Showing posts with label Noodles. Show all posts
Showing posts with label Noodles. Show all posts

Monday, September 5, 2011

Mee goreng mamak mari versi campak-campak!


Pertama kali I masak mee kuning. Sebab utama I tak masak & makan mee kuning ini kerana ada peristiwa hitam yang berlaku masa I makan this mee masa I umur 7 ke 8 tahun yang dulu.....so, tu yang I tak masak mee kuning ni...tapi since this mee Mr E & 3Es suka makan...I masakkan jugak untuk diaorang....

Resepi Mee Goreng Mamak!
Bahan-bahannya:-)
500 gm mee kuning

100 gm daging -hiris nipis ( boleh ganti dengan udang, sotong atau isi ayam – ikut suka )

100 gm fish cake/ tauhu – ( goreng dulu baru potong2)

4 keping kuih cucur udang ( tak letak sbb tak ada )

1 cawan taugeh

1 mangkuk sawi [potong kecil]

3 sudu cili mesin.~~ nak pedas bubuhlah lebih

1 sudu rempah kari

3 sudu kicap pekat

3 sudu sos tomato/cili

2 sudu minyak masak

1 labu bawang besar [cincang halus]

2 biji telur

3 biji cili hijau [hiris nipis]


Cara penyediaan

1. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili & rempah dan biarkan garing dan wangi.
2. Masukkan daging dan kacau rata.
3. Masukkan fish cake/tauhu. Biar sebentar.
4. Masukkan kicap, sos cili dan mee. Kacau rata.
5. Masukkan taugeh dan sawi.
6. Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
7. Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
8. Masakkan mee agak kering.
9. Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan dengan hirisan limau kasturi atau limau nipis.

Wednesday, February 16, 2011

Beehoon Sup Tulang Sedap yang ter"leftover"...

Bila buat sup tulang for lunch....dinner sure tak masak la. So, kenalah kreatif skit 'kan...(alasan malas nak memasak...muahahahhahaha)...So, maka dengan itu terhasillah....BeeHoon Sup Tulang leftover....tak kiralah 'kan leftover ke apa.....yang pasti kenyang!... Resepi?....Ala, mudah je....u all rebuskan atau celurkan BeeHoon, banyak mana tu ikut suka u all ya.....pastu toskan BeeHoon tersebut. Masukkan BeeHoon yang telah ditoskan tadi ke dalam mangkuk dan tuangkan sup tulang yang yang telah dipanaskan (ala...sup tulang yang leftover tu) ke dalam mangkuk tersebut. Taburkan daun sup, bawang goreng & cili merah yang dipotong2 halus ke atas BeeHoon itu tadi....Taaaraaaaaa...siap sudah, boleh dihidang dan dimakan...SedaP!....

Monday, January 10, 2011

Beehoon Goreng Putih


I ni memang boleh dikategorikan rajin jugak lah untuk memasak....tapi rajin kalau masak yang simple2 dan sedap je okay....Beehoon Goreng Putih ni favourite Mr E, lawan makan Beehoon Goreng Putih ni dengan Sambal Sotong Kering..perghhhhh! Baru terangkat....Here's another easy peasy recipe from me......

Resepi Beehoon Goreng Putih...
Bahan-bahannya:-)
1/2 paket Beehoon - I suka beehoon cap Bintang (celurkan dengang air panas then tapis ya)
3 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
8 ekor udang
6 batang filamen ketam (dipotong kecil-kecil)
2 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis
Telur dadar yang dipotong halus2 panjang (hiasan)
Daun sup diracik2 halus (hiasan)

Cara-cara penyediaannya :-)
1. Tumiskan bawang besar & putih sehingga naik bau. Masukkan sos tiram ke dalam kuali. Kacau rata.
2. Kemudian, masukkan udang dan filamen ketam itu tadi dan kacau sehingga sebati. Garam juga tidak dilupakan....
3. Akhir sekali masukkan beehoon yang telah dicelurkan dengan air panas itu dan kacau sebati semuanya sehingga sebati. Rasa beehoon iti sedikit untuk rasa kemasinan beehoon tersebut...bab2 rasa ni ikut tekak dan selera masing2 ya.....
4. Kemudian, beehoon yang telah siap dimasak itu tadi dimasukkan ke dalam bekas dan taburkan telur dadar yang dipotong panjang2 di atas beehoon itu. Taburkan jua cili merah dan daun sup yang diracik2 halus sebelum makan.....Selamat mencuba ya!




Saturday, January 1, 2011

Char Kueh Teow Goreng

Sebagai permulaan....ni resepi masak Char Kueh Teow Goreng versi I....
I nak share makanan /masakan favourite we all.
Boleh dikatakan menu siaran ulangan kat Templer ni....
hehehehehehe..layan je 'kan, nak buat camne, kalau dah favourite...
so, I nak share resepi Char Kueh Teow Goreng yang I buat untuk breakfast tadi.
Bahan2 yang sangat simple & mudah sangat nak bikin..

Resepi Char Kueh Teow Goreng...

Bahan-bahan yang perlu ada:
2 paket Kueh Teow (favourite I guna yang nipis dan halus2 punya)- dicuci & ditoskan
12 ekor Udang sederhana besar
telur (ikut berapa suka la...I suka ada telur banyak, so I guna 3 biji telur)
1 cawan Isi Kerang
2 keping Tauhu (didadu & digoreng)
1 paket Fishball Goreng
5 biji bawang merah (dihiris nipis)
4 biji bawang putih ( dihiris nipis)
2 camca besar cili boh
2 camca kicap pekat
2 camca sos tiram
2 camca sos ikan
1 biji tomato
1 ikat daun kucai
1 cawan taugeh (dicuci & ditoskan)
kicap mee secukupnya
minyak untuk menumis
garam & gula ikut rasa

Cara pembikinannya....
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang merah & putih sehingga naik bau. Then masukkan cili boh, sos tiram, sos ikan, kicap pekat. Garam & gula masukan ikut sukatan masing2 ya. Masukkan tauhu, kerang, udang, fishball dan asingkan ke tepi kuali dan masukkan telur ditengah2 dan masak sehingga telur itu hancur. Masukkan kueh teow dan gaul rata antara kesemua bahan2 tadi. Then, masukkan kicap mee pula dan gaul rata. Later, masukkan tomato, daun kucai, taugeh...kacau rata dan dibiarkan masak seketika. Hias dengan belahan limau kasturi dan daun sup sebagai hiasan. Ready untuk dimakan....:-))