Followers

Showing posts with label makkah. Show all posts
Showing posts with label makkah. Show all posts

Monday, June 10, 2013

berpuasa di tanah suci



sebelum aku jejakkan kaki ke Baitullah tempoh hari, aku memang dah berhasrat at least nak puasa sehari kat sana. kalau lebih, lagi bagus. teringin nak rasa berpuasa di tanah suci. ye lah, nak pergi umrah semasa bulan ramadhan, macam belum mampu je lagi kan. harga pakej umrah bulan ramadhan adalah diluar kemampuan beta. so far memang aku takde lagi jumpa pakej umrah untuk bulan ramadhan yang bawah 7k. so far lah...

so apa rasa dia berpuasa kat Mekah? well, to tell you the truth....it's really almost the same as berpuasa kat Malaysia. ye lah, bukan bulan ramadhan kan. tapi yang bestnya ialah aku spent sepanjang masa sehari berpuasa tu kat Masjidil Haram. kiranya aku memang tak balik hotel. duduk je dalam masjid. pagi aku buat tawaf sunat. and then buatlah solat-solat sunat dan ibadah yang lain seperti baca Quran....bila aku mengantuk, aku tidur jap. sebelum tutup mata, nampak kaabah. celik mata, nampak kaabah. best sangat.

nak dijadikan cerita, ada seorang perempuan arab yang berusia ni offer makanan kat aku masa tengahari. roti kot kalau tak salah aku. ke buah something. hadoii tak ingatlah pulak...neway, puas lah aku menolak...tapi aku cakap english. kata i'm fasting. tapi aku pun ngok gak kan. motip berbahasa inggeris? hehe...rasa macam nak dekat 5 kalilah aku tolak tapi dia tetap insist suruh aku makan. aku lak masa tu sorang je kan. mak balik hotel untuk makan tengahari. so aku dikelilingi oleh makcik-makcik arab. mesti dorang kata aku sombong ya amat. orang offer makanan aku boleh reject. ada rasa macam serba salah gak aku. masa tu aku rasa satu jer.............nyesalnye tak tau berbahasa arabbbbbbb!!!! puasa pun tak tahu apa dalam bahasa arab!!! khilaf sungguh!

eh baru aku teringat. aku ada balik hotel. hehe. sebab nak buang air masa tu. bukan takde toilet dalam Masjidil Haram. ada tu ada, cuma ia agak jauh ke bawah tanah dan agak bahaya untuk perempuan pergi seorang diri.

anyway, another thing yang best adalah semasa berbuka puasa. minum air zamzam dengan roti jer. kenapa tak kurma? well, aku terlupa sebenarnya nak bawak kurma ke masjid masa balik sekejap nak terkucil tu. dah sampai separuh jalan, baru teringat kurma. last-last aku singgah kedai beli roti jer. aku rasa pemandangan cukup indah sekali masa berbuka puasa. ye lah, ingat senang ke nak berbuka puasa berdepan dengan kaabah? tak semua orang dapat rasa pengalaman tu. syukran Ya Allah, kerana diberikan kesempatan untuk berpuasa di sana. 



before i end this, just nak share some info yang aku dapat tau kat sana. semasa bulan Ramadhan, Masjidil Haram memang akan pack dah macam orang tunaikan haji dah. ini aku saksikan sendiri gambar yang telah dirakam sewaktu aku berkunjung ke Muzium Masjidil Haram & Masjidil Nabawi di area Hudaibiyah (kalau tak salah). pemandangannya sangat..... SubhanAllah! mengasyikkan! one of the most beautiful photo i should say. memang ramai. and i heard that masa bulan Ramadhan, kebanyakkan orang arab ni akan bercuti semata-mata ingin beribadat. bestnya kalau kat Malaysia boleh buat camtu. and furthermore, i was told that sepanjang bulan tu, The King of Saudi Arabia akan provide food for iftar UNTUK SEMUA yang ada di Masjidil Haram. FOR FREE. Allahuakbar! 

sejak dari situ, aku dah tanamkan niat. 
aku dah berazam.
sekiranya diizinkan-NYA...
aku ingin sekali berpuasa Ramadhan dan menunaikan solat terawih di Masjidil Haram.
at least sekali dalam seumur hidup ni.
aku nak rasa pengalaman berqiyamulail di sana.
nak rasa pengalaman berpuasa ramadhan di sana.
nak rasa pengalaman bertarawikh kat sana.



Tuesday, April 2, 2013

some random umrah notes



assalam.

i just wanted to jotted down some notes on my umrah trip so that you guys boleh ambik tips-tips (cewah tips ke? ;p)...lagipun, sharing is caring kan...


  • untuk yang akan menunaikan umrah (khas untuk wanita), aku cadangkan untuk tidak membawa banyak jubah malaysia ke sana. maksud aku jubah malaysia adalah jubah yang korang bawak dari sini lah. sebab jubah kita kainnya agak tebal. jadi bila kat Makkah, jubah tu buatkan korang lagi panas. berpeluh kat sana sudah semestinya lah kan. aku kat sana mostly pakai jubah arab je. jubah arab ni selain dari dia murah, dia agak nipis tapi serap peluh. jubah ni memang sesuai untuk pakai kat sana. jadi kalau korang tawaf waktu tengahari macam aku (tu yang agak 'cerah' sedikit lepas balik Malaysia ;p) dengan memakai jubah arab ni, walaupun panas tapi kau akan rasa jubah tu cepat kering. kira lepas tawaf tu, bila kita prepare nak solat korang tak rasa macam badan tu melekit. aku agak menyesal bawak sampai 5 helai jubah dari sini, last-last aku pakai masa nak pergi makan je. siap ada 1 helai lagi yang aku tak pakai. haih.
 
  • bagi yang nak shopping jubah kan, aku suggest untuk korang buat aktiviti shopping2 ni masa kat Madinah sebab bagi aku, jubah-jubah kat Madinah agak cantik sedikit berbanding yang dijual di Makkah. lagipun, bila kat Makkah boleh fokus pada ibadat sahaja. serius aku cakap, bila kat Makkah kadang-kadang tak sempat singgah mana-mana kedai pun. selalunya masa yang ada pun untuk korang shopping adalah lepas subuh sehingga sebelum zohor. waktu lain korang akan samada kat hotel untuk makan ataupun kat dalam Masjidil Haram.

  • di Masjidil Haram, tiada waktu larangan untuk menunaikan solat sunat. i repeat, TIADA WAKTU LARANGAN UNTUK MENUNAIKAN SOLAT SUNAT. sepanjang waktu boleh buat solat sunat. yang ini mutawwif kami yang maklumkan dan juga berpandukan buku-buku yang aku rujuk mostly said the same thing. kalau kat Tanah Halal, waktu selepas Asar adalah antara waktu larangan untuk menunaikan solat sunat. sama jugak lepas subuh, tak boleh buat solat sunat yang lain (kecuali Dhuha).

  •  marmar di lantai sekeliling Kaabah adalah sejuk. walau sepanas mana pun matahari kat atas, tapi bila dahi mencecah lantai untuk sujud tetap rasa sejuk. bila kaki memijak lantai untuk bertawaf takde pun korang akan 'ouch panas' ke whatsoever.

  • kat sana, kaum wanita dibolehkan untuk pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat tapi ianya dikira sebagai sunat. tapi aku tak buat solat jumaat. aku buat solat zohor. and mostly jemaah perempuan malaysia bersolat di bilik hotel masing-masing untuk memberi laluan kepada jemaah lelaki untuk solat jumaat. solat jumaat still wajib ok bagi lelaki.

  • aku kemaruk fruit juices kat sana. especially yang mix flavour kaler pink. perghhh sedap sangat. almost everyday aku telah juice ni. dah lah murah, 5 riyal je. lebih kurang dalam 4 hinggit melesia. aiskrim kat sana pun sedap. surprisingly, sepanjang aku makan aiskrim dan minum fruit juice tu, Alhamdulillah aku tak diserang batuk.


setakat ni, ini je lah yang aku ingat. kot-kot pasni aku ada teringat something ke, nanti aku update wokeh... 

till then.


Monday, March 25, 2013

Umrah 2013


Assalam dear readers,

I just got back from performing Umrah on last Wednesday (20th of March 2013) after almost two weeks in the Holy Cities. 5 days in Madinah and 8 days in Makkah. Alhamdulillah, syukran Ya Rabb kerana berikan aku kesempatan untuk jejakkan kaki ke Kota Madinah dan Kota Mekah pada usia muda. the feeling of having to see The Holy Kaabah betul-betul depan mata sungguh mengagumkan. rasa macam tak percaya. rasa macam tak berkelip mata tengok Kaabah. kalau boleh, nak Kaabah tu sentiasa depan mata. and also, having to stepped on the same ground as our Prophet Muhammad S.A.W is just...indescribable. perasaannya bukan boleh diceritakan melalui kata-kata. orang kata you have to see it to believe it. 

dan aku sudah berjanji dengan diri aku untuk tidak menceritakan pasal ibadah aku di blog. cerita-cerita seperti berapa kali buat umrah, dapat cium hajarul aswad atau tak, dapat solat di Hijir Ismail or dapat solat bawah pancuran emas so on so forth adalah terlalu peribadi untuk diceritakan pada umum (unless if you are in my circle of close friends ;p). lagipun, dah namanya ibadah kan. ibadah kan antara kita dah Allah. dan juga, nak elak dari riak. jangan salah faham, aku tak cakap orang lain yang ceritakan pengalaman dorang dalam blog dorang tu riak. itu hak masing-masing untuk bercerita. cuma aku taknak AKU yang riak bila bercerita nanti. jadi, aku hanya akan berkongsi gambar dengan korang. dan sedikit catatan pasal kisah-kisah sejarah just to refresh your memories.... :)

1) Masjid Nabawi di Madinah


Satu solat di dalamnya menyamai dengan seribu solat. Terdapat di dalamnya Kawasan Raudhah (satu dari taman Syurga) dan Maqam Rasulullah SAW bersama dua orang sahabatnya Saidina Abu Bakar Al-Siddiq dan Saidina Umar Al Khattab. Untuk jemaah wanita, lawatan ke Raudhah dan Makan Rasulullah adalah dari jam 7 - 10 pagi dan selepas solat isyak, sekitar jam 8.00 - 12.00 malam. Masjid Nabawi ni memang cantik. senibinanya memang mengagumkan. Madinah is a bit modern as compared to Makkah. 


2) Masjid Quba'


Adalah masjid yang julung-julung dibina oleh tangan Nabi Muhammad SAW dan ia disebut dalam kitab suci Al-Quran dengan nama Masjid At-Taqwa. Keistimewaan Masjid Quba' ini pernah dinyatakan oleh Rasulullah SAW sendiri..."Barang siapa telah berwuduk di rumahnya kemudian ia berkunjung ke Masjid Quba', lalu ia mengerjakan solat 2 rakaat maka ia akan mendapat pahala seperti mengerjakan umrah"

Setiap hari sabtu Rasulullah SAW akan pergi melaksanakan solat sunat dua rakaat atas tujuan untuk mendapatkan pahala satu ibadat Umrah.



3) Masjid Qiblatain

Masjid ini biasanya dikenali dengan masjid dua kiblat. pada permulaan Islam, orang ramai melakukan solat dengan mengadap ke arah Baitul Muqaddis. Pada hari Isnin dalam bulan Rejab tahun ke 2 Hijrah, ketika Rasulullah SAW mengerjakan solat Zuhur di Masjid Bani Salamah, diwahyukanlah ayat yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami sering melihat wajahmu mengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke qiblat yang kamu sukai. Palingkanlah wajahmu ke arah Masjid Al Haram. Dan di mana kamu saja berada, palingkanlah wajahmu ke arahnya." (Al-Baqarah: 144)

Sewaktu mengerjakan solat Zuhur itu, mula-mula Rasulullah SAW mengadap ke arah Masjid Al-Aqsa tetapi setelah turun ayat tersebut, baginda menghentikan sementara kemudian meneruskan solat dengan memindahkan arah menuju ke Masjidil Haram. dengan kejadian inilah, akhirnya masjid ini diberi nama Masjid Qiblatain yang bermaksud Masjid Dua Kiblat. ok sini aku tambah, menurut mutawwif kumpulan kami, semasa Rasulullah hendak memaling ke arah Kaabah, Rasulullah tak terus paling tau. kalau baginda terus paling, baginda akan menghadap makmumnya sebab Masjid Al-Aqsa di belah Timur dan Masjidil Haram di belah Barat. kalau dia berpaling terus maka solat terbatallah kan sebab imam facing makmum. so what Rasulullah did was he moved slowly like he was performing a Tawaf. makmum belakang pun ikut Rasulullah sampailah Rasulullah berhenti dan mengadap qiblat yang baru.

*unfortunately, i don't have the photo of the mosque sebab bas tak berhenti, sekadar lalu sahaja.  korang boleh google kalau nak tengok gambar masjid ini huhuhu...



4) Jabal Uhud

Perang Uhud berlaku pada hari Sabtu, 15 Syawal tahun ke-3 hijrah. Sebab terjadinya peperangan ini, pihak Quraisy ingin menuntut bela terhadap kekalahan mereka dalam Perang Badar. Mereka membuat persiapan sehingga mereka benar-benar bersedia untuk memerangi Rasulullah SAW di Madinah. Mereka keluar dalam angkatan tentera seramai 3,000 pejuang. Rasulullah telah membuat strategi untuk meletakkan 50 pemanah di atas bukit dan mereka semua diarahkan untuk tidak meninggalkan bukit pemanah tersebut walau apa keadaan sekalipun kecuali atas arahan Baginda Rasul. Namun begitu, apabila melihat tentera Quraisy lari meninggalkan medan perang, pemanah-pemanah tersebut telah melanggar arahan Rasulullah dengan menuruni bukit tersebut untuk merampas harta rampasan perang. Khalid Al-Walid (ketua tentera berkuda Quraisy sebelum beliau memeluk Islam) yang melihat keadaan tersebut bertindak balas dengan mengelilingi bukit tersebut dan serang hendap dari belakang bukit. 

Disinilah terbunuhnya bapa saudara Rasulullah, Saidina Hamzah Bin Abdul Mutalib yang dibunuh oleh seorang hamba, Wahsyi dengan membaling lembing dan mengena tulang rusuk Saidina Hamzah. Selepas peperangan, hati Saidina Hamzah telah direntap keluar dan dikunyah oleh Hindun namun diluahkan semula selepas tidak dapat ditelan. peristiwa ini disaksikan sendiri oleh Rasulullah dan baginda teramat sedih melihat jasad bapa saudaranya dilakukan sedemikian rupa. setelah Hindun dan Wahsyi memeluk Islam, mereka berdua dimaafkan oleh Rasulullah namun baginda berpesan supaya mereka tidak menunjukkan wajah mereka dihadapannya sehinggalah baginda wafat. 

inilah bukit yang menempatkan 50 pemanah. ignore the stalls ya ;)

5) Masjidil Haram

This one needs no introduction. Masjid tertua di dunia. Tempat terletaknya Kaabah, qiblat seluruh umat Islam. Pahala satu solat di Masjidil Haram adalah menyamai dengan seratus ribu pahala solat di tempat lain. 100,000 PAHALA. SubhanAllah. Doa-doa di Kaabah akan dimakbulkan Allah SWT. 

Ada riwayat yang menyatakan bahawa Allah telah menjadikan tapak Kaabah yang disokong dengan empat tiang 2000 tahun sebelum Allah mencipta dunia ini lagi. Di setiap tujuh langit ada rumah Allah tempat para malaikat beribadat padaNya dan pada langit ke tujuh nama rumah Allah itu adalah Baitul Makmur. Rasulullah bersabda "Baitul Makmur adalah masjid yang berada di langit dan betul-betul di atas Kaabah. Seandainya ia jatuh, maka ia akan menghempap Kaabah". Ia dikatakan selari dengan kedudukan Arasy di langit. kalau nak tau sejarah selanjutnya, bolehlah korang baca di sini.

i missed life here. makan, tidur dan beribadah. that's all. i don't think about anything else.

6) Jabal Rahmah

rasanya tak perlu diperkenalkan lagi dah. tempat pertemuan semula Nabi Adam & Hawa setelah ratusan tahun mereka terpisah selepas diturunkan ke bumi oleh Allah akibat melakukan kesalahan memakan buah khuldi yang terlarang di Syurga. Jabal Rahmah ni terletak di Padang Arafah. berdasarkan ahli sejarah, Nabi Adam telah diturunkan di kawasan India manakala Hawa pula telah diturunkan di Iraq. setelah mencari beratus-ratus tahun, akhirnya di atas bukit inilah mereka bertemu. mostly orang kata panjatlah Jabal Rahmah ni then kat atas tu berdoa supaya diberikan jodoh. tak salah nak berdoa tapi mestilah facing Qiblat. janganlah pulak korang berdoa tapi facing monumen kat atas bukit tu. lagi satu, toksahlah pulak korang tulis nama boyfriend korang on the monument. syirik namanya. so far aku tengok, takde orang Malaysia yang buat macam tu. Alhamdulillah. tapikan sebenarnya, nak makbul doa diberi jodoh oleh Allah lebih AFDAL di Masjidil Haram, depan Kaabah. tapi itu bagi aku lah. tak salah pun nak doa kat sini. aku pun doa kat sini, mengadap ke arah Qiblat.

pemandangan dari atas Jabal Rahmah

pada yang nak tahulah kan, aku buat umrah ni through Felda Travel punya pakej. quite affordable buat aku yang bergaji tak lebih RM3k ni. aku ambil 3 orang sebilik so harga dia lebih kurang dalam RM5600-5700 gitu. and Alhamdulillah, hotel yang kitorang duduk quite near to the mosques, both in Madinah and in Makkah. dan mutawwif kami, Ustaz Achmad Qosim pelajar Indonesia yang study di Makkah pun amatlah daebak! heehee...aku hampir tersuka mutawwif kitorang tapi bila dapat tahu umur dia 24 tahun, terus tak jadi ececeh. muda tapi sangat petah bercakap. aku kalau orang-orang alim memang senang nak tersuka. siap add facebook ok cewah walaweh...eh apesal lak aku cerita pasal mutawwif kami ni? ;p


last but not least, pada korang yang ada rezeki lebih memang aku amat cadangkan korang pergi tunaikan umrah dikala masih muda. aku amat syorkan. kalau korang ada kelapangan, pergilah lama sikit. aku pergi dalam 14 hari pun rasa tak puas. ada jiran aku amik pakej yang 24 hari, 15 hari di Makkah & 9 hari di Madinah. best sangat. nak kumpul cutilah supaya boleh pergi lama-lama next time.

till then, wassalam...