Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Pengurusan. Show all posts
Showing posts with label Pengurusan. Show all posts

14 February 2024

PBT - Pengurusan Pantai Yang Gagal

Bhai/DeeDee semua...

Malaysia ada banyak pantai peranginan yang cantik dan menarik. Ramai orang suka pergi pantai-pantai ini. Dan pantai ini biasanya dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Tapi sayang sangat bilamana hampir kebanyakan pantai-pantai itu tidak dimanfaatkan dengan baik terutamanya pada waktu malam.

Dengan kadar pencahayaan Matahari yang cukup sepanjang tahun dan angin yang bertiup sekitar 5 knot… Adalah wajar penjanaan elektrik secara Solar dan Angin diadaptasikan untuk memberikan satu sumber bekalan tenaga elektrik.

Sumber tenaga elektrik ini boleh disimpan menggunakan “deep cycle battery” untuk digunakan bagi menberi pencahayaan lampu di pantai peranginan ini di waktu malam. Dengan cara ini kos pencahayaan lampu di pantai dapat dijimatkan.

Sekarang ini hampir semua pantai hanya menggunakan lampu yang mendapat bekalan elektrik terus dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang kadang kala akibat dari tiada senggaraan yang berkala, pencahayaan secara konsisten tidak dapat disediakan.

Bajet bukan tiada. Tapi usaha dan kesungguhan untuk mentadbir pantai peranginan itu tiada. Malah dalam banyak keadaan, sikap “itu bukan kerja aku” dan “gaji aku banyak itu je” menyebabkan infrastruktur awam ini tidak terjaga dan terabai.

Maka jadi lah pantai peranginan yang gelap ini menjadi lubuk-lubuk maksiat dan jenayah yang pelbagai.

Dan akhirnya… jadi lah macam beberapa pantai peranginan yang gua malas nak sebut dan namakan yang mana teruk sangat pengurusannya walaupun kedudukannya tidak berapa jauh dari pejabat pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan.

Adoyailah.



26 January 2024

Ketahian Apakah Ini?

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua tahu yang Ahli Parlimen akan dapat pencen selepas berkhidmat 1 atau 2 penggal sahaja... Dan nilai imbuhannya adalah besar... sepanjang hayat dapat pencen..

Yang peliknya... tidak pulak dikerat atau dihapuskan pencen mereka ini... huhuhu...



28 February 2023

Bisnes Monopoli Pun Boleh Melingkup?

Bhai/DeeDee semua...

PN17 ... dah lama tak dengar ader syarikat yang kena PN17 .. Tambah-tambah lagi bila syarikat tu adalah syarikat yang berstatus Monopoli.... hehehe... syarikat yang berkuasa menentukan dan menetapkan harga... penguasaan pasaran dan pembekalan...

Hahaha... bila gua baca PharmaNiaga dah berstatus PN17 ... gua tergelak besar.... macam mana la syarikat level monopoli nih boleh jahanam.... Huhuhu... Bayangkan berapa banyak pegangan saham LTAT, KWSP, Khazanah Nasional, PNB dan lain-lain dalam tue...

Awat.... takkan la pengurusan cap ayam... sampai dah jadi PN17... adoilah... jahanam wei....

Aper nak jadi la.... Kat Singapura... mana-mana GLC dibuat dengan arahan "mesti untung" .... tapi kat Malaysia.... terbalik.... adoilah.... Payah....

Layak kena maki la pengurusan PharmaNiaga nih,,,



14 February 2023

Bab Membongak Memang PAS Juara La

Bhai/Dee semua...

Macam tak biasa.... Kalu bab membongak... bagi la kat PAS... Memang PAS juara la bab membongak nih... Hahahaha... Semua depa rasa depa paling "Numero Uno" ...

Giler aaaa... sukati depa ja kan... Hahahaha .... lawak siot....


PAS menganggap titah diraja Yang di-Pertuan Agong di parlimen pagi tadi turut memberi pengiktirafan kepada kejayaan Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata semua pencapaian yang dipetik oleh Agong merupakan pencapaian kerajaan PN sebelum diteruskan oleh Ismail Sabri Yaakob.

Kata Tuan Ibrahim kenyataan Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah itu merupakan pengiktirafan kepada PN.

“Data-data yang dikatakan oleh Tuanku (Agong) itu ialah hasil kejayaan-kejayaan kerajaan sebelum ini yang ternyata cemerlang.

“Semua pencapaian yang dibentangkan adalah kejayaan kerajaan terdahulu dan ia bukti nyata sebagaimana yang dinyatakan oleh Tuanku," katanya seperti dipetik portal rasmi PAS, harakahdaily, hari ini. 

22 December 2022

Semoga MA63 Diselesaikan Dengan Baik

Bhai/DeeDee semua..

Gua dari dulu lagi tekankan bahawa isu MA63 perlu diselesaikan dengan cepat, kemas dan baik... Ianya sebab perjanjian yang dah lama di tuntut untuk dilaksanakan... Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia atas dasar sebuah negara... bukannya negeri.. jadi mereka ada autonomi sendiri... 

Mereka berhak menentukan apa sahaja berkaitan dengan negara mereka berdasarkan autonomi yang telah dipersetujui dalam Perjanjian MA63..

Jadi tindakan Anwar Ibrahim memberikan kembali kuasa mengawal selia gas kepada Sabah adalah satu usaha terpuji... sama seperti sebelum ini Sarawak telah mendapat hak mereka.... Dan harapnya Sabah dapat memanfaatkan perkara ini untuk kebaikan dan kelestarian Sabah itu sendiri... Janganlah tiris di mana-mana dalam pengurusan kewangan yang agak besar ni...

Terima kasih buat YDP Agong yang memperkenankan perkara ini berlaku...


Kerajaan Persekutuan membuat keputusan memindahkan kuasa kawal selia bekalan gas kepada kerajaan negeri Sabah seperti yang diberikan kepada Sarawak sebelum ini.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tarikh pelaksanaan kawal selia oleh kerajaan negeri Sabah itu akan ditentukan selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Kita pindahkan kuasa kawal selia bekalan gas yang dahulunya di peringkat Petronas Persekutuan kepada Sabah dan ini juga berlaku untuk Sarawak.

“Kuasa peletakan harga dan perjanjian baharu dahulunya diputuskan di pusat, tetapi dengan pemindahan ini, ia menetapkan kuasa kepada Sabah,” katanya di Perdana Putra di sini tadi.

29 November 2022

Macam Mana Lah Boleh Jadi Begini?

Bhai/DeeDee semua...

Gua dimaklumkan oleh seorang kawan yang kini sedang menjadi pengurus ladang kelapa sawit milik IOI Plantation....Dia dahulu pernah bekerja sekejap (beberapa tahun) di sebuah ladang kelapa sawit milik Istana sebelum dier kembali balik bekerja dengan IOI Plantation ...  

Biasa masa dier bekerja dengan IOI Plantation... sebagai pengurus mereka ditekankan untuk menjadikan hasil ladang yang menguntungkan... sebab itu hasil ladang per hektar (yield per hectare) adalah sekitar minima 28 metrik ton ... dengan saiz ladang dan jenis serta umur pokok yang sekata..

Tapi masa dia bekerja dengan ladang kelapa sawit milik Istana... bilamana dier berjaya meningkatkan hasil pengeluaran ladang kepada sekitar 20 metrik ton sehektar... terus jadi isu yang panas.. ader pengurus diladang lain milik Istana yang sama marah sebab kawan gua nih macam menunjuk pandai... walhal kata kawan gua... 20 metrik ton sehektar nih paling cikai dan dier tak pernah buat serendah ini...

Rupanya ladang kelapa sawit milik Istana nih sudah biasa mengeluarkan hasil sebanyak 14 metrik ton sehektar jer.... Hahaha... lawak siot... Itu yang ader manager yang marah kat kawan gua tue...

Kelakar sungguh la.... saiz yang sama.. jenis benih pokok yang sama... hasil pengeluaran berbeza....

Kawan gua bagitau... hasil pengeluaran ladang kelapa sawit milik GLC utama di Malaysia pun jenuh nak kejar hasil pengeluaran ladang IOI Plantation... Tatau la pasai apa... nak kata pasai baja tak berapa logik gak... sebab kekadang tu baja yang digunakan oleh ladang GLC atau ladang milik Istana tu lagi mahal dan berkualiti tinggi...

Tapi itu lah realiti... Hahaha

So... Manager semua pon Melayu gak... tapi kenapa ader beza... hahaha
Maybe sebab pengurusan atas ramai yang mangkuk ayun gamaknya.... Hahaha

Pasai tue la...



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1