Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Ardi Hamza. Show all posts
Showing posts with label Ardi Hamza. Show all posts

17 December 2013

KDN Memang Cuai Dan Tak Ikut Prosedur

Bhai/DeeDee sekalian...

Aper nak jadi aaa.... Itu hari kes pengawal keselamatan yang merompak dan membunuh di Ambank melibatkan warga asing yang pengesahan identiti dan tapisan keselamatan meragukan...  Kecoh satu Malaysia kononnya KDN akan amik tindakan drastik untuk semak dan siasat semua pengawal keselamatan.... Tapi KDN sendiri takmo nak mengaku yang mereka sendiri cuai dan leka...

KDN sendiri takmo nak ngaku yang diorang tak ikut SOP.... KDN sendiri takmo nak ngaku yang diorang tak buat kerja yang sepatutnya.... Semuanya disalahkan kat syarikat kawalan keselamatan.... yang lagi best tue... syarikat kawalan keselamatan yang punya tender tak ngaku yang mereka terlibat... dipersalahkan plak kat syarikat kawalan keselamatan yang jadi sub-con ..... Hahahaha

Takper la..... nak buat camana.... KDN pon takmo nak mengaku yang diorang cuai... aper lagi syarikat keselamatan.... Hahahaha.... Menteri KDN pon boleh lepas tangan... sebab Menteri KDN lebih amik berat isu Syiah (Gred B) dari isu keselamatan dalam negara... hahahaha

SUMBER

Nih.... ader kes terbaru.... melibatkan kakitangan syarikat kawalan keselamatan yang merompak van keselamatan yang dipandunya dimana melibatkan wang bernilai RM250 ribu..... Persoalan yang gua nak bawak.... kenapa biler dah jadi kes camnie... baru la dapat tau yang suspek tue ader rekod jenayah lampau ... tak kisah la rekod jenayah berkaitan dadah ker... aper ker... yang pastinya suspek ader rekod jenayah....

Macam mana kerja tapisan keselamatan yang sepatutnyer ader dalam SOP syarikat keselamatan dan KDN nih... macam mana suspek nih boleh lepas dan berkhidmat semalam lebih 3 bulan..... takkan la cuai sangat kot....

Aper nak jadi aaa.....

26 November 2013

KDN : Idea Cari Duit Baru

Bhai/DeeDee sekalian...

Terbaek la idea dari Zahid Hamidi nih.... Ala... Dier nih yang tabley nak bagi jawapan pasai aper berlaku kecuaian tugas dalam KDN sehinggakan tapisan keselamatan bagi pengawal bersenjata yang mendapat lesen senjata api boleh terlepas kepada tangan warga asing....

La nih.... hanya kerana isu pendatang asing yang ader MyKad..... yang takder satu pon tindakan tuntas dan audit kepada kecuaian KDN..... terus plak Zahid Hamidi cadangkan agar KDN mengenakan caj dan denda terhadap sesiapa yang hilang kad pengenalan MyKad....

Walhal.... hampir 80% orang yang hilang kad pengenalan MyKad aderlah disebabkan jenayah ragut dan samun...... yang semuanya patut ditangani dengan berkesan oleh PDRM yang dok bawah KDN.... dimana KDN nih dikuasai oleh Zahid Hamidi.....

Aper ker jadahnyer mangsa-mangsa nih akan kena denda yang diorang tak buat... tak pasai-pasai jer.....

Ini semya kerana idea cari duit baru.... terbaek la.... Semua kerana duit..... macam cilaka jer.... Kalu jenayah ragut dan samun takder berlaku... atau kurang berlaku.... maka tak ramai la yang akan hilang kad pengenalan MyKad.....  cuba lihat zaman dahulu... sekitar tahun 70'an.... ader berapa banyakkan jenayah ragut dan samun.... tak banyak la bhai.....

Sebab itu la orang dulu-dulu jarang sangat hilang kad pengenalan...... sebab masa tue PDRM buat kerja sungguh-sungguh dan orang politik jarang campur tangan kacau kerja polis..... La nih... anggota polis banyak plak buat kerja berkaitan politik..... semua kerana nak selamatkan UMNO yang dah tak releven lagie tue..... hahahaha ... hampeh....

SUMBER

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1