Ini dia tuaian yang terdiri daripada cili api dan serai. Cili api dah naik kering dekat pokoknya, sekarang ini susah betul nak jumpa hujan di kawasan rumah saya.
Cili api pula tengah galak berbuah setelah hampir-hampir nyawa ikan akibat serangan bena putih. Selepas dipangkas dan sembur racun perosak, akhirnya pokok bertunas semula dan mengeluarkan buah yang lebat daripada sebelumnya.
Resepi yang saya nak buat dengan tuaian ini adalah gulai masam atau orang kebanyakan sebut Asam Rebus. Inilah masakan paling senang nak buat. Masak dalam microvawe pun boleh.
Caranya tumbuk ciliapi, kunyit, bawang dan belacan. Titikkan serai. Kemudian sediakan periuk kaca, masukkan ikan (saya suka ikan tongkol, ikan lain pun boleh), masukkan air dan bahan yang ditumbuk beserta asam keping. Akhir sekali masukkan periuk kaca dalam microwave, setkan pada suhu tinggi selama 10 minit.
Masakan ini sangat sesuai untuk bangkitkan selera yang masih tidur waktu bersahur, selamat mencuba!