Friday, 23 December 2016

6 Sebab Ibu Mengandung Tak Boleh Abaikan Makan Vitamin


Ada ibu hamil yang keliru kenapa ada bermacam pil vitamin yang perlu dimakan sepanjang waktu mengandung.
Kalau tak ambil, boleh ke?
Apa akan jadi kalau tak ambil?

Memang ramai ibu hamil yang agak keliru tentang hal ini, dan ramai yang ambil ringan tentang kepentingan vitamin ni.

Sebenarnya suplemen vitamin untuk ibu hamil yang dipanggil Prenatal Vitamin dalam bahasa perubatan ni, sangat penting untuk ibu yang hamil, malah untuk bayi di dalam kandungan.

Ibu hamil tidak seharusnya ambil lewa atau malas amalkan vitamin ni.


6 Sebab Kenapa Vitamin Ibu Hamil Penting

Ini antara sebab pentingnya ibu hamil mengambil Prenatal Vitamin sepanjang kehamilan.

1. Mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil

2. Kelahiran bayi pramatang

3. Kekurangan berat ketika bayi dilahirkan

4. Beri kekuatan kepada ibu hamil

5. Membantu ibu hamil mengekalkan kesihatan yang baik sepanjang mengandung

6. Mengurangkan risiko kekurangan khasiat makana terutama bagi wanita yang mengalami loya, muntah dan tiada selera makan di awal kehamilan.


Senarai Vitamin Yang Tak Boleh Diabaikan Sepanjang Mengandung

Antara suplemen penting yang mesti dimakan oleh ibu hamil ialah

1. Zat besi (iron)

Penting untuk pembentukan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan. Ia mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang. DOs yang dicadangkan untuk wanita hamil ialah 27 mg.


2. Kalsium

Kalsium penting bagi pembentukan tulang dan gigi. Bekalan kalsium dalam Prenatal Vitamin mempunyai kadar yang lebih tinggi berbanding dengan bekalan kalsium dalam multivitamin yang biasa. Dos yang diperlukan ialah 1,000 miligrams (mg) setiap hari.


3. Asid folik

Asid folik penting bagi perkembangan fizikal dan saraf bayi dalam rahim di awal kehamilan. Ia mesti diambil sebaik persenyawaan berlaku antara ovum dan sperma untuk menghalang kecacatan neural tube dan membantu pembentukan saraf dan sel-sel lain. Dos yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah 1000 micrograms (mcg) sehari.


4. Omega-3

Diperlukan untuk perkembangan otak, membantuk sistem saraf dan menjamin penglihatan yang baik. Dos yang dicadangkan ialah 200 - 300 mg sehari.


5. Vitamin C

Vitamin C penting untuk immune system badan.


6. Multivitamin

Selain daripada itu, ibu hamil juga mesti makan suplemen multivitamin dalam dos yang disarankan, untuk melengkapi keperluan nutrisi badan dan memastikan ibu kekal cergas bertenaga.

Dalam masa yang sama, wanita hamil mesti juga mengamalkan pemakanan yang sihat untuk mendapat bekalan khasiat yang secukupnya. Ini kerana sepanjang hami, bakal ibu perlu berkongsi nutrisi dengan bayi dalam rahim dan sangat memerlukan vitamin dan mineral tambahan.

Set Ibu Hamil Shaklee

Vitalea (multivitamin with iron)
B Complex (asid folik)
Vitamin C
Ostematrix (kalsium)
Omega Guard (Omega-3)
ESP (Protein)

Semoga bermanfaat ya.

Thanks for reading.

Jika berminat dengan Set Ibu Hamil Shaklee atau ada sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya ya, Cik Jatt 013-4894037.

Klik sini untuk info lanjut >> Vitamin Ibu Hamil (Set Ibu Hamil Shaklee)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Cara Turunkan Darah Tinggi Tanpa Perlu Bergantung Kepada Ubat


Tekanan darah tinggi atau hypertension juga dikenali sebagai “silent killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda symptom atau amaran.

Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang serta merosakkan organ penting lain seperti hati dan otak.

Seringkali kita terdengar kan, berita kenalan atau keluarga kita tiba-tiba diserang sakit jantung, stroke, pendarahan dalam otak dan sebagainya.. yang mana punca awalnya adalah dari tekanan darah tinggi.
Peningkatan tekanan di dalam salur darah menyebabkan pendarahan intrakranium dan boleh merosakkan organ-organ penting termasuk hati, ginjal, otak dan paru-paru. - See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/pantau-tekanan-darah-tinggi-1.20611#sthash.X9mkzko7.dpuf

Mengikut stastik, dianggarkan hampir 40% rakyat Malaysia  yang berusia 18 tahun dan ke atas menghidap penyakit hipertensi atau darah tinggi ni.

Faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah faktor seperti sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut.

Apa Itu Tekanan Darah Tinggi ?

Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.

140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda. Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.


Cara Kurangkan Darah Tinggi Tanpa Ubat

1. Kurangkan berat badan

Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. Kurangkan berat 5 kg pun sudah memberikan impak yang ketara.

2. Bersenamlah dengan kerap

Cuba untuk bersenam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3-4 kali seminggu. Pada masa yang sama ini juga bantu kurangkan berat badan.

3. Kurangkan pengambilan garam

Kurang daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!

4. Jangan merokok

Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.

Anda mungkin juga berminat >> Cara Berhenti Merokok Dengan Mudah Dan Berkesan

5. Kurangkan Stres

Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai kronik stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan. 

6. Amalkan diet yang lebih baik

Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan:
  • Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.
  • Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
  • Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan disampingi dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.
  • Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein    
7. Jangan leka

Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.

Vivix Shaklee Rawatan Alternatif Untuk Turunkan Darah Tinggi


Vivix adalah supplement semulajadi dari Shaklee, satu-satunya supplement yang mampu merawat sel-sel badan kita hingga tahap DNA.

Kandungan Vivix yang kaya dengan resveratrol sangat-sangat membantu dalam mengurangkan risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.
  • menurunkan trigliserida , LDL, dan lemak berlebihan di dalam darah 
  • meningkatkan nisbah kolesterol HDL dan LDL
  • berperanan sebagai ” pembersih pembuluh darah “
  • membantu menurunkan kepekatan darah 
  • mencegah terbentuknya pembekuan darah.
  • mencegah terbentuknya arteosklerosis (keradangan pada pembuluh darah)
  • mencegah kekejangan pembuluh darah
  • mengawal bekalan darah normal ke seluruh jaringan dan organ tubuh
  • memperbaiki pengerasan pembuluh nadi dan tekanan darah 
  • mencegah penyakit yang berkaitan dengan saluran darah jantung.
Syarikat Shaklee telah membelanjakan berbillion dolar dalam menjayakan penghasilan Vivix ni. Sangat rugilah kiranya kalau kita tidak manfaatkan kelebihan yang ada dalam Vivix.


Bacaan Darah Tinggi Menurun Selepas Amalkan Vivix
 
"Assalamualaikum..
 

Nama saya Arbayiah Binti Mohd Noh dan berumur 53 tahun. Saya seorang suri rumah dan kini menetap di Selangor serta mempunyai 5 orang anak. Saya ingin berkongsi pengalaman saya mengamalkan Vivix kerana masalah darah tinggi, sakit tumit dan cepat penat.

Saya pernah mencuba pelbagai suplemen, berjumpa doktor dan membeli produk lain seperti Jus Nusantara, Jus dari produk Zhulian dan macam-macam lagi. Doktor juga membekalkan ubat-ubatan setiap kali selepas check up.

Saya mula mengenali Shaklee melalui phamplet yang dibawa pulang oleh anak saya, Nurliyana. Beliau merupakan seorang pengedar Shaklee. Saya juga turut membuat pembacaan di Internet untuk mengetahui kandungan Vivix serta membaca testimoni-testimoni di Internet.

Saya mengambil 1 sudu teh Vivix setiap pagi. Selain Vivix, saya turun mengambil Ostematrix setiap hari. Selepas 5 bulan mengamalkan kedua-kedua produk ini secara konsisten, bacaan darah tinggi saya telah menurun dan dulu setiap 1-2 bulan saya perlu pergi ke klinik untuk check up, kini cuma 6 bulan sekali sahaja. Saya juga telah menghabiskan 2 botol Vivix dalam tempoh 5 bulan ini.

Saranan anda saya untuk pembaca yang mempunyai masalah seperti saya, minumlah Vivix untuk kesihatan yang menyeluruh. Saya berasa sangat gembira kerana bacaan darah tinggi saya telah berkurang bacaannya. Saya juga sangat berpuas hati sebab dengan Vivix ini saya tidak lagi perlu mengambil ubat-ubat lain. Ianya memudahkan saya yang tak suka sangat makan ubat ini.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anak saya kerana memperkenalkan Vivix kepada saya. Selama 4 tahun saya menghidap darah tinggi ini, akhirnya saya bebas. Malah berat badan saya juga turun dengan banyak selepas mengamalkan Vivix.

Terima kasih Vivix! Saya sayang Vivix! ;) "



Sebelum komplikasi yang lebih teruk dan kronik menyerang, berikhtiarlah dengan menggunakan tonik merah Vivix. Keistimewaan Vivix yang tak disangkal lagi, telah membantu ramai pesakit darah tinggi bebas daripada hipertensi dan ada yang telah bebas daripada bergantung sepenuhnya kepada ubat hospital.

Jika anda mengalami tekanan darah yang tinggi, jangan pandang ringan ya mengenai hal ini. Dapatkan pemeriksaan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Selain daripada itu, anda boleh berikhtiar dengan Vivix Shaklee bagi membantu mempercepatkan proses pemulihan anda.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Wednesday, 21 December 2016

Rahsia Kekal Cantik Macam Anak Dara Untuk Pikat Hati Suami :)


Wanita yang sudah berkahwin, terutamanya yang sudah mempunyai anak, jangan pula abaikan bab-bab jaga badan ya.

Bukankah penampilan untuk suami itu cukup penting? Lelaki mana yang tak suka pandang sesuatu yang cantik kan. Nak ke suami selalu pandang wanita lain? Sedih tau..

Lagipun, semakin kita bertambah usia ni, semakin la kita nak kena jaga badan. Bukan untuk kecantikan semata-mata, apa yang lebih penting lagi adalah untuk kesihatan kita juga. Bila dalaman sihat, insyaAllah luaran pun cantik dan sihat. Hah, jaga kesihatan dengan sebaik-baiknya ni pun salah satu tanda kita bersyukur kan.


Rahsia Kekal Cantik Macam Anak Dara Untuk Pikat Hati Suami

Kalau sebelum kahwin beriya jaga makan takut berat badan naik. Tapi lepas ada anak, takkan nak biar badan mengembang. Kalau tak se'slim' macam zaman anak dara, at least janganla sampai menggeleber dan tak fit. Nampak tua dari usia pula tu. Kena la jaga juga, betul?

Masalahnya, bukan senang nak jaga badan lepas dah bersalin ni.

Mana dengan nak jaga anak, urus hal kerja, urus hal rumahtangga lagi. Minded yang paling kena tukar, dah kahwin dah pun nak jaga badan buat apa lagi :)

Sebenarnya ada cara mudah dan rahsia untuk kekal cantik macam anak dara walaupun dah ada anak ni. Tak semestinya kita perlu susahkan diri pergi rawatan kecantikan, laburkan ribu-ribu duit, ambik risiko cucuk sana cucuk sini.. tak perlu semua tu.

Nak tau rahsianya? Jom saya kongsikan. Sama-sama la ya kita berusaha jaga kesihatan dan kecantikan untuk diri sendiri dan encik suami.

1. Jangan tidur lambat

Ini cara mudah untuk kulit kekal cantik dan awet muda.

Purata waktu tidur yang dicadangkan untuk orang dewasa ialah 6-7 jam sehari. Tapi ramai wanita hanya dapat masa tidur 4-6 jam sahaja.


2. Rajinkan diri untuk keluarkan peluh

Sibuk macam mana pun, lakukan senaman seperti berjalan, berjoging, berbasikal sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari.

Tak percaya? Cubalah dulu dan lihat hasilnya nanti.


3. Banyak minum air putih

Pastikan anda minum air secukupnya setiap hari. Air penting untuk fungsi sel, menyingkirkan toksin dari badan, melancarkan peredaran darah, mengawal suhu badan, dan buat anda bertenaga sepanjang hari.


4. Buang sikap cepat marah, banyakkan ketawa

Ketawa melegakan tekanan, meringankan otot, meningkatkan “rasa gembira” endorphins, dan mengurangkan hormon tekanan (cortisol). Ketawa membantu kesihatan fizikal, emosional dan mental. Ketawa juga buatkan anda nampak lebih muda.


5. Ambil supplements

Zaman sekarang bukan macam zaman moyang kita dulu. And kita bukan hidup dalam dunia yang ideal. Zaman sekarang ni, kita terdedah dengan pelbagai pencemaran, bahan kimia, makanan segera yang diproses, stress dan sebagainya.

Sel-sel badan akan mudah rosak tanpa pengambilan vitamin dan nutrisi yang secukupnya. Sebabnya, vitamin yang secukupnya ni lah yang penting supaya sel-sel badan kita sihat dan dapat berfungsi dengan cekap. Kecantikan kan bermula dari dalaman yang sihat dan cantik :)


Macam mana pendapat anda sendiri? Rasa nak jaga badan atau biar dengan penampilan serabai, janji hal rumah tangga teratur? Tepuk dada, tanya selera.

Kalau kita boleh buat dua-dua sekali, kenapa perlu pilih :)

Monday, 19 December 2016

Luka Jahitan Bersalin Terbuka. Apa Nak Buat?


Semua ibu mempunyai pengalaman melahirkan anak yang tersendiri. Ada yang senang je bersalin, ada yang mungkin mengalami beberapa komplikasi.

Mendengar kisah kawan saya berkongsi pengalaman beliau selepas bersalin hari tu, ngeri pula rasa. Ya la kan, dah la sakit waktu bersalin pun tak hilang lagi, lepas bersalin tu sakit bertambah lagi bila luka jahitan pula terbuka. Allah, besar dugaan ibu ni.

Nanti saya kongsikan kisah beliau ya.

Sebelum tu, saya nak berkongsi sedikit info tentang bagaimana luka jahitan bersalin ni boleh terbuka dan apa kesannya kepada ibu.


Bagaimana Luka Jahitan Bersalin Boleh Terbuka?

Untungnya ibu yang bersalin normal dan tak ada jahitan langsung. Bagi ibu yang berkemungkinan besar akan ada jahitan ni biasanya ibu yang bersalin anak sulung dan ibu yang ada melakukan forseps atau vakum sewaktu proses melahirkan anak.

Jahitan ni dinamakan jahitan episiotomi dan ianya adalah normal sebenarnya.
Selalunya rasa sakit akibat jahitan episiotomi ni hanyalah dalam masa dua hari sahaja.

Tetapi, jika rasa sakit yang teramat sangat lebih daripada 2 hingga 3 hari, berlaku pembengkakan, merah, bernanah atau keluar apa-apa cecair yang berbau, mungkin jahitan tu telah terbuka.

Kes jahitan terbuka boleh berlaku dalam tempoh 2 minggu pertama selepas bersalin tanpa penjagaan yang teliti. Menurut doktor, kebanyakan kes jahitan terbuka adalah disebabkan berlaku jangkitan kuman pada luka bersalin. 

Selain itu, cara jahitan dan pergerakan ibu yang terlalu banyak juga akan menyebabkan risiko jahitan terbuka.



Kesan Dan Komplikasi Jika Luka Jahitan Bersalin Terbuka
  • Menjadi punca tempat jangkitan merebak ke dalam badan
  • Boleh menyebabkan sakit berterusan, sukar untuk membuang air, sakit apabila melakukan hubungan kelamin
  • Hubungan dengan bayi terganggu, sukar untuk menyusukan bayi kerana menanggung kesakitan pada luka tersebut
  • Risiko luka lambat sembuh dan ibu perlu menanggung kesakitan dijahit semula. Tak ada bius pula tu kan bila dijahit semula. Ngeri woiii... 
  • Luka jahitan terbuka memang akan sembuh tetapi risikonya, mungkin sembuh dalam keadaan parut yang tidak cantik, otot tidak akan bercantum balik dan tidak kuat
Makanya, sila pastikan ibu-ibu menjaga kebersihan luka jahitan, mengawal pergerakan diri dan mengamalkan pengambilan makanan seimbang. Pastikan badan cukup vitamin terutama Vitamin C kerana ia membantu mempercepatkan proses penyembuhan. 
 
Ibu-ibu boleh baca di sini ya, tips luka jahitan bersalin cepat sembuh

Luka Jahitan Bersalin Terbuka Sampai Tak Boleh Jalan, Tak Boleh Duduk, Sembuh Dalam 3 Hari

Berikut saya kongsikan pengalaman rakan saya, Puan Ainul yang seksa menanggung luka jahitan bersalin terbuka sampai nak duduk tak boleh, nak berjalan apatah lagi.


"Bersalinkan Maryam secara normal dan vacum. 2 hari sakit tak dapat tidur, seminggu di hospital, 2 kali induce.

Sehari balik dari hospital, maryam demam panas dan kuning naik tinggi. Jadi kena masuk nicu.

5 hari dia di NICU, Ainul ulang alik 2-3 kali ke DEMC setiap hari untuk hantar susu.

Jahit kat bawah yang "banyak" belum sembuh.. asyik bergerak ke sana sini sampai 1 tahap ainul nak berjalan pun sakit giler. nak duduk lagi la. sampai dalam kereta menangis dekat husband sebab tak boleh nak duduk pun. nak duduk pun takut. huhuu

Ya ALLAH sakitnya.

Nak duduk sakit..

Nak berjalan lagi la sakit..

Sampai nak duduk menanges.. huhuhu

Last pilihan Ainul makan VIVIX. dulu rasa vivix ni MAHAL la. Tapi bila dah SAKIT, MAHAL dah tak nampak dah. Yang PENTING sakit hilang.

3 Hari konsistent makan setiap hari....

ALHAMDULILLAH.. lega sangat. Dah takde pedih, sakit nak duduk, berjalan. Siap boleh pakai seluar

BONUS lagi bila makan vivix semasa berpantang ni:

1. SUSU MERIAH. memang dalam pantang susu memang banyak. tapi kali ni 'lain sangat ' .. sampai demam pulak bengkak susu. Alhamdulillah dapat bayak buat stok ebm untuk anak.

2. Darah kotor berketul ketul keluar. cerita dekat akak mengurut. dia cakap bagus darah tu keluar. darah tu kalau tak keluar bahaya. bahaya kalau darah nifas ni tak keluar betul betul. keluar habis. pernah baca darah nifas yang tak bersih boleh jadi kanser.

3. Badan rasa segar, sedap la orang cakap. takde la lemau semacam. badan bertenaga. boleh uruskan anak anak walaupun pantang sendiri. muka pun tak pucat sebab peredaran darah berjalan lancar

Kalau rasa set berpantang banyak bebenor nak kena telan, ambil je vivix ni je rasanya dah cukup. ALL in 1.

Memang berbaloi makan vivix masa pantang. Sangat puas hati. Next berpantang pun akan pastikan vivix ada pada hari pertama bersalin nanti. baru la luka cepat sembuhkan

Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya.

Terima kasih sebab kembalikan senyuman saya."



Banyak sangat manfaat Vivix ni sebenarnya, dan Alhamdulillah semakin ramai yang mula mengenali serta mencuba Vivix. Jemput baca di sini ya, pengalaman saya mengamalkan Vivix.

Selain sangat bagus untuk ibu berpantang, Vivix juga amat membantu pesakit kronik seperti kencing manis, strok, darah tinggi, kanser dan sebagainya. Malah Vivix juga amat bagus diamalkan sebagai supplement harian untuk kecantikan dan kesihatan.

Jika berminat untuk mencuba Vivix, boleh hubungi saya.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sakit Belakang / Slip Disc Sembuh Tanpa Ubat Dan Pembedahan


Assalamualaikum

Entry kali ni saya nak berkongsi pengalaman Puan Siti Roziana Bt.Alias, yang menanggung derita sakit belakang / slip disc selama 9 tahun.

Walaubagaimanapun, Alhamdulillah beliau kini semakin sembuh tanpa perlu bergantung kepada ubat dan juga tanpa perlu menjalani sebarang pembedahan yang mengerikan.

Jom kita ikuti kisah Puan Siti Roziana :


Assalamualaikum wbt.

Saya Siti Roziana Bt.Alias, berumur 33 tahun dan merupakan ibu kepada 3 orang cahaya mata. Saya seorang WAHM dan kini menetap di Puchong.


Mula Sakit Belakang Semenjak Zaman Belajar Di Universiti
 

Saya seorang yang agak aktif ketika di universiti dahulu. Bola jaring, kayak dan aktiviti rekreasi lasak menjadi pilihan ketika itu. Pendek kata..jatuh terseliuh, lebam dan injured dah jadi rutin saya. Akibatnya belakang mula rasa sakit hingga ke tapak kaki.

Pernah juga saya pergi mengurut kerana kecederaan yang saya alami tetapi kerana tempat mengurut itu agak jauh dari Universiti itu sekali sahaja saya kesana. Dan saya pendam sakit itu kononnya tak mahu terlalu memikirkannya dan berharap ia akan baik sendiri suatu hari nanti

Tuntutan kerjaya saya sebagai Jurutera Rangkaian memerlukan saya banyak keluar pejabat dan pergi ke tempat pelanggan kami. Oleh kerana kerja saya melibatkan pemasangan kabel, perkakasan IT dan computer..makanya kebanyakan barang itu saya akan angkat sendiri selagi terdaya. Tanpa saya sedari sakit itu datang semula. Paling ketara di bahagian belakang hinggalah ke tapak kaki. Berdenyut-denyut dan sungguh menyakitkan.

Jadi apabila saya mula rasa sakit..saya akan makan kan ubat tahan sakit yang diberikan doctor. Memang lega..namun ia hanya berkesan untuk sementara waktu..


Disahkan Mengalami Masalah Slip Disc


Hendak dijadikan cerita, pada tahun 2013 sakit belakang saya menjadi amat kronik. Sakit hingga saya berjalan mengengkang ke hospital kerana terasa amat perit di bahagian pinggang, punggung dan kaki. Jika saya berjalan seperti orang normal..sepertinya ada sesuatu mencucuk-cucuk belakang dan kaki saya.

Suami cadangkan saya refer terus ke pakar Ortopedik kerana keadaan saya yang amat merisaukan nya. Bila sesi soal jawab dengan pakar..pakar menegur saya kerana membiarkan masalah belakang saya yang berlarutan tidak dirawat sehingga 9 tahun lamanya.Pelik juga katanya saya boleh tahan sakit sebegitu..huhuhu..

Beliau menjalankan beberapa ujian dan hasil dari ujian MRI mendapati tulang L4 saya telah terkeluar sedikit atau dalam istilahnya Slip Disc. Kata doctor itulah yang menjadi punca kepada sakit belakang saya selama ini dan ia masih belum di tahap kritikal.

Saya ditahan wad selama seminggu dan menjalani beberapa sesi fisioterapi dan ia mendatangkan sedikit kelegaan. Namun kata doctor saya tidak boleh terlalu lasak dan mengangkat benda berat kerana masalah slip disc saya itu. Sedih mendengarnya kerana saya sedar sebagai seorang pekerja/ ibu pasti banyak perkara yang akan terbatas nanti.


Mencuba Rawatan Alternatif Dengan Vivix Shaklee


Disebabkan tuntutan kerja yang agak sibuk ketika itu saya tidak menumpukan proses penyembuhan fisioterapi yang telah dijadualkan doctor, namun saya cuba ikhtiar dengan cara lain yang saya rasa fleksibel dengan diri saya.
 

Saya bertanyakan kepada rakan dan juga mencari di internet . Saya lihat ramai orang bercerita tentang khasiat Vivix yang telah membantu ramai pesakit kronik untuk kembali sihat. Jadi tanpa berlengah lagi...tanpa berkira kira berapa harga sebotol Vivix itu saya terus membeli sebotol Vivix dan juga GLA ( Saya consume serentak dengan Vivix kerana saya turut mengalami masalah prolong period)

Awal ambilan saya kena healin crisis yang teruk juga...pening kepala, tak sedap badan, rasa nak demam.. tapi saya tabahkan hati juga untuk habiskan sebotol.


Tiada Lagi Sakit Belakang Dan Badan Semakin Sihat

Perubahan yang mula-mula saya rasai, apabila Prolong Period saya yang tak berhenti selama 6 bulan (dimana seiring dengan sakit slip disc) berhenti serta merta. (Prolong period ini tidak tahu apa puncanya kerana saya disahkan tiada cyst dan fibroid oleh Doctor O&G.)

Perubahan ini turut disedari oleh suami. Katanya saya nampak sihat berbanding dulu dan tidak lagi mengadu sakit belakang setiap malam

Dan syukur pada anugerah yang tak terhingga dariNya yang saya hamil anak kami yang ketiga.Saya alahan diawal kehamilan namun tiada sakit pinggang /belakang yang teruk seperti dua kali kehamilan sebelum ini. Dengan asbab Vivix dan GLA, slip disc dan prolong period saya sembuh. Badan saya sihat dan segar..malah sentiasa bertenaga. Terima kasih Allah..terima kasih Vivix kerna kembalikan semula nikmat sihat pada diri saya.



 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sunday, 18 December 2016

Cara Kurangkan Rabun Dan Silau Mata


Siapa ada masalah mata rabun dan silau?

Dulu saya pernah la kadang-kadang rasa teringin nak pakai kaca mata. Nampak macam smart and cute je. Itu luaran la. Tapi, hakikatnya, hanya orang yang pakai je yang tau kan betapa menyesalnya tak jaga mata dan tak seronoknya bila terpaksa pakai kaca mata ni. Betul?

Rabun ni pada awalnya mungkin bermula dengan sedikit je, tapi saban tahun makin meningkat. Itulah masalah terbesar orang yang pakai cermin mata ni. Selalu sakit kepala, alih-alih bila check power kaca mata dah naik. Dah kena tukar. Kos buat kaca mata ni pulak boleh tahan mahal juga.

Siapa yang tak risau dan rungsing kan, bila setiap kali buat check up mata, power cermin mata mesti naik dan silau pun semakin tinggi. Bila semunya naik maka naiklah juga kos nak buat cermin mata. Kan.


Cara Kurangkan Rabun Dan Silau Mata

Walaubagaimanapun, apa yang perlu anda tahu, rabun dan silau mata ni sebenarnya masih boleh diatasi atau dikurangkan.

Apa yang anda boleh lakukan adalah:

1. Senaman mata


Mata juga seperti otot-otat yang lain, semakin lama akan menjadi semakin lemah.
Buat senaman untuk mengatasi kepenatan mata.

Ada banyak senaman mata yang boleh kita lakukan. Antaranya ialah, pejam dan celikkan mata berulang kali dengan pantas. Dan, pusing mata ke atas, ke bawah, ke kiri dan ke kanan dengan pantas.

2. Rehatkan mata


Setiap 10 minit selepas menggunakan komputer atau membaca, rehatkan mata dengan melihat objek lain seperti pokok. Fokus seketika kepada objek tersebut sekurang-kurangnya selama seminit.

3. Elakkan aktiviti yang memberi ketegangan pada mata


Kurangkan bermain permainan video atau apa sahaja aktiviti yang boleh memberi ketegangan pada mata. Hadkan aktiviti sebegini kepada tidak lebih daripada 1 jam dan hanya 2 kali seminggu.

Elakkan membaca atau melihat skrin komputer, telefon bimbit dalam cahaya yang samar. Dalam keadaan gelap, kita akan memaksa mata untuk  lebih fokus dan boleh menyebabkan ketegangan.

4. Ambil secukupnya nutrisi yang bagus untuk mata


Antara makanan yang berkhasiat untuk mata ialah makanan yang kaya dengan beta carotene dan Vitamin A seperti lobak merak serta sayur-sayuran hijau.

Bagaimana Vitamin Shaklee Membantu Masalah Rabun Dan Silau


Vivix

Tinggi dengan antioksida untuk membantu memberi tenaga kepada mitochondria iaitu pusat tenaga sel kita. Sel-sel sekitar mata kita perlukan tenaga yang cukup untuk elak mata menjadi lemah.

Pengambilan vivix juga membantu untuk mengurangkan masalah AMD (Age related Macular Degeneration) iaitu berkait dengan faktor umur meningkat.

Carotomax

Tinggi dengan Vitamin A dan Beta Karotena yang diperlukan oleh mata untuk sihat.
Vitamin A penting untuk retina kita terutamanya di waktu malam. Kekurangan Vitamin A boleh menyebabkan masalah okular.

Juga membantu mencegah kekeringan di mata.

Apa Kata Mereka Yang Dah Amalkan Vitamin Untuk Rabun Dan Silau Ni

Testimoni 1

Power rabun  turun 50 dalam masa 5 minggu


Testimoni 2

Silau menurun selepas amalkan Vivix


Testimoni 3

Silau kurang, dah boleh drive malam


Testimoni 4

Power dah kurang sampai tak perlu pakai kaca mata dah


Mesti seronok kan kalau power kaca mata dah tak makin naik macam sebelum ni. Mata dah makin sihat, dah kurang rabun dan silau. Kalau dah boleh tinggal terus kaca mata dan contact lense, tu yang paling terbaik la kan. Nak buat kerja mudah, hidup pun rasa lebih bebas dan tak terikat gitu.

Jagalah kesihatan mata dengan sebaik-baiknya.
Mata adalah anugerah yang tiada ternilai. Dengan pengambilan vitamin ni juga sebenarnya adalah sebagai pencegahan lebih awal bagi mengelakkan keadaan yang lebih serius seperti katarak ataupun glaukoma.

Berminat untuk mencuba vitamin untuk kesihatan mata, membantu masalah rabun dan silau anda?
Hubungi saya ya.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Cara Sembuhkan Luka Bersalin Pembedahan Dengan Cepat


Bersalin secara pembedahan atau caesarean adalah satu pembedahan major.

Ia memerlukan kita menjaga luka tersebut dengan lebih rapi lagi, memandangkan luka dan jahitan tersebut adalah lebih besar berbanding luka bersalin secara normal atau luka episitomi. Penjagaannya juga agak berbeza kerana lukanya di perut dan bukan di vagina. 

Luka pembedahan melibatkan banyak lapisan. Lapisan dalam rahim itu sendiri, lapisan pada selaput kemudian baru kulit. Biasanya, tempoh penyembuhan sepenuhnya luka tersebut adalah 6 minggu.

Tapi seboleh-sebolehnya, memang kita nak luka bersalin tu sembuh dengan cepat la kan, betul?

Kenapa Pentingnya Luka Bersalin Cepat Sembuh

Anda mungkin masih tak sangka betapa kuat sakit yang dialami selepas pembedahan itu. Anda mungkin merasakan tak berupaya membuat apa-apa pun dengan sendiri.

Untuk berganjak sedikit, seperti ke bahagian atas katil pun, memerlukan anda memegang sesuatu atau seseorang. Bayangkan la, batuk dan ketawa pun sakit.


Jadi, penting sangat kan luka bersalin tu cepat sembuh supaya lebih mudah untuk kita menguruskan diri dan bayi.

Lagipun, luka yang lambat sembuh akan meningkatkan risiko-risiko yang boleh membahayakan kesihatan dan nyawa ibu seperti:
  • Demam berterusan
  • Sakit pada tempat luka
  • Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj
  • Keluar nanah dari tempat luka
  • Tanda kemerahan pada sekitar luka
  • Keluar air jernih dari tempat luka
  • Tempat luka nampak berlubang atau bengkak
  • Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka
Bagaimana Cara Sembuhkan Luka Bersalin Pembedahan Dengan Cepat

Oleh itu, saya  nak berkongsi sedikit tips-tips yang boleh ibu-ibu amalkan untuk mempercepatkan luka pembedahan cepat sembuh, moga ianya boleh dimanfaatkan ye…
  • Membuat pergerakan diawal pembedahan
  • Menyusu badan secara eksklusif
  • Pastikan luka kering dan bersih
  • Pakai bengkung (boleh bermula seminggu selepas pembedahan)
  • Elak aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan 

  • Minum air secukupnya
  • Jangan sebarangan ambil ubat tradisional
  • Makan makanan berzat dan seimbang 
  • Mengambil supplement
Apa yang saya nak kongsikan lebih lanjut berikutnya adalah tentang pengambilan supplement, iaitu Vivix dan Set Berpantang Shaklee.

Vivix merupakan supplement terbaik Shaklee, satu-satunya supplement yang mampu merawat sel-sel badan hingga tahap DNA. Nak amal senang je, suap minum dengan sudu je. Sesuai sangat untuk ibu-ibu yang tak suka telan banyak-banyak pil. Rasa dia pun sedap sangat.



Apa Kata Mereka Yang Amalkan Vivix Selepas Bersalin

Testimoni 1

Hari kedua bersalin pun dah boleh bangun jalan macam biasa


Testimoni 2

Luka czer sembuh dengan cepat selepas amalkan Vivix


"Assalamualaikum saya Nurul Aziyana, pengguna Shaklee sudah hampIr 4 tahun. Saya nak kongsi kisah bagaimana Vivix sangat membantu saya ketika berpantang bersalin secara pembedahan.


Untuk kelahiran yang kedua ni baru saya guna set bersalin Shaklee + Vivix sebab kelahiran pertama belum kenal lagi vitamin Shaklee. Al kisah menjadi asbab bersalin czer, semasa datang contraction suam-suam suku tu kebetulan memang ada appointment dengan gynea. Masa scan waktu tu lah baru dapat tahu breech.


Doktor terus buat keputusan, emergency operation. Terus ke HTAA, pung pang pung pang ditolak ke OT untuk berdepan dengan pengalaman kali kedua. Mungkin proses nak bersalin tu cepat.. tapi kesakitan yang ditanggung selepas bersalin czer kali ni lain dari yang pertama dulu. Czer adalah major operation. Jadi ubat tahan sakit dan antibiotik adalah wajib. Malangnya saya allergic pada banyak ubat. Bila makan satu muka akan jadi bengkak sampai tak boleh nak bukak mata.


Saya hanya mampu makan panadol. Tapi itupun akan buat jadi bengkak juga cuma tak seteruk bila makan antibiotic. Kalau demam biasa or sakit kepala ok la kan dengan panadol. Tapi kalau czer tak cukup hanya dengan panadol.


Minggu pertama sangat hazab. Sakit bagai daging di perut tu dihiris-hiris sampai saya tak mampu nak bergerak. Nak ke toilet yang sekangkang kera pun terpaksa berenti 2 kali dan ambil masa yang lama sampai menangis.


Nak bangun, nak duduk sangat lah menyeksakan. Ditambah pula anak jaundis masa tu dan ulang alik klinik untuk injection selepas bersalin. Syukur juga kat rumah ni memang ada wheelchair.


Disebabkan tak boleh makan ubat tahan sakit dan antibiotik, jadi saya bertahan dengan vitamin Shaklee. Sejak hari pertama saya ambil ZINK COMPLEX dan VITAMIN C (untuk cepat baik luka) , GARLIC COMPLEX untuk ganti ubat antibiotik, VITALEA , BCOMPLEX untuk tenaga, OSTEMATRIX untuk elak sembelit (memang tak sembelit sepanjang berpantang), LECITHIN untuk bengkak susu.


Namun begitu, megadose zink complex n vitamin C tak mampu untuk meringankan sakit saya. Yelah, ini vitamin bukan ubat..dan vitamin pulak adalah vitamin semulajadi kesannya bukan segera macam ubat. Mungkin tak cukup untuk tahan sakit dari major operation ni. Satu je yang saya belum cuba waktu tu dan saya menyesal sebab tak ambil dari hari pertama lagi iaitu VIVIX.


Kesakitan masih terasa walaupun lepas 2 minggu pembedahan. Bila saya cuba VIVIX? hari ke-20.. saya ambil 1 sudu teh pada mulanya. Selepas 3 hari saya makan vivix, alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab dah kurang rasa sakit. Bila dah kurang rasa sakit, jalan pun laju sikit. Kalau sebelum tu nak jalan memang kena pegang perut. Allah, syukur sangat rasa. masa ni memnag rasa menyesal tak start amik Vivix hari pertama bersalin.Sangat menyesal.


Lepas ni saya dah tahu dah, cara cepat untuk baik luka czer tak lain dan tak bukan adalah dengan Vivix. Itu sebab saya sayang sangat dengan Vivix ni. Alhamdulillah juga Vivix tak mengganggu penyusuan langsung. Alhamdulillah, lepas pengambilan Vivix terus rasa kurang sakit di perut dan cepat hilang.


Seksa tau nak pegang baby yang berat tu kalau sakit. Banyak pergerakan akan terbatas.Tapi nak tak nak kena bergerak juga walau sakit macam mana pun.

Saya juga syiorkan pada kawan yang juga bersalin secara czer.
Untill now, saya masih consume Vivix ni sebab banyak sangat kelebihannya. saya tau saya masih memerlukan Vivix untuk luka dalaman dan yang penting untuk kecantikan juga. Vivix baiki sel-sel dalaman. Bila sel cantik, fungsi badan pun cantik. Sebab tu luka pun cepat baik sebab Vivix bertindak terhadap sel.


Jadi saya amat sarankan Vivix untuk mereka yang bersalin secara Czer..dan Vivix ni boleh juga untuk mereka yang menjalani apa-apa pembedahan untuk memastikan luka cepat baik. Baik juga untuk pudarkan parut akibat jahitan semasa pembedahan. Terbaik sungguh!"

Selain Vivix, anda boleh amalkan Set Berpantang Shaklee. Juga terbukti sangat bagus, berkesan dan menjadi pilihan ramai ibu.


Untuk info lanjut mengenai Set Berpantang Shaklee >> KLIK SINI

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit