Followers

Showing posts with label serius. Show all posts
Showing posts with label serius. Show all posts

Thursday, March 7, 2013

LabbaikAllah Humma Labbaik


assalamualaikum w.b.t dear readers...


Alhamdulillah dengan rezeki yang dikurniakan-NYA, insyaAllah aku akan berangkat ke Madinah dan Mekah untuk mengerjakan umrah pada Jumaat esok. dengan penuh tawadduk, aku ingin memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang perkenalan kita di alam maya ini, aku ada menyinggung perasaan korang dengan penulisan aku (yang kadang-kadang agak kasar) dalam blog ini. ataupun aku ada buat salah silap dengan korang. maafkan insan yang hina ini. segala yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari kekhilafan aku sendiri.

this would be my first time performing umrah. i'm nervous but excited to be HIS guest. plan nak pergi umrah ni timbul pada bulan Syawal yang lepas. mungkin hidayah tu sampai pada bulan tu especially masa bulan Ramadhan yang lepas, aku banyak habiskan masa dengan membaca pasal Kaabah, baik dari segi pembinaan awal kaabah mahupun keajaiban rumah Allah itu. pada masa tu, terdetik hati...."at least sebelum aku mati, aku ingin melihat Kaabah secara depan mata" tapi aku diamkan aja.

then, masa raya tahun lepas entah macamana bila aku suarakan kepada sepupuku yang aku dengan kawan aku dah plan nak melancong ke Ireland pada bulan November 2012, tiba-tiba kakak sepupuku berkata "baik pergi buat umrah sementara ada duit tu, shida" and aku pun macam....ting!!!! "ha a kan, apasal tak terfikir pun pasal umrah ek!"...and masa minggu raya tu jugak, terus aku cakap dengan mak aku, nak ikut dia pergi buat umrah since she already planned to go this year. and i straight away told my friend that i have to canceled our Irish trip sebab nak perform umrah and dia faham. the rest, as they say....is history! :)

so, aku harapkan korang juga mendoakan aku mendapat umrah yang mabrur. doakan juga aku selamat sampai ke sana dan kembali ke tanah air. doakan juga dipermudahkan segalanya disana. i really hope once i've return home, i'll be a better person, a better friend, a better worker, a better daughter and the most important, a better Muslim.

IN SYAA ALLAH.

till then.





LabbaikAllah Humma Labbaik
LabbaikAllah Syarikalaka Labbaik
Innalhamda Wannikmata Lakawalmulk la Syarikalak


(Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah ….) 
(Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah dan tiada sekutu apapun bagi-Mu….)
(Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat..dan kerajaan…hanya kepunyaan-Mu yang tiada sekutu bagi-Mu)



Friday, September 23, 2011

berhenti kerja


(ayat entri ini mungkin agak kasar)


ada sebuah masaelah.

hati aku kuat mengatakan untuk berhenti kerja. aku bosan dengan situasi sekarang. aku bosan bila orang mengadili aku berdasarkan surat. adakah kemampuan menulis surat menjadi kayu ukuran seseorang itu bekerja? adakah kemampuan mengarang ayat surat rasmi menunjukkan seseorang pegawai itu matang dalam kerjanya? bodoh! tak masuk akal! statement 'pegawai tak perlu ambil masa lama untuk deraf surat, sejam dua jam dah boleh siap' adalah paling gampang aku rasa sampai rasa nak lempang orang yang mengeluarkan kata-kata 'bangang' itu!

aku bukannya ambil jurusan penulisan surat rasmi di universiti dulu.

aku rasa amat tidak adil bila seorang pegawai teknologi maklumat (atau apa-apa pegawai teknikal seperti jurutera) diberi markah berdasarkan keupayaannya melakukan tugas-tugas pengurusan. adat. setiap syarikat mesti ada Key Performance Index (KPI) yang digunakan untuk mengukur kualiti performance pekerja masing-masing. lalu pihak atasan menggunakan alasan 'pegawai ini tidak reti buat surat, lambat buat surat' untuk memberi markah yang rendah kepada pegawai tersebut. adilkah?

sedangkan pegawai tersebut sebenarnya dan sepatutnya membuat kerja-kerja yang berkaitan dengan skop kerja dia. yang berkaitan dengan bidang dia. tapi sekarang dia diadili melalui kerja yang bukan skop dia. tersasar jauh dari bidangnya. that's unfair! yes, i know..who says life is fair anyway. tapi tak bermakna something could not be done! 

aku masih muda (yes, i'd like to think under 30 is still young) lagi. aku sepatutnya masih mengasah bakat dalam bidang IT. sepatutnya masih mencari ilmu IT. sepatutnya masih belajar lagi. 2 tahun membuat programming belum cukup untuk memahirkan aku sebagai 'orang IT' walaupun 5 tahun belajar di universiti. nak kata intermediate pun macam jauh saja lagi.

sejujurnya, minda aku tak berkembang kat tempat ni. ilmu IT dan kemahiran yang aku ada walaupun tak banyak, aku rasa tak dapat dimanfaatkan disini. membazirnya aku rasa siap pergi India belajar programming tapi in the end aku stuck behind the desk doing management works. aku tak tahulah orang lain, mungkin ada yang suka buat kerja-kerja pengurusan. aku memang tidak. naluri aku (cewah) hanya pada kerja-kerja teknikal.

ye, mungkin tension bila buat programming. entah kenapa, setension-tension aku buat programming aku tak pernah lagi sampai jatuh sakit. ye, stress saya disini sampai saya sakit. tak tipu punya, doktor kat klinik sendiri yang cakap aku stress sampai effect pada hormon badan siap tumbuh bintik-bintik merah kat tangan. malu cerita tapi itulah yang terjadi. tapi percayalah...lagi tension berhadapan dengan kerja-kerja pengurusan dan orang yang atasan yang banyak songeh ini. serius tak tipu. serius tak tipu. memang sengaja repeat.

jadi disini aku nak menasihati pada mereka-mereka di luar sana yang amat berbakat dalam IT (programming, network etc) di pihak swasta, bergumbiralah! dan sekiranya anda ditawarkan untuk bekerja dengan gomen, usahlah dipersia-siakan bakat yang ada pada anda (dah macam juri AF komen dah aku ni)...bagi aku, bekerja ini kita kena enjoy. whether the surrounding or the work itself. then, baru semangat nak bekerja tu akan datang dengan sendirinya tanpa perlu diseru. bila enjoy, then you will perform at your best self. and you will be one hell of a satisfied worker.

aku memang nak berhenti kerja....tapi...

....macam mana nak pujuk mak ayah supaya mereka dapat memahami kehendak anaknya yang seorang ini? dan lagi satu....kat mana nak cari kerja kosong sekarang ni?


update : sedap plak guna aku dalam entri. rasa macam matang. sejajar dengan peredaran usia. nak guna aku lah untuk entri-entri lepas ni.

Wednesday, August 17, 2011

hilang kawalan



oleh kerana ramai yang terkejut dengan entry marah saya sebelum ini, saya telah buat keputusan untuk mendelete entry tersebut. even kawan-kawan saya pun macam tak percaya je yang saya tulis entry berbaur marah yang maha dahsyat itu. bukanlah saya tak pernah marah. selalunya saya marah saya senyap. tapi ni memang bising habis. statement ummu yang buat saya rasa hmm kasar sungguh bahasa aku..."macam bukan kau yang taip, hantu kau yang taip"....selain tu, sebab hari ni nuzul quran kan. terus saya cool balik. walaupun lepas saya post entry tu, rasa puas sangat-sangat. after awhile, tiba-tiba rasa...woahh giler marah kau ek maria!

then, teringat pulak one of my good friends pernah cakap. "kalau dia nak gila seorang, biar je dia. jangan kita ikut perangai dia. nanti sama-sama gila"...TRUE. saya berkasar dah sama plak macam dia kan. hmm...euwww takmo sama macam dia. tak curlasss...i even promised myself (and pray), sekiranya saya jadi bos, i would never want to be like her.

betullah orang kata kan, bila marah memang boleh hilang semua kawalan.




Tuesday, July 26, 2011

caught in the middle






tak sukanya bila tersepit tengah-tengah di antara dua pihak. especially both sides are someone you could consider as friends. harap-harap janganlah disuruh memilih saya di pihak mana. because i can never do that. choosing side is never easy.








Tuesday, July 12, 2011

mulut jahat

pelik dan jelik bila tengok orang tua yang sepatutnya menunjukkan teladan yang baik dan sepatutnya yang 'lebih makan garam' dari yang muda-muda ni bertindak melulu mengikut emosi! orang tua yang sepatutnya bercakap perkara-perkara baik, ini tidak. bermulut jahat. bermulut celupar. hobi ke suka melaga-lagakan orang ni? hobi ke suka memburuk-burukkan orang? happy ek tengok orang bergaduh, berperang besar ni? you find joy is it when people are arguing? suka ke bila orang bergaduh?

apa? hebat sangat ke orang tua tu tak boleh ditegur? bukannya tegur dengan cara yang kasar, bukannya tegur tengking-tengking. cakap biasa je. terasa? maknanya betullah teguran tu. nak merajuk? burok lah orang tua nak merajuk-merajuk ni. bila terasa, merajuk mulalah nak balas dendam? jadi mulut jahat. mulut memang takde insurans.

serius. tak sangka benda yang banyak ditonton di televisyen, scene makcik A berjoyah dengan makcik B pasal makcik C pernah tegur si A tapi tak dapat diterima lalu si makcik A mulalah cucuk jarum kat makcik B kata makcik C ni selalu kutuk makcik B. sounds familiar? well, scene cliche ni mostly memang ada dalam drama melayu. MOSTLY. scene yang paling dibenci. sebab suka melaga-lagakan orang. tapi tak disangka pada masa umur 26tahun ini, tiba-tiba jadi saksi senario ini.

bahaya sebenarnya orang macam ni. gunting dalam lipatan. sedih bila orang tua berpe'el sebegitu. tapi bila geram tu, geram juga. huh, nama je orang tua. tapi akal takde. sounds harsh? maaflah. bila orang tua tidak menghormati diri sendiri dan famili dia sendiri dan orang disekelilingnya, they don't even deserved my respects. just because he/she is older than me does not mean that i have to bow in respect to them. 

respect is something you have to earn.







Saturday, July 2, 2011

car-less

kereta masuk bengkel, maybe dalam 2-3 minggu baru siap. so, tidak berkereta lah saya untuk beberapa hari. taktau nak jawab apa bila ayah tanya 'nanti nak pergi kerja macam mana? balik macam mana?'

mak pulak cakap 'tak boleh minta tolong kawan ke?'...aigoo kalau ada member duduk dekat sini memang dah minta tolong dah mak oii...

hmmm ada gak terpikir pasal tu tapi malas nak semakkan kepala otak dengan masalah tu. boleh? pukul 11.00 malam hari ahad nanti baru fikir. boleh?


Published with Blogger-droid v1.7.2

Monday, March 7, 2011

animal murderer

tak tahulah kan korang perasan ke tak sejak akhir-akhir banyak noo video penderaan binatang kat facebook. hah, perasan tak perasan tak? yang kes perempuan bunuh anak kucing dengan payung ke apa tah saya tak tengok sampai habis pun video. i think i watched it for like...15seconds. tak sanggup nak tengok. tengok 15 saat pun saya rasa marah sangat-sangat sampai segala kata caci maki carut marut boleh appear macam light bulb (tingg!) kat otak inikan pula nak tengok sampai habis video tu. what happened to the girl ek? heard that she deleted her facebook account sebab people were harassing her fb wall (ceh tahu lah pulak malu masa buat tu tak malu. shial!). and then the issue gotten so big and i heard that now the police pun dah involved. she apologized but boleh ke anak kucing tu hidup balik hahhh??!

lagi satu video. semalam ada orang link satu video kat facebook. tapi odah tak tengok lah video tu sebab tajuk video tu je buat saya nak sepak terajang je. 'Bakar Kucing Hidup-Hidup'. bangsat! tajuk je boleh buat angin satu badan. stupid people. video ni tak pasti kat malaysia ke apa. eh kenapa ni hah nak dera binatang ni. wait, scratch that! kenapa nak BUNUH binatang ni hahhh??!! apa dia buat salah??!! sampai nak pukul dengan payung lah, nak bakar lah. iishhhh marah ni marah ni. kalau orang bunuh anjing ke, arnab ke pun saya akan emo. bukan takat kucing ok.
 

sanggup ek orang bunuh @ bakar kucing yang comel macam ni baby saya ni!



eh terus maki hamun ek. tak perasan. salam 1Malaysia ;p


Wednesday, October 20, 2010

malang tidak berbau


sepanjang hidup saya selama 20 tahun ni (wah kemain takmo tambah 5 tu), hanya 2 kali saya pernah terlibat dalam kemalangan yang orang kata agak teruk lah juga tapi tidak melibatkan kehilangan nyawa.

kali pertama, masa tu nak balik kampus kat perak during diploma. naik kereta dengan maisarah. kereta perdana biru. masa tu saya masih tiada lesen jadi mai je la yang drive walaupun dia ada cakap yang dia agak mengantuk. tapi still boleh drive lagi lah. masa tu hari hujan renyai. di PLUS highway. masa tu kami masing-masing diam takde lah sembang mana pun aleh-aleh tiba-tiba saya rasa kereta berpusing kat tengah highway tu. mai sempatlah pegang saya, 2 kali pusing sebelum hentam divider tepi jalan. habis handphone tercampak ke bawah seat. kiranya kereta tu berhenti secara melintang kat tengah jalan. dan saya nampak bas ekspres sedang berjalan ke arah kami. saya cuak. serius. rasa macam 'matilah aku kalau bas tu laju' tapi alhamdulillah, bas tu perlahan sebab dia elak dari bertembung dengan kami.

kali kedua pula masa degree, nak balik Shah Alam selepas pulang dari rumah saya di Cheras. 5 orang dalam kereta kembara saya. oleh sebab masa tu lepas dinner dan saya agak mengantuk jadi saya pas kunci kereta kat co-pilot saya, ummu. memang ummu je selama ni orang kuat saya. hehe. eh ok serius serius. masa tu macam ummu bawa lajulah jugak (ummu dengan saya lebih kurang, suka bawak laju tapi dia lagi laju hahaha!) lalu kat Federal Highway. masa tu saya nampak kereta depan tengah berhenti sebab tengah jam masa tu tapi hairan sangat kenapa si ummu ni takmo slow tapi saya diamkan. mahu sedapkan hati mungkin jap lagi dia slow. masa tu semua yang dalam kereta senyap je walaupun masing-masing macam hairan juga 'ummu ni tak nampak ke kereta depan tu tengah berhenti apasal tak tekan-tekan brek lagi ni'. sekali tu...BOOMMM!!! langgar Satria kat depan dan Satria tu hentam Honda kat depan (honda ke ek huh tak ingat) terus ummu cakap 'Brek tak makan!!!' sambil menangis. hehe. comel je ummu nangis. yang lain tak nangis pun. masa tu masing-masing agak terkejut dan saya agak lambat nak recover balik dari perasaan terkejut tu. lepas 30 saat pastu baru terasa dada sakit. sebab rentapan dari seat belt tu kan. radiator pecah kooo. terus bahagian depan tu remuk teruk lah gak. temperature dah naik dah. so tersadailah kami betul-betul dengan area Amcorp Mall tu lah. penyebab Federal jam malam tu. mesti kami kena sumpah seranah dengan semua kereta lalu situ. hehe.

semenjak dari kes tu kan, saya lebih berhati hati walaupun masih bawa laju walaupun tak laju sangat dah. sekarang ni paling laju pernah saya bawa pun 120km/j sahaja. perasaan berdebar tu masih ada lagi especially bila orang depan brek mengejut.

dah. tamatlah sudah. padahal sebab sakit perut tak larat nak taip lagi. okthxbai.



Tuesday, October 5, 2010

why so serious


semenjak berkerjaya baru ni kan (walaupun takdelah baru sangat dah 4 bulan dah), saya dah macam hilang diri saya sendiri. faham tak ayat sastera poyo ni? omputih kata i lost my own self. i wasn't like my old self. i don't know this is the new me or what but i hope it's not. no, bukan saya tak bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan ni, more than grateful i tell you cuma saya dah biasa jadi diri saya yang sebenar depan orang lain. saya sebenarnya seorang yang laid-back kinda person. i don't take things seriously sometimes. i like to have some fun in everything that i do. maksudnya even though the task was kinda serious but i will make it as enjoyable as it can be.

saya ni memang jenis suka gelak. suka ketawa dengan kawan-kawan. so saya suka buat lawak. and bila orang lain buat lawak saya memang nak join gelak sampai sanggup lah berjalan ke tempat mereka supaya saya dapat bergelak ketawa dengan mereka. fyi, tempat duduk saya agak jauh sikit dari mereka yang suka berketawa ni. tapi saya rasa sekejap pun takpelah. asal dapat gelak. i love the happy mood sebab bila mood ok nak buat kerja jadi lebih bersemangat. i need those happy mood to cheer me up everytime i headed to the office.

tapi bila suasana tu tegang, serius jadi saya pun akan berubah menjadi ultraman yang serius. walaupun memang ultraman tu dah serius tak pernah gelak (pernah dengar ke ultraman gelak?) tapi ultraman adalah seoarang yang tidak cool dan tak ceria langsung. at least kalau jadi superman dia boleh lah jugak senyum sikit. samalah seperti keadaan saya. saya tidak mahu menjadi seorang yang serius. tak mahu menjadi some cold hearted person. tapi kadang-kadang keadaan menuntut saya menjadi seorang yang serius. tak percaya? tengok entry ni saja dah tahu saya dah berubah menjadi serius. urghhh. tak best langsung.

but the truth is, i was kinda afraid that i'll turn out to be that way one day.



Tuesday, September 7, 2010

nan desu ka?


nak kata saya emo. takdelah sangat. cuma...cuma rasa sedih dan nak tergelak tengok orang tak bertamadun emo terlebih baling taik siap nak rempuh nak ganyang bagai tapi tak sedar diri eh pathetic gila. tak sedar dek untung pun ada. tak sedar ke mereka memalukan negara sendiri? tak sedar ke? tak ke mereka rasa lebih baik bakar lemang dari bakar bendera? at least bakar lemang kenyang lah juga.

eh ke mereka tak makan lemang? haha. ok, bakar...bakar roti. sedap juga tu dibuat sahur. buh kaya. cicah nescafe pun cantik gak. kenyang siot.


ps : tajuk macam tak mencerminkan cerita kan. hehe. saja. ha jangan marah-marah ni nak raya. maaplah ye. ;)

Monday, August 30, 2010

video malaikat turun ke ka'abah


saya rasa mungkin ramai dah tengok video orang post kat wall facebook pasal yang malaikat turun kat ka'abah tu kan. termasuklah saya. first time tengok macam berdetik gak kat hati ni 'betul ke bentuk malaikat macam tu?' saya tahu malaikat memang ada sayap seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran sendiri. jadi bila lihat video tu and terang-terangan nampak sayap agak saspen juga. ye la siap diorang tunjuk laluan dia turun dan naik. siapa lah tak terkejut dan terkesima kan...tapi hati ni masih ragu-ragu betul ke? boleh percaya ke video tu?

aleh aleh tengok lah satu video yang memperbetulkan semula video malaikat turun tu. kira dia point out all the flaws in the video. bila tengok video tu kan saya rasa macam 'ha a ek! kenapa letak still photo? tak letak dalam video juga?' and also mula-mula tiada kain putih kat ka'abah masa dalam video tapi tetiba ada pula kain putih tu masa still photo. orang yang record tu macam tahu malaikat akan turun. sekejap dia kat bas, sekejap dia dah dalam area ka'abah. hmm boleh menimbulkan tanda tanya.

i'm not saying that that video is fake or not, sebab kita pun tak tahu kebenarannya kan. tapi in the end, i feel like what's more important to me is that i believe in their existence. samalah macam udara. kita tak nampak udara kan? tapi kita tahu udara ada. sebab kita masih boleh bernafas. lagipun malaikat boleh menjelma dalam pelbagai bentuk kan. rasanya tidak perlulah kita jenuh memikirkan macam mana rupa malaikat sampai menyebarkan video kepada orang ramai.

it's what you believe in your heart that matters.



ps : oh ye memang saya tak link kan video tersebut. sebab takmo terlibat dalam sebarang sebaran yang belum pasti kesahihannya. nak tengok cari sendiri ye. tapi saya rasa tak payah kot tengok. sebab saya rasa mungkin akan menimbulkan syak wasangka. tu pendapat saya lah.