Friday, March 27, 2009

klang ....banjir lah pulak





hujan lebat tak sampai sejam menyebabkan beberapa tempat diklang ni dilanda banjir kilat, yang ketara di Esso batu 1 jalan kapar menghala ke arah TNB jalan kapar (brhampiran dengan MBSB), puncanya mudah aja.....sistem perparitan yang tak berfungsi, tak dapat menampung limpahan air yang banyak, limpahan air yang datang secara mendadak


pegawai polis trafik yang bertugas tak mengira hujan atau panas bagi memastikan keselesaan pengguna jalanraya, itu pun ramai daripada kita tak menghargai bakti sumbangan mereka..




Tuesday, March 24, 2009

masa untuk berpisah

dah siap makan, perut pun dah kenyang, masing-masing pun sibuklah berkemas, pertama kena lah kemaskan pinggang mangkuk serta peralatan memasak yang telah digunakan, tokchik puji le budak-budak ni memang rajin, bergotong royong mereka membersihkan apa yang patut, terima kasih kak oji, kak ana (pak sedara manggil anak sedara akak...kwang...kwang..kwang...)juga ain, fekah, susi dan nadia. dulu masa kecik-kecik depa semua ni tau makan aja, sekrang ni semuanya rajin kedapur, pandai memasak, ain dan kak oji dah ada yang punya, fekah kecik lagi, kak ana tu nak belajar.......... susi dan nadia tu kalau sapa berkenan leh le masuk tender, jumpa tokchik isi borang, nanti tokchik usul kan kepada orang tua mereka......15% service charge sekiranya berjaya (service charge berdasarkan jumlah wang hantaran....heh....hehehe)

" jom........kita beredar balik" kak ayie / mak ayie pangilan mesra anak2 sedara kepada beliau bersuara, sessi salam meyalam bermula, sessi angkut mengangkut barang berterusan, berdedai (bahasa daerah labis ni, maksudnya beratur) semua meninggalkan rumah tokchik....terkebil-kebil tokchik dibuatnya........almaklumlah tetiba rumah dah sunyi dari hiruk pikuk....macam kena langar garuda...


dari kiri....apple (kecik2 masa lahir bulat sangat tu yg di panggil epal, becoknya mulut, atira, anak dara tunggal adik, danial yang kontrol handsome selalu)



sumbat jangan tak sumbat, sampai kan sampah yang tokchik bawa pun herman nak sumbat kan masuk.....semua orang pakat gelak....


aikkkkkkkkkk.....ada lagi ke yang tertinggal


serius sangat budak berdua ni, nadia siap cekak pingang lagi, tengah makan ketupat ke? ntah2 nadia cakap kat ain " kau tengok ain, pinggang aku ni...ramping aja, kau tiru le macam aku" hahahahahaha


" kau jangan le nangis ani, nanti kak ayie nangis juga, kita kontrol jelita, orang tengah nak ambik gambar kita tu"
" ya lah kak ayie, orang kemam-kemam bibir nie, nak tahan jangan nangis"


ni kira gambar kenangan sebelum semua bersurai...

makan time

malam tu semasa landing sambil melayan mata sebelom terlelap, tokchik, ain, nadia, susi dok le mengomel kisah2 lama, kisah masa mereka kecil2
"esok kita nak masak apa untuk makan tengahri pakcik" ain bersuara.
" ya lah tokchik, buat pecal sedap juga" susi menyampuk.
"pakcik, nadia nak makan paceri nenas le" jelas terdebgar suara nadia

apa lagi, tokchik capai pen dan kertas, "jom kita plan nak masak apa esok"
macam2 menu yang keluar, setelah mencapai kata sepakat, persetujuan diambil, menunya adalah, ayam goreng berempah, paceri nenas, ikan masin goreng, urap pucuk ubi + tauge+ kacang pnjang (ada setengah tempat pangil kerabu, tapi urap ni ada campuran kelapa parut) ada tempe goreng, sambal belacan..........kena lak dengan nasi panas........makan beramai, makan berebut2 orang kata.......memang seronok


makan le jangan malu-malu

>



semua yang dihidangkang tengahari tu "bersih". . . tokchik suka tengok cara atira makan, dia tak toleh kiri kanan, tumpuan dia hanya pada nasi dan lauk yang ada didalam pinggan dedepan mata, tak bercakap, siap makan dia bangun dan bawa pingan ke sinki

masa untuk makan

dah selesai dengan majlis ringkas untuk nadia tiba lah masa untuk makan, dah kelaparan semuanya, almaklumlah dah hampir jam 11 ketika tu, malam tu tokchik masak sayur labu muda masak bening (kalau kat kg tokchik mereka kata masak air, letak kan daun kunyit....ini le masakan arwah bonda yang tokchik suka, bergenag air mata bila teringat), ikan kembung goerng tepung, ada juga sayur campur style tokchik (kacang panjang + tauhu + tempe + hati dan pedal ayam + soon)

makan time...........


yang baju oren tu susi....cucu tokchik yang paling tua, solo lagi tu



mereka semua ni tengah seronok meratah udang galah yang dibawa oleh herman, yang di goreng menggunakan resepi rahsia kak ojie, orang rumah herman yang tak banyak ckap tu.....


tersandar kekenyangan, yang sebelah kiri tu adik ipar tokchik, sebelah kanan tu pulak abang ipar tokchik..........dah tersandar macam tu pekena kopi o panas........fuh terangkat

selamat ulang tahun nadia

tanggal 21hb mac 2009, adik sekeluarga daripada johor bahru ada datang bertamu, turut serta kakak sekeluarga yang tinggal di gombak dan juga anak saudara yang dok di shah alam.

dihitung2 malam tu ada lah hampir 20 orang kat rumah tokchik, meriah.............
malam tu kakak buat suprise kat anak dia si nadia......... dia dah pesan kan jenny suruh beli kan kek, jadi bila semua dah kumpul, tokchik pun pasang kan lilin kan kek dan bawa keruang tamu lalu ramai-ramai nyanyi kan lagu.....selamat hari lahir dan juga lagu ALLAH SELAMAT KAN KAMU .....selamat ulang tahun ke 23 nadia aka neddd, muga diberiklan tuhan kesejahteran dalam kehidupan, diberikan kehidupan yang sempurna, juga mendapat segala impian dan hajat dimakbulkan


nadia ni sebenrnya terkejut sebab dia tak tau mak dia dah plan semua tu .........suprise.....


macam best ja kek tu.....memang le kegemaran tokchik...perasa cokelat......apa lagi...potong le cepat


masing dah terliur bila tengok kek tu, apa lagi.......jom makan kawan2



terima kasih buat idah dan along jenny yang tolong beli kan kek tu, juga sebab sudi sponsor sebahagian daripada harga kek tersebut.....

Monday, March 23, 2009

kuala selangor


Apa yang ada diKuala Selangor? tarikan pelancungan disini seperti Bukit Melawati,hutan paya bakaunya, disebelah malam boleh melihat ribuan kelip-kelip yang berterbang dihabitat semula jadinya di kuala sungai selangor, juga terdapat penempatan nelayan di muara sungai kuala selangor

lama dah mendengar kisah bukit melawati ni, sehingga lah satu ketika tokchik berkesempatan untuk melihat sendiri tinggalan sejarah berkenan.



kalau malas nak berjalan kaki mendaki bukit melawati, naik aja le trem ni, bayaran yang dikenakan kalau tak silap okchik rm 2. diatas puncak bukit ni terdapat rumah api lama yang masih lagi berfungsi dengan baik, juga rumah pegawai daerah, juga tempat melihat anak bulan untuk menetapkan tarikh mula berpuasa dan permulaan hari raya.


pemandangan indah kuala selangor dari puncak bukit melawati.

di puncak bukit melawati ni terdapat ratusan ekor monyet jinak yang bersedia dihampiri, bawakan saja pisang atau kacang, pasti anda akan dikerumuni oleh meonyet-monyet jinak tersebut. tak percaya!!!!!! jom saksikan gambar-gambar ni sebagai bukti....heheheheeeeeeeeeeeee




kesan runtuhan kota bukit melawati yang sudah dibaik pulih, ini merupakan tangga kota bukit melawati


menurut catitan, batu hampar ini merupakan tempat dimana pemerintah kuala selangor dahulu bermain catur, terdapat juga satu lagi cerita yang menyatakan dahulunya di batu hampar ini tempat dimana seorang dayang istana yang bermukah telah dipancung dan darahnya telah ditadah dan disimbahkan kesekeliling kota sebagai semahan juga sebagai peringatan kepada rakyat jelata / penghuni istana yang lain agar tidak membuat kesilapan yang sama

a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYVkHIYCh1y0HSB_WJXU3FiDM9LRDAJYlLCxPvHwqBmHZNYhrMJKvW-7Yb6jVOLIAZzmwMwY-nt-bh2Y2mr9vySLx3A6hxrbopZO49hPijkS68wHo5VSVHi4BpfXPEEmWgV-wMNu9nMzjG/s1600-h/Ks17.jpg">


masa tokchik dok bergambar kat batu hampar ni tokchik terbayangkan masa hukuman pancung tu dijalankan............ngeriiiii siot







Monday, March 16, 2009

tv baru

dah lama sebenarnya tokchik mengidam tv lcd ni, tiap kali ke shoping complex, pasti laju ja kaki ni melangkah menuju kebahagian barangan elektrik..... melilau mata ni melihat tv lcd yang dipamirkan, dalam hati berkata " bila agaknya aku dapat memilikinya"



setelah sekian kali nya asyik menjenguk ruang pamiran lcd tv maka " boss, kalau saya beli tv ni, bila u boleh hantar" ........ " u mau mana satu boss, petang kita hantar lorrrrrr", ......" ok.......... saya mau yang ini, sharp 37".





bila dah dipasang, dah siap settingnya, tokchik pun try main dvd, fulamakkkkkkkkkkk......... memang meletopppppppppp.....puas hati......... lega sebab hajat dah tercapai

Followers