Followers

Showing posts with label me. Show all posts
Showing posts with label me. Show all posts

Monday, March 25, 2013

Umrah 2013


Assalam dear readers,

I just got back from performing Umrah on last Wednesday (20th of March 2013) after almost two weeks in the Holy Cities. 5 days in Madinah and 8 days in Makkah. Alhamdulillah, syukran Ya Rabb kerana berikan aku kesempatan untuk jejakkan kaki ke Kota Madinah dan Kota Mekah pada usia muda. the feeling of having to see The Holy Kaabah betul-betul depan mata sungguh mengagumkan. rasa macam tak percaya. rasa macam tak berkelip mata tengok Kaabah. kalau boleh, nak Kaabah tu sentiasa depan mata. and also, having to stepped on the same ground as our Prophet Muhammad S.A.W is just...indescribable. perasaannya bukan boleh diceritakan melalui kata-kata. orang kata you have to see it to believe it. 

dan aku sudah berjanji dengan diri aku untuk tidak menceritakan pasal ibadah aku di blog. cerita-cerita seperti berapa kali buat umrah, dapat cium hajarul aswad atau tak, dapat solat di Hijir Ismail or dapat solat bawah pancuran emas so on so forth adalah terlalu peribadi untuk diceritakan pada umum (unless if you are in my circle of close friends ;p). lagipun, dah namanya ibadah kan. ibadah kan antara kita dah Allah. dan juga, nak elak dari riak. jangan salah faham, aku tak cakap orang lain yang ceritakan pengalaman dorang dalam blog dorang tu riak. itu hak masing-masing untuk bercerita. cuma aku taknak AKU yang riak bila bercerita nanti. jadi, aku hanya akan berkongsi gambar dengan korang. dan sedikit catatan pasal kisah-kisah sejarah just to refresh your memories.... :)

1) Masjid Nabawi di Madinah


Satu solat di dalamnya menyamai dengan seribu solat. Terdapat di dalamnya Kawasan Raudhah (satu dari taman Syurga) dan Maqam Rasulullah SAW bersama dua orang sahabatnya Saidina Abu Bakar Al-Siddiq dan Saidina Umar Al Khattab. Untuk jemaah wanita, lawatan ke Raudhah dan Makan Rasulullah adalah dari jam 7 - 10 pagi dan selepas solat isyak, sekitar jam 8.00 - 12.00 malam. Masjid Nabawi ni memang cantik. senibinanya memang mengagumkan. Madinah is a bit modern as compared to Makkah. 


2) Masjid Quba'


Adalah masjid yang julung-julung dibina oleh tangan Nabi Muhammad SAW dan ia disebut dalam kitab suci Al-Quran dengan nama Masjid At-Taqwa. Keistimewaan Masjid Quba' ini pernah dinyatakan oleh Rasulullah SAW sendiri..."Barang siapa telah berwuduk di rumahnya kemudian ia berkunjung ke Masjid Quba', lalu ia mengerjakan solat 2 rakaat maka ia akan mendapat pahala seperti mengerjakan umrah"

Setiap hari sabtu Rasulullah SAW akan pergi melaksanakan solat sunat dua rakaat atas tujuan untuk mendapatkan pahala satu ibadat Umrah.



3) Masjid Qiblatain

Masjid ini biasanya dikenali dengan masjid dua kiblat. pada permulaan Islam, orang ramai melakukan solat dengan mengadap ke arah Baitul Muqaddis. Pada hari Isnin dalam bulan Rejab tahun ke 2 Hijrah, ketika Rasulullah SAW mengerjakan solat Zuhur di Masjid Bani Salamah, diwahyukanlah ayat yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami sering melihat wajahmu mengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke qiblat yang kamu sukai. Palingkanlah wajahmu ke arah Masjid Al Haram. Dan di mana kamu saja berada, palingkanlah wajahmu ke arahnya." (Al-Baqarah: 144)

Sewaktu mengerjakan solat Zuhur itu, mula-mula Rasulullah SAW mengadap ke arah Masjid Al-Aqsa tetapi setelah turun ayat tersebut, baginda menghentikan sementara kemudian meneruskan solat dengan memindahkan arah menuju ke Masjidil Haram. dengan kejadian inilah, akhirnya masjid ini diberi nama Masjid Qiblatain yang bermaksud Masjid Dua Kiblat. ok sini aku tambah, menurut mutawwif kumpulan kami, semasa Rasulullah hendak memaling ke arah Kaabah, Rasulullah tak terus paling tau. kalau baginda terus paling, baginda akan menghadap makmumnya sebab Masjid Al-Aqsa di belah Timur dan Masjidil Haram di belah Barat. kalau dia berpaling terus maka solat terbatallah kan sebab imam facing makmum. so what Rasulullah did was he moved slowly like he was performing a Tawaf. makmum belakang pun ikut Rasulullah sampailah Rasulullah berhenti dan mengadap qiblat yang baru.

*unfortunately, i don't have the photo of the mosque sebab bas tak berhenti, sekadar lalu sahaja.  korang boleh google kalau nak tengok gambar masjid ini huhuhu...



4) Jabal Uhud

Perang Uhud berlaku pada hari Sabtu, 15 Syawal tahun ke-3 hijrah. Sebab terjadinya peperangan ini, pihak Quraisy ingin menuntut bela terhadap kekalahan mereka dalam Perang Badar. Mereka membuat persiapan sehingga mereka benar-benar bersedia untuk memerangi Rasulullah SAW di Madinah. Mereka keluar dalam angkatan tentera seramai 3,000 pejuang. Rasulullah telah membuat strategi untuk meletakkan 50 pemanah di atas bukit dan mereka semua diarahkan untuk tidak meninggalkan bukit pemanah tersebut walau apa keadaan sekalipun kecuali atas arahan Baginda Rasul. Namun begitu, apabila melihat tentera Quraisy lari meninggalkan medan perang, pemanah-pemanah tersebut telah melanggar arahan Rasulullah dengan menuruni bukit tersebut untuk merampas harta rampasan perang. Khalid Al-Walid (ketua tentera berkuda Quraisy sebelum beliau memeluk Islam) yang melihat keadaan tersebut bertindak balas dengan mengelilingi bukit tersebut dan serang hendap dari belakang bukit. 

Disinilah terbunuhnya bapa saudara Rasulullah, Saidina Hamzah Bin Abdul Mutalib yang dibunuh oleh seorang hamba, Wahsyi dengan membaling lembing dan mengena tulang rusuk Saidina Hamzah. Selepas peperangan, hati Saidina Hamzah telah direntap keluar dan dikunyah oleh Hindun namun diluahkan semula selepas tidak dapat ditelan. peristiwa ini disaksikan sendiri oleh Rasulullah dan baginda teramat sedih melihat jasad bapa saudaranya dilakukan sedemikian rupa. setelah Hindun dan Wahsyi memeluk Islam, mereka berdua dimaafkan oleh Rasulullah namun baginda berpesan supaya mereka tidak menunjukkan wajah mereka dihadapannya sehinggalah baginda wafat. 

inilah bukit yang menempatkan 50 pemanah. ignore the stalls ya ;)

5) Masjidil Haram

This one needs no introduction. Masjid tertua di dunia. Tempat terletaknya Kaabah, qiblat seluruh umat Islam. Pahala satu solat di Masjidil Haram adalah menyamai dengan seratus ribu pahala solat di tempat lain. 100,000 PAHALA. SubhanAllah. Doa-doa di Kaabah akan dimakbulkan Allah SWT. 

Ada riwayat yang menyatakan bahawa Allah telah menjadikan tapak Kaabah yang disokong dengan empat tiang 2000 tahun sebelum Allah mencipta dunia ini lagi. Di setiap tujuh langit ada rumah Allah tempat para malaikat beribadat padaNya dan pada langit ke tujuh nama rumah Allah itu adalah Baitul Makmur. Rasulullah bersabda "Baitul Makmur adalah masjid yang berada di langit dan betul-betul di atas Kaabah. Seandainya ia jatuh, maka ia akan menghempap Kaabah". Ia dikatakan selari dengan kedudukan Arasy di langit. kalau nak tau sejarah selanjutnya, bolehlah korang baca di sini.

i missed life here. makan, tidur dan beribadah. that's all. i don't think about anything else.

6) Jabal Rahmah

rasanya tak perlu diperkenalkan lagi dah. tempat pertemuan semula Nabi Adam & Hawa setelah ratusan tahun mereka terpisah selepas diturunkan ke bumi oleh Allah akibat melakukan kesalahan memakan buah khuldi yang terlarang di Syurga. Jabal Rahmah ni terletak di Padang Arafah. berdasarkan ahli sejarah, Nabi Adam telah diturunkan di kawasan India manakala Hawa pula telah diturunkan di Iraq. setelah mencari beratus-ratus tahun, akhirnya di atas bukit inilah mereka bertemu. mostly orang kata panjatlah Jabal Rahmah ni then kat atas tu berdoa supaya diberikan jodoh. tak salah nak berdoa tapi mestilah facing Qiblat. janganlah pulak korang berdoa tapi facing monumen kat atas bukit tu. lagi satu, toksahlah pulak korang tulis nama boyfriend korang on the monument. syirik namanya. so far aku tengok, takde orang Malaysia yang buat macam tu. Alhamdulillah. tapikan sebenarnya, nak makbul doa diberi jodoh oleh Allah lebih AFDAL di Masjidil Haram, depan Kaabah. tapi itu bagi aku lah. tak salah pun nak doa kat sini. aku pun doa kat sini, mengadap ke arah Qiblat.

pemandangan dari atas Jabal Rahmah

pada yang nak tahulah kan, aku buat umrah ni through Felda Travel punya pakej. quite affordable buat aku yang bergaji tak lebih RM3k ni. aku ambil 3 orang sebilik so harga dia lebih kurang dalam RM5600-5700 gitu. and Alhamdulillah, hotel yang kitorang duduk quite near to the mosques, both in Madinah and in Makkah. dan mutawwif kami, Ustaz Achmad Qosim pelajar Indonesia yang study di Makkah pun amatlah daebak! heehee...aku hampir tersuka mutawwif kitorang tapi bila dapat tahu umur dia 24 tahun, terus tak jadi ececeh. muda tapi sangat petah bercakap. aku kalau orang-orang alim memang senang nak tersuka. siap add facebook ok cewah walaweh...eh apesal lak aku cerita pasal mutawwif kami ni? ;p


last but not least, pada korang yang ada rezeki lebih memang aku amat cadangkan korang pergi tunaikan umrah dikala masih muda. aku amat syorkan. kalau korang ada kelapangan, pergilah lama sikit. aku pergi dalam 14 hari pun rasa tak puas. ada jiran aku amik pakej yang 24 hari, 15 hari di Makkah & 9 hari di Madinah. best sangat. nak kumpul cutilah supaya boleh pergi lama-lama next time.

till then, wassalam...




Thursday, March 7, 2013

LabbaikAllah Humma Labbaik


assalamualaikum w.b.t dear readers...


Alhamdulillah dengan rezeki yang dikurniakan-NYA, insyaAllah aku akan berangkat ke Madinah dan Mekah untuk mengerjakan umrah pada Jumaat esok. dengan penuh tawadduk, aku ingin memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang perkenalan kita di alam maya ini, aku ada menyinggung perasaan korang dengan penulisan aku (yang kadang-kadang agak kasar) dalam blog ini. ataupun aku ada buat salah silap dengan korang. maafkan insan yang hina ini. segala yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari kekhilafan aku sendiri.

this would be my first time performing umrah. i'm nervous but excited to be HIS guest. plan nak pergi umrah ni timbul pada bulan Syawal yang lepas. mungkin hidayah tu sampai pada bulan tu especially masa bulan Ramadhan yang lepas, aku banyak habiskan masa dengan membaca pasal Kaabah, baik dari segi pembinaan awal kaabah mahupun keajaiban rumah Allah itu. pada masa tu, terdetik hati...."at least sebelum aku mati, aku ingin melihat Kaabah secara depan mata" tapi aku diamkan aja.

then, masa raya tahun lepas entah macamana bila aku suarakan kepada sepupuku yang aku dengan kawan aku dah plan nak melancong ke Ireland pada bulan November 2012, tiba-tiba kakak sepupuku berkata "baik pergi buat umrah sementara ada duit tu, shida" and aku pun macam....ting!!!! "ha a kan, apasal tak terfikir pun pasal umrah ek!"...and masa minggu raya tu jugak, terus aku cakap dengan mak aku, nak ikut dia pergi buat umrah since she already planned to go this year. and i straight away told my friend that i have to canceled our Irish trip sebab nak perform umrah and dia faham. the rest, as they say....is history! :)

so, aku harapkan korang juga mendoakan aku mendapat umrah yang mabrur. doakan juga aku selamat sampai ke sana dan kembali ke tanah air. doakan juga dipermudahkan segalanya disana. i really hope once i've return home, i'll be a better person, a better friend, a better worker, a better daughter and the most important, a better Muslim.

IN SYAA ALLAH.

till then.





LabbaikAllah Humma Labbaik
LabbaikAllah Syarikalaka Labbaik
Innalhamda Wannikmata Lakawalmulk la Syarikalak


(Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah ….) 
(Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah dan tiada sekutu apapun bagi-Mu….)
(Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat..dan kerajaan…hanya kepunyaan-Mu yang tiada sekutu bagi-Mu)



Wednesday, February 27, 2013

toy story



aku seorang yang tidak suka anak patung. bukan lately tapi memang dari zaman kanak-kanak lagi hidup aku bukan dikelilingi anak patung, teddy bear atau patung barbie. lagi-lagi pulak patung barbie tu mahal ya amat satu masa dahulu, masa tu mana mampu. RM50 dulu adalah seperti RM100 (bagi aku lah). teddy bear dan anak patung pulak well......sssebabbb aku takut.


aku ni suka fikir bukan-bukan. kalau kreatip takpelah gak kan. tapi ni dok, fikir ke arah negatip jer. masa kecik dulu, aku selalu membayangkan yang anak-anak patung ni akan berjalan waktu kita tidur. kira macam dia hidup lah (konon!) especially anak-anak patung baby tu. rasa kalau dalam gelap aku tenung je mata anak patung tu macam dia tenung aku balik (uwaaa mak takut!!!)...pastu yang jenis bersuara tu lagi lah menggerunkannnn. kang kalau tidur malam tiba-tiba patung tu berbunyi plak. lagi-lagi yang boleh ketawa tu. seramnyerrr noks. 


aku jugak tak pernah peluk teddy bear masa tidur....again, sebab aku takut. let say lah kan aku terjaga waktu malam. bukak-bukak mata terus terpandang mata teddy bear tu. ahhhhhhh!!!! memang aku baling teddy bear tu. ataupun anak patung yang bila baring dia tutup mata, bila dirikan dia mata dia terbukak. yang tu pun aku rasa scaarrryyy. "habis tu kau main apa masa kecik kalau dah anak patung kau tak main ni ezzan?" 



......aku main daun terup lah weh! miahahah...well, aku main masak-masak dengan anak-anak jiran sebelah rumah. yang tu aku suka. and also, aku main lego especially dalam rumah. mostly memang aku main lego lah. 






footnote: aku benci chucky. he's one of the reasons why i don't like dolls and i don't play one. aku benci dia tak mati-mati. siap ada bride of chucky lagi. huh!



Wednesday, September 26, 2012

perihal tudung



dah lama gilos tak pakai tudung bawal. bila pakai ni rasa macam 'eh lain pulak tengok muka sendiri..' selalu pakai tudung awning je. entah angin mana tah masuk dalam diri tetiba nak pakai tudung bawal balik. yang tak larat tu, asal angin je aku kena tiup atas. kalau tak kelepet lah bahagian atas tudung ni. oh ye, tudung ni bawal ekspress katanya...dah siap jahit kat depan. terus sarung je. beli online kat verylawa.blogspot.com. cuba lah korang tengok kot-kot ada yang berminat ke kan.



pastu, hari tu aku try tudung syria pulak. aku memang tak berapa gemor sangat tudung syria ni sebab dia melekat kat kepala. nanti nampak kepala aku yang besar dah muka yang bulat. pipi mesti naik macam pau. haha. tapi entah kenapa hari ahad hari tu tetiba beli tudung syria. aku pun try lah kan. rasa macam...'eh okay lak aku pakai tudung syria ni...' tapi tu aku rasa lah kan. biasalah, aku kan perasan. hahaha.

eh ok ke tak sebenarnya?



Monday, May 21, 2012

melentur buluh biarlah dari rebungnya



aku tak pernah makan rebung. dari kecil sampai lah masa diploma, memang tak pernah tau bagaimana rasa rebung. sadis habis. bila tengok lauk rebung masak lemak, tak teruja habis. tak pernah ada keinginan pun nak cuba. dengan bau rebung lagi yang agak kuat, aku tak pernah terfikir pun akan makan rebung tu. lagi-lagi mak aku pun tak pernah masak rebung kat rumah tu. seingat aku lah.

sumber


tapi tu semua dulu. semenjak masa degree duduk rumah sewa, aku dah pandai dah berjinak-jinak dengan rebung. ate, dah ada si mentor ummu athiah, dialah yang mengajar aku makan rebung. sebab aku selalu questioned dia...'sedap sangat ke rebung tu sampai setiap kali lunch kau ambik rebung tu?'...yes, ummu adalah pencinta rebung yang tegar. setiap kali pergi kedai makan seksyen 8 kat shah alam tu dia akan serbu rebung dahulu. kan ummu kan?...'sedap weh! cuba kau rasa, gerenti kau akan makan lepas ni...' terus dia letak dalam pinggan aku. (gaya mutiyah). aku pun ambil sikit. rasa dulu. kang tak sedap kang muntah lak nanti. bila dah masuk mulut tu kan...


wahhh sedapnya!! (gaya ekspresiku...ok, takdelah sekiut wajah diatas)


rupanya sedap rebung ni kan. walaupun bau agak kuat. kadang-kadang sendawa pun bau rebung. haha. kalau aku tau sebegitu sedap, dah lama dah aku makan. dah missed 20 tahun hidup tanpa rebung. sekarang ni kalau pergi kedai makan, aku dah macam ummu dah. cari rebung dulu.

tahukah anda rebung adalah sejenis sayuran yang kaya serat. rebung mengandung protein, karbohidrat, lemak vitamin A, thiamin, riboflavin, vitamin C, serta mineral lain seperti kalsium, fosfor, besi, dan kalium. ia juga mempunyai khasiat untuk mencegah kanser dan mengelakkan berlakunya strok. percayalah. bukan itu sahaja..ianya juga boleh menghidarkan penyakit-penyakit seperti aterosklerosis (penyumbatan pembuluh darah). ok aku dah macam pakar pemakanan. semenjak minggu lepas pergi ceramah kesihatan. padahal masa kat kementerian kesihatan aku takde lah pulak nak pergi ceramah-ceramah ni.



footnote : oh ye, asal usul entri ini adalah kerana tadi aku lunch makan rebung, tu pasal aku nak cerita pasal rebung. itu aje. tajuk kat atas pun macam takde kaitan.


Friday, May 18, 2012

working in KL



aku rasa kerja di Kuala Lumpur ni lagi banyak peghabis duit kot. konon dulu rasa macam bolehlah jimat duit kan. sebab aku tak drive ke office so tak keluar duit minyak tol semua tu lah kan dan breakfast ku most of the time disponsor oleh PaMa. tapi breakfast tu dulu je. sekarang sebab selalu keluar rumah lambat, jadi tak sempat breakfast. so akan breakfast dengan officemate.

bila breakfast dengan officemate tu kalau takat kat kantin office ni takpelah jugak kan. ni...sampai pergi breakfast kat Old Town White Coffee. takpun keluar cari mamak. or makan kat bangunan luar. lagi-lagi dapat geng yang suka makan dan merayap. syiok habislah kan.

lunch pulak? toksah cerita eh. setiap jumaat mesti keluar. last week ke Wangsa Walk. tadi ke Jusco AU2. last-last week pergi makan ikan bakar dekat area Pasar Keramat. minggu-minggu yang akan datang, dah plan nak pergi Ampang Point lah, Sogo lah, karaoke lah. wahh heaven sangat! seronok pun ada. tapi...confirmlah lagi banyak guna duit kan. tu tak masuk yang online shopping lagi. adalah dalam aku habis RM300 camtu beli baju. pheuww...and tak masuk yang hampir setiap petang aku bertapa kat Suria KLCC tu. kalau kat KLCC tu, selama mana nak tahan tanpa membeli apa-apa kan lagi-lagi kaki shopping macam aku ni. macam semalam. takde motif aku pergi beli komik Dik Cerdas dengan accessories kat Vincci. hahaha...nasib baik ada bisnes Premium Beautiful tu kan. nafsu membeli-belah tu terlayan jugaklah kan. miahaha. 



ni pun, budak-budak office ni dah plan, before puasa, nak shopping raya dulu kat Jalan TAR sebab tak kuasa nak gi sana masa bulan puasa. kerlasss kan weols.... aku dah konfius dah. aku nak bekerja ke nak berjalan ni? haha ;p




Monday, April 2, 2012

siapakah jodohku?

came across this beautiful and inspiring poem from iluvislam.com. written by Naziha Khorlid. just like to share with you guys especially yang tak kahwin lagi macam den ni hah. yang sering terfikir...siapalah jodohku nanti. handsome ke idok. bila baca ni baru sedar diri. awak tu nak macam-macam. tapi diri sendiri tu...layak ke dapat?

Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek.
Puas aku membayangkan,
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.
Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.
Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.
Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,
Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.
Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali
Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.



Tuesday, October 4, 2011

what's inside?



i have a confession to make. i'm a bag-a-holic! i literally spent most of my money on bags. sebelum ni aku memang suka jenis handbag yang besar-besar. senang nak sumbat macam-macam. tapi semakin meningkat umur semakin aku rasa malas nak handbag besar-besar. sebab utama? adeh, sakit bahu. kalau ikutkan hati, aku dah malas nak pakai handbag sekarang. sebab apa pun aku tak tahu. tapi being a 'girl' takkan lah aku nak pergi kerja lenggang kangkung tak bawak handbag kan. tu sebab sekarang ni aku guna handbag comey je yang aku beli online kat blogshop ini : The Bag Galore.


bag ini boleh juga berfungsi sebagai clutch. jadi boleh guna untuk pergi dinner ke kenduri ke.
gampang bangat deh! 


bila bag makin kecik, tendency untuk aku buat sarang tikus dalam tu adalah kurang. aku pun senang nak selongkar nak cari kunci kereta ke apa ke. kalau tak, dulu aku siap duduk kat tepi-tepi jalan semata-mata nak cari kunci kereta yang nun jauh ke dalam tah terselit kat mana tah. heh. lagipun dah lah kadang-kadang aku ni kena bawak laptop jadi dengan bagpacknya, dengan handbag besar nya. rimas aku rasa. better bag kecik-kecik yang mudah aku nak bawak ke sana ke mari. moh ler kita tengok apobondo yang ada dalam bag den ni hah!




korang tengok purse aku? macam purse pergi pasar malam kan? haha. eh padahal aku beli kat the curve uols. tapi murah je lah. 10 hinggit ke berapa tah. lama dah guna. kenapa aku tak guna purse purse yang gila glams macam guess ke apa ke walaupun dulu aku adalah seorang pengumpul purse macam tu? well, cubalah korang bayangkan...dengan handphone 2 biji (1 tiada dalam gambar sebab aku tak bawak office dah handset tu, tinggal kat umah) lepas tu dengan iPod Touch lagi. pastu dengan purse lagi. macam mana aku nak ambil lauk masa makan nasi campur dekat kantin tu??? aku ada 2 ketiak je nak kepit taww...jadi, purse itu dibeli sebab boleh muat handphone. kat dalam purse tu janganlah ceghite, banyak noo resit2 yang aku pun tak ingat dah.

yang lain-lain tu biasa lah kan ada dalam handbag seorang perempuan. compact powder tu pun aku jarang noo pakai sebab malas nak mekap. pergi kerja je pun bukan pergi ngorat pakwe. samalah dengan lip balm dan eyeliner tu. pakai masa nak pergi kenduri ke, jamuan ke, parti buih ke. idok ler teman nak pakai masa pergi koje. yang sampul duit raya tu...perlu tulis empty kang satg korang suruh lak aku bagi duit raya kat anak-anak korang haha..ala, lagipun senang kot tiba-tiba aku jumpa kawan yang baru dapat baby ke, senang nak hulur.

tic tac tu sebagai ecstacy aku cewah ayat tak menahan. itu adalah ubat untuk aku tidak tidur dalam kereta or seminar or apa-apa lah yang aku kena wakil. tiba-tiba nak tanya boleh makan tak dalam parlimen? sebab aku kena bertugas kat parlimen minggu depan kuikuikui...

so that's basically it...what you'll find inside this handbag of mine! ;)



Tuesday, July 26, 2011

caught in the middle






tak sukanya bila tersepit tengah-tengah di antara dua pihak. especially both sides are someone you could consider as friends. harap-harap janganlah disuruh memilih saya di pihak mana. because i can never do that. choosing side is never easy.








Monday, March 7, 2011

kaki bola


(ehem ehem oleh kerana liverpool menang semalam dan tidur saya amatlah lena, thanks to suarez and kuyt and that handsome fella, andy carroll, suddenly mood nak cerciter pasal bola terus menjelma!)

saya minat bola. tapi mainnya tak gheti. hehe. semua ni hasil didikan my father yang minat sangat tengok bola. diangkutnya saya dan eqah masa kecil-kecil dulu pergi tengok football match kat Stadium Shah Alam. long time ago. so kira dah macam terpengaruh dengan ayah ni, suka tengok bola. berjangkit siot. so nak citer lah team-team EPL yang saya minat or pernah minat.

the first English team yang saya support was Newcastle United. i was in primary school masa tu. yes, tentu orang tak percayakan. huhu. main reason was of course, the talented Alan Shearer. masa tu memang minat dia giler-giler lah. siap beli football magazine with him on the cover. and tapi match tu jarang tengok lah sebab takde astro lagi masa tu.

lepas lama tu macam tak best dah lah kan Newcastle United, cinta saya pun beralih arah ke Manchester United. whatttt???!!!! yup, anda baca dengan betul. saya pernah jadi Man U supporter (what was i thinking?) dan semua tu gara-gara, none other than David Beckham. i mean David Beckham before he became what he is right now. pre-victoria days. pre-mr.posh days. when he was still as good as that goal he scored for Man U dari tengah padang yang jadi one of the greatest goal ever. tapi once bila dia start dating Victoria terus saya macam tak pandang dah. sebab dia macam sibuk nak glams-glams main pun dah tak best.

so, babai Beckham



and HELLO to.....







LIVERPOOL!!!!!! 

sejak bila saya minat Liverpool ni ek. hmm saya rasa sejak zaman sinaran pasport kegemilangan Michael Owen kot and also masa zaman Steve McManaman lagi. and at the same time, my father memang peminat Liverpool dari dulu lagi. setia koo. huhu. memang jatuh cintan lah dengan Liverpool.
even masa Michael Owen pindah masuk Real Madrid, masuk Newcastle and latest, masuk Man U (poyo kau ek Owen!), Liverpool tetap menjadi pojaan hatiku. kira macam dah sebati lah dengan Liverpool. lepas Michael Owen belah, i became a true supporter of the club. i mean, bukan kerana Gerrard ada ke or siapa-siapalah kan. i support the team, not the player. support sampai sekarang. Biarpun Torres The Traitor dah left the club, hati ni kuat dengan Liverpool takde ke Chelsea ikut Torres ke apa. cewah..feeling-feeling setia konon. jadi bila semalam Liverpool kalahkan Man U 3-1, ana rasa dunia ini ana yang punya....bukan ana rafalli punya. eh tetibe. haha.




Tuesday, January 18, 2011

can't say no


when people asked me to do something that was kind of get in the way of the job that you're currently working on, i always find myself saying 'OKAY' instead of 'NO'. the moment i said it, it was like a smack to the head. damn girl, you know you gotta bunch of stuff to get it done, why in the world would you say you're okay with people throwing more tasks at ya?

ish ish ish...*geleng kepala*




Tuesday, January 11, 2011

stressed baby!


hai. saya stress. bukan bukan. bukan nama saya stress. tapi saya sedang stress. stress saya sangat dahsyat. bila stress yang dahsyat dia akan jadi emo. dan bila emo, asyik nak keluar je air mata ni. nak nangis. kalau saya stress memang saya akan rasa nak nangis. tak tahu kenapa. memang dari zaman programming lagi (cewah!) dan selalunya saya akan mendiamkan diri. rasa macam please don't talk to me. tu yang bila orang minta tolong tengokkan pc pun saya stress, rasa nak marah pun ada. padahal orang tu minta tolong saja kan. tapi nak buat macam mana. perasaan marah tu mengatasi segala-galanya. orang bergurau dengan saya pun saya nak kecil hati, terasa hati walaupun senyum di depan tapi dalam hati makan dalam siot padahal selama ini biasa je bergurau-gurau. ish ish hormon hormon.



Monday, January 3, 2011

winter in malaysia



yeay. my parents are back from their european trip. and the first thing that they said when i picked them up at KLIA was 'panasnya malaysia'. i replied...'toksah jadi poyo! ;p'. me and my sister were like telling them, eleh, ingat europe je sejuk. malaysia pun winter jugak tau! cuma takde snow je, instead we have the rain. anyway, tak tahulah korang perasan ke tak. malaysia makin sejuk kan sekarang ni. dengan air-cond kat office pastu kalau hujan lebat lagi, pergh memang sampai ke tulanglah rasa sejuknya. i even where a muffler scarf at the office. wah dah habis macam kat obersea dah koo. well sebenarnya itu pashmina tapi dilipat-lipat menjadi muffler. cuma sarung tangan je belum sempat beli. cewah.


Tuesday, December 21, 2010

setelah 6 bulan...


remember this post?


dulu saya pernah tunjuk gambar meja saya selepas 2 minggu dan 6 minggu saya mula kerja baru ni. dalam entry tu (click post tu kalau nak tengok macam mana rupa meja saya dulu) i was kind of wondering macam manalah meja saya nanti lepas 6 bulan. ye diam tak diam dah 6 bulan ghupenya saya berkhidmat dengan kerajaan. masih rasa budak baru lagi walaupun dah banyak noo kerja yang kena buat kalah orang yang lama berkhidmat. siusiusiu. ok ok itu hanya mukadimah je. nah gambar meja setelah 6 bulan.

...

...

...

...

....tadaaaa....


masih ada rupa sebuah meja kan walaupun bersepah sampai kadang-kadang tak ingat dokumen letak mana pastu mula kelam kabut cari atas meja. kecahkan semua. huhu.


update : oleh sebab ada diva request nak jadikan ini sebagai tag, baiklah silalah ye kome-kome ni buat tag ini ek. tak buat siap. i very the merajuk uols.

- dd de diva ;p

- rosa rosi

- zida zizi

- ayu yuyu

- lina linen (eh motif linen? lina kan suka kain kan kan kan ;p )


Monday, December 20, 2010

jom tengok wayang!


sadis ke kalau tengok wayang sorang-sorang? pelik ke? sebab saya ada satu tabiat itu. rasa macam ok je tengok wayang sorang-sorang. rasa macam biasa je tengok sorang-sorang. boleh feel lebih. nak nangis pun tak segan. takde apa-apa unusual pun. mungkin sebab dari sekolah menengah lagi kot macam tu. bayangkan kadang-kadang saya perlu menunggu mak balik kerja lambat kat KLCC tu dan saya dah puas round KLCC tu. jadi apalagi, belilah tiket movie. macam hari tu gak saya pergi tengok Narnia sorang-sorang. especially bila saya ni jenis tak boleh buat keputusan cepat, kena ikut mood. contoh tengah rasa bosan dan tak tahu nak buat apa dah, tiba-tiba rasa 'ahh nak tengok wayang lah'. jadi boleh terus pergi. takpun saya selalu plan macam nak tengok wayang tapi bila dah landing baek punya depan tv rasa malaslah pula nak keluar rumah. so nak cancel senang, nak teruskan je pun senang.

because you didn't promise anyone. it's all up to you. kalau rasa nak tengok, pergi tengok. kalau rasa tak, duk rumah relaks. hmm...rasa macam nak tengok wayanglah balik ni. ada sesiapa nak teman? Tron maybe? cewah. we'll see. like i said, saya cepat ubah keputusan. hehe. kang tiba-tiba masa drive balik takde mood lah pula.



Sunday, November 14, 2010

PKNS Bangi : The Aftermath

Menyampah pergi pkns bangi! Pokai tau x pokai? Kan dah terbeli baju...hishhhh!

Terlampau banyak baju yang cun cun. Sekarang ni mood saya asyik nak beli baju kurung je. Mungkin sebab selalu pakai baju kurung so cepat bosan dengan baju yang dah ada hiihii! ;)

Ps: sebenarnya nak testing je from iPod ;p BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop