Nak beli benih online?

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Monday, September 30, 2013

Harvest Monday - Red Malabar Spinach


Saya dah tuai bayam malabar merah saya. Ianya dah menjalar jauh sangat sehingga nak melilit pokok durian bonsai jiran saya. Sebelum kena cantas dengan jiran maka baiklah saya potong dan buat sayur.


Lagipun dah ada daun yang mula berlubang dan carik, tak tahulah siapa punya kerja, samada encik belalang atau encik siput, tidaklah saya ketahui, mungkin juga kerja serangga lain.


Ini pula batang bayam malabar yang akan saya semai semula. Kali ini nak semai dekat belakang rumah pula. Biar memanjat masuk tingkap jiran pula....hahahaha (gelak jahat!).


Apa yang saya buat dengan hasil tuaian kali ini. Saya buat salad ringkas dan mudah sahaja.  

Saya celur daun bayam dalam periuk tembaga, kemudian tuskan airnya. Potong tomato, lada benggala kuning dan merah (lebihan pertandingan semalam ). Kemudian masukkan daun salad coral (lebihan hiasan ikan herba semalam), tuangkan sos 'thousand island', kacau-kacau, dah siap salad ringkas saya. Sedap rasanya, bolehlah buat lain kali bila bayam malabar saya tumbuh lagi.

Wednesday, June 12, 2013

Masak Lemak Ketam dan Daun Mengkudu Siam


Inilah masakan yang saya masak gunakan kelapa pemberian mak saya. Nama masakannya sila baca tajuk ye.

Rasa daun mengkudu siam memang tak pahit dan tak mengganggu lansung rasa kuah lemak ketam ini. Malah pada saya makin sedap. 

Tapi kuahnya akan bertukar warna kehijauan dan tak kekuningan macam gulai lemak biasa.


Pedulikanlah insang ketam itu, saya memang suka simpan insang ketam sekali dalam masakan saya. 

Saya nak cerita sikit macamana saya proses kelapa itu sehingga jadi santan. Mula-mula saya pecahkan kelapa kepada dua bahagian menggunakan belakang parang. 

Selepas itu saya keluar isi kelapa dengan gunakan pisau dan kemudian proseskan isinya dalam pengisar sehingga terhasilah santan segar dari ladang. 

Mula-mula saya bercadang nak gunakan 'juicer' tapi kemudian saya batalkan niat saya itu.


Inilah daun mengkudu siam bagi sesiapa yang tak kenal lagi.

Monday, June 3, 2013

Nasi Goreng Daun Noni Siam



Ini ialah nasi goreng dimasak sendiri oleh saya bukannya di beli di kedai Siam. Nasi goreng campur daun noni siam.



Ini ramuan pelengkap nasi goreng saya, daun noni siam atau lebih dikenali dengan nama mengkudu siam.

Resepi ini ditemui secara tak sengaja oleh saya sendiri.

 Pada suatu hari saya ingin memasak nasi goreng tapi tak ada sayur. Jadi saya pun ambil beberapa helai daun mengkudu siam, hiris halus dan campurkan semasa menggoreng nasi.

Hasilnya mengkagumkan lidah saya. Lepas itu saya pun masak nasi goreng bercampur daun mengkudu siam sekali lagi dan muatkan dalam blog ini.

Kalau nak kenal dengan lebih lanjut mengenai daun mengkudu siam sila klik DI SINI.

Monday, May 13, 2013

Dah Masak!


Pejam celik, pejam celik dah masak pun buah timun betik yang saya tanam.


Saya tahu dia masak pun sebab tertanggal dari tangkainya dan jatuh dalam pasu. Tercederalah sedikit, kesian. Ingatkan lambat lagi baru masak.


Inilah rupanya bila dibelah dua. Bahagian yang berwarna jingga itu ada biji benihnya, rasanya agak manis tapi kita tak makan yang itu.


Kita ambil isinya sahaja, baunya memang harum, macam bau tembikai susu.


Buah ini memang kurang manis berbanding tembikai susu, jadi kita taburkan gula.


Lepas itu kita tuangkan santan, tapi saya tak ada santan jadi saya letak susu cair. Seeloknya letak ketulan ais sekali barulah sedap dan menyegarkan. Tapi memandangkan sekarang ini saya tengah batuk, saya pun tak letak la.

Apalagi makanlah! Sedap rasanya lemak-lemak manis. Cubalah!

Monday, March 18, 2013

Tuaian Isnin


Tuaian hari Isnin terdiri daripada buah dan daun. Buah mulberi dan daun jarum tujuh bilah.


Buah mulberi terpaksa dituai kerana hari ini saya bertolak ke Terengganu, takut-takut balik dari sana tinggal tangkai sahaja. Semut dekat kawasan rumah saya suka sangat makan buah mulberi walaupun masam.

Daun jarum tujuh bilah pula saya tuai sebab nak merealisasikan resepi yang dah lama saya pendam iaitu daun goreng tepung (hehehe... macamlah resepi dasyat sangat).



Dah siap pun goreng. Warna tepung salutan gelap sikit sebab saya guna tepung ayam goreng lada hitam jenama Bestari. Disebabkan saya 'rajin', saya campur telur sebiji, tepung Bestari dan air sekaligus. Selepas tu saya celup daun dalam ramuan tepung dan terus goreng dalam minyak terendam.


Dari segi rupa ada sedikit kurang sehingga terpaksa dihias dengan dua biji cili api (kalau nampaklah, kalau tak nampak kira lagi satu 'Jumaat' sahaja lagilah). Dari segi rasa memang lebih sedap daripada makan daun mentah. Tepung lada hitam memang sangat sesuai dengan rasa daun jarum tujuh bilah ini.

Apalah, sendiri tuai, sendiri masak dan puji lebih-lebih pula. Tapi kalau kawan-kawan nak cuba apasalahnya, sedap lagi berkhasiat.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Wednesday, October 17, 2012

Tuaian Hari Rabu


Tuaian hari ini merupakan daun kekabu air dan tomato ceri. Sikit sahaja. Tomato itu sahajalah yang masak, yang lain muda lagi.


Pokok kekabu air pula terpaksa dituai sebab sudah terlalu gemuk dan memenuhi ruang untuk pokok daun sup membesar.


Hasil tuaian tadi saya ubah menjadi hidangan salad ringkas.


Mudah sahaja caranya, saya cuma potong-potong daun kekabu air dan belah dua tomato ceri. Letak dalam pinggan dan tuangkan sos 'thousand island'.  Siap.  Sedap lagi berkhasiat.

Thursday, October 11, 2012

Tuaian hari Khamis


Sikit saja tuaian hari ini. Cuma ada daun selom, buah kemunting, limau kasturi dan cili hijau. Daun selom saya terpaksa tuai sebab dah kelihatan tak kemas dalam bekasnya, dah merayap-rayap keluar mengganggu tanaman yang lain. Terpaksa dipotong panjang batangnya,  daun-daunnya saya makan buat ulam, batang yang lebih, saya tanam semula dekat bekas asalnya.

Buah kemunting pula dimakan begitu sahaja.. Semakin hari semakin saya suka pula dengan rasa buah kemunting. Ada kawan di opis yang cerita di kampungnya ada banyak pokok kemunting. Buahnya besar-besar pulak tu (terliur saya mendengarnya). Dia cerita  masa sekolah rendah dulu dia jual buah kemunting dekat kawan-kawan sekolahnya. Dia kata lagi dia pernah bawa balik pokok kemunting dari kampungnya dan cuba tanam di rumah sendiri. Pokoknya mati. Dia kata nak ambil lagi pokok dari kampungnya dan cuba tanam lagi dan saya ambil kesempatan kirim kalau ada pokok lebih tu sedekahlah dekat saya sepohon, buat menambah koleksi.

Cili hijau dan limau kasturi saya buah ramuan untuk masak ikan sardin. Ada orang kata (seorang saja pun), tak ada orang boleh lawan masak sardin saya. Sebagai mengenang puji-pujiannya yang saya tak ambil serius pun tu, saya kongsikan resepi masak sardin saya yang sangat ringkas lagi mudah.

Bahan-bahannya:
1 tin sardin King Cup
Bawang besar sebiji (hiris)
Bawang putih 2 ulas (hiris)
Cili hijau 5 biji (hiris)
Cili  api 3 biji (hiris)
limau kasturi sebiji (ambil jus sahaja)
Minyak
Garam

Caranya:
Tumis bawang putih, kemudian masukkan bawang besar, cili api dan cili hijau. Tumis hingga cili hijau layu dan masukkan sardin, tambah air jika suka kuah banyak. Biar masakan mendidih, perasakan dengan garam dan perahkan jus limau kasturi dan tutup api. Sedia dimakan dengan nasi putih panas berulamkan daun selom (sekadar cadangan).

Saturday, October 6, 2012

Tuaian Hari Sabtu

Hari sabtu, hari untuk berehat setelah bekerja selama seminggu, minggu ini agak tertekan dengan tugas-tugas di opis. Tekak pula rasa gatal-gatal, mesti nak kena sakit tekak, jadi saya minum ubat batuk untuk mengelakkan sakit tekak semakin menular. Kalau semakin teruk  kena makan aiskrim pula.

Tuaian hari ini adalah sayur sawi dan juga kekabu air.Saya suka sayur sawi tumis dengan kerang. Kekabu air pula dimakan mentah cecah dengan sos Thousand Island seperti yang di cadangkan oleh pemilik blog Tanam Sendiri, memang enak.

Di sini saya nak berkongsi resepi sawi tumis kerang.

Bahannya:
1/2 kilo kerang berkulit (basuh dan rendam dengan air bercuka untuk buang kotoran kerang-10 minit)
Sawi secekak atau seikat (basuh dan potong)
Bawang besar 1/2 biji (hiris)
Bawang putih 2 ulas (ketuk)
Halia 2 cm (hiris)
Cili kering 4 biji (hiris)
Minyak masak 2 sudu
Garam secukup rasa

Caranya:
Tumis halia sampai naik bau, masukkan bawang, bawang putih dan cili kering. Setelah itu masukkan sayur dan akhir sekali kerang berkulit, kacau goreng sehingga kerang masak dan tambah garam secukup rasa.. Sedia dihidangkan bersama nasi putih panas.

Tuesday, September 18, 2012

Tuaian Hari Selasa

Pekara yang paling menggembirakan bagi seorang pekebun adalah bila mengutip hasil tuaian daripada tanamannya. Masa kecik dulu saya selalu ikut abah saya ke kebunnya, tapi saya tak tolong pun abah saya, saya menyanyi, berangan-angan dan sibuk tanya soalan tentang pokok-pokok dekat abah saya.

Tapi sewaktu memetik hasil, sayalah yang paling sibuk sekali sebab perasaan gembira tak terkata bila memetik hasil tuaian.

Pokok yang paling banyak mengeluarkan hasil di kebun kecil saya tentulah cili. Sebagai peminat cili hijau, saya akan kutip cili saya sewaktu masih hijau lagi. Cili api yang kecil-kecil itu adalah pokok cili api yang baru iaitu dari jenis yang pedas. Hasilnya agak sedikit berbanding dengan cili api kurang pedas saya sebelum ini.

Bunga Melur pula merupakan bunga wangi yang paling saya suka. Pantang kalau pokok melur berbunga, mesti saya kutip semua bunganya dan letak dalam kereta agar baunya menceriakan pemanduan saya.

Apa yang saya buat dengan cili hijau yang banyak sangat tu. Selain dari sedekah dekat kawan-kawan atau buat ulam sewaktu makan nasi, saya sangat suka mencampurkan cili ini dalam masakan terutamanya ikan masak taucu kegemaran saya.

Mari saya kongsikan resepi ikan masak taucu cara saya, mudah dan sedap:

Bahan-bahannya:

Seekor ikan (ikut suka, saya suka ikan tongkol, potong-potong dan goreng)

Taucu 2 sudu besar

Garam sesedap rasa

Halia 2-3 hiris

Bawang putih dua ulas (hiris nipis, tapi saya guna yang telah siap dicincang, boleh di beli di pasaraya)

Bawang besar sebiji (hiris nipis)

Air asam jawa (1/2 cawan)

Cili hijau 15 biji

Air (untuk tambahan kuah)

Caranya:

Tumis halia, bawang putih,bawang merah dan taucu. Setelah itu masukkan ikan dan cili hijau, tumis lagi hingga cili layu sedikit, lepas itu masukkan air asam jawa dan masukkan juga air biasa untuk tambah kuah. Biarkan mendidih, perisakan dengan garam, tutup api, sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Anggur Kebun Abah Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah bunga telang cabang tiga tenggek burung timun betik Biji benih nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi ulam Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Korea Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Ulam Raja abah herba jualan17 melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Durian Belanda Epal Hijau LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik kesum mengkudu siam mulberi pisang Daun Pandan Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun daun kaduk epal bidara gajus hidroponik kebun opis ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam nenas pekasam daun pucuk paku pucuk ubi kerinting pudina salam sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Anggur Merah Azalea Bendi Beri Ajaib Betik Birthday Cili Merah Figs Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Plastik Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kari daun keledek daun limau purut epsom salt gadjet gastrik gulai masam hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot keratan batang ketam kobis ungu kucai kuini kumquat kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk putat rendang tamar terung terung berembang ulat Aidiladha Anaheim Peppers Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan air fyer alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium bayam brazil belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kucai bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados chawanmushi cicak kobin cikgu cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir geprek ginseng jawa gout halaman hantu harga hatyai hijau hobi hotel ikan ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kangkung tapis kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas khasiat kimchi kiwi kobis kobis cina kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu miang kham microvawe money plant muak nasik lemak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek puding karamel pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever saiko salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung tangkal teh pudina telur separuh masak tembikai kuning terima kasih tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...