Followers

Showing posts with label work. Show all posts
Showing posts with label work. Show all posts

Monday, May 21, 2012

mengeluh dan mengomplen


.sigh.

haihhh...orang kata tak baik mengeluh. ye, memang tahu pun. tapi apakan daya, itu je yang mampu aku buat sekarang. jiwa aku sedih sebenarnya. sedih sebab kerja.

entahlah. aku rasa susah sangat sekarang ni. payah habis. rasa terbeban dengan kerja ni. situasi aku sekarang ni sama seperti orang yang duduk depan komputer tapi jari-jari yang tak runcing ni tak bergerak. tak menaip. tak membuat kerja. kecuali entri ini dan update status facebook. sungguh tidak produktif.

padahal ada kerja ni. nak kena deraf kontrak. yang aku tak tahu sebijik butir pun. yang aku dah tangguh dari awal Mei lagi. aku takde mood. takde mood nak buat kerja-kerja menderaf dokumen kontrak bagai ni. aku diibaratkan seorang budak kecil yang ditinggalkan di sesuatu kawasan asing pastu kena cari jalan pulang sendiri. tanpa dibekalkan sebarang alat mahupun duit untuk mencari jalan pulang. sungguh metafora betul ayat aku kan.

macam kerja aku sekarang ni. aku dikehendaki menderaf dokumen kontrak. tapi aku tidak diberi sebarang taklimat mengenai kontrak tu. lebih syahdu, bila aku hanya dibekalkan contoh kontrak yang sungguhlah berbeza untuk dirujuk. aku kena buat kontrak penyelenggaraan tapi contoh kontrak yang diberi adalah kontrak pembelian hardware. apa itu? segala maklumat mengenai kerja-kerja penyelenggaraan tu aku pun tak tahu. sebut harga tu dibuat sebelum aku masuk lagi. bila dah lulus sebut harga tu tiba-tiba aku diberi tugas sediakan kontrak. watdefish?!

orang kata, takpe...belajar. bullshit. nak belajar macam mana tanpa apa-apa rujukan?! tanpa tunjuk ajar?! aku bukanlah semua pun nak spoon-feed je tapi kalau takde orang guide, memang sesatlah aku, lagi-lagi duduk sorang-sorang dalam bilik aku ni.



tak adil untuk aku compare tempat kerja lama dengan yang baru ni. tapi biasalah, hati selalunya menidakkan apa yang minda cakap. dulu, boss aku siap guide aku on various fields especially dari segi management. even dia sendiri yang terangkan segala benda. dari carta organisasi sampailah berkenaan how to write letters, memo etc.

sekarang ni....."ezzan, nanti call En. XX pasal dokumen tu ye.." and bila aku tanya En.XX tu siapa, boleh pulak "...En.XX tu Pengarah Bahagian YY lah!!"...ehhh tanya je pun...



haihhh....mengeluh. mengomplain. itu je kerja budak ni kan. baik dari tempat kerja lama. sampai sekarang. asyik-asyik benda yang sama. confirm ada orang kata macam tu kat aku. tapi aiman tak kesah.



Friday, May 18, 2012

working in KL



aku rasa kerja di Kuala Lumpur ni lagi banyak peghabis duit kot. konon dulu rasa macam bolehlah jimat duit kan. sebab aku tak drive ke office so tak keluar duit minyak tol semua tu lah kan dan breakfast ku most of the time disponsor oleh PaMa. tapi breakfast tu dulu je. sekarang sebab selalu keluar rumah lambat, jadi tak sempat breakfast. so akan breakfast dengan officemate.

bila breakfast dengan officemate tu kalau takat kat kantin office ni takpelah jugak kan. ni...sampai pergi breakfast kat Old Town White Coffee. takpun keluar cari mamak. or makan kat bangunan luar. lagi-lagi dapat geng yang suka makan dan merayap. syiok habislah kan.

lunch pulak? toksah cerita eh. setiap jumaat mesti keluar. last week ke Wangsa Walk. tadi ke Jusco AU2. last-last week pergi makan ikan bakar dekat area Pasar Keramat. minggu-minggu yang akan datang, dah plan nak pergi Ampang Point lah, Sogo lah, karaoke lah. wahh heaven sangat! seronok pun ada. tapi...confirmlah lagi banyak guna duit kan. tu tak masuk yang online shopping lagi. adalah dalam aku habis RM300 camtu beli baju. pheuww...and tak masuk yang hampir setiap petang aku bertapa kat Suria KLCC tu. kalau kat KLCC tu, selama mana nak tahan tanpa membeli apa-apa kan lagi-lagi kaki shopping macam aku ni. macam semalam. takde motif aku pergi beli komik Dik Cerdas dengan accessories kat Vincci. hahaha...nasib baik ada bisnes Premium Beautiful tu kan. nafsu membeli-belah tu terlayan jugaklah kan. miahaha. 



ni pun, budak-budak office ni dah plan, before puasa, nak shopping raya dulu kat Jalan TAR sebab tak kuasa nak gi sana masa bulan puasa. kerlasss kan weols.... aku dah konfius dah. aku nak bekerja ke nak berjalan ni? haha ;p




Wednesday, May 2, 2012

so long...farewell



bukan bukan. ini bukan entry terakhir. bukan nak shutdown blog ni ke hape.


sebenarnya office lama aku baru nak buat majlis perpisahan untuk aku yang dah bertukar keluar. dah sebulan dah pun. kira macam belated lah. terharu tu terharu gak. tapi lebih kepada sebak. huhu. sebabnya lepas ni kira macam dah tak boleh datang sana lah kan. dah tak boleh nak tukar fikiran nak masuk sana balik kan. sebab dah farewell. hehe.

anyway, macam biasa lah kan...most of farewell parties mesti yang si pemergi kena bagi ucapan. aku pulak tak bajet kena bagi sebab aku dah berucap dah sebulan sebelum ni dalam email. cakap thank you maaf semua lah kan. jadi bila disuruh bagi ucapan aku tak prepare. bila tak prepare nervouslah kan apa lagi. padahal boleh cakap banyak tapi aku just cakap maaf diatas salah silap terkasar bahasa dan terima kasihlah. the end. tu je kauuu.

tapi aku terharu dorang bagi gift. walaupun dorang dah call dah beberapa hari sebelum tanya aku nak apa. motif? tak surprise langsung. aku cakap lah alaaa apa-apa pun tak kesah. something yang boleh buat ezzan ingat kat korang. ceh ayat aku tak menahan. last-last aku gak cakap...'ezzan nak jam tangan lah!'...haha aku tak tahu malu mintak hadiah.. aku ni memang jenis tak pakai jam. sebab dah biasa tengok jam dekat phone je. huhu.


sekali tuh bila dapat jam rasa macam....awwww mesti akan pakai selalu walaupun dah tak surprise hehe. aku ni jenis tak reti nak tunjuk perasaan aku sangat. kira aku muka aku terharu ke sebak ke sama je sepesen. tapi aku suka dengan hadiah yang dorang bagi tu. suka! suka! terima kasihlah bebanyak sebab penuhi permintaan aku yang mengada-ngada ni. hehe. selain tu, aku dapat beberapa gift lagi lah gak daripada vendor dan boss aku. wahh terima kasih sekali lagi kat vendor yang ohsem habis lah!!...

kad tu team aku bagi. kotak cream tu boss aku bagi, dia beli kat manila.bluetooth mouse tu vendor bagi. sebab dorang terdengar aku nak rembat mouse tu dari seorang doktor. haha. terussss dapat tu. nasib baik tak rembat betul-betul mouse doktor tu, kalau tak dah dapat 2 dah..haha. all in all, aku sedih sebenarnya masa farewell tu tapi takkan aku nak nangis depan orang ramai lak kan. tak macho lah der.

ok itu jelah nak citer. daaaaa....



footnote : oh ye, aku dah pokai sekarang ni. walaupun gomen dapat gaji baru dan 3 bulan yang tertunggak tu kan. sebab apa?





semua sebab ini.

Tuesday, April 3, 2012

DIA yang lebih mengetahui



selalu terfikir.
betul ke keputusan yang aku buat ni?
kadang-kadang siap fikir...kenapa aku buat keputusan tu?
sebab orang ke? ke sebab kerja?
kalau nak ikutkan, aku dah punya kawan-kawan dah di tempat lama.
yang best pulak tu.
yang sekepala.
dah mesra sokmo dah.
orang kata dah sampai tahap tak malu tak segan dah antara kami.
tapi...tu lah...
kita mungkin mintak macam-macam.
mungkin fikir tak patut aku buat benda alah ni.
nak tu lah, takmo macam ni lah, prefer yang begitulah.
yada yada yada...

namun...
apa yang pasti.
Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

ALLAH KNOWS BEST!




Wednesday, March 28, 2012

starting over



syukur alhamdulillah. doaku untuk bertukar tempat kerja akhirnya dimakbulkan. after almost 6 months aku hantar surat tukar, la ni baru lah dapat. mungkin agak mengejut sebab aku tak prepare pun yang borang aku tu diluluskan seawal ini. sebab ada orang lain yang hantar lagi awal dari aku. bila aku dengar dia dapat, aku bajet aku tak dapat tahun ni. lagipun aku jenis tak follow up. so bila tau dapat tukar, muka ni semacam je. senyum sampai ke telinga. dahlah dapat call masa aku tengah buat lawatan tapak kat Tawau. terus hati aku buat somersault. 

yang aku paling berdebar bila nak beritahu boss besar pasal pertukaran aku. masa mula-mula jumpa, aku tunjuk surat terus dia mengeluh. siap cakap 'tak boleh lah ezzan'....aku sengih je ler. aku dah prepare surat tangguh. bukan sebab disuruh tangguh tapi memang aku sendiri nak tangguh. tak syok nak pergi je tapi kerja tak siap. dignity beb. boss aku siap suruh aku balik sembahyang, esok datang balik nanti beritahu keputusan samada aku nak tolak atau tidak pertukaran tu. aku dah macam...'eh boss ni, aku minta tangguh bukan nak tolak tapi sebab nak tinggalkan dengan cara yang betul'...

tapi takpelah, layankan aje. oleh sebab aku tak boleh pun nak solat masa tu, aku berdoa sebelum tidur supaya diberi petunjuk samada betul ke tidak apa yang aku buat ni. dan malam tu jugak aku bermimpi. aku mimpi aku gaduh dengan boss tahap sampai nak melawan, tinggi suara semua lah. aku anggap itu petunjuk. so the next day, aku pergi jumpa boss cakap saya akan terima pertukaran ini. barulah dia nak sign surat tangguh aku. so 15 hb hari tu, aku pun pi lah melapor diri kat tempat baru tu dengan perasaan satu macam....(background music : percaya pada diri dengan harapan dan keyakinannnnn.....)

aku dapat tangguh 2 minggu je. nak tak nak, today is my last day kat office aku ni. aku pun baru tau hari ni yang aku last day hari ni. faham tak ayat aku tuh? haha. memang tak sempat lah nak siapkan nota serah tugas. aku pun rasa mesti aku akan selalu ke putrajaya balik. aku bukan rasa berat nak tinggalkan tempat ni. cuma aku rasa payah nak berpisah dengan team aku ni. sebab walaupun stress bagai nak rak, tapi kitorang ni selalu sesama. masing-masing dah kena marah, kena herdik, kena tegur. dah macam dah takde malu dah bila kena marah depan sesama sendiri. and kalau sorang takde, mesti terasa. memang dorang best. terfikir...macam mana lah nak cari geng se-best dorang nanti. haih...

hopefully, kat tempat baru nanti aku boleh cepat adapt dengan situasi baru. and ditempatkan kat unit yang ok. and cepat catch-up. aku ni dahlah kalau benda baru tu agak slow sikit nak faham. bila berpindah or bertukar kerja ni kan sometimes aku rasa macam tak best. honestly, one thing i hate about leaving is that you have to start over. nak kena start cari kawan baru. start cari geng makan. start cari geng sekepala. that is quite challenging since i am not a friendly person. i'm only friendly towards people that i know. tapi dengan yang tak kenal, terus jadi pemalu. i'm not usually the person who starts a conversation. don't know how. but whether you like it or not, kena juga face it. nak tak nak, sooner or later kena buat jugak kan. yang mintak tukar pun kau kan, bukan orang lain...hahaha...

wish me luck guys! fightingggg!!






[ ezzan yusop ]


Friday, September 23, 2011

berhenti kerja


(ayat entri ini mungkin agak kasar)


ada sebuah masaelah.

hati aku kuat mengatakan untuk berhenti kerja. aku bosan dengan situasi sekarang. aku bosan bila orang mengadili aku berdasarkan surat. adakah kemampuan menulis surat menjadi kayu ukuran seseorang itu bekerja? adakah kemampuan mengarang ayat surat rasmi menunjukkan seseorang pegawai itu matang dalam kerjanya? bodoh! tak masuk akal! statement 'pegawai tak perlu ambil masa lama untuk deraf surat, sejam dua jam dah boleh siap' adalah paling gampang aku rasa sampai rasa nak lempang orang yang mengeluarkan kata-kata 'bangang' itu!

aku bukannya ambil jurusan penulisan surat rasmi di universiti dulu.

aku rasa amat tidak adil bila seorang pegawai teknologi maklumat (atau apa-apa pegawai teknikal seperti jurutera) diberi markah berdasarkan keupayaannya melakukan tugas-tugas pengurusan. adat. setiap syarikat mesti ada Key Performance Index (KPI) yang digunakan untuk mengukur kualiti performance pekerja masing-masing. lalu pihak atasan menggunakan alasan 'pegawai ini tidak reti buat surat, lambat buat surat' untuk memberi markah yang rendah kepada pegawai tersebut. adilkah?

sedangkan pegawai tersebut sebenarnya dan sepatutnya membuat kerja-kerja yang berkaitan dengan skop kerja dia. yang berkaitan dengan bidang dia. tapi sekarang dia diadili melalui kerja yang bukan skop dia. tersasar jauh dari bidangnya. that's unfair! yes, i know..who says life is fair anyway. tapi tak bermakna something could not be done! 

aku masih muda (yes, i'd like to think under 30 is still young) lagi. aku sepatutnya masih mengasah bakat dalam bidang IT. sepatutnya masih mencari ilmu IT. sepatutnya masih belajar lagi. 2 tahun membuat programming belum cukup untuk memahirkan aku sebagai 'orang IT' walaupun 5 tahun belajar di universiti. nak kata intermediate pun macam jauh saja lagi.

sejujurnya, minda aku tak berkembang kat tempat ni. ilmu IT dan kemahiran yang aku ada walaupun tak banyak, aku rasa tak dapat dimanfaatkan disini. membazirnya aku rasa siap pergi India belajar programming tapi in the end aku stuck behind the desk doing management works. aku tak tahulah orang lain, mungkin ada yang suka buat kerja-kerja pengurusan. aku memang tidak. naluri aku (cewah) hanya pada kerja-kerja teknikal.

ye, mungkin tension bila buat programming. entah kenapa, setension-tension aku buat programming aku tak pernah lagi sampai jatuh sakit. ye, stress saya disini sampai saya sakit. tak tipu punya, doktor kat klinik sendiri yang cakap aku stress sampai effect pada hormon badan siap tumbuh bintik-bintik merah kat tangan. malu cerita tapi itulah yang terjadi. tapi percayalah...lagi tension berhadapan dengan kerja-kerja pengurusan dan orang yang atasan yang banyak songeh ini. serius tak tipu. serius tak tipu. memang sengaja repeat.

jadi disini aku nak menasihati pada mereka-mereka di luar sana yang amat berbakat dalam IT (programming, network etc) di pihak swasta, bergumbiralah! dan sekiranya anda ditawarkan untuk bekerja dengan gomen, usahlah dipersia-siakan bakat yang ada pada anda (dah macam juri AF komen dah aku ni)...bagi aku, bekerja ini kita kena enjoy. whether the surrounding or the work itself. then, baru semangat nak bekerja tu akan datang dengan sendirinya tanpa perlu diseru. bila enjoy, then you will perform at your best self. and you will be one hell of a satisfied worker.

aku memang nak berhenti kerja....tapi...

....macam mana nak pujuk mak ayah supaya mereka dapat memahami kehendak anaknya yang seorang ini? dan lagi satu....kat mana nak cari kerja kosong sekarang ni?


update : sedap plak guna aku dalam entri. rasa macam matang. sejajar dengan peredaran usia. nak guna aku lah untuk entri-entri lepas ni.

Friday, August 12, 2011

cemburu



boleh tak nak cemburu dengan adik sendiri? 

hari tu masa saya cuti, tengok si adik ni tak gerak-gerak dari pembaringan (walaweh!). dah pukul 10 pagi ni, tak kerja ke budak ni? hmm mungkin dia masuk lambat kot. then 10.30, 11.00 pagi tak bangun-bangun lagi...apa lagi, saya terus mengeluarkan suara soprano ku untuk mengejutkan adik ku itu...."ADIK!!! KAU TAK KERJA KE?? DAH PUKUL BERAPA NI???"


dia pun bangun terpisat-pisat mata sambil tengok jam..."Oh, pukul 11 dah..." ingatkan dia nak gi mandi lah kan bersiap ke apa ke, sekali tu boleh lak dia balas.."aku malas nak masuk office lah hari ni, boss aku takde!"...then dia sambung tidur balik.


WAHHH!!!! i want that life!!! bestnyaaaaaa kalau boleh macam tu....huh, jealous sesangat dengan dia. ada working life yang sempoi, yang relax masuk kul berapa pun tak kesah. i loikkeee....


*tetiba rindu masa time kat OAS dulu. tsk tsk*



Friday, July 29, 2011

Oh So Emo!



biadapnyaaaa orang yang menulis emel dengan huruf besar dan menggunakan tanda soal/seru yang banyak dalam urusan rasmi. kau tak boleh cakap baik-baik ke? susah ek? rendah ke martabat kalau bersopan santun dengan orang lain? kau memang down right annoying gila vavi tahap gaban. freaking irritating.


.FARK.




Tuesday, January 18, 2011

can't say no


when people asked me to do something that was kind of get in the way of the job that you're currently working on, i always find myself saying 'OKAY' instead of 'NO'. the moment i said it, it was like a smack to the head. damn girl, you know you gotta bunch of stuff to get it done, why in the world would you say you're okay with people throwing more tasks at ya?

ish ish ish...*geleng kepala*




Sunday, January 16, 2011

the serious one


sometimes it sucks being the 'young-one in the group'. i mean whenever i'm saying something or asking others to do something, it's like i'm not being taken seriously. i know that i was never the serious one, not because i can't be serious but i just don't want to be one. i admit that i'm having such a tough time whenever i need to put my serious mask on because i'll turn up laughing in the end but that doesn't mean that people can just messed around with me. i may be smiling and giggling but deep down, i am dead serious especially if it was some serious business. or maybe when people started to chased me up to get the job done. it's really exhausting when i was to blamed whenever the job that i asked others to do was not done. i ended up doing it myself. and my workload increased.

truth is i am the kind of laid-back type of person who likes to have a laugh and enjoy myself. i want to be 'the friend' but at the same time, respect me for who i am. i'm not saying that i want to be an evil-serious person. all i want was to be taken seriously.



Tuesday, January 11, 2011

stressed baby!


hai. saya stress. bukan bukan. bukan nama saya stress. tapi saya sedang stress. stress saya sangat dahsyat. bila stress yang dahsyat dia akan jadi emo. dan bila emo, asyik nak keluar je air mata ni. nak nangis. kalau saya stress memang saya akan rasa nak nangis. tak tahu kenapa. memang dari zaman programming lagi (cewah!) dan selalunya saya akan mendiamkan diri. rasa macam please don't talk to me. tu yang bila orang minta tolong tengokkan pc pun saya stress, rasa nak marah pun ada. padahal orang tu minta tolong saja kan. tapi nak buat macam mana. perasaan marah tu mengatasi segala-galanya. orang bergurau dengan saya pun saya nak kecil hati, terasa hati walaupun senyum di depan tapi dalam hati makan dalam siot padahal selama ini biasa je bergurau-gurau. ish ish hormon hormon.



Tuesday, December 21, 2010

setelah 6 bulan...


remember this post?


dulu saya pernah tunjuk gambar meja saya selepas 2 minggu dan 6 minggu saya mula kerja baru ni. dalam entry tu (click post tu kalau nak tengok macam mana rupa meja saya dulu) i was kind of wondering macam manalah meja saya nanti lepas 6 bulan. ye diam tak diam dah 6 bulan ghupenya saya berkhidmat dengan kerajaan. masih rasa budak baru lagi walaupun dah banyak noo kerja yang kena buat kalah orang yang lama berkhidmat. siusiusiu. ok ok itu hanya mukadimah je. nah gambar meja setelah 6 bulan.

...

...

...

...

....tadaaaa....


masih ada rupa sebuah meja kan walaupun bersepah sampai kadang-kadang tak ingat dokumen letak mana pastu mula kelam kabut cari atas meja. kecahkan semua. huhu.


update : oleh sebab ada diva request nak jadikan ini sebagai tag, baiklah silalah ye kome-kome ni buat tag ini ek. tak buat siap. i very the merajuk uols.

- dd de diva ;p

- rosa rosi

- zida zizi

- ayu yuyu

- lina linen (eh motif linen? lina kan suka kain kan kan kan ;p )


Monday, November 15, 2010

ingat senang ke kerja?


dulu...

sebelum dapat kerja baru ni kan (walaupun dah masuk 5 bulan lebih kerja kat situ tapi tetap nak labelkan diri budak baru tau), kira masa before berkhidmat dengan kerajaan ni lah kan rasa macam mesti best kan kerja gomen...relax-relax je, tak banyak kerja, boleh berfacebook selalu. yang penting confirm lah tak stress and boleh balik awal. oh ye, one more thing rasa macam mesti dah tak perlu datang office on weekend kan. begitulah orang kata apa tu...hah, assumption! semua nak assume. orang ramai dah macam brain wash dengan cakap-cakap 'orang gomen kerja senang', 'selalu lepak-lepak ja', 'nanti mesti bosan takde kerja sangat' yada yada yada...korang pernah kan dengar statement cliche macam tu right? tipulah kalau kata tak pernah tu.


tapikan...


tahukah anda itu semua dusta belaka????!!! siapa kata kerja gomen senang wehh??!! siapaaaaa??!! nak je saya lempang muka yang berkata-kata itu termasuk diri sendiri. pangggg!!! *bergegar otak jap* tahu tak banyak tanggungjawab kerja gomen ni??!! tahu tak??!! *eh masih lagi tension*



saya ni nak berfacebook? non ado lah. bukan sebab dia blocked facebook ke apa, sebelum di blocked pun odah takde masa nak menatap mukabuku itu. selalu lepak-lepak je? non ado jugak. nak lunch pun kadang-kadang tak sempat. sampai-sampai office terus buat kerja. dah lama tau tak baca online newspaper. sebab tak menyempat-nyempat hokay. kadang-kadang breakfast kadang-kadang tak. takde kerja sangat? ya rabbi! banyaknya kerjaaaaa saya kadang-kadang macam tak terurus dah. mana satu nak buat. setiap hari akan ada to-do list. sekarang ni rasa amat bersyukur sebab ada yang sudi nak membantu. ingat tak stress ke kerja gomen? stresss wehhhhh. stress dengan vendor lagi, stress dengan workload lagi, stress dengan keadaan sekeliling. semua stress lah.


dah. okthxbai.




ehhhh oleh sebab stress, jadi tershopping sokmo.
nah, ambik ni baju raya haji tahun ni!



okthxbai. kali ini betul-betul.


Tuesday, October 5, 2010

why so serious


semenjak berkerjaya baru ni kan (walaupun takdelah baru sangat dah 4 bulan dah), saya dah macam hilang diri saya sendiri. faham tak ayat sastera poyo ni? omputih kata i lost my own self. i wasn't like my old self. i don't know this is the new me or what but i hope it's not. no, bukan saya tak bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan ni, more than grateful i tell you cuma saya dah biasa jadi diri saya yang sebenar depan orang lain. saya sebenarnya seorang yang laid-back kinda person. i don't take things seriously sometimes. i like to have some fun in everything that i do. maksudnya even though the task was kinda serious but i will make it as enjoyable as it can be.

saya ni memang jenis suka gelak. suka ketawa dengan kawan-kawan. so saya suka buat lawak. and bila orang lain buat lawak saya memang nak join gelak sampai sanggup lah berjalan ke tempat mereka supaya saya dapat bergelak ketawa dengan mereka. fyi, tempat duduk saya agak jauh sikit dari mereka yang suka berketawa ni. tapi saya rasa sekejap pun takpelah. asal dapat gelak. i love the happy mood sebab bila mood ok nak buat kerja jadi lebih bersemangat. i need those happy mood to cheer me up everytime i headed to the office.

tapi bila suasana tu tegang, serius jadi saya pun akan berubah menjadi ultraman yang serius. walaupun memang ultraman tu dah serius tak pernah gelak (pernah dengar ke ultraman gelak?) tapi ultraman adalah seoarang yang tidak cool dan tak ceria langsung. at least kalau jadi superman dia boleh lah jugak senyum sikit. samalah seperti keadaan saya. saya tidak mahu menjadi seorang yang serius. tak mahu menjadi some cold hearted person. tapi kadang-kadang keadaan menuntut saya menjadi seorang yang serius. tak percaya? tengok entry ni saja dah tahu saya dah berubah menjadi serius. urghhh. tak best langsung.

but the truth is, i was kinda afraid that i'll turn out to be that way one day.



Sunday, September 19, 2010

sindrom malas bekerja


perhatian perhatian wahai rakyat jelata. dengan ini diumumkan...



cuti hari raya telah ditetapkan pada bermulanya syawal sehingga akhir syawal.

sekian terima kasih.




yang benar,
kerajaan merong mahawangsa



* sindrom teruk si pemalas ini untuk bekerja. dah severe dah ni. kena admit to ward that can cure laziness.

Saturday, September 18, 2010

saya bantah yang arif!


saya bangkang idea nak naikkan tahap umur pencen. bangkang sebangkang bangkangnya! huh, nampak kan betapa saya bangkang ni. best lah pula word bangkang ni. eh ok, ha kenapa lah nak naikkan umur sampai 60 tahun untuk pencen? gila ke apa? tak logik. kesian kat budak-budak lepasan universiti. baik bagi diorang kerja daripada menganggur. i know it's an option tapi cuba bayangkan semua (kecuali saya ye, non ado nak terima 60 tahun tu baik duduk kat rumah buat bisnes design mendesign) terima offer tu, tak ke statistik pengangguran graduan jadi tinggi. pity to those youth!

lagi satu, buat apa lah nak selaraskan dengan singapore, jepun semua tu. tak perlu. singapore lain lah negara kecil jadi rakyat tak ramai. boleh lah kalau diorang nak tetapkan umur pencen 60 tahun. jepun pula, dah memang taraf hidup kat sana super tinggi jadi nak tak nak kena kerja sampai umur 60 tahun nak cari duit.


hah ok, nak gi open house. suka buat ending statement yang tiada kaitan dengan tajuk. jahat budak jahat! (gaya gedik stacy nyanyi yang comel)


Wednesday, September 15, 2010

stress! stress! stress!




arghhhhh takmo balik rumah takmo kerja nak duduk JB je!!!! stress saya bila fikir nak kena kembali kerja minggu depan. tak bestnya. kenapa lah gomen takde bagi cuti sebulan untuk raya? issh kenapalah gomen takde skim pencen awal umur 30 tahun? kalau ada memang saya dah terima dah. tak laratnya nak bekerja dah yang oiii. nak relaks pastu pergi travel all over the world. wah gitu. berangan tak hingat. hehe.



motif entri ini adalah untuk menyatakan saya sudah kembali. gyahaha.



Monday, August 23, 2010

dulu dan sekarang


dulu...

saya nakal. selalu sangat datang lambat ke class. dah tahu lambat tapi jalan terkedek-kedek. lalu lecturer pun mengunci pintu. tak dapat masuk. tak dapat belajar dalam class. tapi takde pun daya nak memujuk lecturer supaya benarkan kami masuk. oleh sebab masing-masing ego cewah lalu oleh kerana merajuk lecturer kunci pintu, kami (geng selalu lewat) pergilah breakfast. kalau takat dalam kawasan kampus boleh terima lagi. ni sebab merajuk nooo siap pergi lari breakfast kedai mamak.


dulu...

saya nakal. oleh kerana tiada parking masa pergi class petang (semua sebab lambat lah kan apa lagi) dah tawaf 7,8 kali masih tiada parking yang kosong lalu kami sebulat suara telah memutuskan untuk pergi melencong ke JJ. curlass kau sebab takde parking je terus ke JJ. lagi sengal siap beritahu lecturer tu pasal kami ke JJ. tapi beritahu pun waktu hujung-hujung sem. nanti tiada markah bonus. oh tidak bisa begitu.


dulu...

saya nakal. masa kat India diorang ada sistem kedatangan yang di installed di setiap PC. setiap pc ada unique key dia. sistem tu hanya akan on bila lecturer masuk. dia on selalu 15 saat je. jadi siapa tak datang boleh tahulah. tapi dah namanya budak IT kan. ada je cara nak kelentongkan sistem tu. oleh sebab satu hari tu saya datang lambat. minta tolong orang depan eh ke orang tepi eh tak ingat dah kau tapi rasa macam najwan, si orang depan yang tolong 'sign' kedatangan tu. macam mana cara dia? semua terima kasih kepada butang 'Shift'.



tapi sekarang?





masih lagi nakal. selalu main tipu waktu kerja. kihkih.



Monday, August 2, 2010

perbualan comel


di suatu ketika, perbincangan mengenai sistem perisian sedang berlangsung dengan jaya dan hangatnya. masing-masing sibuk nak bersuara.

"Sistem ni tak berapa user-friendly!"

"Sepatutnya user kena defined awal-awal!"

"Syarikat sub-kon nak tarik diri dari projek"

"Adakah data dari sistem awak ni boleh integrate dengan sistem yang ada ni?"


Tengah sibuk-sibuk berdiskusi tu kan, sekali tu terdengar suara terngiang, suara merdu yang disayang eh nyanyi lagu bila rindu pula. hehe...sambung ek, sekali tu kan tiba-tiba ada yang bersuara...


...

...

...

...

...

...


"Jumbo gajah biru kat astro ceria la adik!"


pffftt????? masing-masing blur. berpandang sesama sendiri. mencari punca suara tersebut. oh. rupanya seorang doktor sedang menjawab panggilan dari anaknya. comel je rasa.



Friday, July 23, 2010

pencen awal


taip taip padam. taip taip padam. itu je yang saya buat sepuluh minit yang lalu. bukan takde idea. cuma tak reti nak susun ayat. bukan ayat-ayat cinta. ayat penyata. ayat yang ingin menyatakan bahawasanya saya rasa macam nak pencen. wah kau baru berapa bulan kerja dah nak pencen. serius. rasa penat sangat bekerja. tapi sebelum pencen kena cari laki dulu. kang duit pencen habis nak minta kat siapa lagi kan nak beli beg tangan Chanel dan Hermes semua tu. haha. hmm tak faham macam mana orang boleh bekerja sampai umur 60 tahun. kalau saya umur 40 je kalau boleh nak pencen. lepas pencen bukak bisnes cekodok pisang dan cucur udang. meniaga je la tepi jalan. tak laku sedekah kat jiran tapi cakap ada lebih sengaja simpankan sikit untuk dia. senang. sempoi.

kalau ada orang kata kerja gomen ni senang dan boleh relek relek sila tampar bulat-bulat je muka orang tu. itu semua dusta belaka cewah. penat sebenarnya kerja gomen ni. sebenarnya gomen ke swasta ke semua sama je. masih kerja bagai nak rak. masih lagi rasa penat bekerja. yang senang swasta adalah anda tidak terikat dengan segala peraturan. susahnya cuma anda mungkin boleh senang dipecat lalu menanam anggur. senangnya kerja gomen anda akan dapat segala benefits semua gaji dibayar setiap bulan dan kurang sikit risiko dibuang kerja dan pada masa yang sama, melatih diri anda untuk berdisiplin. mana tak nya tipah oiii kang tak berdisiplin kena tindakan tatatertib. kau nak? haha.

eh dah macam tak tahu apa yang nak dinyatakan disini dalam ayat penyata. ok tah mana satu tah ayat penyata tersebut.