Followers

Showing posts with label responsibility. Show all posts
Showing posts with label responsibility. Show all posts

Monday, May 21, 2012

mengeluh dan mengomplen


.sigh.

haihhh...orang kata tak baik mengeluh. ye, memang tahu pun. tapi apakan daya, itu je yang mampu aku buat sekarang. jiwa aku sedih sebenarnya. sedih sebab kerja.

entahlah. aku rasa susah sangat sekarang ni. payah habis. rasa terbeban dengan kerja ni. situasi aku sekarang ni sama seperti orang yang duduk depan komputer tapi jari-jari yang tak runcing ni tak bergerak. tak menaip. tak membuat kerja. kecuali entri ini dan update status facebook. sungguh tidak produktif.

padahal ada kerja ni. nak kena deraf kontrak. yang aku tak tahu sebijik butir pun. yang aku dah tangguh dari awal Mei lagi. aku takde mood. takde mood nak buat kerja-kerja menderaf dokumen kontrak bagai ni. aku diibaratkan seorang budak kecil yang ditinggalkan di sesuatu kawasan asing pastu kena cari jalan pulang sendiri. tanpa dibekalkan sebarang alat mahupun duit untuk mencari jalan pulang. sungguh metafora betul ayat aku kan.

macam kerja aku sekarang ni. aku dikehendaki menderaf dokumen kontrak. tapi aku tidak diberi sebarang taklimat mengenai kontrak tu. lebih syahdu, bila aku hanya dibekalkan contoh kontrak yang sungguhlah berbeza untuk dirujuk. aku kena buat kontrak penyelenggaraan tapi contoh kontrak yang diberi adalah kontrak pembelian hardware. apa itu? segala maklumat mengenai kerja-kerja penyelenggaraan tu aku pun tak tahu. sebut harga tu dibuat sebelum aku masuk lagi. bila dah lulus sebut harga tu tiba-tiba aku diberi tugas sediakan kontrak. watdefish?!

orang kata, takpe...belajar. bullshit. nak belajar macam mana tanpa apa-apa rujukan?! tanpa tunjuk ajar?! aku bukanlah semua pun nak spoon-feed je tapi kalau takde orang guide, memang sesatlah aku, lagi-lagi duduk sorang-sorang dalam bilik aku ni.



tak adil untuk aku compare tempat kerja lama dengan yang baru ni. tapi biasalah, hati selalunya menidakkan apa yang minda cakap. dulu, boss aku siap guide aku on various fields especially dari segi management. even dia sendiri yang terangkan segala benda. dari carta organisasi sampailah berkenaan how to write letters, memo etc.

sekarang ni....."ezzan, nanti call En. XX pasal dokumen tu ye.." and bila aku tanya En.XX tu siapa, boleh pulak "...En.XX tu Pengarah Bahagian YY lah!!"...ehhh tanya je pun...



haihhh....mengeluh. mengomplain. itu je kerja budak ni kan. baik dari tempat kerja lama. sampai sekarang. asyik-asyik benda yang sama. confirm ada orang kata macam tu kat aku. tapi aiman tak kesah.



Wednesday, July 27, 2011

hutang



pagi ini saya sibuk. sibuk kerja sikit je tapi yang selebihnya sibuk mengira hutang. hutang ptptipu lah apa lagi kan. baru sedar diri nak bayar. tahun ni bulan ni baru start bayar. tahun lepas cinonet je bayar. then tengok penyata pinjaman. terbeliak mata tipah. pinjam RM29,000.00. tapi kena bayar RM31 ribu plus plus. ye lah dengan yuran pentadbiran bagai tu. tup tap sampai RM2000 dah. tadi bayar RM200 je dolu tak dapat bayar banyak-banyak sebab tengah kumpul duit nak kahwin heh.

lepas tu, bermainlah saya dengan calculator. ok, hutang ada RM30k (tadi dah bayar sikit kann) bahagi dengan jumlah bayaran setiap bulan 200 = 150 bulan. kiranya saya ada 150 bulan lagi nak habiskan hutang ni. 150 bulan bahagi 12 = 12.5 tahun baru lah settle hutang ni. itu pun KALAU saya rajin nak bayar bulan-bulan. rasanya bulan Ogos nanti tentu tak bayar sebab nak raya, bulan September pun tak bayar gak kot sebab duit dah habis untuk raya tu DAH TU BILA KAU NAK BAYAR! haha.


sekarang umur 26 tahun + 12.5 tahun lagi = 38.5
umur 38, 39 tahun nanti baru bebas hutang. 
kot.





Saturday, April 23, 2011

tak sukanya subjek ini


tahukah anda minat saya yang utama bukanlah pada IT? ceh ayat tak menahan. tapi ini is serious. tak pernah sekali pun terfikir yang saya akan berada dalam bidang IT. sebab masa sekolah dulu, saya suka melukis. not saying that i'm good in drawing tapi boleh lah melukis. tu yang masa sekolah Form 4 dulu mula-mula saya masuk art stream sebab nak ambil Pendidikan Seni. TAPI....kalau ambil Pendidikan Seni tu kena ambil Akaun, Ekonomi semua tu yang sumpah tak minat langsung. then, minta tukar masuk science stream ambil Lukisan Kejuruteraan. sebab memang cita-cita nak jadi arkitek.TAPI...kena ambil Add Maths, Kimia and Fizik tu semua. dammit. part-part formula ni den memang lomah semacam. Biologi memang dah awal-awal reject sebab tak minat sains. 

ahhhh ketangenan!!! daku suka walaupun topik dalam LK ini buat saya pening. 

tapi sebab dah suka sesangat lah kan Lukisan Kejuruteraan tu digagahkanlah juga amik yang lain tu. kiranya 4 mata pelajaran ni saya kena ambil lah kan by hook or by crook. teringat subjek Add Maths masa sekolah dulu kan, sepanjang 2 tahun belajar subjek tu hanya 2 kali je saya lulus. ye. 2x LULUS. yang lain serious shit fail. haha. lulus masa SPM and Trial SPM. yang lain masa ujian bulanan ke hape ke fail je memanjang. otak saya masa tu memang orang kata dah awal-awal reject math ni kan jadi pergilah tuisyen semua bagai still tak paham-paham juga. masa tu kan wondering motif belajar add maths semua ni? ;p

source


same goes with Kimia. hadoyaiiiiii sampai lebam lah duk cuba seimbangkan persamaan kimia tu. sekarang ni kalau bagi kat saya belum tentu 2 hari 2 malam saya boleh buat. tak boleh lah terima semua-semua tu. the only time i get excited masa buat eksperimen yang untuk buat perfume tu. adeh tak ingat dah apa ke nama proses tu. ada asid amino ke hape ke. untuk subjek Kimia ni pergi gak tuisyen nun jauh kat area Pudu tapi duduk kat Cheras kan. dalam tuisyen takmo pay attention kat cikgu. pergi lak pay attention kat mamat handsome ni. gataiiii no. penat je mak bayar duit tuisyen tapi tak belajar pun.




Fizik? toksah cakaplah. banyak gila formula nak kena ingat. nak cari ketumpatan lah, momentum lah, inersia lah. penuh lah kepala otak ni nak ingat semua benda. paling dibenci adalah bila ingat formula lupa lak yang mana satu untuk cari inersia, yang mana satu nak cari tenaga. ngoks! too complicated for me to digest everything. sampai sekarang kalau orang minta saya selesaikan masalah fizik contohlah dia bagi satu penyataan yang ada lah figure dia, pastu dia suruh cari inersia yang terhasil dari perlanggaran tersebut. konfom den pengsan tang tu gak. pastu fizik ni banyak kata-kata yang sungguh.....physician! dulu teman selalu konpius between inersia and momentum. heh!
ingat tak formula apa ni? ce teka ce teka ;p


sometimes saya rasa i have a photographic memory. it's easier for me to remember pictures rather than words. mungkin sebab tu saya prefer lukisan. tapi kenapa kau sekarang ambil IT? ni semua.....salah mak! wuwuwu. mak lah ni suruh letak Sains Komputer masa daftar UPU dulu. kan dah terdapat. wuwuwu...tapi kan, dah ditakdirkan. nek buek camno.dah tertulis bahawa Ezzan ni boleh berjaya dalam bidang IT...mungkin. ;p

God's ways are always right. Sometimes, they may not make sense to us, but they are right...



Wednesday, April 13, 2011

solat itu tiang agama


saw this guy performing his prayer dekat taman tepi Kompleks E, Putrajaya ni (cooiiiii terbongkar dah saya kerja mana ;p). saya rasa dia tukang kebun yang bersihkan taman-taman kat Putrajaya ni. macam mana saya tahu dia sedang bersolat? sebab saya tengok dia dari rakaat pertama sampai rakaat terakhir. syahdu tengok. walaupun rumput situ basah sebab lepas hujan, dia tetap tunaikan solat.sejuk mata memandang.




baguskan dia. kalau kita ni mesti nak gak cari surau, tempat yang bersih baru selesa nak solat.
ehhhh....aiyakkk diri sendiri tak solat lagi ni. dah dah pi solat...
*bergegas ke surau zaassssss*


Tuesday, January 18, 2011

can't say no


when people asked me to do something that was kind of get in the way of the job that you're currently working on, i always find myself saying 'OKAY' instead of 'NO'. the moment i said it, it was like a smack to the head. damn girl, you know you gotta bunch of stuff to get it done, why in the world would you say you're okay with people throwing more tasks at ya?

ish ish ish...*geleng kepala*




Sunday, January 16, 2011

the serious one


sometimes it sucks being the 'young-one in the group'. i mean whenever i'm saying something or asking others to do something, it's like i'm not being taken seriously. i know that i was never the serious one, not because i can't be serious but i just don't want to be one. i admit that i'm having such a tough time whenever i need to put my serious mask on because i'll turn up laughing in the end but that doesn't mean that people can just messed around with me. i may be smiling and giggling but deep down, i am dead serious especially if it was some serious business. or maybe when people started to chased me up to get the job done. it's really exhausting when i was to blamed whenever the job that i asked others to do was not done. i ended up doing it myself. and my workload increased.

truth is i am the kind of laid-back type of person who likes to have a laugh and enjoy myself. i want to be 'the friend' but at the same time, respect me for who i am. i'm not saying that i want to be an evil-serious person. all i want was to be taken seriously.



Monday, November 15, 2010

ingat senang ke kerja?


dulu...

sebelum dapat kerja baru ni kan (walaupun dah masuk 5 bulan lebih kerja kat situ tapi tetap nak labelkan diri budak baru tau), kira masa before berkhidmat dengan kerajaan ni lah kan rasa macam mesti best kan kerja gomen...relax-relax je, tak banyak kerja, boleh berfacebook selalu. yang penting confirm lah tak stress and boleh balik awal. oh ye, one more thing rasa macam mesti dah tak perlu datang office on weekend kan. begitulah orang kata apa tu...hah, assumption! semua nak assume. orang ramai dah macam brain wash dengan cakap-cakap 'orang gomen kerja senang', 'selalu lepak-lepak ja', 'nanti mesti bosan takde kerja sangat' yada yada yada...korang pernah kan dengar statement cliche macam tu right? tipulah kalau kata tak pernah tu.


tapikan...


tahukah anda itu semua dusta belaka????!!! siapa kata kerja gomen senang wehh??!! siapaaaaa??!! nak je saya lempang muka yang berkata-kata itu termasuk diri sendiri. pangggg!!! *bergegar otak jap* tahu tak banyak tanggungjawab kerja gomen ni??!! tahu tak??!! *eh masih lagi tension*



saya ni nak berfacebook? non ado lah. bukan sebab dia blocked facebook ke apa, sebelum di blocked pun odah takde masa nak menatap mukabuku itu. selalu lepak-lepak je? non ado jugak. nak lunch pun kadang-kadang tak sempat. sampai-sampai office terus buat kerja. dah lama tau tak baca online newspaper. sebab tak menyempat-nyempat hokay. kadang-kadang breakfast kadang-kadang tak. takde kerja sangat? ya rabbi! banyaknya kerjaaaaa saya kadang-kadang macam tak terurus dah. mana satu nak buat. setiap hari akan ada to-do list. sekarang ni rasa amat bersyukur sebab ada yang sudi nak membantu. ingat tak stress ke kerja gomen? stresss wehhhhh. stress dengan vendor lagi, stress dengan workload lagi, stress dengan keadaan sekeliling. semua stress lah.


dah. okthxbai.




ehhhh oleh sebab stress, jadi tershopping sokmo.
nah, ambik ni baju raya haji tahun ni!



okthxbai. kali ini betul-betul.


Saturday, July 24, 2010

jinx july


RM 500 - bayar saman tahun 2008, 2009. kalau tak bayar tak boleh renew roadtax. apa kejadah kah ini bukan dah 5 saman ke blacklist? ni baru 2 saman je. deyy betul.

RM 550 - bayar duit kereta kang kena tarik tak pasal-pasal kang impian nak pencen awal termakbul. maksud lain cuti tanpa gaji. ceh padahal boleh naik teksi. weee.

RM 300 - bayar roadtax dan insurans. kenapalah roadtax ni tak buat macam renew lesen. boleh pilih berapa lama nak renew. jadi takdelah setiap kali hujung bulan julai dah kering kontang.

RM 300 - bayar kereta rosak plus servis kereta terus. boleh pulak pada masa duit takde ni kereta buat hal. rosak tak boleh start. sebab bateri kong. ceh macam bateri handphone pula. dah alang nak dekat tarikh servis, saya pun hantar lah kereta servis.


RM 1650 - jumlah keseluruhan yang telah dibayar. botak kepala den. dah boleh beli blackberry.



RM 0000 - baki duit dalam bank. saya pokai. musnah kejadah angan-angan nak beli blackberry awal bulan depan. nasib baik bulan depan puasa. kalau tidak saya hanya telan airliur bila kawan-kawan ajak makan nando's. bila berlaku situasi sebegini buat saya nak cash out je duit nuffnang. walaupun takde lah beribu macam Hanis Zalikha tu tapi mampu rasanya nak buat belanja untuk seminggu. perlukan seminggu je pun kan sebelum puasa. ok. dah lapar dah ni nak pergi pau duit mak. bai.


all this happened in just one damn month. JULAI. argh.




Saturday, July 10, 2010

pengalaman masuk hospital


pssstttt ni nak cerita sikit pasal trip saya ke hospital di terengganu. uols tahu tak saya masuk ICU? bukanlah saya tiba-tiba pengsan disana dengan bau-bau ubat terus kena masuk ICU. cuma saya ditugaskan untuk check sistem yang telah dideploy ke hospital tersebut. wow! first time ni masuk ICU. terasa macam dalam set Grey's Anatomy. cewah. al-maklumlah saya bukannya doktor jadi bila masuk ICU ni terover sikitlah feeling dia. tapi bila masuk tu kan. satu kesimpulan dapat saya rumuskan. saya memang tak sesuai jadi doktor. kenapa? sebab bau segala ubat memeningkan kepala saya. bayangkan tengah test sistem tapi kat depan workstation ada pakcik yang bagi saya agak tenat kot. takut wooah. sedih pun ada. tu lagi satu sebab kenapa saya tak boleh jadi doktor. bila tengok orang sakit teruk saya sedih.

another thing kan masa tengah test sistem kat wad lelaki, rupa-rupanya selang satu katil daripada workstation tu ada jenazah. yang baru meninggal dunia pagi itu. dah lah masa tu agak bising juga di wad dengan kitorang sibuk dengan uat tu kan. mula-mula memang tak tahu tau kenapa ramai betul yang lawat satu katil tu. sekali tu bila ternampak 2 atendan ah tak reti eja attendant bawa pengusung mayat terus saya terdiam. sorang-sorang ahli keluarga dia nangis. then bila diorang bukak langsir yang cover katil tu kan, terus saya ternampak jenazah yang dah siap berbungkus. lagilah kau terkejut noks. bayangkan saya, katil dan jenazah. boleh bayangkan tak? oleh sebab saya seram sejuk saya terus toleh kat laptop sambil tu sedekahkan Al-Fatihah.

ok. lepas diorang dah usung pergi jenazah tu saya ingatkan keadaan dah kembali normal lah kan. sekali tu kan uols, saya tengah berdiri betul-betul dekat laluan orang keluar masuk, then dari belakang ada nurse yang tengah tolak katil. rupanya katil tu lah katil si mati tadi. ya rabbi nampak darah merah atas cadar tu. boleh bayangkan tak boleh bayangkan tak? saya sebelah katil jenazah tadi tu.

aishh...tiba-tiba rasa mencabar juga ye jadi pegawai IT di hospital-hospital ni.





Friday, May 21, 2010

a goodbye note


(this is going to be a very long entry)


di suatu ketika dulu, perbualan dengan ayu melalui facebook (lebih kuranglah)...

ayu : tahniah weh, dapat calendar module. hebat tu!!
saya : tahniah inda...kau tak perasan ke, semua yang buat calendar module ni mesti blah lepas tu...adakah aku akan mengikuti jejak langkah mereka?








for those who were wondering and also guessing, yes it is official. i am leaving OAS and today marked the end of my journey as an Application Developer in OAS. inilah yang saya maksudkan pasal entri new commitment yang saya posted last 2 weeks. tak boleh beritahu awal-awal sebab nanti takut tak jadi. ceh poyo je ayat macam lah nak bertunang kan kui kui kui. terpaksa rahsiakan dari dd, ummu and ramai lagilah. hanya orang tertentu di office ni saja yang tahu. kemana hala tuju saya selepas ini? ke bandung. haha. ok. be serious. saya akan berkhidmat dengan kerajaan sebagai Pegawai Teknologi Maklumat kementerian mana tidak diketahui lagi. will start my job on the 24th.

oh my gosh, rasa macam tak percaya je nak tinggalkan OAS ni. sob sob sob. demmit, i'm so not good in saying goodbyes. hmm...well it's been almost two years since i joined this company. so many memories had been made.

i'm gonna miss everyone from...

luqman - budak yang paling suka sakat orang dari zaman dd dulu sampai zaman sekarang suka usik linda. budak yang tak pernah tolak kalau orang bagi free food. hehe. selalu juga tolong ezzan kalau ezzan tak reti sesuatu kan. anyway, sukalah pinjam jam luqman. bagi ezzan boleh? ;p

nat - ibu muda yang cantik sangat. kehkeh. selalu curi makanan nat. anything yang nat offer baik laksa johor ataupun cookies hangus semua ezzan terima dengan hati yang terbuka. cewah. hehe. will miss aisya for sure lah. hopefully dia menang contest Pa&Ma tu ek. ezzan vote tau! ;)

linda - gadis yang kuat makan tapi keding je. jeles noks tengok kau makan banyak tapi tak pecah perut. hehe. dah, toksah garang-garang lagi dengan sufail (motif? hahaha), toksah dah campak-campak handphone tu terkejut syazwan tengah tekun buat kerja. dan silalah kapel dengan luqman. hahahaha.

syazwan (wah syazwan pun masuk list? hehe) - terima kasih sebab...hmm sebab apa ek..ha terima kasih sebab belikan ezzan mineral hari tu. heheh. rasa macam syazwan tak baca kot. eh aida minta tolong suruh syazwan baca ni. hehehe.

megat - jiran 'tersayang'. kenapa tersayang? sebab meja kami sebelah menyebelah je dan kami selalu bergabung tenaga (macam adam dan stacy ;p) menjalankan aktiviti usik orang lah, gelakkan orang lah, mengajuk orang lah. asal ada benda yang lawak je, kami dua bantai gelak. hahaha. kalau megat tak datang, ezzan rasa sunyi. sebab megat takde kat sebelah nak mengajuk haidah. hahaha. always a fun la you.

haidah - haidah ooh haidah boleh tak kau tolong jadi kaki lawan for once? wah gitu! takdelah, kau jadilah budak baik yang mendengar kata bos seperti selalu, jangan jadi macam aku ni selalu saja rasa nak lawan cakap orang. hahahaha. kalau ada problem dengan Training Module sila jangan cari aku. wakakah!

geng-geng heitech (khirul, uswah, rizal, abg nuar and anum ) - maaflah kalau ezzan ada terkasar bahasa ke dengan korang. ada usik-usik (walaupun senario kata tiada salahnya, asal kan baik niat di hatinya) yang terguris hati ke. rizal tu hah, bila tah nak bawak naik kereta vios dia. wah marah tetiba. ;p eh minta maaf balik. eh dah dapat naik vios dah. rizal sengaja hari last baru dia nak bawa saya naik vios dia hehe!

geng level 2 (zida, seri, kak suri, dewa, jia) - terima kasih uols for the friendship. sob sob tak dapat nak tengok anak jia yang super cute tu. zida my dear, i pergi dulu ye noks. jaga ofis baik-baik (motif? hehehe), seri kau kahwin nanti jangan lupa jemput tau, nangis aku kalau kau tak jemput. hehe. kak suri, chaiyok2 habiskan novel kak suri tu. dewa...oh dewaaa selalu ezzan kacau dewa kan. tapi dewa cool je layan. terima kasih. ;)

geng level 1 (fahmi, jenal, rahman) - thanks jenal sebab jual kamera kat aku. nanti aku nak beli lense ko boleh tak? hehe. fahmi oh fahmi nanti nak kahwin jangan lupo jomput den ni hah and terima kasih sebab banyak tolong ezzan. same goes to rahman, terima kasih yuk for everything macam deployment tu. kihkih.

encik burhan - kadang-kadang saya rasa macam encik yang buat Calendar tu walaupun saya dipertanggungjawabkan ke atas module itu. rasa macam encik lebih berhak kot yang in charge kalendar tu. hehe. maafkan segala kesalahan dan kekasaran bahasa saya sepanjang saya menjadi anak buah encik. encik memang boss yang hebat. setiap kali encik berjaya selesaikan masalah programming dalam masa 2 jam saya terasa kerdil sekali sebab berhari-hari saya fikir penyelesaiannya, encik selesaikan dalam masa 2 jam. woahhh memang terbaek! ;)

encik sham - thanks for lending me your camera and the lense. appreciate that a lot. lepas ni dah tak boleh pinjam lagi lah. uwaaa...eh ke boleh lagi bagi pinjam *kelip-kelip mata sikit* terima kasihlah atas semua tunjuk ajar.

encik kamal hassan ok tipu encik AKK (masuk list gak tau) - terima kasih sebab terima surat perletakan jawatan saya. kihkih. terima kasih juga sebab hari tu encik ada tolong saya pasal Calendar Module masa awal-awal saya macam meroyan sikit sebab tak suka buat Calendar yang encik lutfi tinggalkan itu. ;p

encik shahir - maaflah ye cik, saya terpaksa tinggalkan company ni. walaupun dengan berat hati tapi it's for my future. terima kasih juga sebab merelakan pemergian saya (wah macam nak pergi berperang je. hehehe). kalau OAS ada event apa-apa ke panggillah saya, kalau encik ada buat kenduri ke kat rumah encik sudi-sudikan lah jemput saya (over!). rumah kita dekat kan cik kan kan kan? ;p

last but not least, to my girls, my dolls, my best friends - aida farisa and rosalinda si artis kelantan yang cantik. kenapa saya panggil mereka my dolls? well, since dd left the building, the two has been the closest person to me in the company. kalau salah sorang takde mesti rasa tak meriah. selalu gaduh bila nak decide nak makan katne. hehe. kitorang ni sangat selalu lah bersama. nak balik pun mesti ada ayat ni "ros balik pukul berapa? sainglah sekali" ataupun "korang balik awal ke hari ni. kita balik awal" nanti akan ada jawapan "nak balik awal jugak!". we went everywhere together. went lunch together. went to the movies together. went to alamanda together. we watched glee together. we were so lazy together. LOL. lepas ni siapalah pula nak jadi peneman ezzan pergi mana-mana? sedih sangat nak berpisah dengan korang. love you guys to death XOXO.



there'll be no more wearing jeans and t-shirts to work...
no more coming late to work..
no more going out early for lunch...
no more lunch lama-lama...

no more going to alamanda sampai rasa macam eh bila nak balik ofis ni...

no more hanging out at the surau lama-lama...
no more main teka-teki petang-petang...
no more seeing linda beraksi manja dengan luqman...
no more hearing haida saying 'harammmm' everytime someone ajuk cakap dia...
no more munching on goreng pisang and keropok lekor petang-petang...
no more surfing the net like crazy...
no more discussing about the Glee's episode...
no more hanging out at Shameera...
and most importantly,
...
...
...

no more coming to the office knowing that you guys will make my laugh!


OASIANS!!!
you will always be in my heart.





psssttt....last-last kan semua dalam gambar ni terkeluar.


tapi oleh sebab saya the last person yang keluar jadi kira saya adalah juaralah. the last man standing before going down. cewah. saya juara macam shahir af8 tu yang bakal juara af8. wah konfiden tau dia juara macamlah saya yang tentukan. silalah afundi shahir bebanyak. ;p


Peace out! (-_-)v
Lots of Love,

Monday, February 15, 2010

MATI itu PASTI


saya selalu rasa kasihan apabila melawat orang sakit. kadang-kadang tu sampai menitiskan airmata. lagi-lagi kalau orang tu ahli keluarga sendiri. rasa sebak sangat. sebak sampai jadi takut. bagaimana kalau itu adalah kali terakhir berjumpa dengannya? sempatkah saya pohon kemaafan darinya? sempatkah saya berbakti kepadanya? sempatkah saya menunaikan janji padanya? cukup masa kah untuk saya mengembirakan hatinya?

tipulah kalau saya mengaku tak takut mati. saya memang takut mati. saya juga memang takut kehilangan mereka yang saya sayangi. saya rasa hampir semua takut dengan kematian. kematian itu adalah pasti cuma kita tidak tahu bila ia akan tiba. hmm...bila melihat orang sakit yang terlantar membuatkan saya amat menginsafi diri sendiri. sedar tiada manusia yang sempurna, sentiasa lalai dalam tanggungjawab dan tidak lari dari melakukan kesilapan. Astaghfirullahalazim.

dalam perjalanan pulang dari melawat pakcik yang terlantar sakit membuatkan saya terfikir. sekiranya saya ditempatnya sudah tentu mati itu sentiasa terlintas di fikiran. sempatkah saya melihat hari esok? apakah cukup amal ibadah saya selama ini? sempat kah saya untuk bertaubat? bersediakah tubuh badan saya untuk menjawab soalan Munkar dan Nakir di alam barzakh nanti? bersediakah saya untuk menghadapi azab kubur nanti? ke neraka atau ke syurgakah saya di akhirat kelak?

teringat dengan satu tazkirah di radio (HOT FM kalau tak salah saya) mengenai maut ketika melakukan dosa. dialog dia lebih kurang macam ni "cuba bayangkan kalau tengah berzina dan tiba-tiba Allah cabut nyawa pada saat itu". gerun mendengar ayat itu. bukan sebab saya berzina ke apa ye cuma tak boleh bayangkan kalau ditakdirkan kita mati ketika sedang melakukan dosa dan tak sempat nak mengucap (seperti sedang berpesta meminum arak di kelab-kelab malam atau sedang bercumbu di malam kekasih atau sedang berjudi/membeli nombor ekor atau ketika sedang mencaci maki mengutuk orang lain atau mungkin ketika meninggalkan solat). Na'uzubillah min zalik...

saya rasa salah satu cara supaya kita tidak lalai melaksanakan tanggungjawab padaNYA dan menjaga amalan kita adalah dengan muhasabah diri supaya sentiasa mengingati MATI. bila kita sentiasa mengingati mati, pada masa yang sama kita akan rasa takut untuk berbuat dosa. yelah sebab kita tidak tahu bila kita akan mati kan jadi kita tentu takut tak sempat hendak memohon taubat. boleh jadi esok kita mati ataupun lusa ataupun 5 minit lagi dari masa anda membaca entry ini. siapa tahukan, itu semua ketentuan Allah...walaupun begitu, ini semua adalah sekadar pandangan peribadi dari saya, mungkin berbeza dengan anda =)


"The only thing that is certain in this life is DEATH!"





Monday, January 11, 2010

15 Tanda Kamu Patut Berhenti Kerja



pagi semalam semasa tengah bersarapan di rumah dd, saya terbaca satu artikel yang menarik dalam majalah dara.com edisi 91 Jan 2010. Bila baca tu tergelak-gelak sebab terkena batang hidung sendiri. tunjuk pada dd point-point yang terkena kepada diri sendiri dalam erti kata lain, yang kami selalu buat. keh keh keh.

inilah dia artikel tersebut...

15 Tanda Kamu Patut Berhenti Kerja
Sebelum mengambil keputusan yang melibatkan masa depan kamu, tanya diri sendiri apakah kamu mengalami situasi ini?
  • Rasa macam nak menangis setiap kali melangkahkan kaki ke pejabat. Kamu sungguh tertekan. (lawaklah point ni! kah kah..)
  • Kamu mempunyai jawatan yang tinggi tetapi gaji kamu tidak setimpal dengan jawatan dan tanggungjawab yang dipikul. Gaji kamu setaraf pekerja-pekerja junior sahaja.
  • Selama beberapa lama kamu bekerja, kamu tidak henti-henti mengutuk ketua kamu, apatah lagi setelah pulang dari tempat kerja. Ada sahaja yang membuatkan kamu tidak berpuas hati.
  • Apabila ada ahli keluarga atau teman yang menasihati kamu untuk bertukar tempat kerja.
  • Walaupun kamu sentiasa memberikan hasil kerja yang memuaskan hati tetapi ketua kamu sentiasa tidak berpuas hati. Dia sering mengutuk dan membanding tahap mutu kerja kamu lebih teruk berbanding pekerja baru.
  • Kamu telah ditawarkan pekerjaan baru oleh syarikat lain. Pekerjaan ini menawarkan gaji yang lebih tinggi dengan jawatan yang lebih baik.
  • Apabila kamu sendiri sentiasa tidak berpuas hati dengan tugas yang diberikan dan tidak suka dengan pekerjaan yang sedang dilakukan.
  • Kamu dengan sengaja atau tidak telah mendatangkan kerugian besar kepada syarikat atas kecuaian kamu.
  • Kamu merasakan sudah tidak selamat lagi untuk terus berada di syarikat itu. Ketua kamu pernah menunjukkan tingkah laku yang meragukan dan memandang kamu dengan pandangan yang mempunyai maksud tertentu.
  • Setiap kali bekerja, mata dan fikiran kamu tidak henti-henti mengira waktu untuk pulang. Setiap saat yang kamu lalui di pejabat sungguh menyeksakan. (OMG. so true. hehe!)
  • Kamu sudah tidak mampu memberikan fokus kepada pekerjaan sehinggakan mutu pekerjaan kamu tidak menentu dan memberikan kesan kepada syarikat. (macam ye. hehe!)
  • Kamu banyak menghabiskan masa melayari internet daripada memikirkan hal kerja yang belum siap. (yang ni memang hakdush sakit terkena hidung sendiri. hehe!)
  • Selain menghabiskan masa melayari internet kamu juga banyak mencuri masa kerja dengan berbual dengan rakan sekerja, masa makan dan solat yang terlalu lama! (my personal favourite ni. kah kah kah!)
  • Sebelum mengambil langkah yang drastik untuk berhenti, sebaik-baiknya kamu menganalisa kemungkinan-kemungkinan yang terjadi atau pun setidak-tidaknya hal-hal yang dapat membuat pekerjaan kamu saat ini menjadi lebih memuaskan bagi diri kamu.
  • Kamu pernah terdengar desas-desus yang mengatakan syarikat tempat kamu bekerja akan muflis. Lebih baik kamu mengambil langkah bijak terlebih dahulu.

(petikan dari majalah dara.com)



so, sesiapa ada tak sama dengan point-point di atas?



Wednesday, November 25, 2009

bad services

i have issues with bad services. doesn't matter if it's in restaurant or a shop or even in an airline. i really can't tolerate that...

These are a few of the incidents which kinda made me want to slap them!

1) at Old Town White Coffee (i won't say which branch) - i know it's lunch time and there were many people. but that doesn't gave you the right to be rude to the customer. i remembered clearly the waiter's expression. rasa macam nak letak stapler kat hujung mulut dia supaya dia senyum. dah lah bila dia served the order boleh pula dia letak makanan tu dengan kasar. macam hempaskan aja makanan tu. masa tu memang i hot noks. terus ambil borang feedback kat cashier mencarut macam-macam dalam tu. huh! tak suka betul.

2) AirAsia stewardess - i was on my way to Kuching. and it was my first time naik AirAsia. selama ni naik MAS, so why not tukar angin kan nak test airline lain. tapi apakan daya. indah khabar dari rupa. bila first time and masa tu free seat lagi takde yang booked lagi so of course lah saya nak cari tempat duduk kosong dulu kan. masa tu dengan ummu and her family. boleh pulak stewardess tu tegur kami sekumpulan "jangan blok laluan ni" with rude intonation. HELLO. kalau flight ni sebesar 777 yang selesa tu, aku takdelah nak blocked! isn't she supposed to assist us at that time? masa tu fikir..huh, MAS punye stewardess lagi friendly.

3) Kedai tudung di PKNS, Shah Alam (tak ingat nama kedai) - masa tu ada dinner untuk pra-graduan. so, nak cari lah tudung yang sesuai. masuk lah satu kedai ni. tengah duk belek-belek tudung. at the same time saya rasa tak selesa sebab salesgirl poyo. bila tangan saya sentuh satu tudung yang manik-manik cantik lah kan, boleh pula salesgirl tu cakap kat saya "Yang tu mahal dik!" ^@*#(@& WTF?! Kau ingat aku tak mampu walaupun aku student?! Is that the way you treat a customer? Seriously, this girl need to attend how to behave yourself class. Saya reply kat dia "TAKPE, SAYA MAMPU BELI. ADA DUIT!"

4) Kedai Pakaian tak ingat kat mana - paling tak boleh blah dengan aksi salesgirl yang bajet bagus. nak follow-follow, saya boleh terima. tapi bila saya sentuh baju tu, dia betulkan balik. saya sentuh baju sana, dia betulkan balik. as if macam tak boleh sentuh, memang my blood go upstairs lah! lagi dia betul-betulkan setiap baju yang saya sentuh, lagi saya sentuh banyak baju biar dia betulkan. habis kecahkan satu kedai tu. biar padan dengan muka dia. ;p

5) Kedai yang branded at KLCC - yang ni bukan saya yang experienced. my mother yang kena. masuk kedai Salvatore Ferragamo kot kalau tak salah (ke Coach? serius tak ingat). my mother nak beli handbag tapi salesgirl tu boleh pula pandang macam haram konon makcik ni tak mampu beli lah. tahulah tak dress up macam mak datin so you assumed she can't afford it. tapi bila mak saya cakap nak beli this one handbag baru terhegeh-hegehlah nak layan nicely. dumb people!

6) Mutiara Kristal Cafe kat Penang - LEMBAB nak termampossss! bayangkan 15minit satu makanan sampai. another 15 minutes, satu lagi sampai. padahal makanan yang sama. faham tak? oklah, meh sini bagi contoh. hari tu kami order 4 pinggan cendawan goreng untuk 20 (almost) orang makan. 15 minit - 1 pinggan cendawan sampai. 15 minit berikutnya - 1 lagi pinggan sampai. masa tu i dah hot uols sebab makanan yang sama sampai setengah jam nak buat. dah lah makanan tu sejuk. kalau order 4 pinggan kan masak sajalah semua untuk empat-empat tu. pelik betul saya tengok. as if macam 1 pinggan 1 kuali masak. silly silly. hah lagi satu kat sini, kami order kambing grill yang berharga RM20 satu pinggan. so bila dah gila babeng mahal tu mesti lah kita ingat daging kambing tu banyak kan. what would you do if you pay RM20 tapi diorang bagi TULANG kambing yang digrill? kira takde isi pun. bengap ke tak, is that the food you want to served to people? unless lah kalau minta Sup Tulang Kambing ke, logiklah juga. ni tak! RM20 untuk tulang kambing yang cenonit. kat sini juga, saya encounter ada cacing dalam coleslaw dia. cuma bukan dalam pinggan saya. pinggan orang lain. KEBERSIHAN itu perlu ok people. cacing tu siap gerak-gerak hidup lagi. WTH?! apa lagi, cik boss terus bawa pinggan tu (before that snap gambar dulu sebagai bukti!) ke tokey kedai. kalau kat US ni, the restaurant can be sue and shutdown operation terus. tidak akan ke restoran ini lagi.

7) Restoran Bonda - ok, almost semua yang kerja OAS ni tahu Restoran Bonda tu mahal gila. walau mahal saya tetap makan kat sana sebab takkan tiap-tiap hari nak makan makanan mamak kot! huhu. anyway, yang ni saya nak cerita pasal one of the employees. masa tu saya ambil sekeping tempe goreng (bukan yang dah potong tau!) tanpa lauk-lauk lain. tak ambil nasi juga. so, saya tanya berapa ringgi 1 tempe goreng ni. dia balas RM1.50. mak oiii mahalnya. saya cakap lah kat dia kalau dekat gerai luar uniten tu RM1 boleh dapat 2 keping. pastu uols tahu apa dia balas? dia cakap "pergilah beli kat situ!". memang macam sial. arghh marah-marah.


***************************************************************************************************

so, that's basically what i've experienced so far. what about you guys?
ada apa-apa peristiwa bad services yang pernah anda lalui?
jom kongsikan bersama yuk...





*...itu cuma sebahagian saja. kalau saya teringat balik, nanti saya update. hehe.



office charity trip

last weekend, me and a few of my colleagues (plus the bosses) went for a charity trip in Sik, Kedah. hate to admit it but that was actually my first time in the state. amboi tipah, bandung kau boleh travel tapi negara sendiri tak habis pun jejak. kuikui. anyway, rasa sayalah kan yang paling jauh pun saya pernah pergi kat utara tu sampai Lumut saja. itu pun because i did my diploma in UiTM Seri Iskandar, Perak. kalau tak, memang tak jejak lah kaki ke utara ni...hikhik.

ok, berbalik pada event tu. it was actually organized by Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Macam mana company saya boleh joined sekali? tak payahlah tahu sebab saya pun tak tahu. haha. anyway, kitorang bertolak dari Putrajaya dalam pukul 9 macam tu. kalau dah malam tu kan memang tak nampak apa-apa lah kot sepanjang perjalanan selain dari kereta yang lalu-lalang di situ. so, i did what i did best which is SLEEPING. hoish, nikmat betul bila naik innova duduk belakang seorang apa lagi gila kuasa lah i noks. hehehe. we arrived at Naza Hotel in Gurun dalam pukul 3 pagi.

the next day, after breakfast nasi lemak yang hambikkau pedas teramat kitorang pun startlah aktiviti bergotong-royong membersihkan masjid. actually, we were supposed to go to tadika pasti untuk gotong-royong and sesi mengecat tapi disebabkan keadaan cuaca yang tak mengizinkan jadi kami joined sajalah LLM people kat masjid tu, buat apa yang patut.




long story short, selepas makan tengahari dan usai solat zohor, majlis diakhiri dengan pemberian derma dan pengagihan barang-barang pada orang miskin dan anak yatim.


my lunch. oh my sungguh sedap!


majlis pemberian derma dan pengagihan barang-barang keperluan.



bergambar kenang-kenangan :)


after that, kami ikut our big boss pergi ke rumah satu keluarga yang agak kurang kemampuan yang mempunyai seorang anak yang sakit agak kronik. he is 18 years old, if i'm not mistaken. saya tak pasti apa penyakit dia cuma saya teramat kasihan sampai rasa nak nangis pun ada. tapi disini saya ingin menyatakan sesuatu. SAYA TAK SUKA BILA ORANG SNAP PHOTO BUDAK TU. cukuplah dengan keadaan dia yang sakit tu tidak perlu nak tontonkan kepada orang ramai. seriously, i feel like asking the others to stop taking pictures because i find it irritating. and i'm pretty sure that the boy would feel uncomfortable. dahlah dia tak boleh bercakap. try to put yourself in his shoes, do you like people taking your photo when you just lying around, helplessly? i don't, for sure. maaf kepada sesiapa yang terasa. that's honestly what i feel during that moment.

(nak ngelat malas nak cerita panjang-panjang ;p)
malam tu pula kami bermalam di Pulau Pinang. again, my first time. sungguh excited masa tu nak pergi jenjalan kat penang. hehehe. kami bermalam kat An-Nahdhoh Inn (betul ke eja ni?). malam tu kan kami pujuk en rr sangat-sangat supaya bawa kami jalan-jalan bandar penang even though he was having a headache. nak sangat lalu jambatan Pulau Pinang. haha. kejakunan terserlah. maaf lah ye cik rr. bukan tak kasihan tak cik cuma nanti saya kempunan. ahaks! =))

AHAD. kami bergerak pulang lepas breakfast dalam pukul 11 macam tu dari Penang. pukul 2 petang kami dah berada di sungai buloh. laju tak laju tak? en rr speed gila lawan dengan geng motor Harley Davidson. yeay! en rr menang. jelir lidah kat geng Harley. sampai office pukul 3 lebih...




tamatlah sudah cerita penglipur lara ni. ;p

(haha ending tak best. gelakkan diri sendiri. maaf ye pembaca, ini dinamakan sindrom tak tahu nak cerita apa tapi nak juga tulis. huhu! ;D )



Thursday, October 29, 2009

bertindak mengikut arahan

arahan boss : next week i need you to look into Calendar module right after you finish up with PTK Application. tried finish it this week because then you'll be taking over the Calendar module.

reaksi saya : what?? Calendar module?? me?? take over?? that freaking complex module??
(jaw dropped :0 )




oh, shitty terus pengsan rebah ke bumi!




Saturday, September 12, 2009

raya preparation

the clock's ticking faster than i realized...sedar tak sedar next week would be the last week of Ramadhan. sekejapnya rasa. tiba-tiba je dah nak raya. only a week left for raya preparation. saya jenis tak prepare sangat. kalau ada, ada lah. tiada shopping sangat. eh eh aiyoyo! just remember something. i have to go to KLCC somewhere before rayalah. ceh, tadi kata tak shopping sangat. miahaha. takde lah, sebenarnya saya perlu beli sesuatu di Parkson sebab voucher RM50 tu expiry date is on 24th September 2009. nak beli apa ye? planning to buy a perfume tapi kena tambah duit lagi lah pula...


anyway, cakap pasal raya preparation ni kan, mesti tak sah kalau tak cakap pasal kuih raya. bab-bab kuih raya tahun ni tak macam tahun lepas. tahun lepas banyak juga mother buat kuih raya. but this year, semua kuih tunjuk. hikhik! mother dah beli dah pun. tiada masa dong mahu buat kuih tahun ni. lagi pun saya bukan peminat kuih-kuih ni kecuali chocolate chips saja. lebih suka kerepek-kerepek.


pasal duit raya pula tahun ni kena save bajet sikit. heheh. kena kuatkan ingatan kat Bandung. cewah! oleh kerana saya sungguh baik hati, jadi disini saya ingin berpesan kepada kawan-kawan yang nak duit raya sila tinggalkan komen anda di post ini, nanti saya pas duit raya kat facebook tu ye. :p


anyway, tahun ni tarikh hari raya tarikh best kan?
20092009 :D




Monday, August 3, 2009

dying from...

...exhaustion, fatigue, tiredness.
whatever you want to call it.
i really need a break!
seriouslylah. no kidding one!



oh November...
cepatlah datang!!!!



Wednesday, July 29, 2009

keras kepala betul budak ni

kalau saya kata TAK NAK, memang maksudnya TAK NAK.
susah sikit nak pujuk saya bila saya dah degil.
and i'll definitely say what's on my mind even sometimes i know it's gonna hurt others.
i'm not cruel. i know that.
it's just that i don't have the heart for it.
tak suka buat kerja yang saya tahu saya tak mampu nak buat.
bukanlah sebab tak percaya dengan kemampuan diri sendiri ke apa.
cuma saya tahu takat mana yang saya mampu buat.

i know that i can be a pain in the ass and a real stubborn at times...
but please...bare with it will you?



tak suka mesyuarat

(entry ini diselami dengan perasaan lepas geram)

semalam ada meeting.
oh ye, meeting yang berlangsung selama 3 jam lebih!

"poomm pammm pooommm pammmm...
tiiikkkkk takkkkkk toookkkkkk
apaaaaaa apooooooo takkkk lehhhhh"
~ bunyi orang berkata-kata



dan perasaan semalam selepas selesai mesyuarat dan review design-design application serta segala workflownya...

NI YANG BUAT NAK GI INTERVIEW NI!!!!!



ps: teramat tension!




Wednesday, July 8, 2009

marah campur sedih



emosi marah :
i can't stand people who smokes in a public toilet. it's really irritating and freaking annoying. lagi tak boleh blah abu-abu rokok tu bersepah atas lantai dengan dalam toilet bowl tu sekali. tak reti nak flush ke?? akal ada, taknak guna. takkan dah besar panjang pun tak reti pasal tanggungjawab to keep the toilet clean. dah lah dengan bau asap yang busuk tu, buat orang sampai sesak nafas. orang nak ambil wuduk pun tak senang tau. kalau nak jadi pengotor, sila buat di rumah sendiri ok.

sorry, dah lama pendam pasal hal ni.
hari ni memang marah sangat rasa macam nak maki hamun saja.




emosi sedih :

hmm...my tears keep pouring out watching Michael Jackson's Memorial especially towards the end. When they sang 'Heal The World' and 'We Are The World', don't know why i had these sad emotions surrounding me padahal bukan related or family member pun. When Paris (not Hilton, mind you...Paris Michael) took the stage and saying her last goodbye to her father, it brought the whole center to tears (including me though i'm just watching the delayed telecast on Channel V).