Hobi lama gubah bunga plastik untuk hiasan rumah. Tak cantik pun gubahannya tapi kalau dah minat, penuh rumah dengan bunga plastik (rumah lama).
Setelah pindah rumah, inilah bunga plastik yang pertama. Bunga-bunga plastik rumah lama telah disedekahkan kepada orang lain.
Modalnya murah sahaja kalau buat sendiri, RM28 untuk bungaan dan span dan cuma RM5 untuk pasu plastik Daiso. Kalau beli yang dah siap digubah tentu mahal daripada ini.
Tahan lama, tak perlu siram air dan sinar matahari. Kalau dah tak suka dan banyak habuk, boleh buang atau bagi kat orang-orang yang berminat.