majlis ditempat perempuan berlangsung pada 12/12/2009, sekali lagi tokchik menjadi teraju rombongan pengantin, tokchik malas nak cerita banyak2, tengok aja le gambr2 yang tokchik sertakan
bersiap2 nak bertolak kerumah pengantin perempuan yang terletak dipasir gudang johor
pelukan sang ibu sebelum melepaskan sianak, yang pasti......juraian air mata mengiringi perjalanan anak tersayang
ini le pengapit pada hari tu, masih handsome, yang disebelahnya tu pun maintain ayu dan cun
dah le tak berambut, kena pula berjemur ditengah terik mentari, semua ni gara2 ahli rombongan tersesat jalan, pijar mata tokchik......
kami selamat sampai ketempat tujuan, sebelum majlis persandingan, rombongan tokchik
bersanggar dulu sirumah ahli keluarga pengantin perempuan, bila dah duduk ramai2 tu ........ mula le masing2 menganyam ketupat........
barang hantaran daripada pihak pengantin lelaki
ni pula barang balasan daripada pihak perempuan
bergambar sebelum perarakan bermula
kompang dah dipalu, ahli rombongan pengantin dah pun bersedia, dengan penuh debaran, pengantin memulakan langkah pertama.........dalam hati tentu dia dok berkata2.... "tak sabar aku nak dok sebelah sang puteri awin.... tunggu sayang......abg ujang datang"......... hehehe.........
yang pasti sincan tak lepas peluang untuk menyelit.
lagak ketua rombongan yang penuh berwibawa....sapa lagi tokchik le......jangan marahhhhhhhhhhhhhhhhhh
BERHENTIIIIIIIIII!!!!!!!!!!!! SELAGI TAK DIJEMPUT KITA JANGAN BERGERAK........ arahan tokchik kepada pengantin dan ahli rombongan, sebab kalau mengikut adat, ahli keluarga pihak perempuan kena datang menyambut rombongan pengantin, dalam tertinjau2, melilau2 mencari siapakah yang sudi menjemput, ternampaklah kelibat seseorang yang tokchik pasti dari kalangan keluarga pengantin perempuan berjalan menuju kearah tokchik, menghulur tangan kepada tokchik dan mempersilakan kami kerumah pengantin perempuan, sempat juga tokchik berseloroh............ "SAYA KALAU TAK ADA YANG MENJEMPUT, SAYA TAK AKAN BERGERAK, BIARLAH SAYA TERPACAK DITENGAH PANAS BERSAMA AHLI ROMBONGAN SAYA" .....
dah dijemput.....kita sambung semula perjalanan, lagi pun cuaca cukup panas masa tu
dah menjadi satu kelaziman dimajlis perkahwinan dijohor....... ada acara tebus jalan/pintu/pelamin.......atau senang cakap.......ada yang menghadang perjalanan, kalau nak lalu.........kena bayar tol, tak ada tol tak lepas le gamaknya, padda ketika ini le ketua rombongan memainkan peranan, disesetengah tempat, siap berpantun segala, masaka kalau ketua rombongan tak reti berpantun, acara ini sebenarnya bertujuan untuk memeriahkan majlis persandingan tersebut.
tok dah diberi, dah tak reti2 nak main jauh2.........heheheh
lepas halangan pertama, menanti halangan kedua......masa ni tokchik siap ugut, tak kasi saya lalu, saya bawa balik ja pengantin......gabrah juga mereka, lepas tokchik rasuahkan mereka......... laluan pun dibuka.
halangan ketiga, dimuka pintu rumah, mereka tergelak tu sebab dengar celoteh tokchik dengan penunggu pintu,
lepas juga masuk, tetapi dalam rumah budak2 dah menanti depan pelamin, kena le merasuah sebelum leh mengusir mereka bagi membuka laluan
selesai yang menempel dikaki pelamin, halangan terakhir menanti..mak andam....... yang ni dipanggil ....... tebus pelamin....... kebiasannya mak andam dah tetapkan berapa bayaran tebus pelamin sebelum pengantin lelaki dapat duduk disebelah pengantin perempuan, untuk tebus pelamin kali ni tokchik kena kasi rm 80.00...
lebar senyum pengantin.."yeahhhhh... kini aku disamping mu" dalam hati masing2 berkata.
acara menepung tawar pengantin, tokchik saja perdajalkan pengantin dengan melumurkan tepung tawar keseluruh muka....hahaha.........
yang ni pula, adat menggelek telur kemuka pengantin, enath dah dibasuh ke tidak telur tu, kalau belum......nasib kau le jang dan awin....... dialin dgn tahi ayam le gamaknya.....ni adat jawa
siap menepung tawar. tokchik diberikan bunga telur sebagai cenderahati.
selesai acara merenjis, kami bergambar beramai2 sebagai kenang-kenangan.
s
empat lagi menyelit bergambar dibilik pengantin........cantik...... tokchik suka warnanya
masa untuk makan dah tiba
Tuesday, December 15, 2009
Tuesday, December 8, 2009
kebun mini tokchik
niat nak menanam tumbuhan yang selalu digunakan dalam masakan dah lama bermain diminda, tetapi ada saja yang membantutkan perlaksanaannya, entah macam mana tercapai juga hajat tu
beli le beberapa biji pasu, beberapa beg tanah hitam dan juga mencari le biji benih
maka ini le hasilnya
dpenjuru balkoni rumah tokchik yang sempit tu pasu2 tu tokchik letakkan
yang ni pokok kari, senang, nak masak petik aja, bukan nak pakai banyak pun, setakat 2 atau 3 tangkai aja
daun kesum yang baru mula nak tumbuh
yang ni pokok pudina
daun pandan, kalau nak buat pengat.......... senang..........
yang dalam 2 pasu ni, disebelah kiri tu tokchik semai benih kunyit, dah 2 mingu tak bertunas pun lagi, yang satu pasu lagi tu benih terung,

Sunday, December 6, 2009
lepat labu inti kelapa
pada masa tokchik buat bingka labu, tokchik juga teringin nak makan lepat labu, terlanjur daun pisang ada, bahan2 semua dah ada, projek pun bermula
campurkan tepung, labu, gula (tokchik guna gula merah---jadi warna nya gelap) sedikit santan. gaul sebati
sediakan daun pisang.......kena dilayur kata orang johor
letakkan bancuhan tepung diatas daun pisang, ratakan, kemudian letakkan kelapa parut yang telah digaul dengan garam, bungkus
siap bungkus semua adunan, kukus selama 20 minit atau sehingga masak
dah sejuk...apa lagi.....ngap le....sedap tau, cuma bezanya kalau dikampung kita guna kelapa kematan, lebih sedap

bingka labu
2.1/2 cawan labu (yang telah dikukus dan dilenyek)
2.3/4" tepung gandum
1.1/2" cawan gula pasir
750ml santan kelapa dari sebiji kelapa
2 biji telur
1 sudu teh vanilla
secubit garam
cara-caranya :
masukkan gula, santan telur kedalam blender....... kisar sampai gula hancur.
masukan tepung, kisar lagi sehingga sebati, masukkan labu yang dah dilenyek, kisar sebentar,
griskan bekas pembakar, tokchik gunakan loyang berlubang tengah (sememangnya loyang untuk membakar bingka)......... caranya mudah.....sapukan majerin sehingga rata, kemudian taburkan tepung gandum sehingga meliputi keseluruhan bahagian
.
tuangkan adunan tadi kedalam loyang yang telah digriskan, bakar menggunakan api yang kecil selama kira2 sejam atau sehingga masak
ini le hasilnya
ini le penyukat yang tokchik gunakan
ada masa tokchik menggunakan senduk senduk ni sebagai penyukat,
jika menggunakan senduk, sukatanya
13 senduk tepung gandum
6 senduk gula (kalau suka manis tambah sesenduk lagi)

Wednesday, December 2, 2009
ikan bakar cicah kicap
balik kerja singgah kekedai, dalam kepala ligat memikir........"apa aku nak makan malam ni"
ternampak ikan caru......sambar 2 ekor,...... "bakar, cicah kicap"
tokchik lumurkan asam jawa pada ikan kemudian rendam sekejap dengan sedikit air , maka proses membakar/memanggang bermula......cara tokchik, ikan dibakar/dipanggang begitu sahaja..panggang kosong, tanpa garam kunyit dan sebagainya
kuali pembakar/memanggang tu tokchik beli diIKEA, rm 75 kalau tak silap, mudah menggunakannya senang pula nak mencucinya
untuk pencicah....bahan-bahannya........ kicap, cili padi, bawang yg dihiris serta perahan air limau kasturi.......... kalau nak buat air asam......... cili padi, air asam jawa,belacan, bawang yang dihiris,garam secukupnya
dah dicampur ni le rupanya
jom makan.....

ninja assasin - movie
1hb disember tokchik pergi menonton cerita ni, memang best, diletakkan dibawah 18SG.......padat dengan aksi yang mengerikan, percikkan darah, anggota badan yang terpotong...........memang mengujakan.......
pergi le menontonnya.....kalau yang bau nak hamil sebulan dua tu dinasihatkan tak usah menonton, khuatir keguguran sebab terkejut
pergi le menontonnya.....kalau yang bau nak hamil sebulan dua tu dinasihatkan tak usah menonton, khuatir keguguran sebab terkejut
Subscribe to:
Posts (Atom)