Showing posts with label riadah. Show all posts
Showing posts with label riadah. Show all posts

Monday, March 29, 2010

mengagau lubuk ikan

pak amat sebagai ketua yang dilantik membawa kami kesatu lopak ikan, air surut disebabkan kemarau, memang sesuai untuk menimba ikan tapi kalau ikut tokchik istilanya mengagau ikan bukan mengigau tau..... bezanya jauh......

perjalanan bermula, tokchik membonceng muhklis, herman dengan eddy, pak amat sorang, wan, pakcik wan, ain dan juga ojie naik viva.....



sampai tempat yang dituju kena pula meredah semak, jeling2 juga mana tau ada sang lingkar ke dicelah2 rumput kering, terdapat parit yang agak besar dan dalam, orang lain semua melompat, tokchik dan ain aja yang turun kedalam parit tu dan memanjat semula, bukan tokchik tak bole nak melompat, tetapi apabila memikirkan kesan sampingannya..hajat nak menunjukkan kebolehan tu dipendamkan..... risau juga kalau terjadinya gegaran bila tokchik melompat...

ain ni nak turun takut nak melompat kaki tak cukup panjang, tokchik dah bersedia dibawah nak menyambut.......

kak ojie dah bersedia nak melompat, panjng ja kaki dia tokchik tengok......bekas athlet lompat katak masa sekolah dulu....... mesti lepas melompat punya

tengok......betapa sayangnya wan kat ain, sanggup mendukung ..... tak nak bini terlangar ranting kayu, tercucuk duri, bagus le kalau macam ni wan, jangan masa sekarang aja sanggup mendukung, jalan berpimpin tangan, bila dah beranak pinak menonong ja jalannya.......

lopak yang dicari dah dijumpai, muhklis dah mula menebar jala







penonton2 yang memerhati dari tebing lopak




jala ditebar sampah yang lekat, mana boleh jadi, jaring pun diturunkan, operasi mengagau bermula, seekor demi seekor ikan dilontarkan kedarat,.........tak percaya......... tengok aja video clip ni, dah pun di uploadkan di youtube.....

gaya seorang juara ......eddy





ini le hasil mengagau hari tu, sememangnya seronok,



ini pula ikan yang dimasak...... masak lemak cili padi dengan belimbing buluh..

Sunday, March 21, 2010

berkelah di air terjun sungai gabai (kajang)

sambil dok sarapan pagi tu masa dirumah angah, kami bincang2 le aktiviti untuk hari tu..........semua dah setuju.pakat2 nak berkelah di air terjun sungai gabai kajang.
cuba tengok....seriusnya masing2 dalam mencari kesepakatan, kemana nak dituju

ojie, along dan angah dah senyum bila "kepala" dah setuju nak pergi berendam

sincan dan adiknya dah melompat kegirangan "air terjun, air terjun"

dah kemas semua barang yang nak dibawa, perjalanan pun bermula. along, angah, asri dan am, naik sau kereta, tokchik, herman, ojie dan sincan satu kereta, kreta yang dipandu asri bergerak dahulu, kami menyusul dibelakang.baru bergerak 300 mtr tokchik perasan tayar belakang kereta asri yang sebelah kiri agak kempis, jenuh beri isyarat suruh asri berhenti...baru dia menyedari..kami berhenti ditepi jalan untuk menukar tayar.



along bibi ingat boleh main cabut macam tu aja agaknya.hehehe

jom.......kita tengok pakar yang buat







ini le punca tayar tu pancit....sebatang paku terbenam


muka sedih "sigadis litar"......terbang lagi duit aku............


meneruskan perjalanan setelah selesai proses menukar tayar. sampai juga kami ketempat yang dituju


ramai orang pada ketika kami sampai....





layan kan budak2 2 orang tu mandi, sekitar jam 3 kami balik.....

Wednesday, March 17, 2010

penunggu tebing

tokchik tak balik kluang kali ni, tetapi.....sekejap2 dapat sms, sekejap2 dapat mms.....budak2 ni segaja nak "bakar" tokchik

gambar mereka sarapan pun di hantar.tapikan .....macam best aja makan ramai2


dapat lagi mms..."kami gi memancing cik", kak ojie, cik sal, asri, yang berselubung katin batik tu si cumi rasanya


along bibi pun dah pandai pegang jorang sekrang nie


ni le hasil yang mereka dapat, lumayan juga kan

yang ini ikan patung kalau tak silap

rugiiiiiiiiiiiiii tokchik tak dapat ikut

Wednesday, December 16, 2009

masa untuk berendam

mengemas sudah, makan pun sudah, aktiviti seterusnya......... berendam diair terjun gunung berlumut yang tak jauh dari rumah wak emon

bergambar dengan sincan











gambar2 semasa asyik berendam



dah puas berendam, perut lapar.......kita makan dulu

kalau tengok gambar ni macam dalam cerita 7 orng kerdil yang sedanng berjalan didalam hutan......hahahaaaaaaaaaaaaaaa...tapi tokchik suka tengok gambar ni

Followers