Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Hududullah. Show all posts
Showing posts with label Hududullah. Show all posts

30 October 2012

Bahan Bakar Api Neraka

Gua takmo nak komen mender panjang-panjang melainkan... ilmuan agama yang macam nih.... tak kisah la duduk kat belah mana pon.... gua senaraikan sebagai bahan bakar api neraka jer.... ader ilmu tapi tak digunakan kat tempat yang selayaknyer.... jadi ilmuan agama... tapi pengecut... penakut.... cinta dunia berbanding cinta akhirat..... that's all gua nak komen...... lu tengok dan buat analisa sendiri....



FYI :

  1. Chua Soi Lek siap cabar Jamil Khir berdebat pasai Hudud.... sebab katanya Jamil Khir tak sepandai dier dalam bab hudud nih.....
  2. Karpal Singh kata "langkah mayat aku dulu" bermaksud... tunggu dier mati dulu... baru la boleh laksanakan hudud....
So.... dua-dua tabley pakai....  soklan gua.... mana dier komen Agong, Sultan dan Raja pasai mender nih?..... senyap... sunyi..... kosong.... takkan Ketua Agama Islam takmo nak komen mender.... Majlis Fatwa Kebangsaan jangan harap la.....  Mufti pon senyap..... 

03 October 2012

Hudud @ Hududullah

Bhai... Hudud @ Hududullah nih adalah arahan jelas dari Allah Taala... tiada dolak daliknya tentang hukuman yang berkaitan dengannya.. Ianya jelas diterangkan didalam ayat-ayat Al Quran.... Malah ada juga beberapa ayat didalam Taurat dan Injil yang berkaitan dengannya.. Cuma bagi Bible... banyak yang sudah diselewengkan..

Ada pihak yang memperlecehkan tulisan gua berkenaan dengan hudud nih pada keluaran yang lalu.... malah ada yang kononnya mengaku pejuang Islam.. keras dengan sikap nak melaksanakan hudud secara mendesak tanpa memberikan pendidikan sewajarnya...  Betul gua setuju hudud kena dijalankan tanpa tangguhan... cuma.. seperti mana yang lu orang semua tahu... Islam adalah agama yang rasional... Islam berkembang bukan dengan mata pedang... Islam berkembang kerana sikap umatnya yang zuhud kepada Allah dan mengikut acuan yang digariskan oleh Rasulullah.. Islam bukan ditegakkan dengan sikap umatnya yang samseng, sombong, ujub, riak dan taqabbur.....

Gua tegas mengatakan bahawa perkara pertama yang perlu dilakukan dalam melaksanakan hudud @ hududullah adalah pendidikan... Jika orang Islam sendiri pun masih keliru tentang hudud... jika pejuang Islam dikalangan ahli PAS pun masih keliru tentang hududullah... tentulah yang kafir dan bukan Islam lebih lagi keliru...  Hudud bukan hanya untuk orang Islam... Hudud adalah untuk semua... Ini termasuk juga tentang Qisas dan Ta'azir ...ianya untuk semua...

Jadi sebaik-baik jalan adalah dengan mendidik semua... memberikan penerangan sebaik mungkin ... demi untuk mengelakkan orang bukan Islam menganggap bahawa Hudud, Qisas dan Ta'azir menekan dan tidak berlaku adil... Kita kena memastikan bahawa bukan sahaja orang Islam... tetapi orang bukan Islam juga dapat melihat keadilan daripada Hudud, Qisas dan Ta'azir ..... kita tidak mahu manusia mengatakan bahawa Hukum Allah ini kejam dan tidak berperikemanusiaan... Hukum Allah adalah sebaik-baik hukuman bagi umat manusia....

Sebab itulah perlaksanaan dan penguatkuasaan Hudud, Qisas dan Ta'azir perlulah dilakukan dengan teliti dan penuh berhemah serta dimulakan dengan pendidikan.... Sebab itulah gua mencadangkan ianya dibahagikan dengan 3 fasa..... Fasa pendidikan, fasa demonstrasi.. dan fasa perlaksanaan...

Sebagai seorang Islam... kita kena sentiada menunjukkan contoh terbaik dikalangan umat manusia... Kita adalah sebaik-baik umat... jangan kerana kita rasa kita hebat berserban besar, berjubah labuh dan berilmu agama... maka kita memandang leceh dan memperlekehkan manusia lain... Sikap sebegini amatlah bercanggah dengan Islam... Ingat.... Allah sentiasa akan menggantikan umat manusia dengan umat manusia lain yang lebih baik...

Jangan kita lupa bahawa sikap keras kita hanya mengundang umat manusia lain untuk menjauhi Islam... kita mesti tunjukkan bahawa Islam adalah agama yang rasional...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1