Showing posts with label Muffin. Show all posts
Showing posts with label Muffin. Show all posts

Monday, October 3, 2011

Hitam-hitam si tampuk manis....


......sungguh la hitam rupa mu, tapi sedap bila dimakan....

Resepi Muffin Coklat yang simple sangat-sangat....

Kek Coklat Si Hitam Manis
Bahan A
2 cawan air
250 g mentega
35 g serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 cawan gula castor

Bahan B

4 biji telur
3 cawan tepung naik sendiri

Cara membuatnya
1. Campurkan semua bahan A dalam periuk dan hangatkan di atas api, sampai gula dan mentega cair.
2. Angkat dan biarkan sejuk.
3. Masukkan telur, pukul dengan pemukul elektrik.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul sampai sebati.
5. Tuang adunan dalam loyang / bekas kek cawan
6. Bakar 40 minit (kek), 25 minit (cupcakes), api atas bawah tanpa kipas dengan suhu 180 darjah selsius.
7. Boleh hias dengan coklat ganache atau cream cheese.

Monday, July 11, 2011

Lemon Milk Muffin with Lemon Curd Topping....

Since lemon banyak dalam fridge I, tercari-cari dalam internet recipe yang menggunakan lemon.....alih2 terjumpa kat AllRecipes.com, Lemon Yogurt Muffin tapi takde pulak yogurt, I just gunakan milk je.....rasa? ok jugak.....topping tu I guna Lemon Curd...resepi amik kat sini.....

Resepi Lemon Milk Muffin

Ingredients

  • 1 3/4 cups all-purpose flour
  • 3/4 cup sugar
  • 1 tablespoon grated lemon peel
  • 1 teaspoon baking powder
  • 3/4 teaspoon baking soda
  • 1/4 teaspoon salt
  • 1 egg
  • 1 cup lemon or plain yogurt ( I guna full cream milk)
  • 6 tablespoons butter or margarine, melted
  • 1 tablespoon lemon juice
Directions
  1. In a large bowl, combine the first six ingredients. In another bowl, beat the egg, yogurt, butter and lemon juice. Stir into dry ingredients just until moistened. Fill greased muffin cups two-thirds full. Bake at 400 degrees F for 20-24 minutes or until a toothpick comes out clean. Cool for 5 minutes; leave muffins in pan. Using a toothpick, poke 6-8 holes in each muffin. In a saucepan, combine the topping ingredients. Cook and stir over low heat until sugar is dissolved. Spoon over warm muffins.

Lemon Curd Martha Stewart

Ingredients

  • 3 large egg yolks, strained
  • Zest of 1/2 lemon
  • 1/4 cup lemon juice
  • 6 tablespoons sugar
  • 4 tablespoons unsalted butter, cold, cut into pieces

Directions

  1. Combine yolks, lemon zest, lemon juice, and sugar in a small saucepan. Whisk to combine. Set over medium heat, and stir constantly with a wooden spoon, making sure to stir sides and bottom of pan. Cook until mixture is thick enough to coat back of wooden spoon, 5 to 7 minutes.

  2. Remove saucepan from heat. Add butter, one piece at a time, stirring with the wooden spoon until consistency is smooth.

  3. Transfer mixture to a medium bowl. Lay a sheet of plastic wrap directly on the surface of the curd to avoid a skin from forming; wrap tightly. Let cool; refrigerate until firm and chilled, at least 1 hour.



Thursday, June 2, 2011

Carrot Muffin with Blueberry Filling...


Other easy peasy recipe from me. Baked this muffin for breakfast on the yesterday. Bahan-bahan nak buat senang nak dapat dan yang pasti mudah sangat nak buat. Dah ler tu...hasillnya sangatlah tidak menghampakan. Sedap!!! Nak recipe?....sila-sila....

Resepi Carrot Muffin....

120g Flour
120g Vege Oil
1 Egg
100g Brown Sugar
100g Carrot (grated)

1tsp Baking powder
1tsp Cinammon powder
2 tbsp Milk

Blueberry filling

Cara-cara penyediaannya:-)

Guna pakai wooden spatula je. First beat Oil with sugar, add egg and then fold in carrots, flour, baking powder and cinammon powder. Lastly add milk.

Masukkan dalam papercup atau bekas muffin. Lepas tu letakkan blueberry filing ke dalam setiap batter tersebut.

Bake for 30 mins at 180°C.


Monday, March 14, 2011

Plain Vanilla Muffin...

We all satu family amat menyukai this muffin...simple yet delish!!! Nak buat pun mudah jugak....jumpa this recipe di one of my baking books....

Resepi Plain Vanilla Muffin
Bahan-bahannya :-))
250g butter ( I guna ACS )
3 biji telur
1 1/2 cup tepung
3/4 cup gula halus
1/2 cup fresh milk / susu cair
1/2 tbsp vanilla
Almond flakes

Cara-cara penyediaannya :-))
1.Preparekan cup muffin dalam pan dan oven pada 180 darjah celsius.
2.Whisk butter dgn gula sehingga putih dan masukkan telur satu persatu. Whisk until kembang gitu.
3. Slowkan speed, tepung dan susu dimasukkan secara berselang-seli sehingga habis. Last sekali masukkan vanilla. Sudukannya ke dalam cup muffin sebanyak 3/4 penuh cup muffin, taburkan almond flakes. Bakarkannya selama 25 minit or until golden...
Selamat Mencuba!



Sunday, January 30, 2011

Muffin Pisang Coklat Kukus


Buat this muffin aka apam 2 last week. Rumah ni pisang sentiasa tak putus...kalau tak beli, sure ada yang memberi. Pisang pun antara favourite we all....1st time buat this muffin terus jadi...happy I tau....


This recipe I skodeng kat Zarin's & Izah's blog. Thanks to both of u...Recipe I copy & paste ya....

APAM aka MUFFIN PISANG COKLAT
Bahan A [Ayakkan]
1 cawan tepung gandum
1 s/b serbuk koko
1/2 s/k soda bikarbonat
1/2 s/k baking powder
Sedikir garam

Bahan B
1/2 cawan pisang emas/berangan lecek
1/2 cawan minyak
3/4 cawan gula perang
1 biji telur [pukul sedikit ngan garfu]


Cara
1. Ayakkan bahan A dan masukkan dalam mangkuk.
2. Masukkan bahan B dan kacau rata.
3. Masukkan dalam acuan kecil atau loyang.
4. Kukuskan selama 30 minit atau sehingga masak.

Tuesday, January 25, 2011

English Muffin for breakfast...

English Muffin ni I selalu buat seminggu sekali. One of the menu for my Eldest & Middle E punya bekalan ke sekolah. The best part about this English Muffin is...tak perlu bake! Cuma masak atas pan jer dan this muffin ala-ala McDonald punya burger utk breakfast...nak resepi...jom!

Resepi English Muffin

Bahan-bahannya:-)
Bahan A
1 1/2 sudu kecil yis kering
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula
300g tepung roti
15g susu tepung

Bahan B
180ml air suam

Bahan C
1/2 sudu besar mentega

Bahan D
Semolina utk menyalut

Cara-cara penyediaannya:-)
1. Masukkan semua Bahan A ke dalam mangkuk pengadun dan mixerkannya.
2. Tuangkan air ke dlm A sedikit demi sedikit hingga sebati dengan tepung.
3. Masukkan mentega dan uli sehingga lembut.
4. Masukkan doh tadi ke dalam mangkuk lain dan balutkan dengan plastik pembalut dan biarkan dog naik sekali ganda.
5. Bahagikan doh kepada 8 bahagian dan bentukkan menjadi bebola kecil.
6. Salutkan dengan semolina dan susunkan atas dulang yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung.
7. Biarkan selama 20 minit dan masakkan doh tadi di atas kuali kalis likat dengan api sederhana selama 7 minit dan balikkannya dan masak lagi selama 6 minit. Sejukkannya....dan boleh dimakan ala-ala Burger McDonald dengan isi daging, sayur-sayuran, cili sos & mayonis....
Selamat Mencuba!


Saturday, January 8, 2011

Banana Muffin

Family I suka sangat dengan muffin ni, especially 3Es la....this muffin ni jugak antara menu yang I selalu buat....kekadang untuk breakfast, kekadang untuk tea....
Okay...ni meh layan resepi dia ya.....

Resepi Banana Muffin
Bahan-bahannya:-)

Bahan A
1 biji telur
1 cawan milk
1 cawan pisang yg dipotong bulat2
1/2 cawan minyak sayur

Bahan B
2 cawan tepung
1 cawan caster sugar
1 sudu kecil serbuk powder
1/2 sudu kecil garam

Bahan C
1 sudu besar chcocolate paste
Chocolate chips - utk topping
almond flakes - utk topping

Cara-cara penyediaannya:-)
Bahan A (kecuali pisang) dipukul dalam satu bekas sehingga sebati. Kemudian Bahan B dimasukkan ke dalam A dan kacau rata. Masukkan pisang ke dalam bancuhan A & B tadi. Bancuhan dibahagikan kepada 2 bahagian dalam 2 bekas yang berbeza. Chocolate paste dimasukkan ke dalam satu bekas itu dan kacau rata. Kemudian masukkan bancuhan chocolate paste ke dalam bekas muffin dan bancuhan yang plain juga dimasukkan ke dalam bekas muffin yang ada bancuhan chocolate paste itu secara berselang-seli. Setelah semua bancuhan tadi dimasukkan ke dalam bekas muffin, taburkan chocolate chips dan almond flakes ke atas bancuhan itu sebagai topping. Bakar dalam oven selama 25 minit pada 190 darjah celcius ya....Sejukkan muffin itu, siap sedia utk dingap!!!!...Makan masa suam2 pun sedap! Selamat Mencuba..