Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Dalang. Show all posts
Showing posts with label Dalang. Show all posts

02 March 2023

Tuntutan Sulu, Siapa Dalang Disebalik Semua Ini?

Bhai/DeeDee semua...

Isu tuntutan Waris Sultan Sulu terhadap Sabah tu sudah jadi isu besar. Kalu tak ditangani segera lagi kronik masalahnya.

Apa yang pasti… Ada dalang besar dibelakang semua tuntutan ini. Ada pihak yang sedang mencari laba.

Dalam banyak-banyak syarikat milik bertaraf GLC yang boleh dikacau ganggu oleh waris Sultan Sulu ini, kenapa dijadikan sasaran syarikat terkait petroleum.

Apa motif sebenarnya.

Dari apa yang gua nampak, ada semacam satu dalang besar yang sedang nak menguji peluangnya untuk mengambil alih aset negara sebanyak yang boleh. Cuma gua takmo “create” kan insiden diplomatik. Itu ja. 

Sebab kalu gua petik satu nama tue… yang gua suspek berada dibelakang tuntutan waris Sultan Sulu nih… pastinya akan menimbulkan satu kegusaran di peringkat antara dua negara.

Gua tau penama tu tengah “sesak” dan ini ja cara paling sesuai untuk dia dapatkan dana besar dan sekaligus menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapinya..

Waris Sultan Sulu maybe hanya dapat sekitar 10 hingga 15% jer nanti hasil dari tuntutan besar nih…

Hahaha


04 December 2022

Cadangan Ditutup

Bhai/DeeDee semua...

Antara banyak-banyak cadangan selepas PRU15... ini adalah cadangan paling mantop dan terbaek... Sewajarnya takder lagi cadangan nama yang berbeza... kira macam cadangan ini ditutup untuk ada saingan nama yang lain... 

Jawatan Ketua Pembangkan bertaraf Menteri ini cukup wajar diberikan kepada Abdul Hadi Awang... Dia memang layak... lebih layak dari Muhyiddin Yasin... Dialah ketua sebenar dalam Perikatan Nasional... Dialah yang menguasai keadaan.. Dialah yang menyusun strategi...

Dialah ketua yang paling layak...



Pemuda Amanah Terengganu mencadangkan agar Presiden PAS Abdul Hadi Awang dilantik sebagai ketua pembangkang bertaraf menteri.

Ketuanya Zamir Ghazali berkata perkara itu wajar memandangkan PAS memenangi kerusi parlimen paling banyak pada PRU ke-15.

"Sudah pastinya, presiden PAS merupakan sosok terbaik untuk menjawat jawatan ketua pembangkang Dewan Rakyat bertaraf menteri lengkap dengan segala elaun dan kemudahan yang sewajarnya diperolehi.

"Abdul Hadi juga memiliki pengalaman sebagai ketua pembangkang yang cukup berkesan iaitu pada tahun 2002 sehingga 2004.

"Kebijaksanaan presiden PAS sebagai ketua pembangkang pasti menjadi cerminan wibawa menyeluruh PAS itu sendiri sebagai parti yang mewakili suara orang Melayu dan Islam terbanyak di Malaysia," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Pada PRU ke-15 lalu, PAS memenangi 49 parlimen sekali gus muncul sebagai parti paling ramai ahli Dewan Rakyat.

PAS antaranya berjaya menyapu bersih 25 parlimen di Terengganu, Kelantan dan Perlis dan 13 kerusi parlimen di Kedah.

30 November 2022

Tukar Kerajaan?

Bhai/DeeDee semua...

Allah Taala tu Maha Mengetahui ... jadi hasrat nak tukar kerajaan sekali lagi tue menunjukkan sikap sebenar PAS yang menjadi dalang utama dalam mentidak stabilkan kerajaan.

Dulu ... setelah lama ... akhirnya PAS mengaku yang merekalah dalang utama bagi Langkah Sheraton.

Kini nampaknya rancangan yang sama (Langkah Tropicana) sedang diatur untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Anwar Ibrahim..

Tak apa yang mampu kita buat untuk menyekat hasrat PAS ini... melainkan bermohon kepada Allah Taala untuk memberikan jalan keluar yang lebih baik dari apa yang ada.

Kepada Allah Taala kita berserah.



16 August 2021

Jumpa Mastermind

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... Parti Pejuang dah mengesahkan yang Ismail Sabri dah jumpa Mahathir Mohamed untuk dapatkan sokongan... Dan seperti apa yang kita tahu.... Mahathir Mohamed adalah dalang sebenar semua kemelut politik nih...

Macam mana langkah Sheraton mula yang berlaku... sampailah keujudan Parti Pejuang...

Dan macam-mana semuanya within the plan...  so bilamana Ismail Sabri dah disahkan jumpa Mastermind... ko akan tengok percaturan baharu... Hahaha...

Ini worang apa ader kesah bab sailang bagai.... From the day one Mahathir Mohamed menjejakkan kaki dalam Demo Bersih 4 (yang mana gua malas nak terlibat bila gua dapat maklumat akan berlaku tindakan nih).... sampailah Mahathir Mohamed hijack demo Ahli Parlimen di Dataran Merdeka tempohari...

Mahathir Mohamed yang cukup perlecehkan demo dengan kata-katanya "Demonstrasi Bukan Budaya Kita" .... tetiba dier plak yang rajin nak join demo.... Hahaha... yang lawak tue.. ramai rakan-rakan otai blogger dan orang parti pun boleh terpesona dan terpedaya... sampaikan melantik Mahathir Mohamed leadkan kerusi Perdana Menteri ke 7 ...... Hahahaha

Dan selebihnya adalah sejarah.... hahahaha....



16 July 2013

Stok Bekalan Ayam Dah Dikenalpasti

Bhai/DeeDee sekalian... awal pagi tadi gua ader menulis tentang masih ada lagi ayam yang tidak naik harga.... lu orang boleh baca tue kat sini.... tapi rupanyer tak abis lagi citer tentang bekalan ayam tue.. la nih... stok bekalan ayam dah dikenalpasti....

Citernyer ader dalam akhbar Sinar Harian.... hahaha...

Hebat lar.... sekarang kiter baru tau tentang bilangan stok bekalan ayam yang ader.... hahahaha... itu bekalan ayam yang dak kena masuk dalam serkap..... yang masih liar dok sana sini tue plak... gua rasa berlambak.... Hahaha... mesti ader penternak ayam nih sana sini... mesti ader orang sponsor penternak ayam nih...

Mmm.... ayam impot dari Vietnam la yang paling banyak rupanyer... gua ingat ayam impot dari China atau Filipina....mmmm ... yang lagi lawak tue.. ader gak ayam impot dari Uganda, Nigeria dan Kenya.... Hahaha... lawak siot... hahaha

Aper nak jadi aaaa Malaysia nih...


KUALA LUMPUR - Sejumlah 12,434 wanita daripada pelbagai negara ditahan sepanjang tahun lepas kerana terlibat dalam kegiatan pelacuran di negara ini.

Daripada jumlah itu, 3,456 adalah wanita Vietnam yang dilihat cuba mendominasi kegiatan pelacuran di negara ini, kata polis.

Bilangan wanita Vietnam yang ditahan itu meningkat berbanding tangkapan tahun sebelumnya iaitu 2,196 orang, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan.

Beliau berkata kebanyakan pelacur Vietnam itu biasanya menjalankan kegiatan mereka di kelab-kelab malam, pusat karaoke dan rumah urut.

"Sikap mereka yang tidak 'demand' dari segi bayaran membuatkan mereka menjadi 'idaman'. Sebagai contoh, jika mereka diarah menghidangkan air kepada pelanggan, pelanggan hanya memberi 'tips' untuk layanan hidangan air tanpa tips tambahan jika diminta duduk dan berhibur bersama.

"Begitu juga dengan layanan seksual, jika mereka dibayar RM100 untuk urutan 'body to body', bayaran itu dianggap sebagai 'one-off' walaupun pelanggan kemudian meminta untuk mengadakan hubungan seks," katanya.

Abdul Jalil berkata selain wanita Vietnam, turut ditahan dalam Ops Noda di seluruh negara tahun lepas ialah wanita China (5,165); Thailand (2,009); Indonesia (1,418); Filipina (845); India (139); Myanmar (114); Uzbekistan (70); dan Kemboja (70).

Wanita negara lain yang turut terlibat dalam kegiatan pelacuran di negara ini ialah Bangladesh; Laos; Uganda; Nigeria; Mongolia; Tajikistan; Sri Lanka; Kenya; Morocco; Kyrgyz; Iran; Singapura; Hong Kong; Russia; dan Kanada.

Beliau berkata polis melakukan 42,788 serbuan bagi membanteras kegiatan pelacuran dengan serbuan tertinggi di Johor Baharu iaitu sebanyak 8,749 diikuti Kuala Lumpur (8,620), Selangor (6,663) dan Perak (5,426).

"Polis tidak akan berkompromi dalam membanteras aktiviti pelacuran atau pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks dan kami akan sentiasa adakan serbuan dan tangkapan," katanya. - Bernama

15 May 2013

Bila Dewa Berpolitik

Bhai.... hahaha... lama betul gua tak bermetafora nih bhai... hahaha... jadi hari nih gua nak bermetafora secara penuh.... hahaha.....

Lu tau kan... Zeus nih kapla dewa-dewa di Olympia...  dier nih ketua (lebih dikenali sebagai Dewata Raya)..... dibawah dier ader banyak dewa-dewa Olympian..... Apollo, Poseidon, Arthemis, Aphrodite, Hermes dan sebagainya.....  semua dewa-dewa nih selalu bersidang.... berbincang.... dan kalu ikut kuasa yang diorang ader... diorang boleh buat semuanya...

Diorang boleh gubal undang-undang.... diorang boleh buat hukuman.... tapi.... semuanyer hampeh... diorang lagi suka tengok manusia berperang dan bergaduh sesama sendiri... Alasan yang selalu diberi aderlah "Dewa tak boleh campur tangan dalam urusan manusia" ..... macam haram jer kan....

Tapi..... tapi biler ader dewa yang berpolitik.... dok "sided" satu pihak... dok bercakap menyebelahi satu pihak.... dok cakap yang kononnya satu pihak manusia nih memang teruk... walhal manusia nih nak menolak kezaliman syaitan yang dikenali...... nampak sangat la frasa "Dewa tak boleh campur tangan dalam urusan manusia" tue sebenarnya bussit.... memang bussit...

Macam mana lar manusia nak hormat dewa-dewa kalu dewa-dewa pon tidak berlaku adil..... Aper daaa...  Tambah lagi dengan Zeus yang selalu tertidur.... lagi lah payah....  Dan biler Zeus selaku Dewata Raya dan semua dewa-dewa yang lain bersekongkol dengan syaitan yang dikenali.... aper lagi la yang manusia nak harapkan....

Penat aaa..... biler Zeus sebenarnya aderlah boneka... Hahahaha...

Agaknyer Zeus dan para dewa lupa kot bahawa Allah SWT aderlah yang tertinggi.... mmmmm..... aper nak jadi aaa.....

Ader paham ka????


29 December 2012

Siapa Sabotaj PAS Pulau Pinang?

Bhai..... lu agak-agak aaa... siapa yang sabotaj PAS di Pulau Pinang? Siapa dalang yang dengan sengaja melanggari keputusan muktamar.... siapa dalang yang dengan sengaja melaga-lagakan PAS, DAP dan PKR di Pulau Pinang.... Siapa yang menjadi dalang atas demo di Komtar Pulau Pinang bersama dengan UMNO, PERKASA, PEKIDA dan JATI.... Siapa agaknya ....

Kalu diberitahu ... mesti ader yang marah... mesti ader yang tak puas hati... mesti ader yang kata kitorang nih Parasit dalam PAS.... mesti macam-macam tuduhan lagie.... hahaha... sampaikan blogger Abu Nawas pon terpalit samer... walhal dier nih bukan ahli parti PAS... dier komunis lar ... hahaha

Aper pon... bagi blogger-blogger yang tidak wala' terhadap pimpinan... diorang sebenarnya tahu siapa dalang... siapa yang punya agenda nih... cuma tak sampai hati jer nak cakap.... tak sampai hati nak cerita... karang kalu cerita.. mesti ader yang mengamuk meroyan.... hahaha.... yer la.... tambah lagi skrang nih puak-puak UG sedang menempatkan diri diorang menjadi calon PRU13 mewakili PAS.... hahaha

Sebab tue la takder sorang pon pimpinan utama yang berani nak panggil dalang utama perhimpunan demo di Komtar (kononnya demo pro-hudud) .... sebab karang kalu panggil masuk bicara dalam jawatankuasa tatatertib... ader plak yang tak dapat jadi calon PRU13 .... kesian.... tambah lagi yang mana dekat dengan pimpinan.... nanti tak merasa jadi calon.... hahaha

Aper-aper pon... selagi sikap pimpinan utama camnie... selagi itulah gua rasa PAS akan kekal ditakuk lamer.... PAS akan kekal bodoh dan memperbodohkan dirinya... sori aaa... terpaksa guna ayat nih... bukan aper... PAS selalu citer gempak nak pegang kuasa... tapi nampak macam takder usaha nak pegang kuasa.... suka sangat jadi pembangkang agaknyer.... hahaha

Sori aaaa... gua rasa PAS kena ubah mentaliti... PAS kena dakwa dalang utama yang terlibat dalam demo di Komtar tue... PAS kena amik tindakan... walaupun kalu dalang tue ader kena mengena dengan pimpinan utama... tak kira... mana boleh nepotisma..... hahaha

31 May 2011

Jaga-Jaga Siri Kedua

Jaga-jaga bhai... baik-baik tengok sana sini... jaga jaga.... hehehe... bukannyer aper... itu hari depa tak dapat nak naikkan harga minyak petrol...hehehe... lu jangan terkezut kalu dalam sebulan dua nih... tetiba jer bekalan minyak petrol dan diesel di pasaran akan manjadi macam tak cukup bekalan...

Akan ader beberapa stesen minyak yang terpaksa ditutup ataupon pembelian minyak dicatu....

Tarak percaya ka... hahaha.. takper.. lu boleh tengok nanti... hahaha... tak lama lagi pon... masa tue lu jangan terkezut la yer.... hahaha... ini semua sementara jer... hahaha... agenda puak-puak depa nak bagi nampak macam ader kegawatan bekalan minyak... hahaha

Senang skit depa nak naikkan harga minyak... hahaha... kalu tidak orang sudah tarak percaya... hahahaa.... Depa nak naikkan sebanyak 50 sen pon tarak hal punya... hahaha....

So... sekarang apa mau buat... mau stok tarak bulih.. bahaya.. boleh meletup kalu... hahaha... mampuih... aper yang lu orang boleh buat adalah melakukan pemantauan... jangan kasik depa ader peluang untuk kasi havoc satu Malaysia dengan kekurangan bekalan minyak... macam yang depa buta dulu dalam kes minyak masak.... hahahah

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1