Followers

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, March 25, 2013

Umrah 2013


Assalam dear readers,

I just got back from performing Umrah on last Wednesday (20th of March 2013) after almost two weeks in the Holy Cities. 5 days in Madinah and 8 days in Makkah. Alhamdulillah, syukran Ya Rabb kerana berikan aku kesempatan untuk jejakkan kaki ke Kota Madinah dan Kota Mekah pada usia muda. the feeling of having to see The Holy Kaabah betul-betul depan mata sungguh mengagumkan. rasa macam tak percaya. rasa macam tak berkelip mata tengok Kaabah. kalau boleh, nak Kaabah tu sentiasa depan mata. and also, having to stepped on the same ground as our Prophet Muhammad S.A.W is just...indescribable. perasaannya bukan boleh diceritakan melalui kata-kata. orang kata you have to see it to believe it. 

dan aku sudah berjanji dengan diri aku untuk tidak menceritakan pasal ibadah aku di blog. cerita-cerita seperti berapa kali buat umrah, dapat cium hajarul aswad atau tak, dapat solat di Hijir Ismail or dapat solat bawah pancuran emas so on so forth adalah terlalu peribadi untuk diceritakan pada umum (unless if you are in my circle of close friends ;p). lagipun, dah namanya ibadah kan. ibadah kan antara kita dah Allah. dan juga, nak elak dari riak. jangan salah faham, aku tak cakap orang lain yang ceritakan pengalaman dorang dalam blog dorang tu riak. itu hak masing-masing untuk bercerita. cuma aku taknak AKU yang riak bila bercerita nanti. jadi, aku hanya akan berkongsi gambar dengan korang. dan sedikit catatan pasal kisah-kisah sejarah just to refresh your memories.... :)

1) Masjid Nabawi di Madinah


Satu solat di dalamnya menyamai dengan seribu solat. Terdapat di dalamnya Kawasan Raudhah (satu dari taman Syurga) dan Maqam Rasulullah SAW bersama dua orang sahabatnya Saidina Abu Bakar Al-Siddiq dan Saidina Umar Al Khattab. Untuk jemaah wanita, lawatan ke Raudhah dan Makan Rasulullah adalah dari jam 7 - 10 pagi dan selepas solat isyak, sekitar jam 8.00 - 12.00 malam. Masjid Nabawi ni memang cantik. senibinanya memang mengagumkan. Madinah is a bit modern as compared to Makkah. 


2) Masjid Quba'


Adalah masjid yang julung-julung dibina oleh tangan Nabi Muhammad SAW dan ia disebut dalam kitab suci Al-Quran dengan nama Masjid At-Taqwa. Keistimewaan Masjid Quba' ini pernah dinyatakan oleh Rasulullah SAW sendiri..."Barang siapa telah berwuduk di rumahnya kemudian ia berkunjung ke Masjid Quba', lalu ia mengerjakan solat 2 rakaat maka ia akan mendapat pahala seperti mengerjakan umrah"

Setiap hari sabtu Rasulullah SAW akan pergi melaksanakan solat sunat dua rakaat atas tujuan untuk mendapatkan pahala satu ibadat Umrah.



3) Masjid Qiblatain

Masjid ini biasanya dikenali dengan masjid dua kiblat. pada permulaan Islam, orang ramai melakukan solat dengan mengadap ke arah Baitul Muqaddis. Pada hari Isnin dalam bulan Rejab tahun ke 2 Hijrah, ketika Rasulullah SAW mengerjakan solat Zuhur di Masjid Bani Salamah, diwahyukanlah ayat yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami sering melihat wajahmu mengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke qiblat yang kamu sukai. Palingkanlah wajahmu ke arah Masjid Al Haram. Dan di mana kamu saja berada, palingkanlah wajahmu ke arahnya." (Al-Baqarah: 144)

Sewaktu mengerjakan solat Zuhur itu, mula-mula Rasulullah SAW mengadap ke arah Masjid Al-Aqsa tetapi setelah turun ayat tersebut, baginda menghentikan sementara kemudian meneruskan solat dengan memindahkan arah menuju ke Masjidil Haram. dengan kejadian inilah, akhirnya masjid ini diberi nama Masjid Qiblatain yang bermaksud Masjid Dua Kiblat. ok sini aku tambah, menurut mutawwif kumpulan kami, semasa Rasulullah hendak memaling ke arah Kaabah, Rasulullah tak terus paling tau. kalau baginda terus paling, baginda akan menghadap makmumnya sebab Masjid Al-Aqsa di belah Timur dan Masjidil Haram di belah Barat. kalau dia berpaling terus maka solat terbatallah kan sebab imam facing makmum. so what Rasulullah did was he moved slowly like he was performing a Tawaf. makmum belakang pun ikut Rasulullah sampailah Rasulullah berhenti dan mengadap qiblat yang baru.

*unfortunately, i don't have the photo of the mosque sebab bas tak berhenti, sekadar lalu sahaja.  korang boleh google kalau nak tengok gambar masjid ini huhuhu...



4) Jabal Uhud

Perang Uhud berlaku pada hari Sabtu, 15 Syawal tahun ke-3 hijrah. Sebab terjadinya peperangan ini, pihak Quraisy ingin menuntut bela terhadap kekalahan mereka dalam Perang Badar. Mereka membuat persiapan sehingga mereka benar-benar bersedia untuk memerangi Rasulullah SAW di Madinah. Mereka keluar dalam angkatan tentera seramai 3,000 pejuang. Rasulullah telah membuat strategi untuk meletakkan 50 pemanah di atas bukit dan mereka semua diarahkan untuk tidak meninggalkan bukit pemanah tersebut walau apa keadaan sekalipun kecuali atas arahan Baginda Rasul. Namun begitu, apabila melihat tentera Quraisy lari meninggalkan medan perang, pemanah-pemanah tersebut telah melanggar arahan Rasulullah dengan menuruni bukit tersebut untuk merampas harta rampasan perang. Khalid Al-Walid (ketua tentera berkuda Quraisy sebelum beliau memeluk Islam) yang melihat keadaan tersebut bertindak balas dengan mengelilingi bukit tersebut dan serang hendap dari belakang bukit. 

Disinilah terbunuhnya bapa saudara Rasulullah, Saidina Hamzah Bin Abdul Mutalib yang dibunuh oleh seorang hamba, Wahsyi dengan membaling lembing dan mengena tulang rusuk Saidina Hamzah. Selepas peperangan, hati Saidina Hamzah telah direntap keluar dan dikunyah oleh Hindun namun diluahkan semula selepas tidak dapat ditelan. peristiwa ini disaksikan sendiri oleh Rasulullah dan baginda teramat sedih melihat jasad bapa saudaranya dilakukan sedemikian rupa. setelah Hindun dan Wahsyi memeluk Islam, mereka berdua dimaafkan oleh Rasulullah namun baginda berpesan supaya mereka tidak menunjukkan wajah mereka dihadapannya sehinggalah baginda wafat. 

inilah bukit yang menempatkan 50 pemanah. ignore the stalls ya ;)

5) Masjidil Haram

This one needs no introduction. Masjid tertua di dunia. Tempat terletaknya Kaabah, qiblat seluruh umat Islam. Pahala satu solat di Masjidil Haram adalah menyamai dengan seratus ribu pahala solat di tempat lain. 100,000 PAHALA. SubhanAllah. Doa-doa di Kaabah akan dimakbulkan Allah SWT. 

Ada riwayat yang menyatakan bahawa Allah telah menjadikan tapak Kaabah yang disokong dengan empat tiang 2000 tahun sebelum Allah mencipta dunia ini lagi. Di setiap tujuh langit ada rumah Allah tempat para malaikat beribadat padaNya dan pada langit ke tujuh nama rumah Allah itu adalah Baitul Makmur. Rasulullah bersabda "Baitul Makmur adalah masjid yang berada di langit dan betul-betul di atas Kaabah. Seandainya ia jatuh, maka ia akan menghempap Kaabah". Ia dikatakan selari dengan kedudukan Arasy di langit. kalau nak tau sejarah selanjutnya, bolehlah korang baca di sini.

i missed life here. makan, tidur dan beribadah. that's all. i don't think about anything else.

6) Jabal Rahmah

rasanya tak perlu diperkenalkan lagi dah. tempat pertemuan semula Nabi Adam & Hawa setelah ratusan tahun mereka terpisah selepas diturunkan ke bumi oleh Allah akibat melakukan kesalahan memakan buah khuldi yang terlarang di Syurga. Jabal Rahmah ni terletak di Padang Arafah. berdasarkan ahli sejarah, Nabi Adam telah diturunkan di kawasan India manakala Hawa pula telah diturunkan di Iraq. setelah mencari beratus-ratus tahun, akhirnya di atas bukit inilah mereka bertemu. mostly orang kata panjatlah Jabal Rahmah ni then kat atas tu berdoa supaya diberikan jodoh. tak salah nak berdoa tapi mestilah facing Qiblat. janganlah pulak korang berdoa tapi facing monumen kat atas bukit tu. lagi satu, toksahlah pulak korang tulis nama boyfriend korang on the monument. syirik namanya. so far aku tengok, takde orang Malaysia yang buat macam tu. Alhamdulillah. tapikan sebenarnya, nak makbul doa diberi jodoh oleh Allah lebih AFDAL di Masjidil Haram, depan Kaabah. tapi itu bagi aku lah. tak salah pun nak doa kat sini. aku pun doa kat sini, mengadap ke arah Qiblat.

pemandangan dari atas Jabal Rahmah

pada yang nak tahulah kan, aku buat umrah ni through Felda Travel punya pakej. quite affordable buat aku yang bergaji tak lebih RM3k ni. aku ambil 3 orang sebilik so harga dia lebih kurang dalam RM5600-5700 gitu. and Alhamdulillah, hotel yang kitorang duduk quite near to the mosques, both in Madinah and in Makkah. dan mutawwif kami, Ustaz Achmad Qosim pelajar Indonesia yang study di Makkah pun amatlah daebak! heehee...aku hampir tersuka mutawwif kitorang tapi bila dapat tahu umur dia 24 tahun, terus tak jadi ececeh. muda tapi sangat petah bercakap. aku kalau orang-orang alim memang senang nak tersuka. siap add facebook ok cewah walaweh...eh apesal lak aku cerita pasal mutawwif kami ni? ;p


last but not least, pada korang yang ada rezeki lebih memang aku amat cadangkan korang pergi tunaikan umrah dikala masih muda. aku amat syorkan. kalau korang ada kelapangan, pergilah lama sikit. aku pergi dalam 14 hari pun rasa tak puas. ada jiran aku amik pakej yang 24 hari, 15 hari di Makkah & 9 hari di Madinah. best sangat. nak kumpul cutilah supaya boleh pergi lama-lama next time.

till then, wassalam...




Monday, August 27, 2012

green raya day


ANNYEONG NAE CHINGU YAHH!!!
(translate : hello my friends)
seperti biasa, kesesalan timbul sebab tak ambil cuti 4 hari minggu ni. kalau tak tentu dah berjimba relax kat rumah. lagipun macam best je kan, amik cuti 7 hari untuk raya tapi dapat 2 minggu. naik balik kerja september nanti. pergh. memang heaven kalau buat macam tu. kenapalah aku tak terfikir masa nak mohon cuti aritu..... (T_____T)

as told in my previous post, tahun ni tema warna adalah hijau terang. tak sangka plak sama tema dengan famili abang chik, cuma tona warna je berbeza. they went for hijau lumut. seperti biasa, tahun ni beraya kat johor bahru. tiap-tiap tahun memang akan balik JB lah. pernah ke tak balik. cuma tahun ni, we went back earlier. balik lepas last terawikh jumaat sebelum raya tu. selalunya previous years, weols celebrate raya kat KL dulu sebab masa tu arwah nenek belah ayah masih ada. tahun ni suram sikit sebab i have no grandparents left. tsk tsk. but nevertheless, life has to go on kan. 



first day raya, macam biasa ada laksa johor. mak den buat. sodap sangat. and kat rumah makcik buat ketupat, rendang, serunding, kuah lodeh segala bagai lah. huh penat je lost 4 kilos during ramadhan tapi masuk je syawal makan macam tak hingat dunia. bila ramadhan boleh plak kan tahan lapar. oh ye, raya tahun ni agak sederhana sebab tak pergi beraya sangat. boleh? haha. lepak lepak dengan cousins je. walaupun sederhana tetap meriah sebab tahun ni takde 'drama swasta' dah like last year. ahh history history. toksah dikenang dah. well, aku masih lagi dapat duit raya tahun ni. wah wah walaupun lima ringgit, i suka sangattt...nampak tak betapa i tak dimamah usia, orang masih ingat aku belajar lagi....*tddmka*


here i am wearing a green tudung bawal on the fourth day. yes, tudung bawal. aku yang memang seorang pemalas nak gosok baju telah membeli tudung bawal. satu keajaiban *tddmka* tapi masa aku pakai ni, aku tak gosok pun. haha.ok, motif aku tepek gambar aku yang control ayu gila vavi ni sebab nak kepohchi beritahu yang aku beli tudung bawal hijau tu kat Jalan TAR dengan harga.............................................wait, for it..........enam hinggit jeeeeerrr uols. iye. murah je tudung tu. tapi aku pakai style shawl lah. tepek brooch kt tepi telinga. oh ye, tudung tu aku ambik kat tempat yang dorang longgok-longgok je. mak jemah memang tak kesah sangat tudung murah-murah ni asalkan ok dan cun.


footnote : second day of raya, aku pergi ke JPO. boleh? hahaha...dah takde keje lain kan. dats why takde gambar raya kedua untuk entri ni ;) raya ketiga plak aku pakai jubah hitam je. jubah yang aku pergi kerja. kehkeh. sebab malas nak berlawa-lawa. ewah...


Monday, July 9, 2012

a very long week



last week was such a long week for me. well, sebenarnya minggu sebelum tu dah busy dah. busy berholiday. hee. geng bandung (plus my little haris) bercuti di cherating. seems like kena tukar nama ni, jadi geng cherating. hehe. the trip has been planned for quite sometime. we left kl for cherating on the 28th of June. the day of dd's birthday! trip ni is just for the sake of nak rehat-rehat and nak makan besar after the hard days at work. yup, we spent most of our time either EATING or pura-pura swimming in the pool. haha. sebenarnya rasa best sangat bila bercuti pada hari weekdays ni. boleh conquer pool to sorang-sorang. gila kuasa.

muka bosan haris dan ahjumma dalam kereta. 
on our way to cherating. mesti haris berfikir 'are we there yet?' haha.

we were at cherating for 3 days 2 nights. we also went to Turtle Sanctuary in Cherating. very educational trip i should say cewah. sebenarnya nak tunjuk kat haris sekali tu haris tidur daa. tinggallah dd dan haris di dalam kereta. yang lain pergi tengok penyu.


oh ye, lupa nak mention yang me and dd stayed at Holiday Villa. rosa, on the other hand, stayed in Legend Hotel. padahal hotel nya sebelah-belah je. siap weols pergi mandi kat pool Legend the following day. boleh? ceroboh tempat. lalu pantai je. haha. tapi kami tak mandi laut pun. mandi pool jerrr. pantai kami pergi lepak-lepak je. minum-minum. ambil angin. snap snap gambo. tu je lah keje weols. ate, kata relaxing holiday kan. heh. oh ye, kitorang pergi gak Teluk Cempedak. itupun sebab tak tahu dah nak makan katne dah. motip stress cari tempat makan? soalan yang selalu susah nak bagi jawapan..."nak makan katne?" aihhh...




MS Seafood Restaurant
seafood kat cherating ni memang best. sampai shaheizy sam pun makan sana. curlass nak jugak mention nama artis tewww. haha. so here are the list of restaurants that we went to. which includes a kopitiam in Kemaman, where we had our breakfast on the last day of the trip.

- Warung Awang Ikan Bakar, Cherating : sotong goreng adalah super sedap. ikan bakar bolehlah.
- MS Seafood Restaurant. Cherating : sedapnya ikan!!!! melantak kerang bakar kat sini.
- Haipeng Kopitiam, Kemaman : the roti kaya is daebak! boleh bawa running man cast makan sini (motip?)
- Warung Pok Su Mok Su di Kuantan : sata yang paling sedap pernah rasa!!
- Intan Seafood Restaurant, Cherating Beach : yang ni pergi minum je sambil lepak-lepak di tepian pantai dengan deruan angin yang sepoi-sepoi bahasa.
- Keropok Lekor Cap Kren II, Cherating : lepak petang-petang makan kopok lekor. beli sampai 10 hinggit. habis gak tu. haha.
- Teratak Simple, Kemaman : breakfast kat sini. Nasi dagang loh kan apa lagi. hehe.





oh ye, i turned 27 on the last day of our trip which was on the 30th of June. trip ni macam celebrate birthday dd and me sekaligus. it's kinda nice to have your birthday outside the town. cewah. tapi dalam seronok-ronok tu, tak sangka rupanya Allah nak mengambil sesuatu dariku. betullahkan orang kata, jangan suka sangat, nanti satgi menangis kemudian hari.

on the 1st of July, my dearly beloved grandmother passed away in the afternoon. i was so thankful that i got back a day before her passing. sempat salam dengan nenek. saw the tears coming out from her eyes when we recited Surah Yasin during her final moments. i was also glad because we were all there during her final moments. she was the only grandmother i had since i have lost another grandmother whom i clearly loved few years back. she was really sick for quite a long time. i was sad, clearly but i still managed to control the tears until when they called for all the relatives to give one last final goodbye to our grandmother. masa tu, Ya Allah, seribu macam rasa yang aku rasa. sebak, sedih, syahdu, airmata dah tak dapat tahan lagi dah. i think that was when i feel like reality checked in. sebab when my cousin who works as nurse checked her pulse, he was quite sure yang nadinya dah takde. but i was still in denial. sebab macam nampak nafas dia turun naik. dalam hati, ada terdetik..."eh, macam masih bernafas je" but i keep it to myself lah kan. masa doktor datang untuk sahkan kematian pun, aku masih kurang perasaan sedih tu. tapi bila nak cium nenek tu lah, tak tertahan dah airmata.

DARI ALLAH KITA DATANG DAN KEPADA ALLAH KITA KEMBALI

Al-Fatihah




Wednesday, January 18, 2012

trip to paris



well well...masa kat KL lagi sebenarnya dah plan nak pergi Paris from London. sebab dah alang-alang kan. a friend of mine in Manchester did adviced me to book the train earlier like few weeks before the trip. tapi oleh sebab asyik bertangguh je nak book tu kan, last-last tak book lah. sekali tu, masa third day tu we all went to King's Cross Station nak survey tiket ke Paris. bila cakap pasal King's Cross Station ni kan, terus teringat cerita Harry Potter. terus aku ni obermakdatuk nak cari lokasi yang dorang shooting tu kan. tapi...adeh, aku lak tak ingat kat area mana sebab semua platform nampak sama je. siusiusiu. semangat tak hingat.

Tiba-tiba ada mat saleh belakang menyibuk.


anyway, back to the topic. kitorang survey-survey tu konon nak pergi keesokan harinya lah kan. so dari King's Cross tuh weols jalan pergi ke St.Pancras International Station sebab kalau interntional train ticket beli kat situ. then, survey punya survey punya survey, hah hambik koooo!! 8 orang = RM10,000. ye...bersamaan dengan SEPULUH RIBU RINGGIT MALAYSIA. mak datuk!!! terbeliak mata masing-masing masa tu. kihkihkih! mungkin takde rezeki kitorang nak ke Paris. maybe next time. adalah tu kan hikmahnya.

next, macam biasa. lapar. hahah. masa tu dah pukul 11 lebih dah. we had our lunch first before proceeding ke Harrods and Bond Street. since we found a pakistani halal kebab restaurant near King's Cross terus kitorang makan besar. wahhhh. happynya dapat makan. sedap pun sedap.

lamb kebab. totally delicious!

perut dah kenyang, menapak lah weols ke Harrods. Harrods ni terletak kat area Knightsbridge Station. the well known Harrods. tapi apa pasal tah aku tak excited pun ke sini. mungkin sebab mahal jugak kot even though sale. rasa macam belum layak lagi nak membeli belah kat sini. kihkih. lagipun aku takde benda dah nak cari. kiranya sekarang duit aku khas untuk berjalan-jalan and beli souvenir. tak habis pun jalan satu building Harrods tu sebab adeh, penat seh. aku banyak relaks relaks je. mak nak cari Ferragamo tapi quality kat Harrods tu tak best. baiklah pergi Bond Street.

Bond Street ni is where all the high fashion stores are located. Chanel, Louis Vuitton, Alexander McQueen just to name a few, semua ada kat sini. kat sini ada store yang kena beratur. macam LV tu. oleh sebab aku ni bukanlah peminat LV jadi tak singgah pun. i'm a fan of Chanel. tapi sebab kitorang jalan tu macam dah petang, banyak kedai yang tutup. macam Chanel and Tiffany & Co. tutup dah. kitorang pun menyusur lah sepanjang jalan tu. masuk kedai keluar kedai. masuk kedai keluar kedai. sebab mak nak cari beg. and kasut. aku? try je kasut tapi tak beli pun. and by the way, dorang sale kat sini gila-gila lah. barang-barang yang beribu riban jual kat malaysia tu, boleh dapat hundreds je kat sini. and aku nak masuk kedai pun tak takut. masuk Coach. Ferragamo. Anya Hindmarch. ni kalau kat KLCC ni mau aku kena tenung dari atas sampai bawah.


and we got ahmazinggg treatment from the salesperson in Coach & Ferragamo. i totally loved the people from Coach. sebab dia treat macam wah bestnya. aku dah bukak boot dah kat sana sebab sakit kaki. and gatal nak main karpet kat situ. faux fur pun tak kesah janji kakiku lega. lama gila rehat kat Coach. kat Ferragamo lak, even though kat Ferragamo giler babeng ramai orang tapi sebab sales girl dia cakap dengan rendah diri terus rasa wahh bagusnya awak siusiusiu. bersepah kedai uols dengan kasut sana sini. and mostly yang shopping kat situ tourists from Korea & China. terselit weols orang Malaysia shopping kat situ. yang ni aku duduk sesaje lah sebab yang nak belinya emak kan, bukan anak-anaknya pun.

setel kat Bond Street, kami pergi beli souvenirs pulak. one of the famous souvenirs stores is Cool Britannia kat Piccadilly Circus. walaupun faymes tapi aku rasa dia mahal. sebab lepas kitorang dah beli kat situ kan, we went to another shop, Fancy That Of London yang much much more cheaper. so kalau korang ada kesempatan pergi London, nak beli souvenir belilah kat kedai Fancy tu. dia banyak cawangan kot rasanya. cuma aku rasa kalau korang nak beli t-shirt tu berbaloilah kot kalau beli kat Cool Britannia tu sebab dia banyak choice.

borong souvenirs

so, that's it. my third or was it fourth day? hmmm dah tak ingat dah. haha.




......next entry : bicester village



Tuesday, January 17, 2012

boxing day!!




26hb pagi tu aku dah jaga awal dah. dalam pukul 4 pagi. sebab dah tak boleh nak tidur dah. tunggu yang lain bangun. kira after breakfast everything bersiap semua bagai, terus out we go to Oxford Street for some boxing day shopping! tapi masa tu, tube still strike lagi. but dorang tahu kan orang nak gi shopping so what they did was they provide replacement bus from certain area untuk pergi ke Oxford Street.

Ayuh! Mari bershopping!! *muka masing-masing excited*

kitorang sampai kat Oxford Street tu lambat gak sebenarnya. dalam pukul 10 baru sampai. terus gi makan (makan lagi!) kat McD. macam biasa, order filet o fish je dengan coffee. one tip lah kan kalau korang pergi shopping kat London. kalau nak pergi toilet, pergi masuk McD! haha. that's what we did. sebab dalam shopping mall ramai noo orang sampai nak cari toilet pun susah. ok, once we filled our growling stomachs, time to do the most important thing....shopping!! well, orang kata masa boxing day ni nak masuk shopping mall siap kena beratur dulu macam dalam cerita Confessions of A Shopaholic tu kan. tapi aku tengok takde lah sangat kot. ada a few je macam Selfridges, tu memang kena beratur dari luar. 

kat Oxford Street tu rasa macam arghhh ramainya orangggg...our first pitstop was Primark. OMG. everything here is cheap wa cakap lu! i feel like macam nak grab everything! tapi tak buat pun. siusiusiu. bila macam ni baru sedar sebenarnya iols ni bukanlah penshopper yang tegar. why? sebab walaupun murah bagai nak rak, i only bought few pants and a couple of shirts. tak tahu kenapa. maybe sebab dalam fikiran dah target nak shopping kat Dorothy Perkins. so i spent around 50 pound sterling je kat Primark tu. ceh 50 kalau darab 5 pun nak dekat RM250 gak kan. haha. kalau kat Malaysia, berpuluh kali kot aku akan pikir sebelum spend RM250 kat satu kedai je kan. hikhik.

this is how oxford street looks like on boxing day. ramai nooo foreigners.

so, bila sampai kat Dorothy Perkins, aku borong winter jacket. and a blouse. terus tukar jacket tang-tang tu jugak. tak sabar kan aku ni? haha. habis lebih kurang 50 pound jugak. and then, we went to Selfridges. Selfridges ni macam lebih kurang Harrods lah tapi lagi murah lah kan dari Harrods. tapi murah-murah pun aku tetap tak mampu nak beli barang dalam tu. haha. branded items mostly lah yang dijual dalam Selfridges ni. oleh sebab ramai sangat orang dalam tu, aku macam takde mood sangat nak shopping dalam tu. nak cari tempat duduk adalah. haha. oh ye, baru aku perasan sesuatu. shopping mall kat london ni takde macam seat untuk orang duduk kalau dah penat shopping macam kat malaysia ni.

anyway, nak cerita something. masa kitorang shopping kat H&M store kan rupanya ada crime yang berlaku. quite close to the area that we were in at that time. ada kes bunuh yang gangster-gangster ni lah. dekat dalam kedai Foot Locker. masa tu ingatkan macam kes rompak biasa je sebab dah perasan dah bunyi siren polis banyak kali. wah terus rasa dahsyatnya london ni! siap berbunuh-bunuh masa boxing day. something yang unlikely to happened in malaysia kan. if you guys wanna read what happened back there, you can go to this link. anyway sambung cerita, bila kitorang nak sambung jalan tu kan, section tu ditutup. orang awam tak boleh lalu. but i did saw a few blood spots lah in front of the shop. tapi takdelah nak snap photo kan. tak koser aku sibuk amik gambar blood drops gangster ni. tapi seriously, aku terasa macam dalam CSI je. hikhik.



at Oxford Street & Piccadilly Circus


all in all, we shopped for 8 hours straight. gila kan. rasa macam nak tercabut dah kaki. dari Oxford Street kitorang jalan sampai lah ke Trafalgar Square. masa tu dah pukul 6 petang dah waktu london (2 pagi waktu malaysia). tapi dah gelap. winter kan. penat bagai nak rak. aku macam heran macam mana minah-minah saleh ni boleh pakai heels berjalan. aku ni terasa macam nak pakai flip flop je kalau tak pikirkan sejuk. selipar jepun pun lebih selesa. huhu. balik-balik rumah tu lapar ko. tapi malas nak masak (pernah ke aku rajin masak? haha!) kitorang makan maggi je. and then, discussed where to go the next day and nak survey trip to Paris. hari kedua ni aku dah tak jetlag. sepanjang 8 jam tu tak rasa ngantuk langsung.




.....next up : trip to Paris....


Monday, January 16, 2012

first day in london


ok. kita sambung cerita.

well, masa kitorang arrived kan christmas day kan. nak dijadikan cerita, on that day tube & bas dorang on strike sampai 26hb, boxing day. so basically, memang takde transport lah kecuali taxi. taxi pulak memang ler mahal kat sana. bayangkan dari airport nak ke rumah tu tambang taxi yang kitorang kene dalam 90 pound sterling. kira dalam RM450. gila! dah boleh dapat satu blackberry curve kat lowyat dah ko. tapi sebab bukan duit aku kan, jadi tak kesah sangat. haha. statement kejam. oh ye, by the way sebenarnya trip ni my cousin and her family (3 orang) ikut sekali. last minute. seminggu before depart, baru dorang kata nak ikut sekali. ok lah kan. the more the merrier. diorang pergi saing dengan my parents cuma different flight je. dorang naik Emirates.

the house that we lived in

first day tu tak pergi mana sangat. kitorang jalan-jalan dekat area rumah tu je. lagipun the house that we lived in tu was quite near the thames river path. so memang cantik lah pemandangan kat situ. oh lupa nak beritahu, the house was situated in Cahir Street dalam area Canary Wharf. so berjalanlah kami sampai dah tak ingat dah nama kawasan yang kitorang jalan tu. and lama jugak kitorang jalan-jalan. dari tepi sungai sampai lah terjumpa satu kedai runcit. pastu terus rasa excited nak masak. wahhh. lagi-lagi bila ada jual sosej halal. ok terus decide nak masak nasi goreng malam tu. beli cili api banyak-banyak sebab nak panaskan badan. beli beras, telur and spaghetti. kira cukup lah untuk seminggu.


so malam tu, bertungkus lumus lah weols memasak nasi goreng. tapi sebab tak cukup bahan kan, main suka suki hati je buat resipi sendiri. buh serbuk kari macam-macam lah. jadi nasi goreng kari. curlass kan. kat malaysia pun aku tak pernah buat nasi goreng kari. tapi yang penting, sedap. dan habis. malam tu, kami adik beradik tidur awal. sebab still jetlag kan. dalam pukul 8 malam dah tidur sebab kat malaysia dah pukul 4 pagi. yang lain tu sebab dah lama, so dah get used to the time difference. ala lagipun, nak kumpul tenaga nak shoppping sakan on the following day, boxing day! woohoo....




.......the next entry : boxing day!




Tuesday, January 10, 2012

the travelling day




and so, the day has come. on the 24th December tu kan, bergeraklah kami adik-beradik ke airport. minta tolong officemate hantarkan. terima kasih banyak-banyak. flight kitorang pukul 11.45malam. betul-betul christmas eve orang kata. lepak lah kami makan dinner 3 orang kat KLIA tu. terasa macam berdikari sangat. rasa macam wahh dah besar, dah boleh travel sendiri *pat our shoulders*...flight to Amsterdam makan masa dalam 13 jam kot lebih kurang. so we arrived at Amsterdam pukul 5.30 pagi 25 Disember (waktu sana). eh lupa nak cakap yang flight KLM ke London ni, memang kena naik 2 flight. mula-mula ke Amsterdam, then tukar flight naik pulak ke London. bukan transit ye. transit is like you naik the same flight cuma ada 2 destination lah on that flight. 

camwhoring clan

flight ke London lak pukul 10.20 pagi (waktu amsterdam). kira 4 jam duk tunggu melangut. kenapa weols amik flight lewat sikit? kenapa tak amik flight pukul 8 pagi ke? well, sebab ayah takut flight yang dari KL tu delay ke apa ke kan, nanti kelam kabut lak nak cari gate mana sume. so just to be safe, we booked the later flight. biarlah tenang sikit kan. walaupun 4 jam. hehe. nasib baik ada starbucks yang bukak kat Schiphol Airport tu pagi-pagi. breakfast lah kami 3 beradik dengan croissant. nak shopping, duit euro tak banyak tukar. duit euro tu cukup-cukup untuk breakfast. hehe. lepas breakfast, jalan-jalan ambil gambar. not much to do actually since it was really early in the morning. most shops pun tak bukak lagi. kami terus pergi ke gate. takut lak tetiba dia awalkan ke flight weols kan. tak pasal-pasal ada sesi amazing race jap lagi.


flight ke London ambil masa dalam 45 minit je. kira dalam 10.50 pagi (waktu London), kitorang dah touched down kat London Heathrow Airport. yeayyyy!!! dah sampai London!!! masa keluar flight, dapat ucapan 'Merry Xmas'. boleh lak terlupa christmas day masa tu. anyway, dekat immigration sana, we got asked a few questions like kerja apa, parents kerja apa, duit bawak banyak tak yada yada yada. syukur tak tanya banyak because there were a few passengers yang kena tahan lama especially yang muka macam ala-ala arab tu. then, weols ambil beg semua, keluar arrival hall terus nampak mak ayah dah tunggu. wahhhh feeling over tau dalam hati masing-masing macam balik kampung beraya konon kauuuuu. tapi ni raya krismas lah. mak ayah tunggu anak-anak balik dari perantauan. kerlassss mak jah. padahal tak jumpa 4 hari je pun. haha.




.....to be continued ;p  (macam drama bersiri laks haha)......








Monday, January 9, 2012

pre-holiday story




maaflah lambat update pasal trip ke london. like i mentioned in my previous post, i'm down with fever and flu. siap ambil mc sehari. kiranya last week aku kerja sehari je. lagipun nak karang cerita yang seminggu lebih memerlukan inspirasi terlampau. 

plan nak gi London sebenarnya banyak kali berubah. mula-mula yang pergi hanyalah parents iols je. sebab macam tahun lepas juga, dorang takmo bawak anak-anak. kalau nak, guna duit sendiri. huh. aku ni plak, bila dengar je dorang nak gi London, memang meluap-luap sangat nak ikut. orang kata rezeki Allah nak bagi kan, dapat gak aku kumpul duit sendiri. duit dari bisnes Premium Beautiful. syukur. kiranya dalam tangan aku ada 4 ribu. dah get ready dah. nak dijadikan cerita kan, parents nak pergi 20hb  Disember. tapi aku plak ada kursus dari 19hb - 23hb Disember. pikir punya pikir punya pikir, takpelah aku gi lambat pun ok gak. ok, setel satu masaelah.

satu lagi isu timbul. "mak rasa nak pergi korea lah, kita gi korea lah. cancel London!" hadoyaiiii....nasib baiklah tak pergi booking lagi tiket flight. then, kira-kira bajet nak gi korea terlebih sudah. at least RM5 ribu sebab ikut pakej tour kan. kenapa lebih dari gi London? sebab kat London dah ada rumah. and jalan ikut suka, takde nak ikut-ikut orang. kira macam all you need is just duit poket. pujuk mak lagi..."mak, korea tu bila-bila masa pun boleh pergi. ni London mak, dah siap ada tempat tinggal lagi orang offer bagi guna. bukannya senang nak gi London ni!"...then, kata putus terakhir : okay. LONDON.

yessss!! so, sibuklah aku gi survey ticket price. dalam pada survey-survey tu, KLM lah masa tu paling murah. tapi masa survey tu aku survey untuk dua orang je. aku dan meera. sebab si eqah takde duit kan. (meera dapat pengecualian sebab dia masih belajar. so ayah bayarkan untuk dia. huh. nyampah). pastu ayah kata oklah ayah bayarkan tapi eqah kena bayar balik. eqah pun macam aku jugak. tak dapat nak cuti lama-lama. so weols pun decide nak pergi on the 24th. balik saing sekali dengan mak ayah. 31hb Disember. tiket sorang RM3600. kiralah sendiri kalau 3 orang berapa ek.

the trip to london has been confirmed! at last! excited gila vavi lah. lepas tu kan, boleh pulak kursus yang patut aku attend dari 19hb - 23hb tu ditangguh ke Januari 2012. hot siot mak jemah. sebab rasa macam afafasal tak gtau awal-awal, kalau tak tentu iols dah pergi saing sekali dengan mak ayah.

and then, dapat exciting news. bulan 12 kan dapat bonus. at the same time, duit claim pun dah masuk bulan 12 tu. berganda-ganda lah keexcitedan mak jemah. yes, ada duit belanja. so, that's basically some pre-holiday story that i'd like to share with my readers. nantikan ek kisah travel iols lagi pasni ye. tungguuuuu....



Wednesday, January 4, 2012

tadaima



i'm back, people!!! sebenarnya dah beberapa hari dah sampai malaysia tapi boleh pulak kan demam panas siap selsema dengan batuk. pakej lengkap bagai. terus terdampar baring kat rumah orang lain pergi kerja. tapi aku memang cuti sampai 4 hari bulan pun. anyway, nanti-nantilah aku cerita pasal pengalaman bercuti kat London tu ek. ni tengah nak makan ubat. pastu mesti sambung tidur balik. konpomlah. selamat bekerja semua dan kepada adik-adik tu selamat belajar....





Saturday, December 24, 2011

jom pergi bercuti!




hello friends. dah last week of 2011 dah kan. cepat je masa berlalu. tak sedar dah 358 hari berlalu. 358 hari tu kalau korang baca ni pada 24 Disember lah kan. anyway, while you guys are reading this entry, i'm already out of the country. yup, i'm on my holiday trip with the family! lama dah tak holiday satu family. the last time was like 4 years ago. kot. maleh nak kira betul-betul. heh. 

kitorang ni susah sebenarnya nak holiday 1 family. sama ada tak dapat cuti or tak cukup duit. aku dah konpom-konpomlah sentiasa tak cukup duit. cuti tu anytime aku boleh amik. bos lulus tak lulus, hada haku kesah. haha. anyway, korang dah tahu ke aku nak cuti ke mana kali ni? hari tu dah bagi clue kan...siap bagi gambar lagikan...siusiusiu..

...


...



source

if you guessed London, yeayyyy you are right!! 10 points for Gryffindor!! lama sangat sangat tak pergi London. the last time masa aku umur 12 tahun. dah 14 tahun kot. tah ayah aku ingat jalan lagi ke tak. haha. mintak-mintak aku terserempak dengan Kate Middleton ke or artis hollywood ke kan. tak pun english footballer ke. hamboi over kau. boleh pulak wish camtu kan. haha.

so, i'll be gone for a week! tahun depan baru balik. kerlasss kau jemah macam lama noo pergi kan, padahal 7 hari jerr. insyaAllah sampai Malaysia balik on first day of 2012. new year dalam flight. doakan semoga aku selamat pergi dan selamat kembali. oh boleh juga kalau korang nak doakan aku bertemu jodoh dengan hot British guy. (please do so....)

till then, have a blast holiday untuk yang berholiday macam yours truly ni...




XOXO

Tuesday, September 6, 2011

suatu hari di hari raya



pheeuuwwww....

11 hari saya cuti uols. bestnyaaa cuti kan. sukanyaaaa lama-lama cuti ni. rasa dah macam nak cuti sampai hujung tahun takmo dah kerja. over. so how was your raya holidays? mine was...bolehlah. i love the holidays but not the raya itself. boleh plak kan. sebab apa tak suka raya? toooooo much of family drama. urgh! benci sangat. well i'm not gonna scribble about what happened in here. dah susah sekarang ni. blog pun bukan rahsia sekarang ni kan. ada je nanti mulut-mulut jahat yang suka kot tengok orang bergaduh ni pastu sampaikanlah berita yang tak betul. just saying. not that i accused anyone pun.

enough about that. anyway, tema raya tahun ini adalah merah. kerlasss kau jah. merah mak ngah. sangat. dah lama dah decide merah ni since march ke april. and tahun ni saya ada perasaan nak overdiva lalu memilih kain lace untuk dijadikan baju raya. kerlas kau jah lagi. almaklumlah, nak kahwin lambat lagi tapi dah tak sabar nak pakai lace. tu yang terus buat baju raya. hehe.




my baju raya yang merah mak ngah


tahun ni raya sederhana. meriah kat KL tapi tidak di JB. maybe because my cousins came here to celebrate the 1st raya at my house. tu yang terasa meriah sangat. this is kinda their first time sambut syawal kat luar JB since my cousin kerja kat Penang and start cuti masa malam raya. kira on their way back to JB diorang singgah beraya kat Cheras. terasa gembira sangat. mak masak laksa johor. lagi lah saya suka. did i tell you how much i love laksa johor? it's my ultimate favourite laksa. second comes laksa sarawak. untuk sesiapa yang tak tahu and nak tahu (yang tak nak tahu skip this part ek), my abang cik (my male cousin) married a melanau iban sarawakian (kak pika), who was a christian before converting to Islam about 6-7 years ago and they have a 5 years old son, irfan whom i love to death. kak pika brought along her cousins (who is a melanau chinese) to my house untuk sambut raya and we were having a blast. dah rasa macam 1 family je even though baru 1st time jumpa. yes, very the 1Malaysia kan family saya.


kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin kepada yang mengenali...
ikhlas dari Yusop & Redza sekeluarga di Tokyo, Jepun
.berangan tak hengat. haha poyo.



this time around takde gambar makanan. too busy talking and layaning si irfan kecik tu. after spending some minta-maaf moments, we went to visit my grandma (on my father's side) in Kg. Pandan for some food feast (lagi!) but the rest went straight back to JB. kat rumah nenek makan lagi. this time makan ketupat. ye ketupat ek bukan nasi himpit. rendang, lodeh pun ada. tapi kan tapi kan...baru sedar sesuatu. sampai laaaa ni belum rasa sedikit pun kuah kacang. yup. banyak banyak rumah pergi takde pun orang buat kuah kacang. nak kuah kacangggggg. sedapnya ketupat dengan kuah kacang...nyum nyum. 

aktiviti kat JB sama jerr macam tahun-tahun lepas. malam tidur hotel, siang beraya rumah saudara mara, sahabat handai. melawat kubur arwah nenek and atuk. cuma kali ni we had the opportunity to visit the site which was once i called kampung saya. sekarang kawasan tu dah jadi padang jarak padang tekukur dah. sedih je rasa tengok tempat kitorang membesar berkumpul ramai-ramai jadi macam tu. dah tak tahu dah mana tapak rumah kampung saya dulu. sob sob.

...di Kg. Melayu Pandan, Johor Bahru. semua dah takde...

so that's basically it. 3 days 3 nights in JB. a lot of dramas. a lot of tears were shed. a lot of food were stuffed down the throat. a lot of money were given. and also dapat duit raya gak walaupun dah besar gabak ni. tak kesah lah kan berapa janji dapat duit raya. kau hado? haha. anyway, that summed up the whole holiday. geez...this entry should be titled 'what i did last raya' kan? haha...




footnote : aaahhh tidak!! tidak!!....tak bestnya dah masuk kerja balik. nasib baik minggu ni 4 hari je kerja sebab saya cuti semalam. dan minggu depan 4 hari jugak thanks to hari malaysia. and rasa nak amik cuti sehari pada minggu lagi satu tu monday maybe. nak 4 hari gak je kerja. dasar pemalas kau perempuan. huhu...





Saturday, August 13, 2011

ketuk-ketuk ramadhan



weekend datang lagi. tiba masanya untuk saya mengasah bakat di dapur. weeee. yes, you heard it right! saya dah berubah menjadi super super rajin. sehingga mengejutkan mak ayah. mereka hairan naik pelik. anak aku ke ni? tak tahu kenapa bila ramadhan je dia punya rajin masak tu melampau-lampau. wah si ezzan dah pandai masuk dapur.  *   cry of joy  ^__^   *

so, hari ni saya telah melaksanakan misi yang paling penting. iaitu membuat PUDING ROTI. ye, puding roti yang senang ya amat (according to some) tu baru saya nak buat. sebenarnya kan, dari duluuuuuuu lagi dah nak belajar buat puding roti. especially bila pergi ke hotel-hotel kan makan buffet most of the time mesti diorang ada provide puding roti dengan vanilla sauce dia kan. yang paling menimbulkan semangat nak buat puding roti ni bila makan puding roti dengan Hotel Parkroyal KL. hujung tahun lepas. ye, hujung tahun lepas tapi tahun ni dah sampai bulan ogos baru nak belajar kan. heh.

korang nak ke tau resepi puding roti ni? hmm ala...macam banyak je kan kat internet. saya pun guna yang saya dapat dari internet je. saya cari yang simple je. bahan-bahan pun simple je, tak banyak. 4 keping roti, 2-3 biji telur, 1 sudu besar butter, 1/4 cawan gula, 200ml susu cair (then saya sesuka hati tambah 50ml fresh milk huhu), 1 sudu teh esen vanilla....hmmm rasanya tu je kot. oh ye, kismis! ;)


bakar roti-roti tu semua. lepas dah bakar, carik-carikkan masuk dalam loyang. pastu taburkan kismis. suka hati tipah lah nak segenggam kismis ke, nak sesudu ke. terpulang. pastu cairkan butter tadi tu dan lepas tu tuang dalam loyang tadi tu. pukul telur, gula, susu dan esen vanilla tadi tu sampai sebati. dah sebati, tuang campuran tadi tu dalam loyang. biar sekejap untuk campuran tu meresap dalam roti. kalau korang suka kismis sangat-sangat bolehlah taburkan lagi lebihan kismis tu kat atas. atas campuran tu lah takkan atas siling kot kan.

eh, sebelum buat tu make sure oven tu dah dipanaskan ye. 180 darjah celcius (tiba-tiba taktau kat mana nak cari simbol degree kat keyboard ni? ;p). kome pun bakor ler campuran puding roti tu selama 20-25min. tapi macam tadi, saya buat sesuka hati je sampai 35min. hehe. sebab selagi tak keperangan tu selagi tu tak puas hati. dah cukup masak, keluarkan dari oven...dan ngap! (kalau tak puasa lah)

TADAAAAA!!!!!!
bila berbuka tadi, paksa semua makan puding roti tu dulu. kijam. as usual, ayah was the first one to respond. SEDAP. wahhh suka suka! adik pula cakap...'sedap kak!'...wah kembang hidung dah ni....tunggu turn mak je ni nak puji....'hmm boleh tahan sedap jugak lah'...yatttaaaaaaa!!!! i did it!!! berjaya berjaya!!  *  pat myself  *

tapi.......mana vanilla sauce nya??!!! some of you might ask. well, tak sempat lah nak surf macam mana nak buat. haha. tapi saya ada baca, selain makan dengan vanilla sauce yang nyum-nyum tu, boleh gantikan dengan aiskrim. yes, aiskrim vanilla. i did exactly that. and trust me when i said, it is quite good! :) tak caya nanti try la ek...heeee...



up next : terasa macam nak buat brownies lah plak.chocolate brownies yang ada nuts. macam kat Secret Recipe tu. hehe..