Followers

Thursday, February 20, 2014

when travelling to london...





1) avoid bringing too much clothes. memberatkan beg sajo. trust me, you'll end up buying more clothes there! i even bought 2 blouses that costs only RM14 each. kat primark lah kan apa lagi. hehehe. although the currency rate for GBP is quite high currently (or nilai ringgit jatuh menjunam), you'll still think it is way cheaper there (especially for branded items) as compared to here. if traveling during winter season, do make sure that you wear comfy shoes. jangan jadi macam saya. i ended up buying a new pair of boots 'cause i hurt my feet after 5 days of walking. nasib baiklah boots tu murah sajo.

2) when you arrive at Heathrow Airport, you'll get asked few questions by the immigration officer like 'is this your first time here?' or 'what's your occupation in malaysia' or 'how much money did you bring with?' yada yada yada. sila jawab dengan jujur ok. jangan plak nak main betul ke bohong ke kat sana.  

3) untuk membeli souvenir yang murah-murah, silalah ke area bayswater/queensway (sila jangan beli souvenir di oxford street. mahal seh!). you can get 20 fridge magnets for the price of GBP10. in fact, bukan fridge magnet je mughah, keychain, mugs and lain-lain pun murah gak kat sana. i ended up buying a big ben tabung for me. kekonon macam tabung travel. gituuuuu....

4) for those yang nak borong perfumes pulak, please head on to Beauty Base. tu nama kedai yang jual perfume murah2 kat sana. branch dia yang saya tahu di Whiteleys and Westfield (Shepherd's Bush). serius murah noks. you can get a 100ml Britney Spears's Radiance perfume for only GBP15. darab lah 5.6. RM84 jer uolsssss...

5) as for Halal restaurants, sangatlah selambak tak payah risau lah. kat Malaysia Hall murah sikit lah. hari tu aku makan nasi campur lauk ayam masak lemak dengan sayur dalam GBP3.50. bila bab makan, jangan pulak gatai darab 5.6 tu. pejam mata je ok masa bayar tu.




6) if you want to 'see' london, i suggest you travel around by bus. yes, masa perjalanan tu agak lamasikit lah tapi you get to enjoy the view. kalau jenis nak cepat sampai, then naiklah train. i think maybe that's why mat saleh banyak naik train sebab nak cepat. and also, panas sikit dalam train masa musim winter.

7) go to bicester village kalau terasa macam nak beli barang hantaran branded tapi cheaper dari the one in Malaysia (and few parts of London). oh ye, mostly barang branded kat bicester village ni past season punya. so basically, korang tak payahlah nak cari Michael Kors's Selma and Prada's Saffiano kat sini. kalau nak juga, kau datang 2 tahun lagi. bak kata salesperson kat sana la heheh. haihhh aku dah menyesal tak beli Furla Candy Bag rege GBP100. tu kira murah dari original Candy Bag yang jual online and in store. kat sini around RM800 ke atas kot.

8) if you're into Harry Potter stuff like i am (yes, i'm a huge fan of Harry Potter. walaupun umur nak masuk 29 tahun), don't forget to go to Kings' Cross Station. korang boleh bergambar dengan troli ala-ala nak pergi ke Platform 9 3/4. kat sana ada jugak kedai Harry Potter. you can buy all sorts of HP (harry potter, bukan hewlett packard) merchandise. they even sell the wands, harry's glasses, gryffindor scarf and so on. nasib baik masa aku pergi ni, dah tak banyak duit...kalau tak, memang aku akan rembat satu wand pastu berangan 'avada kedavra!'


9) if you're into antiques stuff like my mother, do head down to Portobello Market in Notting Hill. full market dia hari sabtu. hari biasa ada cuma tak banyak lah gerai-gerai yang bukak. and the reason why i went there of course sebab nak tengok kedai buku yang Hugh Grant own dalam filem Notting Hill tu. oh ye, market dia panjang ok. aku tak jalan sampai hujung pun. anyway, selain dari Portobello Market, ada bermacam-macam market lagi kat London ni i.e Camden Market cuma iols tak tahu kat mana je. and nombor dua sebab dah penat jalan hehe.



hmmm so far, tu je lah kot setakat ni...nanti ada apa-apa lagi iols update.

Wednesday, September 25, 2013

car boot sales damansara


안녕 친구....
(annyeong chinggu)


if you guys followed my instagram profile (Ezzan Yusop), you'd probably knew that i opened up a booth on last Sunday car boot sales in Bistari De Kota, Damansara. cehhh booth lah sangat kan. padahal bukak bonet kereta. heee...first time aku join benda-benda camni. timbul idea nak join car boot sales ni bila officemate aku duk tengok aku asyik pergi pejabat pos duk pos novel ke customer. dia kata syok kan dapat jual barang-barang yang dah tak nak. then, dum dam dum dam dum dam terus "jom kita buat garage sale! or car boot sales ker!" and the rest as the say, is history...

you know, at first i was kind of nervous and a bit sceptical as well sebab selalu fikir 'ada ke orang nak beli barang aku ni' but once dah set up booth and the customers started lining up (perasannn), perasaan excited menguasai diri. wah kemain. so, what did i sell? well, lemme see.....there's books....and books....and more books!! haha. ulat buku kan, apa lagi. jual both malay and english novel. tapi tapi tapi...takdelah buku terpakai je yang aku jual. aku jual jugak preloved handbag, shoes and clothes. lagi pun, almari baju aku tu dah penuh sampai kadang aku malas nak lipat main longgok masuk almari. ha ah aku memang malas lipat baju pun. hehe.

tak mahal pun aku jual kan?

ni masa ahad hari tu. meja tu omak den suruh jual. 
beg terjual dua, novel terjual 10 buah, baju pun 10 helai. 


anyway, aku ada plan untuk continue join this car boot sales. lagipun, dari aku duk tercongok kat ghumah membosarkan diri, baiklah aku do something. bukan takat aku dapat burn calories je ni, dengan muka-muka aku sekali dapat di (sun)burned kan. ye lah, ko ingat tak berpoluh duk meniaga dari pukul 8 pagi hingga 12 tengahari? tapi itu semua belakang kira, janji i have fun. and duit masyuk.... ;)

so, sesiapa yang nak beli novel melayu dengan lebih murah (kat sana aku jual 6 buah - RM50) boleh lah ke Car Boot Sales Damansara di Bistari De Kota, setiap Ahad dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari. 

see you guys there!


Friday, September 6, 2013

tazkirah jumaat: sejarah Laut Mati dan kaum Nabi Lut


[warning: this is a reeeeeally long entry. brace yourself.]

ini adalah laut mati. semua orang tahu kalau kita mandi kat laut tu kita akan terapung atas air. semua orang tahu gak sebab kandungan sulfur dan garam yang terlampau tinggi, lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa sekaligus menyebabkan semua benda timbul di permukaan air. 

kalau dari sejarahnya pula, Laut Mati merupakan Kota Sadum iaitu kota kaum Nabi Lut yang melakukan hubungan songsang (homoseksual). kemurkaan Allah menyebabkan bumi di situ diterbalikkan hingga tenggelam sedalam 411 meter dari paras laut. Nabi Lut dan orang-orang beriman diselamatkan Allah dan mereka tinggal di Jerusalem.

tahukah anda...
kaum Nabi Lut (masyarakat Sadum) melakukan perbuatan songsang yang tak pernah seorang pun di seluruh dunia melakukan sebelum mereka. mereka mendatangi lelaki dengan hawa nafsu, bukan perempuan dan melakukan perbuatan terkutuk ini dalam majlis-majlis. kalau ada pendatang masuk ke Sadum, pasti takkan selamat dari diganggu oleh penduduk Sadum. kalau pendatang itu lelaki yang kacak dan macho, pasti dia akan jadi korban perbuatan keji kaum lelaki Sadum dan kalau pendatang itu perempuan muda yang cantik jelita, dia pula akan jadi mangsa perbuatan songsang kaum perempuannya. 

kaum Nabi Lut ini jenis yang degil. mereka menyuruh Nabi Lut berhentikan penyebaran dakwahnya dan mereka ugut akan usir baginda dan ahli keluarga baginda dari Sadum sekiranya baginda enggan berhenti berdakwah. kaum Nabi Lut ini sudah buta dan tuli hatinya sehinggakan Nabi Lut sendiri rasakan yang kaumnya sudah tiada harapan untuk berubah. sampai Nabi Lut terfikir, untuk mencegah penyakit akhlak kaumnya daripada menular ke penduduk-penduduk terdekat adalah dengan cara menghapuskan mereka dari muka bumi ini.

akhirnya, doa Nabi Lut diperkenan dan dimakbulkan Allah. Allah mengirim tiga (some say two) malaikat untuk menyamar sebagai manusia. mereka ini malaikat yang bertemu dengan Nabi Ibrahim dan membawa berita atas kelahiran Nabi Ishak. malaikat-malaikat ini juga yang beritahu pada Nabi Ibrahim bahawa mereka adalah utusan Allah untuk menurunkan azab kepada kaum Nabi Lut. Nabi Ibrahim memohon agar Nabi Lut diselamatkan daripada azab yang akan diturunkan ke atas kaum Sadum.

para malaikat sampai di Sadum dengan menyamar sebagai lelaki muda yang berwajah kacak dan macho serta berbadan sasa dan tegap. mereka bertemu dengan Nabi Lut setelah meminta untuk menumpang di rumahnya. Nabi Lut jadi bingung kerana khuatir tetamunya akan menjadi korban pemuas nafsu kaumnya yang dahagakan seks sejenis dan dia sebagai tuan rumah seharusnya bertanggungjawab kepada keselamatan tetamunya. sedangkan Nabi Lut tahu dia sebenarnya tak berdaya melawan kaumnya. baginda akhirnya pasrah kepada Allah dan menerima tetamu-tetamu kacak itu.

Nabi Lut telah berpesan kepada keluarganya supaya merahsiakan kedatangan tetamunya itu namun isterinya telah bertindak membocorkan berita kedatangan tetamu Nabi Lut kepada kaum Sadum. kemudian, datanglah beramai-ramai lelaki-lelaki Sadum yang dahagakan seks songsang ke rumah Nabi Lut. mereka menjerit dan memanggil Nabi Lut supaya melepaskan anak-anak muda itu kepada mereka untuk dijadikan pemuas nafsu songsang mereka.

Nabi Lut enggan buka pintu. sebaliknya baginda berseru agar mereka kembali ke rumah masing-masing dan jangan ganggu tetamu yang datang dari jauh yang sepatutnya dihormati dan dimuliakan. namun, seruan dan nasihat-nasihat Nabi Lut tidak dihiraukan. bahkan mereka desak akan menolak pintu rumah Nabi Lut dengan kasar jika pintu tidak dibuka. Nabi Lut berasa dirinya dah tak berdaya. maka baginda berkata secara terus terang kepada tetamunya...'Seandainya aku mempunyai kekuatan (untuk menolakmu) atau kalau aku dapat berlindung kepada keluarga yang kuat (tentu aku lakukan)' - Surah Hud, Ayat 80.

apabila mendengar keluh-kesah Nabi Lut , lantas anak-anak muda itu memberitahu perkara sebenar, yang mereka adalah malaikat-malaikat yang menyamar sebagai manusia diutus Allah untuk menurunkan azab dan seksa ke atas kaum Nabi Lut atas kemungkaran yang keji itu. malaikat-malaikat itu menyuruh Nabi Lut membuka pintu rumah seluas-luasnya agar dapat memberi kesempatan kepada orang-orang yang dahagakan nafsu dengan lelaki itu masuk. 

sebaik sahaja pintu dibuka, mereka pun terus menyerbu masuk ke rumah Nabi Lut. tetapi apabila mereka melangkah kaki untuk masuk, tiba-tiba pandangan mereka menjadi gelap dan mereka tidak dapat melihat apa-apa pun. rupanya-rupanya malaikat telah membutakan mata mereka.

mereka yang telah dibutakan itu berada dalam keadaan kacau bilau dan berlanggar antara satu sama lain, menjerit-jerit kenapa mereka buta secara tiba-tiba. para malaikat berseru kepada Nabi Lut untuk meninggalkan segera bumi Sadum kerana sudah tiba masanya azab Allah ke atas penduduk Sadum.

dalam Surah Hud Ayat 81, Allah berfirman yang bermaksud 'Pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut-pengikut kamu di akhir malam dan janganlah ada seorang pun diantara kalian yang tertinggal, kecuali isterimu. Sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang menimpa mereka kerana sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka adalah pada waktu subuh; bukankah subuh itu sudah dekat?'

dalam Surah Hud, Ayat 82 - 83 : 'Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu yang diatas ke bawah (Kami balikkan) dan Kami hujani mereka dengan batu daripada tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, yang diberi tanda oleh Tuhanmu dan seksaan itu tiadalah jauh daripada orang-orang yang alim.'

menurut kata para ulama, ketika azab diturunkan, Malaikat Jibrail menghancurkan dengan hujung sayapnya tujuh kota kaum Nabi Lut. Jibrail mengangkat kesemua kota itu ke langit sehingga para malaikat mendengar suara-suara ayam dan gonggongan anjing mereka. kemudian Jibrail membalikkan tujuh kota itu dan menumpahkannya ke bumi. saat terjadinya kehancuran, langit menghujani mereka dengan batu-batu neraka, iaitu batu-batu yang keras dan kuat yang datang silih berganti. batu-batu itu terus menghujani mereka sehingga kaum Nabi Lut  musnah semuanya. tiada seorang pun di sana. semua kota hancur ditelan bumi sehingga terpancarlah air daripada bumi. hancurlah kaum Nabi Lut dan hilanglah kota-kota mereka.

Allah meninggalkan kesan-kesan kehancuran kota itu sebagai peringatan kaum kemudian yang melalui jalan itu. kesan kemurkaan ini, Allah tidak membenarkan satu makhluk pun hidup di dalamnya. sebab itulah Laut Mati tidak berpenghuni. ia tidak didiami hidupan laut. di sekitar kawasan Laut Mati juga tiada satu pun tumbuhan yang tumbuh melata. jika adapun, kelihatan pokok itu keluar membengkok ke bawah seolah-olah tumbuh terbalik. manakala lautnya pula wujud di atas aras yang lebih tinggi seakan-akan satu kolam luas yang dikepung. demikianlah kebesaran dan ayat Allah yang diturunkan untuk menjadi pengajaran bagi hamba-hambaNya.



footnote : sumber rujukan dari novel 'Aku Benci Kau'. iya, walaupun novel cintan cintun tapi tetap ada ilmu yang bermanfaat dan yang boleh dijadikan pengajaran. so, jangan pandang rendah okay pada novel cinta. heee....


Thursday, August 22, 2013

Trying To Be Muslim






...that was a title of a book by Norhafsah Hamid. it is a story about one person's quest (a Muslim born, not a muallaf) to become an active servant of Allah and the struggles she went through in trying to find her religion. I enjoyed reading it. sometimes, I even felt like I've been slapped a couple of times because of how similar our conditions were. It also brought tears to my eyes as well especially about the journey of performing the hajj. 

i love how the author tells the story, it's like as if she was talking to me directly next to me. one of the snippet that really appealed to me was this :

If you had asked me this question 4 years ago "when do you plan to perform your Hajj?" My answers to you would then be "probably in 5 years time"...My excuse would then be...I am not ready or I have not received my call (belum sampai seru).

Over the years in my quest for knowledge, I discovered that to perform the Hajj, is NOT about a readiness of a person or the need to wait for His calling. Hajj is one of the pillars of Islam and it is compulsory for ALL Muslims once they have fulfilled the preconditions of Hajj.

So, what are the pre-conditions? There are:-
- Muslim
- Sane
- Have reached puberty
- Financially and economically able

Hmmm....I noticed that no where could I find a preconditions that states...spiritually ready and able and received the calling. Then, I understood that whether I am ready or not, once I have fulfilled the preconditions, then it becomes compulsory for me to perform the Hajj. God waits for no one.


a very good read for all Muslimah and hope everyone will read it. totally recommended. tak mahal pun. dalam RM18 - RM20 je (can't remember the exact price). bought it at Kinokuniya KLCC...and if there's anyone interested to buy/read this book, I can buy it for you guys. serious. just bank-in the money and i can get it for you selagi stok masih ada lah kan...hee :)



footnote: i bought this book again as a present for my kakak sepupu who is a Sarawakian muallaf because i recommended this book in my FB and she's so eager to read it. Alhamdulillah. maybe this will help her to understand Islam more. InsyaAllah...

Monday, June 10, 2013

berpuasa di tanah suci



sebelum aku jejakkan kaki ke Baitullah tempoh hari, aku memang dah berhasrat at least nak puasa sehari kat sana. kalau lebih, lagi bagus. teringin nak rasa berpuasa di tanah suci. ye lah, nak pergi umrah semasa bulan ramadhan, macam belum mampu je lagi kan. harga pakej umrah bulan ramadhan adalah diluar kemampuan beta. so far memang aku takde lagi jumpa pakej umrah untuk bulan ramadhan yang bawah 7k. so far lah...

so apa rasa dia berpuasa kat Mekah? well, to tell you the truth....it's really almost the same as berpuasa kat Malaysia. ye lah, bukan bulan ramadhan kan. tapi yang bestnya ialah aku spent sepanjang masa sehari berpuasa tu kat Masjidil Haram. kiranya aku memang tak balik hotel. duduk je dalam masjid. pagi aku buat tawaf sunat. and then buatlah solat-solat sunat dan ibadah yang lain seperti baca Quran....bila aku mengantuk, aku tidur jap. sebelum tutup mata, nampak kaabah. celik mata, nampak kaabah. best sangat.

nak dijadikan cerita, ada seorang perempuan arab yang berusia ni offer makanan kat aku masa tengahari. roti kot kalau tak salah aku. ke buah something. hadoii tak ingatlah pulak...neway, puas lah aku menolak...tapi aku cakap english. kata i'm fasting. tapi aku pun ngok gak kan. motip berbahasa inggeris? hehe...rasa macam nak dekat 5 kalilah aku tolak tapi dia tetap insist suruh aku makan. aku lak masa tu sorang je kan. mak balik hotel untuk makan tengahari. so aku dikelilingi oleh makcik-makcik arab. mesti dorang kata aku sombong ya amat. orang offer makanan aku boleh reject. ada rasa macam serba salah gak aku. masa tu aku rasa satu jer.............nyesalnye tak tau berbahasa arabbbbbbb!!!! puasa pun tak tahu apa dalam bahasa arab!!! khilaf sungguh!

eh baru aku teringat. aku ada balik hotel. hehe. sebab nak buang air masa tu. bukan takde toilet dalam Masjidil Haram. ada tu ada, cuma ia agak jauh ke bawah tanah dan agak bahaya untuk perempuan pergi seorang diri.

anyway, another thing yang best adalah semasa berbuka puasa. minum air zamzam dengan roti jer. kenapa tak kurma? well, aku terlupa sebenarnya nak bawak kurma ke masjid masa balik sekejap nak terkucil tu. dah sampai separuh jalan, baru teringat kurma. last-last aku singgah kedai beli roti jer. aku rasa pemandangan cukup indah sekali masa berbuka puasa. ye lah, ingat senang ke nak berbuka puasa berdepan dengan kaabah? tak semua orang dapat rasa pengalaman tu. syukran Ya Allah, kerana diberikan kesempatan untuk berpuasa di sana. 



before i end this, just nak share some info yang aku dapat tau kat sana. semasa bulan Ramadhan, Masjidil Haram memang akan pack dah macam orang tunaikan haji dah. ini aku saksikan sendiri gambar yang telah dirakam sewaktu aku berkunjung ke Muzium Masjidil Haram & Masjidil Nabawi di area Hudaibiyah (kalau tak salah). pemandangannya sangat..... SubhanAllah! mengasyikkan! one of the most beautiful photo i should say. memang ramai. and i heard that masa bulan Ramadhan, kebanyakkan orang arab ni akan bercuti semata-mata ingin beribadat. bestnya kalau kat Malaysia boleh buat camtu. and furthermore, i was told that sepanjang bulan tu, The King of Saudi Arabia akan provide food for iftar UNTUK SEMUA yang ada di Masjidil Haram. FOR FREE. Allahuakbar! 

sejak dari situ, aku dah tanamkan niat. 
aku dah berazam.
sekiranya diizinkan-NYA...
aku ingin sekali berpuasa Ramadhan dan menunaikan solat terawih di Masjidil Haram.
at least sekali dalam seumur hidup ni.
aku nak rasa pengalaman berqiyamulail di sana.
nak rasa pengalaman berpuasa ramadhan di sana.
nak rasa pengalaman bertarawikh kat sana.



Tuesday, April 30, 2013

kena denda



wahhh lepas balik umrah terus senyap je kan. update pun jarang. nak kata busy sesangat tu takdelah, sempat gak lah baca 3 gabak novel, sempat shopping kat zalora dan tonton iron man 3. ok, sebenarnya tak sibuk langsung. tapi tak tahu kenapa, lately ni macam tak berminat sangat dengan teknologi. and makin lama makin tak tahu nak cakap apa dalam blog. aging symptom maybe... (T________T)   * ke kau sebuk main candy crush niiiii ;p *

ok, tajuk ceramah kita pada hari ini ialah denda. kenapa denda plak tetiba ni? hmmm si ezzan ni kena denda sebab selalu lari meeting yang takde kaitan ke? tah-tah ezzan tu kena denda sebab merayap pergi makan jauh bila boss takde? *gosip kak ton*

sebenarnya aku teringat masa zaman aku belajar diploma dulu kat UiTM Perak. tahun berapa usah ditanya hokayyyy iols takmo reveal umur sebenar! (wah kemain)..ok, aku teringat masa belajar subjek English. masa tu aku sem 2 kalau tak salah. lecturer kami masa tu Pn. Rosida.....(kot).

lecturer English ni memang rock. aku terhibur. bayangkan setiap kali lepas kelas ada sesi menyanyi. hebatkan? siapa yang masa kelas tu ada jawab salah bila lecturer tu tanya soklan, terus 'ok, you'll sing today at the end of the class!'. yang bestnya, kadang bila sorang tu kena denda nyanyi kat depan, boleh plak satu kelas ikut nyanyi sama. aku teringat ada member aku nyanyi lagu Daniel Bedingfield 'If You're Not The One' dan lagu Glenn - 'Februari'. motif haku pun join masa chorus? haha. 

last-lastkan, kalau esok tu ada kelas English, kitorang dah macam busy nak mamps cari lagu. malam tu dah siap prepare nak nyanyi lagu apa esok kot-kot tersalah jawab. termasuklah yours truly ni. aku prepare 2 lagu. WAHHHH SEMANGAT UOLSSS NAK NYANYI!

lagu Flop Poppy - Cinta dengan lagu Gloria Geynor - I Will Survive. yang tak menahan tu kan, siap tanya roommate 'ok tak kalau aku nyanyi lagu ni?' MOTIP?!! kau ingat kau nak nyanyi atas pentas ke wehhhh. siap pilih lagu yang orang lain boleh sing along. warning awal-awal kat member, 'kalau aku kena esok, ko join nyanyi masa chorus tau...'

kadang aku konfius. ni pergi kelas English ke pergi kelas Vokal Bukan Sekadar Rupa ni. hahahah.




Dan ku nyanyikan kau lagu cinta
Seindahnya sinar mentari
Seanggunnya sinar rembulan

Dan ku nyanyikan kau lagu rindu
Kerna sesungguhnya hati ini
Masih lagi Lemas dalam kerinduan

Cintaku
Hampir setiap kalinya tak jemu-jemu
Cintaku
Nyanyikan lagu ini

Cintaku
Hampir setiap kalinya tak jemu-jemu
Cintaku
Nyanyikan lagu ini penawar rindu

footnote : Alhamdulillah, aku tak pernah kena denda masa tu. selamat suara merdu iols dari kedengaran.


Tuesday, April 2, 2013

some random umrah notes



assalam.

i just wanted to jotted down some notes on my umrah trip so that you guys boleh ambik tips-tips (cewah tips ke? ;p)...lagipun, sharing is caring kan...


  • untuk yang akan menunaikan umrah (khas untuk wanita), aku cadangkan untuk tidak membawa banyak jubah malaysia ke sana. maksud aku jubah malaysia adalah jubah yang korang bawak dari sini lah. sebab jubah kita kainnya agak tebal. jadi bila kat Makkah, jubah tu buatkan korang lagi panas. berpeluh kat sana sudah semestinya lah kan. aku kat sana mostly pakai jubah arab je. jubah arab ni selain dari dia murah, dia agak nipis tapi serap peluh. jubah ni memang sesuai untuk pakai kat sana. jadi kalau korang tawaf waktu tengahari macam aku (tu yang agak 'cerah' sedikit lepas balik Malaysia ;p) dengan memakai jubah arab ni, walaupun panas tapi kau akan rasa jubah tu cepat kering. kira lepas tawaf tu, bila kita prepare nak solat korang tak rasa macam badan tu melekit. aku agak menyesal bawak sampai 5 helai jubah dari sini, last-last aku pakai masa nak pergi makan je. siap ada 1 helai lagi yang aku tak pakai. haih.
 
  • bagi yang nak shopping jubah kan, aku suggest untuk korang buat aktiviti shopping2 ni masa kat Madinah sebab bagi aku, jubah-jubah kat Madinah agak cantik sedikit berbanding yang dijual di Makkah. lagipun, bila kat Makkah boleh fokus pada ibadat sahaja. serius aku cakap, bila kat Makkah kadang-kadang tak sempat singgah mana-mana kedai pun. selalunya masa yang ada pun untuk korang shopping adalah lepas subuh sehingga sebelum zohor. waktu lain korang akan samada kat hotel untuk makan ataupun kat dalam Masjidil Haram.

  • di Masjidil Haram, tiada waktu larangan untuk menunaikan solat sunat. i repeat, TIADA WAKTU LARANGAN UNTUK MENUNAIKAN SOLAT SUNAT. sepanjang waktu boleh buat solat sunat. yang ini mutawwif kami yang maklumkan dan juga berpandukan buku-buku yang aku rujuk mostly said the same thing. kalau kat Tanah Halal, waktu selepas Asar adalah antara waktu larangan untuk menunaikan solat sunat. sama jugak lepas subuh, tak boleh buat solat sunat yang lain (kecuali Dhuha).

  •  marmar di lantai sekeliling Kaabah adalah sejuk. walau sepanas mana pun matahari kat atas, tapi bila dahi mencecah lantai untuk sujud tetap rasa sejuk. bila kaki memijak lantai untuk bertawaf takde pun korang akan 'ouch panas' ke whatsoever.

  • kat sana, kaum wanita dibolehkan untuk pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat tapi ianya dikira sebagai sunat. tapi aku tak buat solat jumaat. aku buat solat zohor. and mostly jemaah perempuan malaysia bersolat di bilik hotel masing-masing untuk memberi laluan kepada jemaah lelaki untuk solat jumaat. solat jumaat still wajib ok bagi lelaki.

  • aku kemaruk fruit juices kat sana. especially yang mix flavour kaler pink. perghhh sedap sangat. almost everyday aku telah juice ni. dah lah murah, 5 riyal je. lebih kurang dalam 4 hinggit melesia. aiskrim kat sana pun sedap. surprisingly, sepanjang aku makan aiskrim dan minum fruit juice tu, Alhamdulillah aku tak diserang batuk.


setakat ni, ini je lah yang aku ingat. kot-kot pasni aku ada teringat something ke, nanti aku update wokeh... 

till then.


Monday, March 25, 2013

Umrah 2013


Assalam dear readers,

I just got back from performing Umrah on last Wednesday (20th of March 2013) after almost two weeks in the Holy Cities. 5 days in Madinah and 8 days in Makkah. Alhamdulillah, syukran Ya Rabb kerana berikan aku kesempatan untuk jejakkan kaki ke Kota Madinah dan Kota Mekah pada usia muda. the feeling of having to see The Holy Kaabah betul-betul depan mata sungguh mengagumkan. rasa macam tak percaya. rasa macam tak berkelip mata tengok Kaabah. kalau boleh, nak Kaabah tu sentiasa depan mata. and also, having to stepped on the same ground as our Prophet Muhammad S.A.W is just...indescribable. perasaannya bukan boleh diceritakan melalui kata-kata. orang kata you have to see it to believe it. 

dan aku sudah berjanji dengan diri aku untuk tidak menceritakan pasal ibadah aku di blog. cerita-cerita seperti berapa kali buat umrah, dapat cium hajarul aswad atau tak, dapat solat di Hijir Ismail or dapat solat bawah pancuran emas so on so forth adalah terlalu peribadi untuk diceritakan pada umum (unless if you are in my circle of close friends ;p). lagipun, dah namanya ibadah kan. ibadah kan antara kita dah Allah. dan juga, nak elak dari riak. jangan salah faham, aku tak cakap orang lain yang ceritakan pengalaman dorang dalam blog dorang tu riak. itu hak masing-masing untuk bercerita. cuma aku taknak AKU yang riak bila bercerita nanti. jadi, aku hanya akan berkongsi gambar dengan korang. dan sedikit catatan pasal kisah-kisah sejarah just to refresh your memories.... :)

1) Masjid Nabawi di Madinah


Satu solat di dalamnya menyamai dengan seribu solat. Terdapat di dalamnya Kawasan Raudhah (satu dari taman Syurga) dan Maqam Rasulullah SAW bersama dua orang sahabatnya Saidina Abu Bakar Al-Siddiq dan Saidina Umar Al Khattab. Untuk jemaah wanita, lawatan ke Raudhah dan Makan Rasulullah adalah dari jam 7 - 10 pagi dan selepas solat isyak, sekitar jam 8.00 - 12.00 malam. Masjid Nabawi ni memang cantik. senibinanya memang mengagumkan. Madinah is a bit modern as compared to Makkah. 


2) Masjid Quba'


Adalah masjid yang julung-julung dibina oleh tangan Nabi Muhammad SAW dan ia disebut dalam kitab suci Al-Quran dengan nama Masjid At-Taqwa. Keistimewaan Masjid Quba' ini pernah dinyatakan oleh Rasulullah SAW sendiri..."Barang siapa telah berwuduk di rumahnya kemudian ia berkunjung ke Masjid Quba', lalu ia mengerjakan solat 2 rakaat maka ia akan mendapat pahala seperti mengerjakan umrah"

Setiap hari sabtu Rasulullah SAW akan pergi melaksanakan solat sunat dua rakaat atas tujuan untuk mendapatkan pahala satu ibadat Umrah.



3) Masjid Qiblatain

Masjid ini biasanya dikenali dengan masjid dua kiblat. pada permulaan Islam, orang ramai melakukan solat dengan mengadap ke arah Baitul Muqaddis. Pada hari Isnin dalam bulan Rejab tahun ke 2 Hijrah, ketika Rasulullah SAW mengerjakan solat Zuhur di Masjid Bani Salamah, diwahyukanlah ayat yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami sering melihat wajahmu mengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke qiblat yang kamu sukai. Palingkanlah wajahmu ke arah Masjid Al Haram. Dan di mana kamu saja berada, palingkanlah wajahmu ke arahnya." (Al-Baqarah: 144)

Sewaktu mengerjakan solat Zuhur itu, mula-mula Rasulullah SAW mengadap ke arah Masjid Al-Aqsa tetapi setelah turun ayat tersebut, baginda menghentikan sementara kemudian meneruskan solat dengan memindahkan arah menuju ke Masjidil Haram. dengan kejadian inilah, akhirnya masjid ini diberi nama Masjid Qiblatain yang bermaksud Masjid Dua Kiblat. ok sini aku tambah, menurut mutawwif kumpulan kami, semasa Rasulullah hendak memaling ke arah Kaabah, Rasulullah tak terus paling tau. kalau baginda terus paling, baginda akan menghadap makmumnya sebab Masjid Al-Aqsa di belah Timur dan Masjidil Haram di belah Barat. kalau dia berpaling terus maka solat terbatallah kan sebab imam facing makmum. so what Rasulullah did was he moved slowly like he was performing a Tawaf. makmum belakang pun ikut Rasulullah sampailah Rasulullah berhenti dan mengadap qiblat yang baru.

*unfortunately, i don't have the photo of the mosque sebab bas tak berhenti, sekadar lalu sahaja.  korang boleh google kalau nak tengok gambar masjid ini huhuhu...



4) Jabal Uhud

Perang Uhud berlaku pada hari Sabtu, 15 Syawal tahun ke-3 hijrah. Sebab terjadinya peperangan ini, pihak Quraisy ingin menuntut bela terhadap kekalahan mereka dalam Perang Badar. Mereka membuat persiapan sehingga mereka benar-benar bersedia untuk memerangi Rasulullah SAW di Madinah. Mereka keluar dalam angkatan tentera seramai 3,000 pejuang. Rasulullah telah membuat strategi untuk meletakkan 50 pemanah di atas bukit dan mereka semua diarahkan untuk tidak meninggalkan bukit pemanah tersebut walau apa keadaan sekalipun kecuali atas arahan Baginda Rasul. Namun begitu, apabila melihat tentera Quraisy lari meninggalkan medan perang, pemanah-pemanah tersebut telah melanggar arahan Rasulullah dengan menuruni bukit tersebut untuk merampas harta rampasan perang. Khalid Al-Walid (ketua tentera berkuda Quraisy sebelum beliau memeluk Islam) yang melihat keadaan tersebut bertindak balas dengan mengelilingi bukit tersebut dan serang hendap dari belakang bukit. 

Disinilah terbunuhnya bapa saudara Rasulullah, Saidina Hamzah Bin Abdul Mutalib yang dibunuh oleh seorang hamba, Wahsyi dengan membaling lembing dan mengena tulang rusuk Saidina Hamzah. Selepas peperangan, hati Saidina Hamzah telah direntap keluar dan dikunyah oleh Hindun namun diluahkan semula selepas tidak dapat ditelan. peristiwa ini disaksikan sendiri oleh Rasulullah dan baginda teramat sedih melihat jasad bapa saudaranya dilakukan sedemikian rupa. setelah Hindun dan Wahsyi memeluk Islam, mereka berdua dimaafkan oleh Rasulullah namun baginda berpesan supaya mereka tidak menunjukkan wajah mereka dihadapannya sehinggalah baginda wafat. 

inilah bukit yang menempatkan 50 pemanah. ignore the stalls ya ;)

5) Masjidil Haram

This one needs no introduction. Masjid tertua di dunia. Tempat terletaknya Kaabah, qiblat seluruh umat Islam. Pahala satu solat di Masjidil Haram adalah menyamai dengan seratus ribu pahala solat di tempat lain. 100,000 PAHALA. SubhanAllah. Doa-doa di Kaabah akan dimakbulkan Allah SWT. 

Ada riwayat yang menyatakan bahawa Allah telah menjadikan tapak Kaabah yang disokong dengan empat tiang 2000 tahun sebelum Allah mencipta dunia ini lagi. Di setiap tujuh langit ada rumah Allah tempat para malaikat beribadat padaNya dan pada langit ke tujuh nama rumah Allah itu adalah Baitul Makmur. Rasulullah bersabda "Baitul Makmur adalah masjid yang berada di langit dan betul-betul di atas Kaabah. Seandainya ia jatuh, maka ia akan menghempap Kaabah". Ia dikatakan selari dengan kedudukan Arasy di langit. kalau nak tau sejarah selanjutnya, bolehlah korang baca di sini.

i missed life here. makan, tidur dan beribadah. that's all. i don't think about anything else.

6) Jabal Rahmah

rasanya tak perlu diperkenalkan lagi dah. tempat pertemuan semula Nabi Adam & Hawa setelah ratusan tahun mereka terpisah selepas diturunkan ke bumi oleh Allah akibat melakukan kesalahan memakan buah khuldi yang terlarang di Syurga. Jabal Rahmah ni terletak di Padang Arafah. berdasarkan ahli sejarah, Nabi Adam telah diturunkan di kawasan India manakala Hawa pula telah diturunkan di Iraq. setelah mencari beratus-ratus tahun, akhirnya di atas bukit inilah mereka bertemu. mostly orang kata panjatlah Jabal Rahmah ni then kat atas tu berdoa supaya diberikan jodoh. tak salah nak berdoa tapi mestilah facing Qiblat. janganlah pulak korang berdoa tapi facing monumen kat atas bukit tu. lagi satu, toksahlah pulak korang tulis nama boyfriend korang on the monument. syirik namanya. so far aku tengok, takde orang Malaysia yang buat macam tu. Alhamdulillah. tapikan sebenarnya, nak makbul doa diberi jodoh oleh Allah lebih AFDAL di Masjidil Haram, depan Kaabah. tapi itu bagi aku lah. tak salah pun nak doa kat sini. aku pun doa kat sini, mengadap ke arah Qiblat.

pemandangan dari atas Jabal Rahmah

pada yang nak tahulah kan, aku buat umrah ni through Felda Travel punya pakej. quite affordable buat aku yang bergaji tak lebih RM3k ni. aku ambil 3 orang sebilik so harga dia lebih kurang dalam RM5600-5700 gitu. and Alhamdulillah, hotel yang kitorang duduk quite near to the mosques, both in Madinah and in Makkah. dan mutawwif kami, Ustaz Achmad Qosim pelajar Indonesia yang study di Makkah pun amatlah daebak! heehee...aku hampir tersuka mutawwif kitorang tapi bila dapat tahu umur dia 24 tahun, terus tak jadi ececeh. muda tapi sangat petah bercakap. aku kalau orang-orang alim memang senang nak tersuka. siap add facebook ok cewah walaweh...eh apesal lak aku cerita pasal mutawwif kami ni? ;p


last but not least, pada korang yang ada rezeki lebih memang aku amat cadangkan korang pergi tunaikan umrah dikala masih muda. aku amat syorkan. kalau korang ada kelapangan, pergilah lama sikit. aku pergi dalam 14 hari pun rasa tak puas. ada jiran aku amik pakej yang 24 hari, 15 hari di Makkah & 9 hari di Madinah. best sangat. nak kumpul cutilah supaya boleh pergi lama-lama next time.

till then, wassalam...