Wednesday, 26 February 2014

Vitamin Ibu Menyusu yang Mempunyai Masalah Tiroid



Fakta Tentang Tiroid yang Kita Patut Tahu
Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Ianya berbentuk seperti rama-rama. Fungsinya ialah untuk mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolise (pengeluaran tenaga) manusia.
Apabila Tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, Ia boleh memberi kesan terhadap setiap aspek kesihatan- terutamanya terhadap berat, kemurungan dan tahap tenaga.
Penyakit Tiroid Terbahagi kepada dua jenis:-
  • Hipertiroidisme/Tirotosikosis
  • Hipotiroidisme
Hipertiroidisme
Berlaku disebabkan hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada org biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah:
  • Grave's disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya pesakit tiroid akan akan mengeluarkan hormon yang berlebihan pada setiap sel tiroidnya.
  • Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh menjadi elok sendiri
  • Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan.
Antara Tanda2 org yang menghidapi Tiroid jenis "Hipertiroidisme":
  • Bengkak di leher
  • Cirit birit
  • Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar2
  • Gementar dan gelisah, terketar2
  • Haid tdk teratur, kurang atau tidak datang
  • Kesuburan turun
  • Penumpuan kurang
  • Mata menjadi besar (bulging)
  • Angin yang tidak menentu
  • Kejang Otot
  • Osteoporosis
  • Pengeluaran peluh yang banyak
  • Suhu badan naik, tak tahan panas
  • Rambut tidak kuat
  • Sukar bernafas, sukar tidur
  • Tekanan darah naik
  • Turun berat badan walau selera naik
  • Lemah
Hipotiroidism
Merupakan keadaan tiriod yang sering berlaku dan biasa berlaku terhadap wanita. Ianya disebabkan oleh penghasilan hormon tiroid yang tidak mencukupi. Sekiranya ia tidak dirawat ia boleh menyebabkan peningkatan risiko untuk mendapat kegemukan (Obesiti), penyakit jantung dan kemurungan
Antara tanda2 org yang menghidapi Tiroid jenis "Hipotiroidism":
  • Kesukaran untuk menurunkan berat badan. Walau melakukan berbagai jenis senaman
  • Penambahan berat badan. Walaupun anda melakukan senaman dan berdiet.
  • Kemurungan atau kegelisahan
  • Cepat berasa letih
  • Faktor genetik
  • Masalah haid yang banyak dan kerap sakit ketika period
  • Masalah sembelit yang teruk
  • Masalah rambut menjadi kasar dan kering serta mudah putus
  • Kulit menjadi kasar dan berkuping
  • Sakit otot dan sendi
  • Masalah capal dan tendonitis
Siapakah yang Berisiko Mendapat Tiroid
  • Perempuan
  • Mempunyai sejarah keluarga (Genetik)
  • Mengidap sakit pituitari atau endokrin yang lain
  • Usia lebih dari 60 tahun. Boleh juga berlaku pada org yang lebih muda  lewat 30-an
  • Orang yang kuat merokok.
Oleh yang demikian, sesiapa yang mengalami simptom2 di atas digalakkan menjalani pemeriksaan doktor untuk menjana kesihatan yang lebih baik...

Jadi, jika anda ibu menyusu bayi dan mempunyai masalah tiroid samaada hyper tiroid atau hypo tiroid, anda perlu mengambil tahu dan mengambil kisah suplemen mana yang boleh dan tidak boleh anda ambil kerana pengambilan sesetengah suplemen boleh memburukkan lagi tahap kesihatan anda.
Suplemen Shaklee berikut boleh diambil tidak kira sama ada anda mempunya hyper atau hypo tiroid.
  • B complex
  • Vitamin C (500mg atau 100mg)
  • Vitamin E
  • Ostematrix (kalsium magnesium)
  • Zinc
Bagi anda yg mempunyai hyper tiroid:
  • Boleh ambil ESP - Soy Protein Isolate powder
  • Tidak boleh ambil Vitalea with iron formula
  • Tidak boleh ambil Alfalfa
Bagi anda yg mempunyai hypo tiroid:
  • Boleh ambil Vitalea with iron formula
  • Boleh ambil alfalfa complex
  • Tidak boleh ambil ESP - Soy Protein Isolate powder
Credit

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday, 25 February 2014

Cara Berkesan Kuruskan Badan dengan Set Kurus Shaklee


Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua :)

Semakin hari semakin ramai yang mula mencuba supplement Shaklee untuk kesihatan dan kecantikan, Alhamdulillah. Tahniah saya ucapkan kepada anda kerana telah membuat pilihan dan pelaburan terbaik untuk asset terpenting anda, iaitu kesihatan. Salah satu set yang semakin hari semakin mendapat sambutan adalah Set Kurus Shaklee.

Klik sini untuk info lanjut mengenai Set Kurus Shaklee

Ramai yang telah menghubungi saya untuk mendapatkan konsultasi cara dan jadual pengambilan Set Kurus Shaklee. Ada yang membeli dari pengedar lain dan ada juga yang mendapatkan dari kawan-kawan. Kalau boleh, jika anda betul-betul serius nak kurus dan kurangkan berat badan anda, carilah pengedar yang betul-betul dapat membantu anda. Supaya duit yang anda keluarkan berbaloi dengan hasil yang akan anda dapat. Saya serius dan tanggungjawab saya adalah untuk membantu customer-customer saya, dan konsultasi juga adalah khas dan ekslusif untuk customer saya. Kalau saya consult semua orang nanti, tak eksklusif la pulak ye untuk customer saya.

Untuk tips dan jadual makan secara umum, anda boleh membaca segala perkongsian saya di dalam blog ini. Mudah-mudahan dapat membantu anda sedikit sebanyak ye.

Testimoni Kurus dengan Set Kurus Shaklee

Ok, kali ni saya nak berkongsi dengan anda tentang feedback yang baru sahaja saya terima dari salah seorang customer saya ni. Beliau mula mengamalkan Set Kurus Shaklee pada pertengahan Disember 2013. Pada bulan pertama, beliau mengamalkan Herblax, Lecithin dan Omega Guard. Saya suggest tiga ni dulu sebab beliau tengah carai supplement untuk membakar lemak dan tak nak yang jenis kena bancuh. Bulan pertama, berat badan beliau dah turun 2-3 kg, dan kawan-kawan beliau pun dah mula tegur nampak kurus sikit.

Masuk bulan kedua, beliau masih teruskan pengambilan ketiga-tiga supplement ni, dan memandangkan bulan lepas promosi Alfafa, beliau tak lepaskan peluang untuk mengambil Alfafa sekali. Alfafa kan bagus untuk detoks seluruh badan, kurangkan retensi air (gemuk air) dan juga untuk mengangkut keluar lemak dari badan.

Alhamdulillah, setelah hampir 2 bulan, berat badan beliau dah turun dari 65 kg lebih ke 60 kg. Dan badan pun semakin susut banyak. Dengan Set Kurus Shaklee inilah yang akan dapat, berat badan bukan sahaja turun, malah inchloss juga. Yang penting, bukan turun secara drastik, ikat perut tak makan atau apa sahaja cara diet yang bukan-bukan, tetapi dengan Shaklee, anda akan dibimbing untuk turunkan berat badan secara selamat dan semulajadi.


Sekarang beliau masih meneruskan pengambilan supplement Shaklee. Tak lama lagi, pasti beliau berjaya mendapat berat badan dan bentuk badan yang beliau idamkan. InsyaAllah.

Stress sebab badan banyak lemak degil, susah sangat nak kurus?
Teringin nak kurus dan langsing?
Anda pun BOLEH!

Jika anda berminat untuk mencuba Set Kurus Shaklee, bagi membantu usaha anda untuk kurus, jangan segan-segan untuk hubungi saya ya. Jika diamalkan dengan konsisten, ikut tips dan panduan saya berikan, insyaAllah anda pun BOLEH!

KEEP MUSCLE YOU HAVE

BURN FAT YOU DON'T NEED

LOOSE INCHES YOU DON'T WANT

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Cara Kurangkan Rambut Gugur dengan Shaklee


Ramai yang ada masalah rambut gugur kan. Hari-hari dok sapu lantai rumah sebab penuh dengan rambut. Bila syampoo, hahhh, keluar segenggam rambut. Lepas tu, bila sikat, keluar lagi segenggam. Alamat botakla rambut kalau macam tu kan. Scary uuu. So, takkan nak biarkan je. Jangan biarkan sampai berlarutan, anda harus buat sesuatu!

Kenapa rambut gugur?

Punca rambut gugur dikatakan boleh terjadi disebabkan perkara2 berikut:

1. Jangka hayat: jangka hayat rambut secara purata ialah 4.5 tahun; rambut kemudian gugur dan diganti dalam tempoh 6 bulan oleh rambut baru.

2. Kebiasaan: mencuci, mengering, dan memberus rambut semua boleh menyebabkan beberapa helai gugur; kebanyakan kita lakukan nya dengan kerap.

3. Penuaan: Selepas umur 30 tahun (dan selalunya sebelum), lelaki dan wanita mula kehilangan rambut, walaupun lelaki cenderung untuk mengalaminya pada kadar yang lebih cepat.

4. Corak kebotakan dikaitkan dengan testosteron. Ini menerangkan mengapa lebih ramai lelaki pengalaman corak kebotakan.

5. Tekanan emosi yang berlebihan

6. Menghidapi penyakit tertentu

7. Perubahan hormon

8. Kehamilan,bersalin, dan penggunaan pil kawalan kelahiran

9. Kesan kemoterapi


Apa yang perlu dibuat unuk mengurangkan masalah rambut gugur?
  • Tukar syampu kepada yang lebih rendah kandungan bahan kimia atau yang berasaskan organik, dan gunakan perapi dari sumber yang sama. 
  • Tukar sikat rambut kepada yang kurang memberi tekanan kepada rambut dan kulit kepala. 
  • Mengambil supplement yang membantu
  • Tidur yang cukup dan jauhi stress 
  • Minum air cukup
Cadangan Shaklee untuk Kurangkan Rambut Gugur

1) ESP 

ESP adalah serbuk protin. Kekurangan protin menyebabkan pertumbuhan rambut menjadi perlahan. Pastikan bahawa anda makan cukup protein agar rambut anda tumbuh lebih cepat dan sihat. 

2) B Complex

Salah satu punca rambut gugur adalah disebabkan tekanan emosi. B Complex adalah vitamin anti stress yang membantu untuk memberi perasaan tenang. Kandungan utama Vitamin B3 adalah berguna untuk membaiki aliran darah pada kulit kepala, Vitamin B6 pula untuk mengelakkan rambut dari gugur. Vitamin B12 juga memainkan peranan untuk elak rambut gugur. Kesimpulannya kelebihan B Complex sangat banyak untuk masalah rambut gugur. 

3) Zink 

Diet yang kurang zink boleh membawa kepada kelemahan sistem imun yang boleh menyebabkan keguguran rambut. Zink boleh memainkan peranan yang penting dalam modulation paras testosteron pada lelaki normal. Apabila hormon seimbang maka  risiko kehilangan rambut boleh dikurangkan. Zink boleh menguatkan folikel rambut anda dan boleh membantu mencegah beberapa jenis keguguran rambut. 

4) Prosante Hair Care System

Anda juga boleh mencuba syampu dan perapi Prosante serta Scalp Care Serum. Istimewanya set ni ia adalah bebas paraben, bebas SLS.
Cadangan set adalah:
  • Prosante Revitalizing Shampoo
  • Prosante Lightweight Conditioner
  • Prosante Nourishing Scalp Treatment
Testimoni





Semoga masalah keguguran rambut anda selesai dengan Shaklee!

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Monday, 24 February 2014

Cara Hilangkan Jerawat dan Parut, Kulit Cerah Berseri dengan Shaklee


Salam Isnin semua

Ada yang Monday blues tak :)
Saya dulu waktu bekerja makan gaji, hari-hari blues kut. Bila kita tak berapa minat dengan kerja kita, dah tak sepenuh hati buat kerja, dan faktor-faktor persekitaran lain yang memburukkan keadaan lagi, memang blues la jawabnya.
Alhamdulillah, sekarang ni dah jadi Work at Home Mother ni, takde dah blues-blues semua. Setiap hari penuh rasa semangat dan rasa teruja nak memulakan hari baru. Nak uruskan keluarga, nak uruskan business, nak layan customer, nak update Facebook, nak update blog, oooo yesss, saya suka semua benda yang saya buat sekarang.

Ok, hari ni saya nak berkongsi lagi pengalaman saya tentang masalah kulit berjerawat, kusam dan berparut. Pernah lihat gambar saya sebelum ni tak? Boleh klik sini utuk lihat ya.

Baru-baru ni saya terima request nak lihat gambar saya dulu, gambar hadapan. Sebab dalam testimoni ni, gambar dari sisi kan. Jenuh juga saya nak menggodek gambar lama-lama. Maklumlah, dulu kulit saya memang teruk, jadi memang rasa malu dan takde mood nak bergambar pun. Setelah puas menggodek, jumpa juga akhirnya gambar yang lama ni. Jangan terkejut ye tengok gambar wajah saya dahulu.

 Gambar selepas bersalin anak pertama
Kakak Aina Qistina

Gambar selepas besalin anak kedua
Armin Irfan

Memang penuh la jerawat kat dahi, pipi dan dagu dulu. Kulit memang kusam dan tak berseri langsung la kan kalau dah penuh jerawat dan parut. Makeup memang saya tak pakai, takut memburukkan lagi keadaan. So, pakai compact powder jer la, series bercapuk-capuk muka. Hihi. Gambar ni memang langsung takde edit-edit bagai. Ini guna camera handphone yang tak canggih sangat ni, so gambar pun tak berapa la nak clear. Trust me, in real life, kulit saya lebih teruk dari dalam gambar.

Sedih, down, stress, malu, menyampah, semua ada. Tapi, saya tak give up.

Semua masalah ada jalan penyelesaiannya, yang penting kita usaha. Bukannya down dan meratap nasib diri selama-lamanya. Kalau dah tak usaha, kalau dah tak bertindak, mana nak nampak hasilnya ye tak. 

Ini gambar saya semalam bersama anak-anak saya,dah besar dah anak-anak mama.
Confident la nak selfie sekarang :)
Gambar menggunakan camera hanphone juga.
Tetapi, yang lebih canggih, Sony Xperia Ion. Saya memang suka Sony ni, camera memang clear habis sampai pri-pori kat muka pun boleh nampak.

Nampak tak transformasi saya. Kalau saya boleh, anda pun boleh.

Nak tau tak apa rahsia saya? Cara untuk hilangkan jerawat, parut jerawat dan kulit kusam?

1. Penjagaan luaran dan dalaman

Ada orang yang memang dilahirkan dengan kulit yang cantik. Tak perlu susah-susah cari produk untuk cantikkan kulit. Saya bukan dalam golongan tu :) Tapi takdela saya tak bersyukur, cuma saya berusaha untuk cantikkan diri saya, untuk suami dan juga diri sendiri. Walaupun suami saya tak pernah puji saya (kecuali bila saya tanya), tapi saya tahu dia pun sangat suka dengan perubahan saya sekarang. Takkan nak cerita lebih-lebih kat sini kut bab-bab suami isteri. Suami mana yang tak suka isteri cantik kan kan.
Alhamdulillah, dengan Shaklee, bukan setakat kecantikan luaran yang kita dapat, malah yang lebih penting adalah kesihatan dalaman.

2. Sabar dan konsisten

Ramai orang yang nak cantik dengan cepat. Baru makan atau guna sesuatu produk tak sampai seminggu, dah expect kulit licin macam Siti Nurhaliza. Sebenarnya cepat tak penting, yang penting jangka masa panjang. Bayangkan la, kalau kulit kita dah bertahun-tahun penuh jerawat, takkan dalam masa seminggu dah boleh hilang semua. Jadi, sabar yer semua. Konsisten dengan apa yang anda amalkan, pasti manis hasilnya, insyaAllah.

Jika anda ada masalah kulit, bertindaklah sekarang. Takkan nak biarkan diri sendiri selamanya rasa down dan stress. Takkan nak tengok jer kawan-kawan lain kulit cantik. Masalah kecil je kulit muka ni, insyaAllah bole settle.
Jangan sampai masalah dah meleret-leret, makin susah nak rawat nanti.
Duit pun makin banyak nak keluarkan nanti.

Customer saya, selain ibu-ibu, ramai juga adik-adik yang sedang belajar dan baru tamat pengajian.
Untungnya, muda-muda dah kenal Shaklee. Muda-muda dah amalkan Shaklee :)

So, sesape yang perlukan konsultasi dari saya, jangan segan-segan untuk contact saya k.
Dengan produk dan cara pengambilan yang betul, sabar, konsisten, amalkan tips yang saya berikan, insyaAllah, anda pun boleh dapatkan kulit wajah yang anda inginkan secara selamat dan semulajadi.

Konsultasi khas dan ekslusif untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sunday, 23 February 2014

Motivation Rally Shaklee di Pulau Pinang untuk Pengiktirafan Leader


Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua...

Alhamdulillah, semalam telah berlangsungnya event Shaklee iaitu Shaklee Motivation Rally di Pulau Pinang. Majlis ini boleh diakatakan sebagai sub-event yang diadakan di setiap negeri, untuk mengiktiraf semua Shaklee Business Leaders. Event terbesar iaitu acara tahunan adalah National Conference bakal diadakan pada Jun nanti.


Memandangkan saya adalah salah seorang penerima anugerah, mestilah rasa sangat excited kan.

Register dulu

Shaklee provide refreshment tau, so kita makan dulu yer sementara majlis nak bermula

Pembakar semangat mama...

Majlis dimulakan dengan opening speech oleh  
Mr Ethan Wang, Marketing Director Shaklee Malaysia

Salah satu acara yang ditunggu-tunggu ramai, iaitu cabutan bertuah. Hadiahnya, sudah tentulah rangkaian produk Shaklee yang besttt tu

Ipan pun nak naik stage sekali dengan mama.
Gambar yang sangat blur, cik abang snap dari kejauhan :)

Istimewanya majlis ni bukan sahaja untuk memberi pengiktirafan kepada business leaders, malah ada juga perkongsian dari dua insan hebat yang telah bearda di ranking teratas iaitu Master Coordinator.

Master pertama adalah Mr Aldrich Low.
Beliau sentisa berpegang kepada kata-kata ni "Believe and Achieve".
Kalau korang nak tau, Mr Low ni, selepas graduate dulu, beliau tak pernah bekerja. Kiranya, sijil tu simpan dalam file je. Beliau terus buat Shaklee. Even time study tu pun, beliau dah buat Shaklee. Naik moto je hantar barang Shaklee kat customer. Pada waktu tu, beliau dah tanam azam, yang satu hari nanti beliau dapat membeli dan memandu kereta sendiri. Dan sekarang, beliau dah lebih berjaya dari tu. Nak tau tak apa rahsia beliau?

L.A.B V CAN

Hah? Apa tu. Masuk lab? Buat eksperimen?

L : Learn
Belajar, belajar dan terus belajar. Belajar ni adalah proses sepanjang hayat. Satu-satunya cara untuk belajar dan terus berjaya adalah apply. Jadi, dah belajar, kenala apply pulak yer, kalau tak camne nak berjaya.

A : Attitude
Setiap orang, pasti ada cabaran dan dugaan masing-masing kan. Especially dalam business ni, macam-macam yang akan kita lalui dan hadapi. Setiap orang pasti akan hadapi. Tapi, apa yang membezakannya adalah bagaimana seseorang itu nak hadapinya.
Dalam apa jua business, kelayakan ijazah semua tak penting dah. Tetapi, efforts seseorang tu yang paling penting. Sejauh mana kita berusaha dan bersemangat untuk berjaya. Di dalam Shaklee contohnya, sejauh mana semangat kita untuk berkongsi tentang kebaikan produk dan peuangpeluang yang ada di dalam Shaklee.

B : Believe
Percaya dengan company, percaya dengan produk, dan percaya dengan diri sendiri.
Percaya yang kita boleh berjaya dengan Shaklee. Nothing is impossible dengan Shaklee.
Dan percayalah, rezeki Allah sangat luas.

V : Vision
Ada vision yang besar dan jelas. Jangan takut untuk berimpian.

C : Commit
Buat yang terbaik. Bila kita dah decide nak buat business Shaklee, buat sehabis baik. Give full commitment.

A : Action
Fast Action, Fast Result.
Massive actions, produce massive reults

N : Now
Do it NOW, or NEVER!

Hahh, panjang lebar.. Memang rasa motivated betul.

Master kedua, adalah Master Nur Izaati Che Jawis
Beliau sentisa berpegang kepada kata-kata ni "Never Give Up on Your Dreams"
Beliau bercerita tentang perjalanan beliau dari seorang distributor biasa sehingga menjadi Master Coordinator. Secara ringkasnya, beliau berpesan supaya jangan takut untuk berimpian, impian yang besar-besar pun takpe. Bukan kena bayar pun nak berimpian ni... :)

Itulah serba sedikit perkongsian dari saya.
I'm soo inspired. I'll be the next Master!

Diharap perkongsian saya kali ini memberi manfaat untuk anda, tak kisahla samada yang sedang atau baru nak buat business Shaklee atau business apa-apa sahaja.

Sentiasa berpegang kepada kata-kata ni:
IT'S NOW OR NEVER.
FAST ACTION, FAST RESULT.
JUST DO IT!!

Saya sangat suka hadirkan diri ke majlis-majlis sebegini, sebab kita akan dikeilingi orang-orang yang positif, orang-orang yang hebat. Kita pun dapat auranya sekali. Jadi, korang, nak berjaya, rapat-rapatkan diri dengan orang yang positif dan berjaya ya!

Mudah-mudahan kita semua terus berjaya dalam apa juga cabang business yang kita ceburi!
Think BIG, dream BIG!

Saya bersama dua orang leader hebat dari kumpulan kami, Supermom
Kami adalah Work at Home Mother (WAHM) :)

 
***********************************************************

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

Friday, 21 February 2014

Fashion Tudung Terkini 2014, Tudung Ariana Rose?


Ramai yang tengah demam Ariana Rose kut sekarang. Dah habis kan citer tu. Saya ni ketinggalan sikitla, sebab saya memang tak tengok pun drama tu. Waktu tayangan tu tak berapa sesuai. Lagipun, cik abang saya tak berapa berkenan drama-drama melayu ni. Kalau nak diikutkan dia lagi suka tengok Elly & Epit dengan anak-anak. Kalau anak-anak tak konker TV, channel yang dia suka, History and Discovery Channel. Maknye ni memang tak sempat la nak mengadap TV.

Ok, berbalik kepada Ariana Rose, macam hot jer sekarang trend inner silang tu kan. Nampak ada member post kat Facebook, pastu iklan pun banyak kat wall. Semua dah terkena tempias Ariana Rose ni. Macam cantik jer, macam comel jer.

Inner silang Ariana Rose

Saya yang tak tengok citer tu pun macam dah terpengaruh. Dah tunjuk kat cik abang minta pendapat, katanya tak payahla kut, tak cantik pun. Pakai yang biasa-biasa lagi cantik.

Biasa-biasa je eh. Ni la yang biasa-biasa saya. Biasa sangat-sangat. Saya bukan hijabista yang stylo2 tu. Tudung pun kebanyakannya yang RM10 tu jer. Takpela, yang penting selesa dan menutup aurat dengan sempurna kan :)

Shawl / Selendang
Paling saya suka. Setengah orang cakap leceh nak pakai.
Tapi saya suka, sebab pada saya, paling senang nak pakai. Tak sampai 1 minit pun boleh siap.
Lilit atas kepala, terus siap. 
Lagipun, tak perlu risau angin tiup kemek tudung. 
Dah melekap pun tudung kat muka

Tudung Bawal
Murah, senang nak pakai, senang nak dapat. 
Tudung yang sejak dari zaman study sampaila sekarang, masih setia

 Tudung Syria
Suka jugak ni, sebab senang nak pakai.
Bila time malas nak pin-pin, pakai ni jer la

Tudung Instant
Nila satu-satunya tudung instant yang saya ada.
Bajet nak pakai raya, tapi muka rasa pelik pakai ni. Cancel.
So, inilah kali pertama dan kali terakhir kut saya pakai tudung instant.
Tak sesuai dengan muka saya.
Nama jer instant, tapi kena pin juga kat bawah tu sebab mukanya besar.
Pastu muka nampak boolat. Hihi

Ok, sekian entry saya mengenai tudung.
Sekarang terasa nak shopping selendang baru pulak rasa. Hahah..

 
***********************************************************

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

CoQ Health Plus Shaklee untuk Kesihatan Jantung


Tahukah anda!!!
  1. Penyakit kardiovaskular merupakan pembunuh nombor satu rakyat Malaysia
  2. Kematian yang disebabkan oleh penyakit kardiovaskular ni adalah 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding kematian disebabkan oleh kanser.
* Info : Pertubuhan Kebangsaan Jantung Malaysia
dan..
3. 37% kematian di Malaysia berpunca daripada penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok
* Info : Perangkaan Organisasi Kesihatan Dunia
sakit jantung

Fakta ni sebenarnya sangat menakutkan..betul tak?? jangan risau... kebanyakan pakar kesihatan mencadangkan gejala ni boleh dicegah. cemana ye? boleh follow saranan di bawah ni dengan meningkatkan amalan gaya hidup harian spt:-
  • diet yang seimbang
  • mengambil suplemen yang berkualiti
  • senaman secara teratur
  • tidak merokok
  • pastikan berat badan ideal
Nampak macam simple..tapi ramai yang bermasalah nak buat. dan saya highlightkan bahagian "mengambil suplemen yang berkualiti" dgn kaler merah... kerana..bagi saya..ini yang paling simple dan mudah nak ikut. Jika anda biasa google suplemen untuk kesihatan jantung, anda akan jumpa..kebanyakannya mereka mencadangkan Coenzyme Q10 (CoQ10). CoQ10 ni merupakan salah satu daripada suplemen kesihatan yang amat penting untuk kesihatan jantung kita.
Di Shaklee, kami juga ada Coenzyme Q10 (CoQ10). tapi diberi nama CoQHealth Plus.

CoQHealth Plus Shaklee
Baru sahaja dilancarkan pada 8 Jun 2013 di National Conference Shaklee. Alhamdulillah.. bertambah satu lagi suplemen untuk kesihatan jantung kita.
Jom jaga jantung kita. sebelum menjadi parah. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Credit
 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Nak Kuruskan Badan, Jangan Tinggalkan Sarapan Pagi


Salah satu tips penting yang perlu anda tahu untuk kuruskan badan, jangan sesekali skip atau tinggalkan sarapan pagi. Penting tau sarapan pagi ni, sebab tu ada pepatah Inggeris mengatakan

"Breakfast Like a King, Lunch Like an Ordinary Person, Dinner Like a Poor"

Seelok-seeloknya, makan sarapan pagi secepat mungkin, iaitu lebih kurang 30 minit sehingga 1 jam selepas anda bangun tidur.

Tips Kuruskan Badan, Jangan Tingal Sarapan

Jom kita baca tips sarapan pagi dari pakar diet terkenal, Kevin Zahri


Typical kan.

Ramai yang mempunyai masalah seperti yang dinyatakan oleh Kevin Zahri. Tak kirala samada yang bekerja, belajar atau suri rumah. Apabila bangun pagi, semuanya akan sibuk bersiap, menguruskan anak-anak sampaikan perut pun tak berisi lagi. Ada yang lebih teruk lagi, minum air masak pun belum. Bayangkan, bangun seawal 6.00 pagi, sementara nak settle semua benda, nak sampai ke tempat kerja dengan traffic jam lagi, agaknya paling awal pun pukul 8.00 pagi kan. Dah sampai pejabat, sementara nak sarapan pagi pun pukul berapa tu. Pukul 9.00 pagi, 10.00 pagi? Itu dah bukan sarapan pagi tu, itu dah kira minum pagi tu.

Bila dah lambat sangat makan, perut dibiarkan kosong dan lapar, metabolisma badan akan menjadi rendah dan selera makan pun makin bertambah. Macam mana nak kurus macam tu kan.

Jadi, mulai hari ini, cuba ambil dulu sarapan pagi di rumah. Jangan tunggu dah sampai pejabat baru nak makan. Bila dah alas perut di rumah, dah sampai pejabat nanti, takla lapar sangat. Jadi boleh kawal nafsu nak ambil makanan dengan banyak, dan metabolisma badan pun tak akan drop.

Cadangan Sarapan Pagi Yang Mudah, Berkhasiat dan Mengenyangkan

Sibuk pagi-pagi?
Itu bukan alasan nak skip sarapan pagi yer. Tak dinafikan, sememangnya semua orang akan rush pada waktu pagi. Semuanya mengejar masa. Jadi, cari makanan yang mudah, mengenyangkan dan yang penting berkhasiat. 

Cadangan Shaklee khas buat anda, terutamanya yang sedang berusaha untuk kuruskan badan, adalah ESP dan Cinch Shake.

Cinch Shake


Cinch Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

Setiap kali anda menikmati Cinch Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda.
  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut 
  • Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina 
  • Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan 
  • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang 
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian 
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga 
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting 
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan 
  • Soya bukan GMO 

 Energizing Soy Protein (ESP)

ESP adalah protein rendah lemak, bukan- GMO (organisma tidak diubah-suai secara organik) yang lengkap secara biologinya dan mengandungi kesemua sembilan asid amino perlu. Ia sesuai untuk seisi keluarga, memberikan anda 14gram protein soya sihat bagi setiap hidangan. Bukan sahaja merupakan pilihan snek yang berkhasiat, ESP merupakan snek enak bagi mengisi tubuh anda dengan protein soya yang berkualiti tinggi. Jam demi jam ia menyalurkan tenaga yang tiada tandingannya.

Dengan protein berkualiti tinggi yang berasaskan tumbuhan ini, ESP merupakan sumber protein biologi lengkap yang:
  • rendah lemak secara semulajadi 
  • bebas kolesterol protein 
  • lengkap dengan kesemua sembilan asid amino perlu 

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit