Showing posts with label apam. Show all posts
Showing posts with label apam. Show all posts

Thursday, July 12, 2012

apam labu

resepinya
bahan A :
1 sudu makan yis segera
1 sudu teh gula
2 sudu makan tepung
60ml air suam kuku (jangan terlebih suam nanti yis tak mengembang)

campurkan kesemua bahan diatas dan perapkan selama 30 minit sehingga yis mengembang

bahan B:
200gram labu (rebus, lenyek dan sejukkan)
300 gram tepung
200ml santan
180 gram gula
2 sudu teh double action baking powder
1 biji telur
esen vanilla

penyediannya :

bancuh bahan B sehingga sebati, kemudian masukkan bahan A, gaul rata, dan perapkan selama 1 jam
tuangkan kedalam acuan
kukus dengan api besar selama 15 minit (jika acuan kecil seperti yang tc gunakan)

Saturday, June 16, 2012

huat kue 2

buat lagi huat kue...kali ni dengan sedikit ubah suai...tc tak masukkan air abu
dah hasilnya memang lebih sedap.....
penggunaan  air abu membuatkan huat kue ni menjadi sedikit kenyal dan agak liat
bawa ketempat kerja...ramai yng setuju dgn pndapat tc...tanpa aiar abu..ianya lebih sedap



Friday, April 20, 2012

apam air krim soda


membelek majalah lama tc tertarik kepada gambar apam aiskrim soda yang tersiar dimajalah rasa april 2009, kebetulan bahan2 yang diperlukan ada maka tc pun merajinkan diri membuatnya. makan panas2 sememangnya sedap.

ini resepinya

bahan A (diputar sehingga kembang) :
3 biji telur
220 gram gula - tc kisar dulu menggunakan blender kering
1 sudu teh ovellete

bahan B
200gram gula
150ml air krim soda
pewarna merah

cara2nya:
putar telur, gula dan ovellet sehingga kembang dan gebu (seperti nak membuat bauhulu). tc guna mixer dengan kelajuan no 5 dan masa memutarnya sekitar 10 minit sahaja.
campurkan tepung kedalam adunan telur yang telah kembang, gaul rata
kemudian tuangkan air krim soda dan gaul sebati
bahagikan adunan kepda 2 bahagian (+/- 400 gram setiap bahagian) sebahagian dibiarkan kosong dan sebahagian lagi diwarnakan
masukkan kedalam "paiping bag" dan picitkan kedalam acuan berselang seli warnanya
kukus selama 15 minit

Friday, February 24, 2012

huat kue


selalu terpandang rakan sekerja berbangsa cina membawa kueh ni ke tempat kerja, kelmarin tc minta resepinya sebab teringin nak mencuba gara2 tergoda melihat apam yang mekar ni
resepinya:
300gram tepung gandum
1 biji telur
100 gula merah (tc beli kat tesco - bukan jenis gula merah yang berketul2 tu)
100 gram gula pasir
6 gram yist
1/2 sudu besar majerin (lebih kan sikit)
225ml air
1/2 sudu air abu (kurangkan sedikit )

penyediannya (tc guna mixer)
dalam bekas, tc masukkan tepung, gula, majerin, yist
putar sehingga menjadi seperti serbuk roti
kemudian tc masukkan telur...putar sebati
baru dimasukkan air dan air abu....tc putar pasa kelajuan no 1 selama 10 minit
perapkan adunan sekitar 4 -6 jam


gunakan senduk/sudip/hand whisk, adunan yang telah naik tadi digaulsekali lagi untuk "membuang anginnya"
panaskan kukusan,
masukkan adunan kedalam bekas pengukus,
kukus selama 15 minit dengan api besar


Thursday, February 23, 2012

apam beras



Apam Beras
sumber- journal resepi bdaria...harap dihalalkan sebab saya copy dan paste resepi anda untuk dikongsi dengan yang lain

Bahan-bahannya:

A) Tapai Nasi

250gm nasi yang telah dimasak dan disejukkan
1/2 tsp ragi - dihancurkan
2 tsp gula
1 tsp air


Cara-caranya:-
1.Gaul semua bahan hingga sebati, masukkan kedalam bekas kedap udara dan bertutup. Perapkan ditempat yang gelap selama 48 jam.


B) Bahan Apam
1 paket tepung beras (500gm)
270gm tapai nasi
3 cawan air
1 1/2 cawan gula
1 tsp yis
2 tsp Eno (2 paket Eno Biru)

tc gunakan pendekatan orang malas...tc campurkan semua bahan B dan kisar, kemudian tc perapkan (buat sebelum nak tidur jam 11 malam) keesokkan paginya sekitar jam 6.30 tc kukus
panaskn kukusan terlebih dahulu
tc bahagikan adunan kepada 4 bahagian
sepeket eno tc bahagikan kepada 2 bahagian sama banyak
tc ambil 1 bahagian adunan dan campurkan dgn 1/2 paket eno, digaul rata
tc kukus selama 10 minit dengan api yang kuat


komen tc....
apam ni memang lembut dan gebu.....
terima kasih pada http://www.resepidaria.com

Monday, November 21, 2011

apam beras lagi



buat apam beras lagi
kali ni tc tambahkan perisa oren dan keladi....
setelah dibancuh dan diperap adunan semalaman, sebelum mengukus tc campurkan 1/2 sudu teh eno kedalam 1-1/2 cawan bancuhan tepung baru dikukus selama 10 minit

Wednesday, October 26, 2011

apam lagi



buat apam tapai beras lagi...
cuma kali ni kelapanya terlupa nak letak
yang pasti licin

Tuesday, July 19, 2011

apam pandan



menggunakan resepi yang sama dengan resepi apam gula merah cuma tc gantikan dgn gula puteh dan dimasukkan jus pandan
sedap bila digaulkan dengan kelapa parut bercampur garam

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh yist
1-3/4 cawan air
1/2 cawan gula pasir (kalau nak manis tambah lagi dalam 4 sudu makan)


kisarkan kesemua bahan diatas dan perapkan selama 1.5 jam
kukus selema 35-45 minit

Wednesday, July 13, 2011

apam gula hangus




bahan2 yang diperlukan:

bahan A (diblender sekitar 3 - 4 minit)
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu makan majerin
3 sudu sus pekat manis

bahan B
1-1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh bikar bonat of soda

bahan C (dibuat gula hangus dan sejukkan- buat dahulu)
1-1/4 cawan gula
3/4 cawan air

kisar bahan A sehingga sebati (anggaran masa 3 - 4 minit)
kemudian masukkan gula hangus dan kisar lagi
tuangkan bahan yang dikisar kedalam bekas, masukkan tepung gandum yang telah dicampur bicarbonat of soda dan gaul rata
masukkan kedalam bekas dan kukus, juka bekas kecil sekitar 15 minit dah memadai, kalau yang besar seperti loyang 9" x 9" anggaran masa mengukus sekitar 45 - 55 minit

nota:
terlebih tuang adunan, bila dikukus apam tc naik membumbung....

tc tuang separas "bibir" yang dalam acuan tu, sapa sangka naiknya begini

apam beras aka apam tapai nasi


apam tepung beras aka apam tapai nasi ni kekadang tc buat menjadi, kekadang tak menjadi, dek kerana teringin, maka tc buat le tapai nasi terlebih dahulu,

ambilkan 1 atau 2 cawan nasi yang dah disejukkan (nasi baru ya bukan nasi semalaman), taburkan ragi secukupnya....cara meraginya...tumbuk halus ragi, menggunakan pengayak tepung atau tapis kopi, taburkan ragi keatas nasi...biar nampak memutih...simpan 2 malam

bahan2 yang diperlukan:
1 cawan tapai nasi
2 cawan air
2 cawan tepung beras (ramai yg mencadangkan tepung beras cap bunga teratai)
1 cawan gula (kurang kan sedikit )
1 peket eno
kelapa parut bercampur garam


masukkan gula, tapai nasi dan air kedalam pengisar dan kisar sehingga hancur
kemudian masukkan tepung beras ddan kisar sebati (+/- 2 minit masa mengisarnya)
tuangkan kedalam periuk atau bekas plastik besar bertutup, perap sekitar 8 jam
sebelum mengukus masukkan sepeket eno...gaul rata


kukus selama 10 - 15 minit, hidangkan dengan kelapa parut bercampur garam

Saturday, April 16, 2011

apam gandum


kecil2 dulu arwah bonda biasa buat apam gandum ni, malam sebelum tidur, adunan dah dibancuh, dimasukkan kedalam pasu tanah liat, tc masih ingt...bila bangun keesokkan paginya nampak membumbung dah adunan tu...masa tu rasa macam pelik...."eh.....macam mana leh jadi mcm ni ek"
selepas dikukus, digaulkan dengan kelapa parut.....fuhhhhhhhhhhhhh sedapnya tak terkata
terjumpa resepi diblog cik mat gebu, nampak sedap, tc cuba le buat, bila tengok catitan dalam resepi..."perap sejam"....leh jadi ke?
nekad aja mencubanya, bila dah siap dikukus nampak mcm bantat...."alamak" dalam hati berkata...esok paginya tc potong, nampak mcam cantik, gaulkan dgn kelapa parut, try ngap..........walauuuuuuu.........sedap siot...terima kasih cik mat sbb sudi kongsi resepi yang sedap dan mudah, tc minta izin nak share dengan orang lain ya cik mat, tapi ada yg tc adjust...mcm kata cik mat "derhaka resepi"





Bahan-Bahannya :-)

1-3/4 cawan air*
1/2 cawan gula melaka*
3 camca besar gula pasir*(*blenderkan aja)

2 cawan tepung gandum

1 camca teh instant yeast (bancuh dengan air suam yang diletakkan sedikit gula dan tepung- buat 5 minit terlebih awal)

Kelapa parut putih secukupnya digaul bersama sedikit garam


Cara membuatnya :-)
1.blenderkan sahaja (jalan pintas) air, gula merah, gula pasir sehingga sebati, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kisar sampai sebati,
2.masukkan yis yang dah dibancuh tadi, kisar lagi sehingga sebati
3. perapkan selama 1 jam


4.Panaskan kukusan, lenser loyang dengan sedikit minyak, lapikkan dengan plastik (senang nak mengeluarkan kueh apabila dah masak - tarik aja plastik tu nanti) tuang adunan apam, biar 5 minit dan kukus 35 - 40 minit. Biar sejuk sebelum dipotong dan hidangkan bersama kelapa parut putih.

Sunday, April 10, 2011

apam puteri ayu



Bahan A:
3 biji telur
220 gram gula
1 sudu teh ovellete

Bahan B
100ml santan
1 sudu teh pandan emulco

Bahan C
150gram tepung gandum

Bahan D (digaul rata)
300 gram kelapa parut
garam secukupnya
1-1/2 sudu makan tepug ubi

penyediaannya:

gaul rata kelapa parut/garam/tepung ubi, kemudian isikan kedalam acuan yang dah dileserkan dgn minyak....kukus sekejap

putar gula/telur/ovelate sehingga kembang,

masukkan santan dan pandan emulco, putar sebati, kemudian masukkan tepung.....gaul rata. sendukkan kedalam acuan dan kukus anggaran masa 10 - 12 minit

ini le rupa apam puteri ayau tc....yang tak ayunya sbb kelapa tu bnyak sangat....hahahahahahah

Friday, April 8, 2011

apam gula merah



bahan2 yang diperlukan
bahan A
100 gram gula pasir -
120 gram gula merah
150ml air

bahan B
250gram tepung gandum
1/2 sudu teh bikarbonat of soda

1/2 sudu teh yis - dibancuh dgn sedikit air suam

1 biji telur
100ml minyak masak


cara2 menyediakan:
blender bahan A sehingga semuanya hancur, kemudian tapis

masukkan tepung gandum yang telah diayak dengan bikarbonat of soda kedalam larutan gula (bahan A).... gaul rata

masukkan telur, yis yang telah dibancuh dan juga minyak masak...gaul sebati
tuangkan kedalam acuan...kukus anggaran 15 minit atau sehingga apam masak

hidangkan dengan kelapa parut

Thursday, March 3, 2011

muffin/apam pisang cokelat



mudah menyediakannya

bahan A (diayak bersama)
2 cawan tepung
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bikarbonat of soda

bahan B
1 cawan pisang yang telah dilenyek (pisangyang ranum menghasilkan rasa yg sedap)
1 cawan minyak jagung (minyak masak biasa pun boleh)
1 cawan gula perang
secubit garam
2 biji telur - dipukul seperti nak membuat telur dadar

caranya
satukan bahan A dan bahan B kedalam bekas, gaul rata
masukkan kedalam kedalam acuan (3/4 aja)
kukus selama 20 -30 minit bergantung kepada saiz acuan

Thursday, January 14, 2010

huat kue

kuih apam ni selalunya orang cina gunakan masa sembahyang, dok perhatikan kekawan cina ditepmat kerja makan kuih ini, ada pula yang membuatnya, mengendeng le resepinya...... mencuba le.....

resepinya
600gram tepung
300gram gula
1 biji telur
1 sudu majerin
1 sudu air abu
450ml air (tambah jika perlu)
1 peket yis segera


cara-caranya
memula bancuhkan yis dengan air suam yang dicampur dengan sedikit gula dan tepung gandum.... orang kita cakap......buat ibunya dulu.

lepas tu bermulalah proses membancuhnya, adalah diingatkan...kena ikut turutan jangan memandai mengubahnya. senang cakap bahan2 ini diletakkan selapis demi selapis

1.... masukkan tepung kedalam bekas
2.... masukkan gula
3.... masukan telur
4.... masukkan majerin
5.... masukkan "ibu apamnya" / bancuhan yis yang dah dibuat tadi
6.... masukkan air (jangan tuang sekali gus, kalau tak cukup baru tambah)
7.... masukkan air abu (boleh beli dipasar raya)

ini le rupanya bila semua bahan tadi dah dibancuh rata, kena diperapkan delama 4 jam


apabila bancuhan dah mengembang (selepas 2 jam dibancuh)ambil senduk ke sudip ke atau apa saja, "kacau" adunan tersebut.....tujuannya supaya adunan tersebut "turun".... biarkan adunan tersebut "naik/mengembang" semula selama 2 jam




sediakan pengukus, sendukan adunan kedalam bekas, kukus selama 25 minit (bergantung kepada saiz acuan) kebiasaannya warna huat kue ini akan bertukar menjadi cokelat bila dah masak...... mengapa jadi begitu? jawabanya mudah....warnanya bertukar kerana penggunaan air abu.....

cuma yang tokchik tak puas hati, ianya tak merekah cantik seperti yang dijual tu..... tak pa.......akan diusahakan lagi untuk mendapatkan hasil yang terbaik.....hehehe

Monday, August 24, 2009

apam keledek

resepi ni tokchik ternampak di katalog tuppaware........... nampak macam menarik, lalu tokchik fotostat, balik rumah dicuba...........alhamdulillah...hasilnya menjadi dan sedap.
nak membuatnya cukup mudah dan ringkas


bahan A
1 sudu makan yis kering
1 sudu teh gula
2 sudu makan tepung gandum
60ml air

bahan B

200gm keledek - direbus dan dilenyek (boleh juga gunakan keladi/labu)
200ml santan
300gram tepung gandum
180 gram gula
2 sudu teh double action baking powder
1 biji telur
esen vanila

cara-caranya

-dalam satu bekas, masukan bahan A, gaul sebati dan biarkan selama 30 minit
- satu kan bahan B kedalam bahan A, gaul sebati dan dibiarkan selama 1 jam
-masukan adunan kedalam acuan, kukus selama 20-25 minit dengan api yang besar

ini le hasilnya


memang gebu...segebu tokchik
hehehe...............

Followers