Nak beli benih online?

Showing posts with label bunga telang. Show all posts
Showing posts with label bunga telang. Show all posts

Tuesday, February 19, 2019

Bunga Telang Kering dan Biji Benih Telang

Bunga Telang yg sgt berkhasiat selalunya digunakan sebagai pewarna makanan semulajadi utk nasik kerabu, pulut, kuih dan sebagainya. Selain itu juga dijadikan teh yg menenangkan lg berkhasiat
Dapatkan bunga Telang kering sepeket RM5 (100 bunga kering)
Dan juga benih telang utk anda tanam sendiri sbg hiasan halaman anda. 
Malahan bunga segar boleh dibuat ulam dan sayur. Boleh juga dibuat goreng tepung.
1 pkt rm2
10 pkt rm15
+ Kos poslaju RM8 untuk Semenanjung




KEGUNAAN & KHASIAT TELANG

Bukan sekadar pewarna nasik kerabu
Bunga kacang telang biru digunakan sebagai perwarna nasi kerabu atau pulut. Ia juga digunakan dalam proses mewarna mengkuang(untuk kraftangan) dan kain. 
Bunganya juga banyak digunakan untuk menghitamkan rambut dan menyuburkan kulit kepala. 
Daun pokok ini boleh digunakan untuk mendapatkan warna hijau. Buah kacang muda boleh dimasak dan dimakan. Akarnya digunakan untuk melawaskan pembuangan air kecil dan dijadikan julap. 
Biji kacang telang yang dihancurkan dan dijadikan serbuk digunakan sebagai julap. Jika dimakan dalam kuantiti yang sedikit, ia boleh membuka selera makan.
Daunnya dan bunganya juga dikatakan dapat mengurangkan sakit kepala. Caranya, daun atau bunganya dimasukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan untuk tidur oleh pesakit. Bunga kacang telang yang direndam di dalam air bersih, boleh digunakan untuk mencuci mata yang disebabkan oleh mata merah. Air rebusan bunganya yang diminum boleh merawat cirit-birit.

Bunga dan akarnya dicampur dalam air mendidih, kemudian direbus bersama sedikit gula dan diminum dipercayai dapat merangsang haid. Daun pokok ini yang dihancurkan dan ditampal pada bisul atau jerawat dapat merawat masalah tersebut. Daun telang biru yang diremdam boleh digunakan untuk mencuci mata merah.

Khasiat perubatan bagi wanita

Bunga kacang telang mempunyai bentuk organ luaran seksual wanita, maka nama latin dari genus ‘Clitoria’ , diambil dari perkataan ‘clitoris’ . Dalam beberapa bahasa (Tamil, Malayalam) bunga kacang telang dinamakan ‘kerang’ yang juga mempunyai bentuk organ seksual wanita. Oleh kerana memmpunyai kesamaan bahagian tubuh manusia, tanaman ini dikatakan mempunyai pengaruhi kepada sistem pembiakan manusia. Tumbuhan ini digunakan secara tradisional untuk menyembuhkan penyakit seksual, seperti ketidaksuburan, gonore, mengendalikan kitaran menstruasi (haid), dan juga sebagai afrodisiak. Amalan ini dicatatkan dalam sebuah kepercayaan kuno dicatat dalam Doktrin Signatures.

Terdapat juga kepercayaan yang mengatakan bahawa untuk mengelakkan keguguran, batang kacang telang ini dililitkan pada pinggang perempuan hamil. Sama ada berkesan atau tidak, cara ini tidak dapat dibuktikan.

Menyuburkan rambut

Sejak turun temurun, kacang telang telah dipercayai amat berkhasiat untuk melebat dan menghitamkan rambut. Tumbuhan ini juga dipercayai mampu mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit rambut.

Mengurangkan sakit kepala

Daun dan bunga kacang telang juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala. Caranya adalah dengan mengambil daun atau bunga tersebut. Kemudian masukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur oleh pesakit.

Dikatakan juga bunga kacang telang boleh direndam dalam air panas dan diminum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser mulut. Air rendaman bunga ini juga dikatakan mampu merawat insomnia. Dalam perubatan tradisional pula, tumbuhan ini banyak digunakan untuk merawat sakit telinga, kelenjar membengkak, kolik, sembelit, sakit tekak dan penyakit kulit.

Merangsang memori dan kebijaksanaan

Di India, kacang telang dikenali dengan nama Shankupushpam telah digunakan secara meluas sebagai tonik otak dan ia dipercayai dapat merangsang memori dan kebijaksanaan.

Pewarna makanan dan fabrik

Selain digunakan sebagai pewarna makanan, bahan pewarna yang terhasil daripada rendaman bunga kacang telang juga telah digunakan sebagai pewarna pakaian ataupun nila. Caranya adalah dengan menambahkan warna biru ini kepada air bilasan terakhir pakaian terutamanya pakaian berwarna putih. Tujuannya adalah untuk mencerahkan fabrik tersebut.









Monday, June 13, 2016

Bunga Telang Kering 2016





Bunga Telang kering RM5 satu pek 
Kos Poslaju RM7 untuk Semenanjung


(lebih kurang 100 kuntum bunga telang kering)


Pewarna biru semulajadi. Sesuai buat nasik kerabu, kuih muih, pulut tai tai dan boleh juga diminum sbg teh yang menenangkan. 
Sepek rm5. Kos pos rm7


Sila email semuamenjadi@gmail.com atau hantar mesej di FB SmRose SemuaMenjadi untuk memesan bunga telang kering.

Thursday, April 14, 2016

Bunga Telang kering RM5 satu pek


Bunga Telang kering RM5 satu pek 
(lebih kurang 100 kuntum bunga telang kering)
Perwarna makanan biru semulajadi dan juga boleh dijadikan teh minuman harian yang berkhasiat dan menenangkan

Sila email semuamenjadi@gmail.com untuk memesan

Thursday, March 12, 2015

Cara Keringkan Bunga Telang

Dulu saya selalu dapati bunga telang yang saya keringkan berlapuk atau tumbuh kulat. Sekarang tidak lagi bila saya guna kaedah ini. Mudah saja. Masukkan bunga telang segar ke dlm bekas yg dilapikkan dengan sehelai tisu dan letakkan di dalam kereta anda. Dalam masa sehari atau dua hari bunga telang elok kering dan boleh disimpan lama tanpa tumbuh kulapuk lagi.



Kaedah ini boleh juga dipraktikkan untuk mengeringkan benda-benda lain termasuklah biji benih tanaman yang kita nak simpan untuk kegunaan masa hadapan.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?



Thursday, August 7, 2014

Bunga Telang Kering untuk diJual






Berminat dengan bunga telang kering untuk dijadikan pewarna masakan semulajadi, teh untuk menghilangkan  stress dan juga boleh dijadikan sirap.

Satu bekas lebih kurang 100 kuntum bunga telang kering RM5. Poslaju RM6 (sampul prepaid poslaju  saiz S 500g) .


Bagi yang berminat boleh email semuamenjadi@gmail.com atau hantar private message kepada fb Semua menjadi.


************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?


Wednesday, July 23, 2014

Bunga Nasi Kerabu yang Serbaguna

 Bunga telang segar


 Bunga telang yang dikeringkan
 
 
Pokok bunga telang saya
 
 
 Nasi biru a.k.a nasi kerabu (kerabunya tak buat....hehehe!)



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Tuesday, August 27, 2013

Gubahan Bunga Telang Biru


Mak saya peminat bunga telang sejati. Hari-hari mak saya kutip bunga telang, keringkan dan akhirnya hasilkan perwarna biru daripadanya.

Masa saya balik cuti raya pada hari terakhir puasa, saya tolong kutipkan bunga telang. Sambil menunggu waktu berbuka saya susun bunga telang dan ambil gambarnya.

 Tak boleh buat jambangan dalam pasu, buat dalam pinggan pun bolehlah.



Hari itu kami sekeluarga berbuka dengan air merah jambu hasil campuran pewarna bunga telang dengan ais krim soda (gambar tak sempat  nak ambil sebab sibuk berbuka..hehehe). Sedap juga.


************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Tuesday, July 9, 2013

Mengumpul Benih Telang


Saya perhatikan pokok bunga telang mak saya telah mengeluarkan banyak kekacang. Ada yang muda berwarna hijau dan banyak juga yang tua berwarna coklat muda.


Saya pun kutip kekacang yang dah kering dan tua.


Bila dibuka nampaklah biji benih bunga telang. Dikatakan kekacang telang ini banyak khasiatnya. Antaranya adalah untuk menghitamkan dan menyuburkan rambut.


Inilah rupanya kacang telang yang telah dibuang kulitnya. Ada yang warna hitam dan ada juga yang kelabu kehijauan.

Friday, April 26, 2013

Benih Misteri


Semalam sewaktu balik kerja, saya dapati ada satu surat di dalam peti surat saya. Kalau ada surat yang sampai ke rumah tentulah daripada rakan blogger sebab semua surat rasmi saya dialamatkan ke opis.


Sewaktu saya buka sampul, terasa gamnya masih basah, agaknya abang posmen buka sebab nak tahu apa di dalamnya(agak sahaja, bukan fitnah yer).

Di dalamnya saya jumpa kekacang ini. Saya agak (juga) ia adalah benih bunga telang. Mohon bantu saya sekiranya saya tersilap.

Saya cari dan mencari sekiranya ada alamat atau nama pada keliling sampul surat, kemudian lihat ke dalam sampul, kalau-kalau ada warkah daripada pengirim. Namun tiada.


Siapalah agaknya pengirim misteri yang baik hati ini yer. Kalau terbaca silalah mengaku. Saya nak ucapkan banyak-banyak terima kasih dan diiringi serangkap pantun;

Terima Kasih daun Keladi,
 Kalau ada biji benih lebih kirimlah lagi!



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Tuesday, April 16, 2013

Kembang Berduri Pagar


Ini dia kembang di pagar berduri  kebun kelapa mak saya (depan rumah jer pun). 

Bunga telang pertama daripada pokok yang mak saya tanam.


Macam biasa, hanya saya sahaja yang perasan akan kehadiran bunga pertama, buah pertama dan lain-lain yang pertama pada pokok tanaman mak saya (nampak sangat saya ni prihatin orangnya...hehehe-naik lif). 

Sebenarnya ada dua bunga pada pokok ini tapi yang satu lagi belum kembang.


Saya jumpa bunga ini sewaktu mencari buah kelapa muda untuk minuman. Kemudian mak saya pula datang sebab dia nak cari daun pisang untuk bungkus pais ikan. 

Mimin sibuk minta nak petik bunga telang ini. Tapi mak saya tak bagi sebab dah lama mak saya tunggu bunga telang ini muncul. Mak saya kata tunggu tumbuh banyak lagi bunga baru boleh kutip.


Saya pula tak sabar nak tunggu pokok ini keluarkan buahnya dan tua. Bolehlah saya kutip biji benihnya. 

Sekarang ini hobi saya kutip biji benih, tapi tanamnya tidak.

Thursday, November 1, 2012

Dah Sampai pun Dia!


Benih yang di pesan dari blog Tanam Sendiri telah pun sampai dengan selamat dan sihat sejahtera. Nasib baik tak kena hujan. Kalau tidak tumbuh anak pokok pula dari dalam peti surat.

Terpaksa pesan benih-benih ini atas permintaan mak saya, sejak saya buka blog Semua Menjadi, mak saya pun semakin bersemangat untuk berkebun, tak mau kalah dengan abah saya.

Mak saya nak benih bunga telang. Mula-mula saya cadangkan mak saya minta benih bunga telang daripada rumah orang Cina yang ada dekat lampu isyarat hala ke opis saya. Tapi masa nak berhenti, nampak macam bahaya. Lagipun bunga telangnya seperti ingin dihapuskan daripada pagar rumahnya, nampak kekeringan. Sebelum ini hari-hari masa saya tunggu lampu isyarat, saya perhatikan bunga-bunga birunya dengan perasaan cemburu.

Benih yang lain-lain itu sampingan sahaja. Tapi benih labu manis fajar saya nak bagi abah saya. Kawasan rumah saya tak cukup besar untuk penanaman labu. Lagipun saya perhatikan pokok-pokok labu dan adik beradik labu yang abah saya tanam semuanya menjadi. Tambah lagi koleksi labu yang abah saya tanam. Saya pun boleh saya kutip bawa balik bila dah berbuah nanti.

Lupa pula nak bagitau, saya dapat benih kongsi kobis cina. Saya tak berapa suka makan kobis cina, tapi kalau kimchi saya suka. Bolehlah saya buat kimchi nanti kalau menjadi (angan-angan). 

Ini bukan kali pertama saya pesan benih. Yang lama pun sebahagiannya masih ada lagi dalam peti ais.


Ini pula benih labu manis daripada labu yang saya beli dekat pasar malam. Saya cadang nak tanam benih ini semata-mata untuk makan pucuk labu. Saya suka sayur pucuk labu masak lemak putih. Tapi bila nak tanam? Dekat mana?

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Anggur Kebun Abah Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah bunga telang cabang tiga tenggek burung timun betik Biji benih nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi ulam Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Korea Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Ulam Raja abah herba jualan17 melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Durian Belanda Epal Hijau LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik kesum mengkudu siam mulberi pisang Daun Pandan Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun daun kaduk epal bidara gajus hidroponik kebun opis ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam nenas pekasam daun pucuk paku pucuk ubi kerinting pudina salam sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Anggur Merah Azalea Bendi Beri Ajaib Betik Birthday Cili Merah Figs Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Plastik Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kari daun keledek daun limau purut epsom salt gadjet gastrik gulai masam hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot keratan batang ketam kobis ungu kucai kuini kumquat kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk putat rendang tamar terung terung berembang ulat Aidiladha Anaheim Peppers Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan air fyer alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium bayam brazil belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kucai bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados chawanmushi cicak kobin cikgu cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir geprek ginseng jawa gout halaman hantu harga hatyai hijau hobi hotel ikan ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kangkung tapis kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas khasiat kimchi kiwi kobis kobis cina kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu miang kham microvawe money plant muak nasik lemak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek puding karamel pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever saiko salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung tangkal teh pudina telur separuh masak tembikai kuning terima kasih tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...