Showing posts with label Chiffon Cake. Show all posts
Showing posts with label Chiffon Cake. Show all posts

Monday, August 15, 2011

Sunkist Chiffon Cake.....

This chiffon cake favourite Mr E....so, since dah lama tak buat for him...I bake la for him. Iye la'kan asyik buat chiffon cake flavour yang si dia tak berapa suka makan such as Pandan Chiffon Cake...siap merajuk kejap tu!...Ok la sayang, I bake this Orange Chiffon Cake just for u!!!...

Recipe ikut kat sini...cuma kali ni kali ni takde buah orange...so, I just amik 3 sudu besar pati orange Sunkist dan campurkan dengan setengah cawan air....hasilnya sedap jugak tau!


Sunday, August 14, 2011

Buttermilk Pandan Chiffon Cake!



Kena creative bila tang baking ni tau!!!I buat this pandan chiffon cake atas permintaan my adik, Angah sebab dia nak bawa as buah tangan ke rumah kakak ipar dia untuk berbuka puasa beramai-ramai. Since last minute punya order, I guna je bahan-bahan yang ada dalam peti sejuk dan mini shop bakery I tu......

Dan kali ni, I bereksperimen menggunakan buttermilk pulak! Mmmmm, hasilnya tidak mengecewakan....sedap jugak tu....Resepi ikut kat sini yea....

Suka sangat I dengan Pandan Chiffon Cake ni....!Eh!!! apa yang I tak suka makan 'kan...kih kih kih...:-))

Tuesday, July 26, 2011

Pandan Chiffon Cake lagi....



Baked this pandan chiffon cake for barbeque kat kampung atuk & uwan I di Rembau last Saturday. Dan this pandan chiffon cake sangat digemari oleh semua orang terutamanya atuk & uwan I....happy sebab semua suka!!!

Resepi as usual kat sini ya...cuma kali ni tak sempat nak beli santan segar atau santan kotak...just guna fresh milk je....taste? still ok dan sedap!!!...cubalah...


Sunday, May 22, 2011

Pandan Chiffon Cake



Baked this Pandan Chiffon Cake for my aunties masa I visited them last week.....Recipe this Pandan Chiffon Cake I pernah postkan on the previous post....cuma I just tukarkan santan asli dengan menggunakan santak kotak....mmmm, not bad at all jugak...tapi I lebih suka jika menggunakan santan asli....:-))

This small portion untuk I......


Tuesday, March 29, 2011

Chocolate Chiffon Cake...


I memang suka bake chiffon cake. This is another easy peasy recipe of chiffon cake. Kali ni, I buat eksperimen untuk menghasilkan chocolate chiffon cake. Let check out the recipe ya!!!

Resepi Chocolate Chiffon Cake....
BAHAN-BAHAN A :-)
4 kuning telur (gred A)
135 ml air
85 ml minyak jagung
1/4 camca teh garam halus
100 g gula halus
135 g tepung gandum
15 g serbuk koko
1 camca teh esen vanilla
1 camca teh baking powder

BAHAN-BAHAN B :-)
4 putih telur (gred A)
90 g gula halus
Secubit cream of tartar

CARA-CARA PENYEDIAANNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Satukan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan garam, gaul rata dan ayak. Satukan kuning telur bersama gula halus (bahan A), kacau rata dan tuang air, kacau hingga gula larut. Masukkan bahan yang diayak tadi dan gaul hingga sebati, tuang minyak dan esen vanilla, kacau hingga sebati. Ketepikan.
  2. Putar putih telur hingga kembang, masukkan gula halus (bahan B), dan cream of tartar dan terus memutar hingga pekat.
  3. Campurkan putih telur tadi ke dalam adunan no 1 dan kacau dengan spatula hingga sebati.
  4. Tuang dalam tin chiffon dan bakar 45 - 50 minit hingga kek masak. Keluarkan dari oven dan terbalikkan tin serta merta dan biarkan kek berada dalam keadaan macam tu sehingga betul2 sejuk.

Saturday, March 5, 2011

Marmer Chiffon Cake...


Another chiffon cake from me......mmmm, malas nak cakap banyaklah....rasa this chiffon cake sangat lemak berkrim gitu....malah Mr E suka! Recipe ni I cilok from Kak Rima yang hebat tu...I copy & translate the recipe ya Kak Rima...tq:-))

Resepi Marmer Chiffon Cake
Bahan-bahannya:-)

Bahan A
  • 7 biji telur putih
  • 1/2 tsp cream of tartar
  • 100g gula


Bahan B
  • 7 biji kuning telur
  • 100g gula
  • 175g tepung gandum
  • 1/2 tsp baking powder
  • 75ml minyak masak
  • 150ml susu segar
  • 1/2 tsp garam
  • 1 tsp serbuk koko
  • 1 tsb coklat paste

Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 170.
  • Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk ya . Masukkan susu segar dan juga minyak. Kemudian masukkan tepung dan juga baking powder yang telah di ayak. Kacau sebati.
  • Pukul putih telur dan juga cream of tartar. Masukkan gula dan teruskan memutar sehingga kental.
  • Satukan semua dan kacau sebati lagi perlahan-lahan.
  • Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian campurkan dengan serbuk koko dan juga coklat paste.
  • Tuang ke dalam loyang secara berselang seli.
  • Bakar selama 45min. Sejurus keluar dari oven terbalikkan loyang dan biarkan sejuk baru sisip kek.
  • Potong dan hidangkan.

Sunday, February 27, 2011

My Lemon Chiffon Cake.....

Another chiffon cake from me...Yes! I love to bake chiffon cake....dan yang menjadi mangsanya ialah Mr E & Middle E....muahahahahahahahaha....Ok la..here's the recipe...enjoy!

Resepi Lemon Chiffon Cake
Bahan-bahannya:-)
7 biji telur yang diasingkan putih dan kuningnya
2 cawan tepung
1 cawan gula castor
3 tspn baking powder
1 tspn garam
3/4 cawan air
1/2 cawan minyak sayur
4 tspn grated lemon peel
2 tspn vanilla
1/2 tspn cream of tartar

Cara-cara penyediaannya:-)
1. Pukul telur putih, cream of tartar sehingga kental.
2. Kemudian, combine flour, sugar, baking powder dan garam. Kacau kuning telur, air, minyak, lemon peel dan vanilla dan tambahkan dengan bahan2 kering. Kacau sehingga sebati.
3. Bancuhan telur putih itu tadi ditambahkan ke dalam bancuhan kuning telur dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan bancuhan sebati itu tadi ke dalam bekas pembakar. Bakar dalam 175 darjah celcius selama 50 minit.
5. Setelah masak, sejukkan chiffon cake itu secara terlangkup.
6. Siap dan boleh dihidangkan....
Selamat Mencuba!

Wednesday, February 23, 2011

Orange Chiffon Cake...

Boleh dikatakan antara favourite cake we all, especially to Mr E la.....Middle E boleh jadi geng Mr E gak..tapi si Eldest & Youngest E cukup tidak suka dengan cake ni...tapi Pandan Chiffon Cake dioarang makan la....I ni kekadang tu tak la teringin nak makan...tapi memang suka sangat baking this chiffon cake.....

Resepi Orange Chiffon Cake
Bahan-bahannya:-)
Bahan A
1 1/2 cup flour
1/2 cup sugar
1/2 cup juice orange
5 yellow yolks
1 biji kulit orange yang diparut
1/4 vegetable oil

Bahan B
3/4 cup sugar
1tsp cream of tartar
5 white eggs

How to make:-)
1. Bahan B dipukul sehingga kental.
2. dalam mangkuk besar yang lain, pukul yellow eggs dengan gula sehingga sebati. Then masukkan tepung, juice orange, vegetable oil, kulit orange...kacau sehingga sebati.
3. Masukkan Bahan B ke dalam Bahan A dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan bancuhan ke dalam pan chiffon cake dan bakar selama 45 minit dengan kepanasan oven 175 darjahCel.
5. Sudah masak, keluarkan chiffon cake daripada oven dan sejukkan ia secara terlangkup....
6. Siap...boleh dihidangkan....Selamat Mencuba!

Thursday, January 13, 2011

My Pandan Chiffon Cake

I memang suka buat Chiffon Cake....Pandan Chiffon Cake ni antara favourite I jugak la....bila baked this chiffon cake....bau harum pandan dan lemak aroma santan chiffon cake membuatkan I tak sabar2 nak makan chiffon cake ni bila sudah masak....Mr E tak suka Pandan Chiffon Cake, dia paling suka Orange Chiffon Cake....

I kongsikan resepi Pandan Chiffon Cake I ni dengan u all yea....:-))

Resepi Pandan Chiffon Cake
Bahan-bahannya:-)
Bahan A
1 1/2 cawan tepung
5 biji telur kuning
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan pekat
15 helai daun pandan
1/4 cawan minyak sayur

Bahan B
1/2 cawan gula halus
5 biji telur putih
1/2 sudu kecil cream of tartar

Cara-cara penyediaanya:-
1. Santan dan daun pandan tadi diblender dan dapatkan jusnya.
2. Pukul semua bahan B sehingga kental.
3. Dalam bekas lain, pukul telur kuning, minyak sayur dan gula sehingga sebati.
4. Kemudian masukkan tepung dan jus santan pandan tadi ke dalam no 3.
5. Masukkan bahan B ke dalam bahan A yang telah sebati itu tadi dan kacau secara kaup balik.
6. Masukkan bancuhan itu ke dalam pan dan bakar selama 40minit atau sehingga masak...
7. Setelah masak sejukkan Pandan Chiffon Cake itu dan bolehlah dimakan.....sedap!!! Selamat mencuba...:-))


Dalam pada yang sama sempat lagi buat Apam Tepung Beras, gara2 tidak puas makan masa 1st time buat dulu......


Ni lah hasilnya.....Middle & Youngest E tak sabar2 minta I potongkan Pandan Chiffon Cake ni sebab diaorang nak makan...