Wednesday, January 28, 2009

duduk pun boleh tidur


penat agaknya sicumi ni, duduk pun leh lena,maklumlah.... kedepan kedapur buat keja,rajin anak sedara tokchik yang sorang nie, buat itu buat ini, mana tak penatnya, ini pose baik punya, kiranya kes candid camera, ain yang ambik gambar ni,
cumi ni kembar sebenarnya, yang sorang lagi tu tokchik panggil ciki,kisah bagaimana nama tu menjelma begini, dulu2 ada program untuk kanak2 kat rtm......namanya program tu cumi dan ciki, itu le asal mula nama gelaran tu melekat ........

mandi manda















tak jauh dari rumah kakak ada kawasan perkelahan..... gunung berlumut namanya, sebelum balik kerumah kakak lagi kami semua dah pakat nak pergi mandi manda di gunung berlumut.

alangkah malangnya nasib, bila tiba masa yang dirancangkan, hajat kami terbantut sebab kawasan perkelahan tersebut masih lagi ditutup kepada semua pengunjung kerana kerja-kerja menaik taraf masih tak siap lagi,

supaya tak kempunan, kami menyingah juga le kat sungai yang terdekat ..........kecebur.....sessi membasahkan diri bermula, sejukkkkkkkk..............tapi bestnya, lama tak merasa kesejukan air sungai, lama tak berendam,

bila tengok tokchik dan suku sakat tokchik berendam kat situ, ada pulak orang lain joint sama, almaklum le, dah datang jauh-jauh takkan nak patah balik macam tu aja gara-gara tak leh masuk ke tapak perkemahan, tapi yang pasti, kami sekeluarga dah "chop" tempat tu dulu....hehehe.......... depa semua kena le ketepi dulu....

sessi bakar membakar






seronoknya bila berkumpul beramai-ramai dengan ahli keluarga, selesai majlis disebelah petang, malamnya kami dah plan nak buat barbeque, tokchik dah bawa balik udang, ikan, ditambah dengan ayam.

meriah sungguh malam tu, gelak tawa, berebut menunggu makanan siap dibakar, teringat kenangan masa kecik2 dulu, berebut2 bila nak makan,

Tuesday, January 27, 2009

kenduri 3







kenduri nasi ambeng!!!!!!!
kalau orang jawa pasti tau bila di sebut kenduri nasi ambeng, kalai pertama tokchik menghadiri majlis kenduri nasi ambeng ni sekitar tahun 1985 kalau tak silap, masa tu tokchik dok di kampung melayu gelang patah johor.

satu hari tu, kawan tokchik ajak le tokchik kerumah dia, ada kenduri katanya, tok chik pun pergi le, dah selesai majlis tahlil, doa pun dah dibaca oleh pak imam, hidangan pun diangkat, nasi dan lauk2 pauk di-isi didalam dulang, tokchik juga nampak gulungan2 kertas juga dihulur bersama.

bila dulang hidangan tu sampai kat depan tokchik, tokchik pun apa lagi......suap le.........tokchik tgk orng lain bila 2 suap dah berhenti, tokchik lak masih lagi menyuap, tetiba ada satu pakcik tu tanya " nak makan lagi ke", terkebil2 seketika tokchik, kawan kat sebelah cuit tokcik dan beri isyarat untuk berhenti makan, "mana best, baru nak makan dah kena berhenti" desis hati tokchik.

lpas tokchik cuci tangan, mereka mula membahagikan makanan kat dulang tu kepada 4 bahagian, setiap orang dapat satu bahagian, jadi gulungan kertas yg diberikan sekali sewaktu hidangan diangkat rupanya digunakan untuk membungkus makanan, makanan tersebut kemudian nya akan dibawa pulang oleh setiap jemputan, bila dibawa pulang, ahli keluarga yang lain dapat juga menjamahnya.

hidangan nasi ambeng untuk kenduri ni sebenarnya kalau pada pandangan tokchik lebih mudah dan menjimatkan keja, lauk pauknya semua nya kering2/ tak berkuah, jimat masa nak membasuh bekas, kalau makan berhidang, setiap lauk ada bekasnya sendiri,

kenduri oh kenduri 2






tokchik seronok tengok kesepakatan jiran2 kakak tokchik ni, yang seronoknya lagi bila kita tengok masa mereka menyediakan masak, usik mengusik, gelak tawa.....kalau dibandar kita tak jumpa dah semua ni, orang bandar mana ada gotong royong....tau nya.... KITA ORDER AJA, KALAU TAK TAUKE CATERING MANA BOLEH CARI MAKAN.........

tok chik paling suka mengusik akak yang tudung biru tu, akak tu latah, cuma dengan orang latah ni harus berhati2, bila melatah mereka ni lupa sekejap akan kewarasan diri, senang cakap mereka hilang kawalan diri buat seketika, tak menyedari apa yang mereka tuturkan atau lakukan

berbalik pada cerita akak baju biru tu, dia le ketua memasaknya, sempat le tokchik mengutip sedikit ilmu memasak daripada akak tu, lupa pulak tokchik nama akak tu, tapi akak tu memang besttttttttttt

kenduri oh kenduri










tujuan utama tokchik pulang kerumah kakak di kluang kerana tokchik dah berniat nak buat kenduri arwah untuk kedua orang tua tokchik, abang dan kakak tokchik yang dah meninggal dunia.

kakak tokchik ni dok felda, tapi jangan le tanya tokchik kat felda mana, macam kata tok ti..... biarlah rahsia.....hahahaha

apa yang seronoknya disini, semangat gotong royong sesama jiran masih kuat, masih utuh......pagi2 jiran-jiran kakak dah sampai.

pagi2 lepas balik dari pasar, tokchik dan abang ipar dah mula "bertugas".... kena potong ayam.... tok chik tenyeh aja le, buat part yang mudah2, bukan tokchik malas, nanti ayam tu bukan nya terpotong dgn elok, jadi hancur lak. .

yang seronok masa ni, terasa sangat keakraban sesama jiran, bersenda gurau, gelak tertawa.... tak terasa beban kerja yang dibuat

CUTI PANJANG




dah lama tochik tak menjenguk dan mengemas kini blog tokchik ni, bukan pasal tokchik terlalu sibuk tetapi tokchik tak tau apa yang nak dicoretkan....hahahahhahahahah

syarikat tempat tokchik keja memberikan cuti yang panjang kepada semua pekerjanya sempena cuti tahun baru cina yang jatuh pada 26hb, tokchik mula bercuti pada 24h jan - sehingga 1hb feb...

tetapi cuti panjang kali ni tak le membosankan, tokchik akan
pulang ke johor ada majlis keluarga, anak saudara perempuan tokchik di pinang orang...dah besar anak sedara tokchik rupa nya

kemudahan dihentian rehat lebuhraya yang dikendalikan oleh pihak PLUS amat memuaskan hati, tokchik berhenti rehat dihentian rehat AIR KEROH yang menghala ke selatan. dok pekena kopi o (besttttttttttttt), anakj sedara tokchik dengan menu kegemarannya telur separuh masak

Followers