Showing posts with label makanan kampung. Show all posts
Showing posts with label makanan kampung. Show all posts

Wednesday, July 31, 2013

gulai lemak pisang muda dengan tulang ikan kurau

dah lama teringin nak makan sayur pisang.  semasa kekedai....terpandang pisang muda, hajat hati nak membeli barang lain tetapi ternampak pula pisang muda nie.  Apa lagi, beli lah sesisir. kat rumah pula sememangnya dah ada tulang ikan kurau masin.

resepinya :

5 biji pisang muda -  bersihkan dan dicelur
rm 1 santan segar
4 keping tulang ikan kurau masin (boleh jugakan ikan masin lain) - rendam sekitar 30 minit
daun kesum
2 keping asam gelugur
garam

tumbukkan:
4 ulas bawang putih
ikan bilis
sedikit belacan
1" kunyit segar

didalam periuk, masukkan pisang muda yang dah direbus, tulang ikan kurau, asam keping, daun kesum juga bahan tumbuk dan santan pekat dan tambah kan air secukupnya tetapi jangan tercair.

diidhkan dengan api sederhana dan pastikan jangan sampai pecah minyak.
rasa garamnya.


Tuesday, May 14, 2013

pulut ikan masin

tetiba teringin nak makan pulut dgn ikan masin
terlanjur kesemua bahan yang diperlukan ada, maka projek pun berjalan.
tc basuh beras pulut, letakkan air anggaran separuh ketinngian beras pulut, panaskan pengukus dan tc kukus kan pulut.

tc kukuskan juga kelapa parut sekejap.  ini bertujuan untuk mengelakkan kelapa daripada cepat basi.  setelah sejuk tc campurkan sedikit garam.

tc gorengkan ikan masin....... tc ada ikan gelama masin

apabila pulut dah masak, tc kepalkan dan gaulkan dengan kelapa.  hidangkan dengan ikan masin dan kopi o panas.....sedapnya

Wednesday, January 9, 2013

sambal biji cempedak


 sambal biji cempedak


sekarang ni cempedak tgh banyak. semalam tc beli sebiji.  bila dibuka...padat isinya...berwarna oren, manis dan harum.


tc goreng untuk dijadikan juadah minum petang. sambil menikmati cempedak goreng, tetiba ingatan mengimbau kezaman kecil dahulu.
kalau kami makan nangka atau cempedak, arwah bonda selalu pesan suruh kumpulkan bijinya.
nanti kakak tc akan rebus biji nangka/cempedak.  Dicampurnya garam sebagai perisa.


sedap biji nangka/cempedak ni...lemak2 gitu rasanya.
 bonda /kakak tc akan belah biji cempedak ni.
lepas tu bonda akan buatkan sambal tumis, bonda masukkan ikan bilis tamban yang dah dibelah 4.
bonda  akan masukan pati  santan.
bonda akan masukkan hirisan daun kunyit.
kemudian bonda akan masukkan biji nangka/cempedak yang dah dihiris tadi (semestinya dah siap direbus)
bonda akan goreng ikan masin dan rebus pucuk ubi.
ya allah...tak terkata sedapnya.......
jauh melamun ....
biji cempedak yg ada tc kumpulkan dan  rebus empuk
kemudian tc belahkan 4
tc buatlah sambal tumis macam biasa. bila sambal dah jadi....atau dalam erti kata lain dah siap, tc masukkan biji cempedak ni dan tc renihkan beberapa minit




Friday, October 12, 2012

rendang pucuk ubi


rendang pucuk ubi
sumber :izah muffin lover/anymz kitchen



terliur nampak gabr rendang ni kat blog izzah muffinlover. cari bahan try buat...cuma rendang tc ni tak sekering yg dimasak izzah, tetapi memang sedapppppppp




 minta izin ya anymz/izzah...tc tepekkn resepi kan sini

bahan2
1 ikat pucuk ubi-ambil yg muda,bersihkan dan ketepikan - tc rendam dalam air berisi garam, ramas lebih kurang dan toskn
1/2 kg santan segar
5 ulas bawang kecil dihiris - tc guna bawang besar 2 biji dan blend sekali dengan kunyit dan cili
2 batang serai ditik
ikan bilis Rm2
1 senduk cili api yang telah di kisar halus bersama kunyit hidup - cili padi tc letak anggaran 12 biji



cara2

sediakan kuali
masukan santan,serai,garam,serai,ikan bilis,bawang dan cili api yang telah di kisar
kacau sentiasa supaya tidak melekat dgn api yang sederhana
bila dah agak kering macam kat atas ni baru masukan pucuk ubi tu..jaga api jgn besar.
kacau sehingga pucuk ubi tu kering dan garing..
dah siap dan sedia untuk di hidangkan.






Wednesday, May 16, 2012

kerabu apple hijau

tc sagatkan sebiji apple hijau tc kisarkan cili padi dan belacan yang dibakar tc hiriskan bawang besar tc perahkan asam jawa dengan air masak kesemua bahan diatas tc gaulkan bersama, tc tambahkan sedikit garam dan gula sedap makan dengan nasi panas

Thursday, May 3, 2012

rendang nangka berdaging

300gram nangka muda - direbus 300 gram daging (tc rebus dulu ) 1 biji kelapa 3 sudu besar rempah kari 2 sudu besar kerisik 3 helai daun kunyit 3 batang serai dititik 3 keping asam gelugur/perahan air asam jawa garam dan gula secukupnya rempah penumis disangai dan dikisar : 1 sudu teh ketumbar 1/2 sudu teh jintan kasar 1/2 sudu teh jintan halus bahan kisar 7 ulas bawang merah 5ulas bawang puteh 1" halia 1/2" lengkuas panaskan minyak tumis rempah penumis masukkan bahan kisar dan tumis sehingga kekuningan/naik bau masukkan rempah kari yang dah dibancuh dgn air, tumis sehingga pecah minyak masukkan santan, daging dan nangka...didihkan apabila kuah sudah separuh pekat, masukkan daun kunyit tambah garam dan gula serta kerisik dan masak sehingga pekat (seperti buat rendang biasa)

Sunday, April 15, 2012

urap tauge pucuk paku kacang botor


bahan2
50 sen tauge - celur sekejap (celup sekali lalu aja dalam air panas) toskan
1 ikat pucuk paku - dicelur
7 batang kacang botor/botol/kelisa - dihiris nipis

kisarkan :
3 biji lada merah (nak pedas, boleh tambah cili padi)
belacan sebesar syiling 50 sen (tc goreng dulu, kalau nak bakar pun boleh)
100 gram kelapa parut (nak lebih pun boleh
garam dan gula secukupnya

kisarkan cili, belacan, garam dan sedikit gula sehingga lumat (guna blander keriang /ditumbuk)
kemudian masukkan kelapa parut, kirsa /tumbuk sekejap

didalam bekas , masukkan tauge, kacang botor dan pucuk paku, masukkan bahan kisar, gaul rata

nota :
kalau nak tambah hirisan bawang merah juga boleh

Tuesday, January 10, 2012

jemput2 jagung



penyediannya seperti membuat jemput2 ikan bilis, nak letak udang segar /udang kering pun boleh

bahan2nya
jagung yang dihiris
tepung gandum
lada dihiris
bawang besar yang dimayang
udang segar/ikan bilis/udang kering
air yang dicampur garam secukupnya

satukan kesemuanya, gaul sebati,
panaskan minyak....sedia untuk mengoreng
sedap dimakan dengan sos cili

Wednesday, October 19, 2011

jemput2 kelapa sambal tumis



terpandang sambal tumis dan baki kuah ikan gulai lemak tempoyak tetiba pagi ni teringin nak makan jemput2 kelapa. masa kecil2 di kampung, arwah bonda petik kelapa kemantan, diparut baru dibuat jemput2...terasa lemaknya..garing..sedap...kat sini terpaksa le guna kelapa tua

Thursday, September 22, 2011

lempeng gandum sambal tumis



sesekali pekena lempeng cicah dgn samabal tumis / kuah kari disertakan pula dengan kopi o pekat.....terasa nikmatnya

untuk lempengnya:
1-1/2 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung ubi
500ml air yang dah dicampur garam
1-1/2 sudu makan minyak masak

blenderkan kesemua bahan diatas sehingga sebati
panaskan kuali (tc guna kuali tak melekat)
tuangkan sesenduk adunan...

Friday, July 15, 2011

durian muda masak lemak puteh


boss tempat kerja tc bawa balik sebakul durian, dalam pada tu ada pula tersesat sebiji dua yang belum cukup masak, baru nak mengkal aja isinya, jadi tc ambik bawa balik kerumah
"u mau buat apa, itu tak boleh makan masih mentah"
"SAYA MAU BIKIN SAYUR"
" sayur......mana ada orang bikin sayur durian muda ni"
"MEREKA TAK TAU, TAPI MY MOM PERNAH MASAK MASA SAYA KECIL2 DULU"

durian muda ni tc potong kecil, bahan lain yang akan dicampurkan bersama adalah santan, bawang merah yang dihiris, daun kunyit yang disiat2, sedikit belacan dan ikan bilis

satukan kesemua bahan dalam kuali/periuk, masak dengan api sederhana dan jangan sampai pecah minyak, tambahkan garam secukupnya
cukup mudah menyediakannya

Tuesday, April 19, 2011

ikan masin gulai lemak dengan nenas



bahan2 diperlukan:
nenas - potong ikut suka - dicelur

santan daripada sebiji kelapa
ikan masin - renddam untuk mengurangkan kemasinnya

kisarkan:
cili padi
bawang merah
kunyit segar
sedikit belacan

masukkan santan dan bahan kisar kedalam periuk,
masukkan ikan masin dan nenas
didihkan dengan api sederhana,kuah hendak lah sentiasa dikacau untuk mengelakkan pecah minyak

Friday, April 8, 2011

pulut serunding



tanak pulut terlebih dahulu, kalau nak mengkukus pun boleh cuma kalau nak dikukus, pulut hendaklah direndam sekurang2nya 4 jam

apabila pulut telah masak, cetak dalam acuan atau kepalkan aja, kemudian letakkan serunding kelapa diatasnya

bahan2 untuk serunding:

kisarkan - lada kering, bawang merah, bawang puteh, serai, ketumbar dan seikit jintan kasar

tumis bahan kisar sehingga garing, masukkan kelapa parut, tambahkan garam dan gula secukupnya, masak sehingga kering

lempeng kelapa



lama tak makan lempeng kelapa, dulu2 masa dikg, arwah bonda kalau nak buat lempeng kelapa, kait kelapa - cari kelapa yang "kemantan", parut dan buat lempeng...fuhhhhhhh sedapnya
sekarang ni beli kelapa yg di kedai, kelapa tua, jadi rasanya kurang ummmph....tapi boleh le kalau nak lepaskan kempunan

gaul sebati:
tepung gandum
kelapa parut
air garam

panaskan kuali....lenserkan sedikit minyak, tuangkan sesenduk bancuhan tepung tadi, masak anggaran 3 minit
sedap dimakan dengan sambal tumis

Saturday, December 18, 2010

ubi goreng




ubi yang baru dicabut, sedapnya bila digoreng, tumbukkan bawang putih, sedikit kunyit segar, garam.
gaul rata, goreng sehingga garing, dimakan dengan kopi o
sedapnya

ubi rebus cicah kelapa parut



sesekali dapat menjamah makanan begini teringat tokchik kenangan masa kanak2, zaman duduk dikampung
pekena lak dengan kopi o pekat...... sedapnya

Sunday, September 5, 2010

serawa durian / kuah durian



bahan2nya
isi durian
santan
gula melaka
gula pasir
daun pandan

pulut

cara2nya:
satukan santan, gula melaka, gula pasir, daun pandan dan secubit garam didalam periuk
didihkan dengan api sederhana, sehingga gula mencair dan sebati dengan isi durian
matikan api

Monday, August 30, 2010

jeruk petai

teringat masa kecil2 arwah bonda selalu menyediakan jeruk petai ni, sedap dimakan dengan nasi panas2 atau dicamnpurkan kedalam gulai lemak cili api ikan kembung panggang

nak menyediakannya bukan susah,

1. celur petai dengan kulitnya, tetapi jangan terlalu lama, apabila kulit petai yang berwarna kehijauan bertukar warna, matikan api.
2. asingkan petai daripada kulitnya


3. didalam bekas, masukkan air masak, tambah garam secukupnya dan masukkan petai yang telah dikupas tadi, jeruk boleh dimakan selepas 3 hari

Friday, July 2, 2010

cendawan goreng / tempe goreng

mudah aja menyediakannya

tempe yang dihiris nipis
cendawan kelbu

untuk tepung (dikisar - mudah sikit kerja):

sedikit kapur sirih
1 biji telur
garam secukupnya
tepung beras
ketumbar
jintan kasar
3 ulas bawang putih


celupkan tempe/cendawan kedalam bancuhan tepung, goreng sehingga garing/kekuninggan
hidangkan berserta sambal kicap


lempeng pisang

bahan2nya amat mudah

pisang masak - dapat yang ranum lagi sedap
gula merah
gula pasir
sedikit kelapa parut
secubit garam
tepung gandum

cara2nya
lenyek pisang, kemudian campurkan gula merah, gula pasir, kelapa parut dan tepung gandum, gaul rata.

ambil daun pisang, letakkan sesenduk adunan tadi keatas daun pisang, menggunakan kuali tak melekat, "panggang" adunan tadi sehingga masak (tak dapat nak cari ayat yang sesuai)


Followers