.

Dari apa yang gua nampak, ada semacam satu dalang besar yang sedang nak menguji peluangnya untuk mengambil alih aset negara sebanyak yang boleh. Cuma gua takmo “create” kan insiden diplomatik. Itu ja. 

Sebab kalu gua petik satu nama tue… yang gua suspek berada dibelakang tuntutan waris Sultan Sulu nih… pastinya akan menimbulkan satu kegusaran di peringkat antara dua negara.

Gua tau penama tu tengah “sesak” dan ini ja cara paling sesuai untuk dia dapatkan dana besar dan sekaligus menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapinya..

Waris Sultan Sulu maybe hanya dapat sekitar 10 hingga 15% jer nanti hasil dari tuntutan besar nih…

Hahaha


22 December 2022

Semoga MA63 Diselesaikan Dengan Baik

Bhai/DeeDee semua..

Gua dari dulu lagi tekankan bahawa isu MA63 perlu diselesaikan dengan cepat, kemas dan baik... Ianya sebab perjanjian yang dah lama di tuntut untuk dilaksanakan... Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia atas dasar sebuah negara... bukannya negeri.. jadi mereka ada autonomi sendiri... 

Mereka berhak menentukan apa sahaja berkaitan dengan negara mereka berdasarkan autonomi yang telah dipersetujui dalam Perjanjian MA63..

Jadi tindakan Anwar Ibrahim memberikan kembali kuasa mengawal selia gas kepada Sabah adalah satu usaha terpuji... sama seperti sebelum ini Sarawak telah mendapat hak mereka.... Dan harapnya Sabah dapat memanfaatkan perkara ini untuk kebaikan dan kelestarian Sabah itu sendiri... Janganlah tiris di mana-mana dalam pengurusan kewangan yang agak besar ni...

Terima kasih buat YDP Agong yang memperkenankan perkara ini berlaku...


Kerajaan Persekutuan membuat keputusan memindahkan kuasa kawal selia bekalan gas kepada kerajaan negeri Sabah seperti yang diberikan kepada Sarawak sebelum ini.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tarikh pelaksanaan kawal selia oleh kerajaan negeri Sabah itu akan ditentukan selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Kita pindahkan kuasa kawal selia bekalan gas yang dahulunya di peringkat Petronas Persekutuan kepada Sabah dan ini juga berlaku untuk Sarawak.

“Kuasa peletakan harga dan perjanjian baharu dahulunya diputuskan di pusat, tetapi dengan pemindahan ini, ia menetapkan kuasa kepada Sabah,” katanya di Perdana Putra di sini tadi.

13 July 2022

Dimana Silapnya Sehingga Aset Petronas Dirampas Waris Sultan Sulu?

Bhai/DeeDee semua...

Pertama sekali gua nak nyatakan bahawa tindakan perampasan aset Petronas oleh waris Sultan Sulu tu adalah mengikut undang-undang tetapi secara ex-parte. Jadi proses itu tidaklah semudah yang disangka kan.

Persoalan undang-undang terkait insiden nih memang sudah dijangka... Semua ini berlaku bilamana Najib Razak secara tepatnya selaku Perdana Menteri pada 2013 telah mengarahkan supaya pembayaran nilai pampasan tahunan sebanyak RM5k ++ kepada Sultan Sulu dihentikan serta merta selepas insiden Lahad Datu.

Dan ini membawa kepada tuntutan pampasan yang lebih besar oleh waris Sultan Sulu kepada mahkamah timbangtara di Peranchis dan Sepanyol.

Isu yang kita patut tanya... adakah Bailif dari Luxemburg boleh menguatkuasakan arahan tahan aset itu mengikut perjanjian Kesatuan Eropah (European Union) atau ianya hanya terpakai dalam negara ianya diputuskan sahaja iaitu Peranchis.

Satu lagi yang menjadi isu adalah berkaitan kesahihan susur galur keluarga (lineage) waris Sultan Sulu tersebut. Siapa dia yang menjadi penama dalam kes ini. Dan siapa yang mendanai proses guaman dan mahkamah kes ini...

Itu semua kita kena tanya ... supaya adakah sah tuntutan yang dinyatakan atau ianya sekadar tuntutan rambang semata-mata.

Apa pun... kita biarkan proses undang-undang berjalan.



15 January 2021

Syarikat Insuran / Takaful Pasti Akan Mengelat

Bhai/DeeDee semua...

Satu perkara yang gua pasti.... benda yang gua nak bagitau nih memang pasti... aderlah Syarikat Insuran / Takaful pasti akan mengelat... 

Kita semua pasti tahu dalam semua polisi insuran, ader klausa dan terma yang mengatakan bahawa pihak syarikat Insuran / Takaful tidak akan menanggung apa-apa tuntutan pampasan insuran / takaful bilamana berlakunya keadaan darurat didalam negara dimana pemegang polisi sedang berada semasa tuntutan itu dibuat... Gua dah citer bab ni semalam..

Kalau betul sepertimana yang di"canang"kan oleh PIAM, LIAM dan MTA berkenaan pihak Insuran / Takaful tetap akan menanggung tuntutan pampasan daripada pemegang polisi... pada gua itu semua mengarut.. Sebab dalam polisi telah tertera isu Darurat ini.

Jika benar ianya dicover... tentunya pihak syarikat Insuran / Takaful sudah memaklumkan kepada semua pemegang polisi... dan para pemegang polisi dikehendaki menandatangani satu akuan baru sebagai caveat dalam polisi sedia ada.... 

Persoalannya... aderkah ianya dibuat sedemikian?



20 November 2013

PAS Penang Makin Kelaut

Bhai/DeeDee sekalian....

Budaya sikit-sikit sidang media nih dah makin hari makin kuat dalam PAS.... tak puas hati sana sini... terus keluar dan buat sidang media.... Gua rasa aaa... inilah hasil dari aper yang slalu Hassan Ali dok latih dulu..... cara terbaek untuk dapatkan perhatian...

Dulu masa Hassan Ali masih melepak dalam PAS.... dier cukup rajin buat benda camnie... sampaikan anak buah dier Hafiz Nordin kat Penang nih pon terikut sama... sampailah dah keluar dari pimpinan PAS pon masih lagi mengaku bercakap atas nama PAS.... hahahaha......

Kat Penang nih... PAS cuma menang satu DUN jer .... itupon menang sipi-sipi jer.... Memang PAS memang tak kuat mana di Penang.... tapi... nampaknyer PAS Penang bukan nak cari jalan nak bagi perbanyakkan kerusi DUN yang dimenangi oleh PAS pada PRU-PRU yang akan datang... melainkan dok berebut nakkan jawatan dan pengaruh....

Nak pengaruh mendernyer kalu PAS sendiri tak kuat... lain la PAS dah kuat di Penang ... baru la ader pengaruh.... Kalu ader pimpinan dalam PAS yang rasa boleh berjaya dengan kekuatan sendiri di Penang.... sampaikan rasa boleh keluar dari PR dan pada PRU akan datang konpiden boleh menang banyak kerusi DUN di Penang..... gua rasa aaa.... diorang nih bermimpi tahap "dewa jalan duta" la.....

Sebelum nak sembang deras.... PAS Penang kena perkukuhkan dan perkuatkan pengaruh dalam setiap DUN yang diorang bertanding dulu.... barulah ader kena.... Aper-aper pon.... seperti orang tua-tua ader cakap la dalam bentuk peribahasa...... "ukurlah baju dibadan sendiri" ....... hahahaha

SUMBER

14 January 2013

#HKR112 : Berita Yang Tak Sedap Didengar

Bhai.... baru jer dua hari #HKR112 selesai dijalankan dengan baik dan tenteram.... tetiba jer.. kita bakal dihidangkan dengan berita yang tak sedap didengar... Err... berita aper tue... hehehe... sabor bhai... sabor... benda nih masih fresh dari ladang... gua sajer citer awal sebab nak sabotaj plan diorang nih awal-awal.... hahahaha

Nih citer dier...  maklumat dalaman yang gua dapat.... Merdeka Heritage Trust (pemilik/pentadbir Stadium Merdeka) telah mengadakan satu mesyuarat.... dan hasil dari mesyuarat itu... beberapa perkara telah diketengahkan dan akan dimasukkan dalam senarai tuntutan kepada penganjur #HKR112.

Senarai tuntutan ini "khabarnya" merangkumi perkara berikut.

  1. Kerosakan kepada hiasan dan taman dalam kompleks Stadium Merdeka
  2. Kerosakan kepada bangku dan peralatan tempat duduk Stadium Merdeka
  3. Kerosakan kepada peralatan elektrik (suis dan lampu)
  4. Kerosakan kepada kemudahan tandas
  5. Kerosakan kepada kemudahan surau
  6. Kerosakan akibat dari vandalisma dan grafitti (cat sembur)
  7. Bil penggunaan air yang tinggi
  8. Bil penggunaan elektrik yang tinggi
  9. Kerosakan kepada sistem pintu masuk
  10. Kerosakan kepada sistem siaraya
Ini antara maklumat yang gua dapat dari sumber dalaman Merdeka Heritage Trust... Dan gua sedang cuba dapatkan pula citer dari pihak DBKL ... Kononnya ader beberapa tuntutan akan dikemukakan oleh DBKL .

Ntah la bhai... nampak sangat macam ader agenda diorang nih....  Kiter tengok jer la....

02 May 2012

HARI BURUH : Gaji Minima RM900 Menghina Pekerja Malaysia

Bhai.... gua nak bagitau lu.. Gaji Minima yang Najib Razak umumkan tue aderlah sebenarnya satu penghinaan terhadap kaum pekerja di Malaysia .... Lu bayangkanlah... RM900 untuk pekerja di Semenanjung Malaysia manakala RM800 untuk yang berada di Sabah dan Sarawak...

Wei... aper boleh buat dengan RM900 tue bang ooi.... lekeh benar...

Kenaper gua cakap yang ianya menghina kaum pekerja Malaysia..... sebabnyer.... gaji minima warga asing Nepal yang jadi pengawal keselamatan Gurkha di mana-mana tempat di Malaysia ditetapkan pada kadar RM1500 sebulan...

Kalu warga Nepal yang bekerja di Malaysia boleh dapat gaji minima RM1500 ..... aper ke jadahnyer warga Malaysia yang bekerja swasta di Malaysia dapat RM900 atau RM800 .... hina betul la kiter nih warga Malaysia.... baik jadi warga Nepal... hahahaha

Macam siot jer... konon nak buat baik tetapkan gaji minima... tapi tarak guna akal.... letak kat pungkoq.... Najib.. Najib....

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1