Pokok ini dari keluarga asam batu, tapi tak taulah asam jawa ke asam gelugur atau batu kawi atau batu akek. Saya tak tau nama sebenarnya dan saya tak pernah tanam pokok ini. Daunnya sihat bersinar dan dah pun mengeluarkan bunga, kalau dilihat cantik juga.
Sebenarnya saya tanam Zamioculcas atau orang bandar kata money plant dan orang kampung panggil pokok duit bukan duit-duit yer. Anak pokok duit ini saya ambil dari rumah mak abah saya.
Kata kawan saya pokok duit ini boleh ditanam dari daunnya. Tapi saya tak pernah cuba.
Cuba tengok, pokok asam batu lebih besar daripada pokok duit. Saya syak benih pokok asam batu ini datang daripada tanah nurseri yg saya guna. Kesian pokok duit terpinggir di dalam pasunya sendiri.