Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Batal Lesen. Show all posts
Showing posts with label Batal Lesen. Show all posts

06 August 2022

Pemandu Trak Pikap 4x4 Wajar Memiliki Lesen Kelas E

Bhai/DeeDee semua...

Kerap kita dengar kemalangan maut melibatkan kenderaan Trak Pikap 4x4 terutama sekali sewaktu mengambil selekoh. Ada yang terbabas (overshoot) sehingga masuk ke lorong bertentangan, malah ada juga kes yang terbang ke lorong lain di lebuhraya.

70% daripada penggunaan Trak Pikap 4x4 di Malaysia sebenarnya digunakan untuk tujuan komersial. Jadi adalah tidak wajar perlesenan Kelas D dibenarkan menggunakan kenderaan Trak Pikap 4x4.

Kita faham ramai yang menggunakan Trak Pikap 4x4 ini yang hendak bergaya.. Nak nampak macho... Nak nampak tough... Jadi penggunaan Trak Pikap 4x4 Ford Ranger misalnya menjadi pilihan kerana ianya nampak ranggi.

Tapi masalah yang timbul banyaknya dari pemilik Trak Pikap 4x4 yang perasan ranggi nih... Mereka lah yang selalunya membawa kenderaan Trak Pikap 4x4 macam Ford Ranger, Toyota Hilux atau Mitsubishi Triton dengan keadaan laju lebih dari 110 km/j diatas lebuhraya (highway) ataupun di jalan kampung.

Malah gua sendiri pernah dipotong oleh kenderaan Trak Pikap 4x4 nih pada kelajuan yang hampir 200 km/j di Lebuhraya Karak Bentong dan Lebuhraya Pantai Timur.

Gila kan....

So... gua rasa sebagai langkah terbaik... adalah lebih sesuai agar pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meratifikasikan kembali perlesenan untuk kenderaan Trak Pikap 4x4 nih dari hanya perlukan lesen kelas D kepada hanya boleh dibawa oleh pemandu yang ada lesen kelas E.

Ini adalah lebih baik dan paling mudah.

Buatkan ketetapan ini dan pastikan penguatkuasaan menyeluruh di buat diseluruh Malaysia tanpa ada halangan. Inilah masanya JPJ mengambil tindakan yang lebih baik untuk menyelamatkan rakyat Malaysia terutamanya pengguna jalanraya yang menggunakan kenderaan yang lebih kecil tak lebih dari 1.5 tan. 

Kita kena ingat... ada banyak kenderaan Trak Pikap 4x4 yang mempunyai berat lebih dari 2.5 tan... Sedangkan pemandu lori 1 tan pun kena ambil lesen kelas D.




24 December 2013

Kes Rompak Dan Bunuh Ambank Kini Senyap

Bhai/DeeDee sekalian...

Ingat lagi ka dengan kes rompak dan bunuh di Ambang Subang Jaya tue... nampaknyer kini dah senyap dah.... Takder saper nak bawak komen lagie.... takut nanti diklasifikasikan sebagai "menghina mahkamah" .... Hahahaha

Ader beberapa persoalan yang masih lagi tak dapat terjawab... dan gua amat berharap agar pendakwaraya boleh membawa persoalan nih.... Antara persoalan yang gua nak sangat tau aderlah....

1. Bagaimana KDN boleh cuai dalam tapisan keselamatan
2. Bagaimana KDN boleh memberikan lesen senjata api kepada warga asing
3. Bagaimana KDN boleh membiarkan syarikat keselamatan tanpa dipantau
4. Bagaimana KDN boleh membiarkan agensi dibawah seliaan mereka (JPN) cuai dalam urusan berkaitan MyKAD.
5. Bagaimana KDN boleh memberikan permit dan lesen senjata kepada syarikat tanpa tapisan keselamatan
6. Bagaimana KDN boleh meluluskan dan membenarkan syarikat keselamatan beroperasi dengan mudah
7. Bagaimana KDN boleh membiarkan begitu ramai pegawal keselamatan di premis kerajaan dari warga asing.

Selagi beberapa isu nih tak terjawab.... pada gua semua kesalahan dan beban adalah terletak pada bahu KDN yang mana Menterinya (Zahid Hamidi) adalah Menteri Gred B.

Agak-agaknyer la... KDN jadi camnie pasai ramai pegawai dan kakitangan dier dari Gred B macam si Zamihan tue jugak la..... Hahahaha.....

By the way..... Biler baca citer kat bawah nih..... nampak macam gempak jer hebat kesatuan sekerja di Malaysia nih..... Hahahaha.... macam bagoosh jer... macam hebat jer.....  ker .... sebenarnya macam chilaka..... Hahahaha

Kematian kakitangan bank ditembak oleh pengawal keselamatan bank langsung takder saper nak bising buat demo ka ... buat piket ka... buat bantahan ka... tak kisah la kesatuan sekerja mana pon.... Nih.... MTUC nampak macam bersolidariti ngan NUBE.... konon kepentingan kesatuan perlu bekerjasama... berpadu tenaga.... Hahahaha... Macam haramjadah ker..... Inilah sebenarnya sikap kesatuan sekerja kat Malaysia nih..... berpilih-pilih.... hampeh.....


25 October 2013

NUBE Pun Takut Kat Maznah Hamid Ker?

Bhai/DeeDee sekalian...

Aper gunanyer kalu join kesatuan sekerja... tapi biler kena isu kepentingan pekerja.... kesatuan langsung buat derk jer.... senyap membisu.... sudah nak masuk 72 jam dah nih.... satu statement pon tarak keluar dari mulut NUBE....

Takkan la NUBE pun takut kat Maznah Hamid yang jadik pemilik Securiforce Sdn Bhd kot..... atau... Takkan la NUBE pon sudah kena beli.... Hahahaha

Sori... kepada sesiapa yang ingat benda nih akan sejuk lima enam hari lagi..... gua nak bagitau kat lu orang aaa..... sori aaaa..... gua takkan senyap punya...

Punya la sial dan celakanyer KDN sampai tabrani nak sebut nama syarikat kawalan keselamatan yang terlibat..... sekadar cakap kononnyer lesen operasi sudah dibatalkan... sampailah kepada pentadbiran tertinggi AMBANK yang macam cilanat kecut telur tabrani nak tamatkan perkhidmatan syarikat kawalan keselamatan tue.....

Samer jer bekap sana sini nak mampus..... bangsat betul ka diorang nih... Aper punya kebal la Maznah Hamid nih.... berapa kuat aaa dier mandrem.... hahaha ..... sampaikan Zahid Hamidi yang katanyer samseng besar (kaki pukul) tue pon tabrani nak keluar statement langsung isu nih.... aper punya Menteri KDN la.... takder telor..... hahahaha

Gua nak kasitau satu mender jer.... selagi KDN tak mengaku yang diorang cuai dalam operasi diorang... selagi tue la gua akan hangatkan citer nih..... samer macam selagi KDN takmo nak dedahkan nama Securiforce Sdn Bhd kepada umum... selagi itulah gua melalui blog ini akan berterusan mengwarwarkannyer...

Kepada semua pembaca dan pengunjung blog nih.... satu jer gua nak mintak lu orang buat.....  iaitu dengan kemudahan telefon berkamera yang lu orang ader.... sila rakamkan gambar atau video yang menunjukkan operasi syarikat Securiforce Sdn Bhd masih berjalan seperti biasa walau dimana pun.... Ingat... KDN kata dah batalkan lesen.... kiter tengok... betul atau tidak lesen tue dah dibatalkan...  boleh emelkan kat gua di cipantapirtenuk [at] gmx.com 

Kepada NUBE..... tolong jangan jadi celaka..... tolong prihatin skit.

Bacaan Lain : Citer 1, Citer 2, Citer 3 dan Citer 4


Maklumat Terkini: 

Gua diberitahu bahawa pada masa kejadian, syarikat Securiforce Sdn Bhd tidak mempunyai cukup anggota... Jadi mereka meminjam kakitangan dari syarikat Kawalan Prima Sdn Bhd.

Nampaknyer ader yang akan jadi kambing hitam lepas nih.... Hahahaha

22 August 2013

Batal Lesen, Ini Bukanlah Penyelesaian Masalah

Bhai/DeeDee sekalian...

Berapa ramai agaknya yang memandu diatas jalanraya kita sekarang nih yang tidak mempunyai kelayakan memandu.... tidak mempunyai lesen memandu..... Agak-agak lu orang aaa... ader berapa ramai aaa..... Gua rasa aaa... kalu dicula saru-satu... maybe kiter boleh dapat 1/4 daripada pengguna jalanraya memandu kenderaan mereka tanpa lesen...

Okeh.. gua paham dan stuju memang patut ader lesen.... penggunaan lesen memang wajar... pasai untuk mendapat lesen memandu... seseorang tue perlu menjalani latihan..... (err.. gua tak maksudkan lesen beli aaaa... hahaha)....


Persoalan sekarang nih... Aderkah PDRM mahu menambah lagi ramai orang yang memandu kenderaan mereka di jalanraya dengan tidak mempunyai lesen yang sepatutnya..... Jika idea membatalkan lesen hanya kerana ader banyak saman tertunggak.... patutnya ianya dimulakan dengan membatalkan lesen para VVIP terutamanya para menteri yang ramai dikalangan mereka mempunyai saman tertunggak...

Hanya kerana saman AES yang banyak tertunggak tidak bermaksud kelayakan memandu lu orang patut dibatalkan..... Malah kiter semua tahu... banyak sangat saman ekor yang ntah tak tau mana hujung pangkal pon..... ramai yang kena..... dalam banyak kes....  ader kenderaan yang langsung tak bergerak (dah lama "terpekor" dalam bengkel) pun boleh ader saman trafik memecut lebih dari 110 km/j ... giler aper...

Malah ader kes orang yang hanya mempunyai sebuah motor kapchai cabuk... tetapi mendapat saman AES lebih dari 200 km/j ..... aperkah kegilaan nih...

Patutnya... lesen mereka-mereka yang didapati bersalah mencetuskan kemalanganlah yang wajar digantung atau dibatalkan..... dan bukannya semua sekali kesalahan digantung dan dibatalkans secara semberono sajer...... manakala tugas menggantung dan membatalkan hanya terletak dibahu para hakim dan bukannya PDRM..

Kalu inilah pendekatan yang dilaksanakan oleh PDRM... maka ianya seumpama peribahasa Melayu....  "Marahkan nyamuk kelambu dibakar" ..... hahahaha....

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1