Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Thursday, April 28, 2011

akibat kencing manis 2



tc pernah buat entry mengenai seorang kawan yang dipotong dua jari akibat kencing manis
entry bertajuk..akibat kencing manis dibuat pada 18-januari-2010, juga satu entry mengenai sejenis tumbuhan yang dikatakan boleh dijadikan ubat kencing manis...tajuk entry tu...penawar kencing manis bertarikh 25-jun-2010
semalam (27-04-2011) tc meminta beliau menunjukkan bekas pemotongan tersebut, sebab nak melihat keadaan semasa luka kesan pemotongan dua jari beliau.
apa yang terlihat, lukanya dah mengering dan mengecut, senang cakap dah nak sembuh jika dilihat dari luarannya

Friday, October 15, 2010

cara2 nak buang panas dalam badan


ini merupakan cara yang digunakan oleh masyarakat cina untuk masalah angin/panas dalam badan.
peralatan yang diperlukan :
minyak angin/balm
sikat tanduk kerbau/ sudu porselin/benda keras yang bukan diperbuat dpd besi

cara2nya
sapukan minyak angin/balm dibahagian badan yang sakit
mulakan menggaru/memberus dengan gerakan sehala
sekiranya memang terdapat angin/panas dalam badan, bintik2 merah seperti ruam akan terlihat dengan jelas dibahagian yang digosok tadi



Wednesday, August 18, 2010

koyok atau plaster berubat


masa kecil2 dulu kalau demam, pasti arwah bonda tempekkan dengan koyok, orang kampung tokchik selalu cakap begini " aikkkkkkkk.........demam ke????? dah tampal stem ni nak poskan kemana?"
nostalgia dulu bermain diminda apabila tokchik sendiri berkoyok, lepas agak kebah daripada demam, badan tokchik rasa sakit2, dah masuk angin orang cakap.

2 malam berturut2 tokchik menampal koyok kat belakang badan tokchik, alhamdulillah......... lega rasanya sekarang ni.

tokchik beli dikedai ubat cina dan mereka cadangkan jenama ini..sepeket rm3.00

Friday, June 25, 2010

penawar kecing manis



masih ingat pasah catitan tentang kawan tokchik yang diotong ibu jari kakinya akibat kencing manis?
tadi dia ada menunjukkan kepada tockhik sejenis pokok renek yang tumbuh melata dan mudah dijumpai,tepi2 jalan ada, kalau kita rajin menanam/berkebun perhati2kan lah
pokoknya yang berdaun halus2 tu

kalau nak dibuat ubat, kena ambik dengan akarnya sekali, pastikan dibelakang daunnya ada buah, yang jenis ini yang boleh dibuat ubat.

ambil secekak, rebus, minum 2 kali semingggu, menurut kata beliau, airnya agak pahit,
hasil pemeriksaan doktor menunjukkan kandungan gula dalam darah beliau adalah terkawal

kalau lelaki yang minum, ada tambahan "tenaga dalaman", kebenaranyatokchik tak tau sbb tokchik tak pernah minum
hahahahaaaaaaaaaaaa

Monday, June 14, 2010

ubat sakit sendi


kebiasannya para wanita yang dah monopous akan mengalami masalah radang sendi, terasa sakit bila nak berjalan, bangun dan duduk terasa tersiksa
seorang rakan sekerja tokchik yang dah masuk "umur persaraan" mengalami masalah tersebut, beliau mengambil ubat ini dan alhamdulillah ianya banyak membantu.
tokchik pun snap gambar, tempekkan disini, sama2 berkongsi pengetahuan dengan semua orang.
ubat ini tak terhad kepada orang wanita sahaja

Thursday, May 27, 2010

cabut atau tampal




rasa tak selesa pada gigi ni dah berulang kali menjelma, terasa pijar dipipi dan telinga berdengung jadinya, ingatkan sebab terlebih mendengar muzik yang kuat,

sekejap terasa sakitnya, sekejap hilang, rabu 26-05-2010 rasa pijar dan telinga berdesing menjelma kembali, apa lagi........ klinik jawabnya, nak ditampal dah tak sesuai, cabut aja le jawabnya, semakin rongak jadinya tokchik, barulah sesuai dengan nama.....tokchik......

rm 80.00 untuk sebatang gigi geraham, bayaran yang dikenakan diklinik swasta. bila terpisah sahaja gigi daripada gusi, serta merta hilang rasa pijar di pipi dan telinga yang berdengung, yang tinggal rasa sakit bekas cabutan tu.

Sunday, April 18, 2010

akibat kencing manis


masih ingat lagi posting tokchik terdahulu tentang rakan sekerja tokchik yang dipotong jarinya akibat kencing manis.
tokchik uploadkan gambar terkini.........

Sunday, January 24, 2010

"breathe right"

pernah dengar nama ni? alaaaa............ iklan kat tv tu pelakunnya eizlan yusuf.....alat ni berfungsi membuka rongga hidung bagi mengurangkan dengkuran semasa tidur.

semasa melilau mencari barang diwatson jaya jusco bukit tinggi, tokchik disapa oleh promoter product ni....
"selamat petang..encik pernah dengar tentang satu alat yang boleh membantu mengurangkan dengkuran semasa tidur?" dengan senyum lebar amoi tu menyapa
" ntah ya........." tokchik pura2 blur.

sambil dia membebel sempat juga tokchik snap gambar dia, terkesima dia sekejap, malu2 konon bila tokchik kata nak masukkan kat blog tokchik......
"jangan kasi nampak muka lor" dia merayu...... sendiri agak le ngapa ya...heheheh.........

"encik mau cuba ke" dia bertanya
" ok lor......... " benda percuma, cuba aja le, jangan jual mahal..... bukan kena bayar pun


memang betul, bila dah dipasang alat tu terasa pernafasan jadi lebih selesa, dia juga memberitahu jika selesema / hidung tersumbat, alat ini juga bagus digunakan

Monday, January 18, 2010

akibat kencing manis

kesian tokchik tengok rakan sekerja ni, dia sememangnya telah disahkan mengidap penyakit kencing manis, dah bertahun pun.... setahun yang lepas ibu jari kakinya mula bermasalah, luka yang tak mau sembuh.dinasihatkan supaya ke hospital dia tak mau, hanya mengambil ubat diklinik dan juga sesekali memakan ubat herba cina......bab makan semua dia sapu..... mujur lalu melintang patah

kisah sedihnya bermula pada bulan disember 2009, dia akur juga pada nasihat doktor untuk dimasukkan kewad bagi tujuan pemantauan kerana ibu jari kakinya tak ada tanda2 akan sembuh........ zuppppppppppppp.............. POTONG-->>> POOTONG---->>>>> POTONG......Itu keputusan doktor.....diberikan cuti selama simggu selepas pemotongan...... habis cuti, beliau ke hospital semula... ayooooooyooooo....ini macam tarak boleh........ lagi potong............ doktor pootong lagi sebab luka kesan potongan yang pertama telah bernanah...... adussssssssss......kesian dia....

lepasa pemotongan kali kedua, dia dah takut nak kehospital... tambahan pula ada yang dah memandai2 konon2nya akan dipotong lagi.......



ini le orangnya...kesian bila tengok....tapi tak mudah mengawal nafsu makan..... walaupun dia tau bnyak pantang larangnya kalau dah kena kencing manis nie

gambar dari dekat .......

tokchik dah kasia tau kat dia...... kena ke hospital...kalau kena potong pun potng le ....... tak leh nak buat apa......kalau dah tak leh nak keja...kena apply pencen illiat dari pihak perkeso........

Wednesday, June 24, 2009

bekam lintah

pernah dengar pasal bekam lintah!!!!!....... kali ni tokchik nak cerita pasal bekam lintah. seingat tokchik, masa tokchik budak2 dulu arwah bapa tokchik ada jug berbekam........ tetapi ketika itu peralatan berbekam tu menggunakan tanduk kerbau. tempat yang hendak dibekam kebiasaannya dibahagian kepala akan dicukur terlebih dahulu....bekam cara moden ni tak semestinya dikepala, kebanyakannya dibahagian belakang badan.

tengok aja le gambar2 masa tokchik berbekam........ni pengalaman pertama tokchik berbekam...bekam lintah lagi


selepas divacum, bahagian badan tersebut akan ditusukkan dengan hujung jarum untuk mengeluarkan darah.........lintah akan diletakkan ditempat berkenaan.......masa ni lintah2 tu nampak comel ja, bila diletakkan ditempat yang luka tu pada permulaannya akan terasa gigi2 lintah yang halus tu mengigit, nak memastikan mereka akan melekat kat kulit tokchik


ni masa lintah tu baru menghisap darah tokchik


lintah2 tu dah mulai gemuk, tokchik berdiri pun tak jatuh lintah tu, punya le kuat gripnya



dah kenyang, lintah2 tu akan jatuh sendiri......nampak macam ular sawa .....geli
pula tokchik tengok.


kalau ada yang nak mencuba .boleh lah menghubungi tokey bekam lintah ni ........ameer .........0123172154

Friday, March 13, 2009

jual barang dah expired

tokchik ke giant diklang parade, ingat nak ke WATSON, nak membeli vitamin C, sampai ke Kang Parade, kaki ni leh lak melencong ke Giant yang terletak diaras bawah,

menyusuri rak2 yang kemas tersusun barang2nya, tetiba mata tokchik ternampak botol vitamin C, setelah diamati....."wah........murah ni.....pek promosi rm 61.70 untuk 90 biji, pulak tu ada sebotol 30 biji lagi percuma.......beli, jangan tak beli" laju ja tangan tokchik mencapai botol vitamin c tu lansung menbalingnya kedalam bakul yang dijinjit....nasib baik tak pecah


lupa dah tokchik kisah nak ke WATSON, selesai membayar, bergegas pulang,




bila ditanya oleh kawan tokchik apa yang dibeli, tokchik korek2 dalam plastic bag,
" ni haaaaaa...........aku beli vitamin C"


tetiba mata ni ternampak...........alamakkkkkkkkkk sudah lupus tarikh rupanya


bergegas semula ke giant, berjumpa dengan penyelia bertugas, minta wang dikembalikan, sempat lah juga tokchik sekolah kan mereka,

tokchik juga dah hantar surat aduan kepada ibupejabat mereka di Shah Alam,

Followers