GENG LENSA HIDUP

10 October 2017

SUKA MEMASAK

Jangan takut tak reti memasak...
Yang paling penting mahu mencuba...

Banyak cara nak belajar memasak...
Tengok video kat youtube boleh, cuba resepi yang kawan2 bagi, yang pengting kreatif dan bersungguh...

Lama-lama nanti retilah...
Aku pun dedulu tak la reti memasak pun... 
Sekarang boleh la kalau setakat nak masak untuk jamuan open house ke... yassin ke... jamuan hari jadi ke... masak untuk keluarga ke...

Anggaran 100pax macam tu la...











Pizza customer yang nak sambut anniversary

Tempahan pelanggan

Heart bun untuk anak-anak

Tempahan karipap sardin + kentang


09 October 2017

JERANTUT HILLS RESORT

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat selalu...
Lepas baby amani dah cukup 2 bulan... 
Kami ada bawa anak-anak pergi berjalan-jalan ke jerantut hills resort...

Saja je nak bawa diaorang pergi mandi swimmming pool...

So, aku pun booking la bilik siap-siap... check in 25/9/2017 check out 26/9/2017...
Harga bilik kat resort ni tak mahal pun...
Bilik kami family suite hanya RM95.++

Cuma bilik agak oldskool la... yang sangat best tu swimming pool besar... budak-budak puas mandi manda... hihihi

Sesiapa yang nak bawa anak mandi manda bole la cuba tempat ni...

Akak bagi 3/5 bintang...






06 October 2017

RESEPI TELUR DADAR ASAM PEDAS


Assalammualaikum

Memasak merupakan aktiviti yangbmenyeronokkan...

Di mana kita berpeluang mencuba pelbagai resepi...

Kali ni aku nak kongsikan resepi telur dadar asam pedas...

Buat telur dadar seperti biasa sebiji-sebiji atau telur dadar yang telah siap dipotong...

Tumis bahan-bahan untuk membuat asam pedas seperti biasa...

Setelah mendidih masukan bendi dan telur... perasakan dengan garam dan gula... 

Jadi...

Ringkas dan sedap... menu masakan berkuah yang berkhasiat...

Selamat mencuba!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...