Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Ta'azir. Show all posts
Showing posts with label Ta'azir. Show all posts

11 February 2024

Pegang Teguhlah Kamu Dengan Tali Allah

Bhai/DeeDee semua...

Post ini gua tujukan kepada orang Islam. Takder kena mengena dengan orang bukan Islam atau atheis serta murtadin.

Camnie… 

Kalaulah enakmen syariah yang dicadangkan oleh DUN Kelantan itu digubal dengan hukuman yang lebih “PADU” berbanding hukuman sivil, agak korang la Nik Elin akan cabar jugak ke tidak?

Dan kalu hukuman dalam cadangan DUN Kelantan itu lebih berat dari hukuman sivil, adakah korang bersetuju enakman syariah itu digagalkan atau dihalang?

Kena ingat satu perkara. Jenayah Syariah (ta’azir) tidak menawarkan pengurangan hukuman atas sebab berkelakuan baik atau diampunkan oleh Sultan atau YDPA.

Tapi jenayah sivil memberi kuasa kepada Sultan dan YDPA untuk mengurangkan dan mengampunkan semua kesalahan sivil waima jenayah terkait seksual seperti Liwat dan Rogol dibawah Lembaga Pengampunan.

P/S: Kalu pun enakmen itu ada kekurangan, adalah lebih wajar ianya di perbaiki dan di rundingcara untuk mendapatkan sesuatu yang  lebih baik daripada terus menyekat dan menghalangnya.
 
Sebagai orang Islam, walaupun sedikit usaha yang dibuat, kita wajar cuba untuk mengangkat apa-apa yang akan menaikkan dan memartabat syiar Islam.

Gua tak kisah lu orang nak maki hamun dan fitnah gua sebagainya, sebab gua insyaAllah teguh dengan jawapan gua depan Allah Taala, Tuhan Yang Maha Adil.

Gua nak tanya lu orang satu perkara nih ja.. Jawab dengan tenang dan yakin.

Korang nak tengok mamat penzina #HotDaddy tu dihukum bawah syariah ke atau sivil?

Kalu dia dihukum berzina bawah syariah.. disebabkan dier adalah Mukhsan, dia boleh dikenakan hukuman yang lebih berat. Betul la takdak enakmen benda ni… Tapi benda boleh dibincang, dibuat, diperkukuhkan dan dan digubal. Kalu la ada hukum hudud, dia boleh dikenakan rejam sampai mati. Dalam syariah, tiada pengampunan.

Tapi,

Kalo korang berpandangan dia wajar dihukum dibawah sivil, dia boleh kena hukuman yang berat jugak tapi dia berpeluang untuk memohon pengampunan dengan Lembaga Pengampunan. Dia juga boleh dikurangkan hukuman atas sebab berkelakuan baik.

So… apa pilihan korang..

Dier pon ramai yang dah jadikan idola. Tengok muka bangkai yang senyum bangga kat bawah nih… Bangkai yang tak berakal.



07 June 2013

Siapa Penghalang?

Bhai.... sempena ulangtahun keputeraan YDP Agong... dan juga sempena hari Jumaat yang mulia dan barokah ini........ nih gua... C++ ingin memperingatkan YDP Agong.... agar kembali kepada Allah Taala.... dan segera melaksanakan segala hukum dan undang-undang Islam berlandaskan Al Quran secara haq .... Tak perlu lagi nak dolak dalih.... tak perlu lagi nak pusing belit.... sebab.... YDP Agong adalah "Ketua Agama Islam" ...

Selama ini kita di Malaysia dimomokkan dengan isu Sultan dan Raja-Raja Melayu adalah Ketua Agama Islam.... so sebagai Ketua Agama Islam.... tentunya keputusan sama ada nak melaksanakan segala undang-undang Islam yang berasaskan kepada yang haq seperti yang terkandung didalam Al Quran adalah terletak dibahu Ketua Agama Islam ini... diorang berkuasa.. malah Perlembagaan Malaysia juga memberikan kuasa kepada mereka berkaitan dengan isu Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu...

Daulah Islamiyah sepatutnya telah lama tertegak di Malaysia nih sebab kiter ader Ketua Agama Islam... tapi kalu Ketua Agama Islam sendiri semacam tidak mahu menegakkan segala yang haq.... so... baik tak payah la ader title Ketua Agama Islam tue.... buat malu jer.......

Kalu Ketua Agama Islam mengarahkan bahawa undang-undang Islam (hudud/qisas/ta'azir) dilaksanakan... pastinya Kerajaan Malaysia akan terpaksa melaksanakannya... sebab kuasa yang paling besar dalam menentukan Agama Islam di Malaysia adalah terletak dibawah kuasa Ketua Agama Islam nih...

Tapi... lupakanlah... takkan ader seorang pon .... stakat nih takder seorang pon Ketua Agama Islam nih yang nak melaksanakan undang-undang Islam (hudud/qisas/ta'azir) secara haq walaupun dalam konteks negeri yang dibawah kuasa mutlak Ketua Agama Islam nih....

So..... isu tentang siapa penghalang? siapa yang menghalang? semua persoalan ini gua humbankan kat batu jemala Sultan dan Raja-Raja Melayu yang "katanya" adalah Ketua Agama Islam nih....

Pandangan gua jelas.... gua tak heran pon ugutan dan tekanan.... selagi mana Sultan dan Raja-Raja Melayu yang "katanya" adalah Ketua Agama Islam dan berkuasa atas isu Agama Islam tak berani nak tegakkan undang-undang Islam (hudud/qisas/ta'azir) secara haq .... selagi itu gua rasa diorang nih tak payah la nak menggelarkan diri mereka "Ketua Agama Islam"...

Jadi.... sebelum para Sultan dan Raja-Raja Melayu nih kena belasah di hari hisab (akhirat)... lebih baik para Sultan dan Raja-Raja Melayu keluarkan dekri suruh Kerajaan Malaysia melaksanakan undang-undang Islam (hudud/qisas/ta'azir) secara haq... dan bukannyer undang-undang syariah (lakonan) yang ader seperti sekarang nih...

Bacaan :

  1. 9.8 daripada 10 Ahli PAS Buta Tentang Hudud
  2. Hudud-Hududullah
  3. Siapa Sebenarnya Penghalang Hudud?
  4. Alasan Majoriti
  5. Daulah Islamiyah Terhalang Kerana ...
PERINGATAN : Artikel ini ditulis sememangnya "menghasut" dalam ertikata "menghasut ke arah menegakkan undang-undang Islam dan Daulah Islamiyah secara haq" mengikut sepertimana yang diarahkan oleh Allah Taala didalam Al Quran.

Artikel ini ditulis bertujuan menghasut orang yang mengaku dirinya Islam sahaja... bagi orang yang tidak mengaku dirinya Islam... atau orang Kafir/Kuffar... maka hasutan ini tidak termasuk dalam konteks artikel ini.... Lu orang sendiri tau lu Islam ker idak.... sendiri ader akai... fikir... fikir.... jangan tak fikir...

15 May 2013

Bila Dewa Berpolitik

Bhai.... hahaha... lama betul gua tak bermetafora nih bhai... hahaha... jadi hari nih gua nak bermetafora secara penuh.... hahaha.....

Lu tau kan... Zeus nih kapla dewa-dewa di Olympia...  dier nih ketua (lebih dikenali sebagai Dewata Raya)..... dibawah dier ader banyak dewa-dewa Olympian..... Apollo, Poseidon, Arthemis, Aphrodite, Hermes dan sebagainya.....  semua dewa-dewa nih selalu bersidang.... berbincang.... dan kalu ikut kuasa yang diorang ader... diorang boleh buat semuanya...

Diorang boleh gubal undang-undang.... diorang boleh buat hukuman.... tapi.... semuanyer hampeh... diorang lagi suka tengok manusia berperang dan bergaduh sesama sendiri... Alasan yang selalu diberi aderlah "Dewa tak boleh campur tangan dalam urusan manusia" ..... macam haram jer kan....

Tapi..... tapi biler ader dewa yang berpolitik.... dok "sided" satu pihak... dok bercakap menyebelahi satu pihak.... dok cakap yang kononnya satu pihak manusia nih memang teruk... walhal manusia nih nak menolak kezaliman syaitan yang dikenali...... nampak sangat la frasa "Dewa tak boleh campur tangan dalam urusan manusia" tue sebenarnya bussit.... memang bussit...

Macam mana lar manusia nak hormat dewa-dewa kalu dewa-dewa pon tidak berlaku adil..... Aper daaa...  Tambah lagi dengan Zeus yang selalu tertidur.... lagi lah payah....  Dan biler Zeus selaku Dewata Raya dan semua dewa-dewa yang lain bersekongkol dengan syaitan yang dikenali.... aper lagi la yang manusia nak harapkan....

Penat aaa..... biler Zeus sebenarnya aderlah boneka... Hahahaha...

Agaknyer Zeus dan para dewa lupa kot bahawa Allah SWT aderlah yang tertinggi.... mmmmm..... aper nak jadi aaa.....

Ader paham ka????


24 October 2012

Daulah Islamiyah Terhalang Kerana...

Sebelum gua nak komen mender... lu orang tengok sampai abis dulu wacana Fathul Bari nih.....

 

Rupanyer ...setahun dulu dier dah tazkirahkan Chua Soi Lek.... mmm... tapi pasai aper Chua Soi Lek masih berani dan lantang kuarkan statement tue terang-terang lebih lagi dihadapan Najib Razak..... errr.... maybe Fathul Bari nih punya penyampaian terlalu lembut... macam statement Harussani tue jer kot...

So... ini jawapan gua... lu orang baca aaa satu persatu..

  1. 9.8 daripada 10 Ahli PAS Buta Tentang Hudud
  2. Hudud-Hududullah
  3. Siapa Sebenarnya Penghalang Hudud?
  4. Alasan Majoriti
Jadi...... Fathul Bari, Abu Aqif, Harussani Zakaria, Zulkifli Nordin, Hassan Ali, Nasruddin Hassan Tantawi, Nik Abduh, Hadi Awang, Nik Aziz, Mahathir Mohamed, Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Kazim Elias dan ramai lagi yang jadi pejuang Islam (sama ada secara realistik ataupon berlakon)... sila baca betul-betul aper yang gua tuliskan tue.... (tak larat gua nak senaraikan nama lu orang sumer)....

Gua tak heran banyak mana kitab yang lu orang baca.... gua tak heran dengan berapa juzuk Al Quran lu orang dah hafal... itu semua takder makner ngan gua...

Sebab.... kegagalan Daulah Islamiyah daripada terbentuk... banyak yang dilakarkan oleh lu orang...  selagi mana lu orang gagal dalam menerjahkan ketaatan kepada Allah Taala sebagai ketaatan yang mutlak berbanding kepada Sultan dan Raja.... selagi itulah masalah hudud dan Daulah Islamiyah ini tidak akan selesai... 

Selagi lu orang gagal untuk menjentik rasa takut didalam hati Sultan dan Raja terhadap undang-undang dan hukum Allah... selagi itulah kegagalan undang-undang Islam ini terlaksana... dan selagi itulah kaum kuffar dan kafir serta musyrik akan tetap berani dan mencabar segalanya....

So.... gua dah mula isytiharkan perang keatas lu orang sumer yang sebenarnya menggagalkan usaha Daulah Islamiyah daripada terbentuk.... tunggu kupasan gua selanjutnya....

03 October 2012

Hudud @ Hududullah

Bhai... Hudud @ Hududullah nih adalah arahan jelas dari Allah Taala... tiada dolak daliknya tentang hukuman yang berkaitan dengannya.. Ianya jelas diterangkan didalam ayat-ayat Al Quran.... Malah ada juga beberapa ayat didalam Taurat dan Injil yang berkaitan dengannya.. Cuma bagi Bible... banyak yang sudah diselewengkan..

Ada pihak yang memperlecehkan tulisan gua berkenaan dengan hudud nih pada keluaran yang lalu.... malah ada yang kononnya mengaku pejuang Islam.. keras dengan sikap nak melaksanakan hudud secara mendesak tanpa memberikan pendidikan sewajarnya...  Betul gua setuju hudud kena dijalankan tanpa tangguhan... cuma.. seperti mana yang lu orang semua tahu... Islam adalah agama yang rasional... Islam berkembang bukan dengan mata pedang... Islam berkembang kerana sikap umatnya yang zuhud kepada Allah dan mengikut acuan yang digariskan oleh Rasulullah.. Islam bukan ditegakkan dengan sikap umatnya yang samseng, sombong, ujub, riak dan taqabbur.....

Gua tegas mengatakan bahawa perkara pertama yang perlu dilakukan dalam melaksanakan hudud @ hududullah adalah pendidikan... Jika orang Islam sendiri pun masih keliru tentang hudud... jika pejuang Islam dikalangan ahli PAS pun masih keliru tentang hududullah... tentulah yang kafir dan bukan Islam lebih lagi keliru...  Hudud bukan hanya untuk orang Islam... Hudud adalah untuk semua... Ini termasuk juga tentang Qisas dan Ta'azir ...ianya untuk semua...

Jadi sebaik-baik jalan adalah dengan mendidik semua... memberikan penerangan sebaik mungkin ... demi untuk mengelakkan orang bukan Islam menganggap bahawa Hudud, Qisas dan Ta'azir menekan dan tidak berlaku adil... Kita kena memastikan bahawa bukan sahaja orang Islam... tetapi orang bukan Islam juga dapat melihat keadilan daripada Hudud, Qisas dan Ta'azir ..... kita tidak mahu manusia mengatakan bahawa Hukum Allah ini kejam dan tidak berperikemanusiaan... Hukum Allah adalah sebaik-baik hukuman bagi umat manusia....

Sebab itulah perlaksanaan dan penguatkuasaan Hudud, Qisas dan Ta'azir perlulah dilakukan dengan teliti dan penuh berhemah serta dimulakan dengan pendidikan.... Sebab itulah gua mencadangkan ianya dibahagikan dengan 3 fasa..... Fasa pendidikan, fasa demonstrasi.. dan fasa perlaksanaan...

Sebagai seorang Islam... kita kena sentiada menunjukkan contoh terbaik dikalangan umat manusia... Kita adalah sebaik-baik umat... jangan kerana kita rasa kita hebat berserban besar, berjubah labuh dan berilmu agama... maka kita memandang leceh dan memperlekehkan manusia lain... Sikap sebegini amatlah bercanggah dengan Islam... Ingat.... Allah sentiasa akan menggantikan umat manusia dengan umat manusia lain yang lebih baik...

Jangan kita lupa bahawa sikap keras kita hanya mengundang umat manusia lain untuk menjauhi Islam... kita mesti tunjukkan bahawa Islam adalah agama yang rasional...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1