Satu Cabaran Kepada Barisan Nasional.....
Semalam (12 Januari 2013) telah berlangsung satu perhimpunan aman oleh warga Malaysia di Stadium Merdeka sebagai meraikan satu usaha untuk memerdekakan Malaysia dari penjajahan Barisan Nasional yang selama 56 tahun telah menjahanamkan Malaysia dari pelbagai segi (ekonomi, pentadbiran, pendidikan dan sebagainya)
Dan media arus perdana telah memperlekehkan usaha perhimpunan aman in yang dikenali sebagai Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) dengan cara melaporkan bahawa himpunan ini tidak mencapat sasaran yang dikehendaki. Kita faham apa yang cuba ditampilkan oleh media arus perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Star mahupun beberapa media lainnya termasuk media elektronik RTM dan TV3.
Oleh yang demikian, untuk berlaku adil kepada semua warga Malaysia yang membaca laporan dari media arus perdana ini, maka saya mencadangkan/memberikan cabaran kepada Barisan Nasional agar menganjurkan satu perhimpunan aman berskala besar ini dalam tempoh 30 hari dari tarikh 12 Januari 2013.
Sila buat perhimpunan aman ini di Stadium Merdeka (waktu yang sama iaitu dari pukul 2 hingga 5 petang) juga dengan cara berjalan kaki (pemimpin BN perlu mengetuai perarakan ini) bermuila dari 7 tempat yang sama seperti yang dilakukan oleh massa pada Himpunan Kebangkitan Rakyat yang telah berlalu. Sila buat sama seperti yang telah HKR112 buat dan tiada kenderaan seperti bas dan sebagainya digunakan untuk mengangkut peserta perhimpunan terus ke Staidum Merdeka.
Dengan cara ini, maka dapatlah kita semua warga Malaysia menilai himpunan manakah yang lebih berjaya menarik sokongan dan penyertaan dari segenap lapisan masyarakat. Adalah diharapkan cabaran ini disambut dengan tangan terbuka dan berani oleh pimpinan dan ahli Barisan Nasional.
Sekian terima kasih.
Saya Warga Malaysia Prihatin
*** Harap sesiapa yang terbaca/membaca blog ini sila panjangkan cabaran ini kepada semua media sosial/awam dan dapat cabaran ini sampai kepada Barisan Nasional serta harap dapat memberikan sedikit kredit kepada blog ini. Jazzakallah Khairan Khatiran