GENG LENSA HIDUP

17 October 2015

YEAY!!! NU'MAN DAH MENIARAP

Ni masa ngah gigih

Yessa... dah berjaya...



Yeay!!! Alhamdulillah... nu'man dah meniarap... ni untuk 2nd time... 1st time dia meniarap dan telentang sebelum dia cukup 4 bulan...

Haha...
Mama plak yang eksited... baby yang baru2 niarap ni biasa lom lagi rajin sangat nak niarap... nanti dah biasa baru lebih mahir...

Mama harap ketiga-tiga anak mama membesar dengan sihat dan cerdas...

Tadaaa...

KISAH ERMA FATIMA DAN BADE WAJAR DIJADIKAN TAULADAN

Assalammualaikum...

Kisah erma fatima memfailkan penceraian di mahkamah. Ramai yang rasakan sayang pada perkahwinan yang terbina sejak berpuluh tahun dulu... ya memang betul sayang...

Dan aku nampak kisah ini sangat unik dan jarang terjadi...

Bagaimana kenyataan balas Bade bila isterinya failkan penceraian...

"Saya berkahwin bukan untuk bercerai..."

Satu statement yang memang win... dan berakal... dan jelas kata-katanya berpandukan akal bukan emosi...

Di pihak erma fatima juga... telah berikan alasan bukan kerana suaminya dia failkan penceraian... mungkin ada rasa tak selesa daripada sudut lain... tapi kematangan erma dalam menguruskan perasaan dia pada aku agak bagus...

Dan dalam untuk apa-apa kes pun kebijaksanaan suami sangat penting dalam melayari kehidupan berumah tangga...

Lelaki yang menyayangi seorang perempuan dia tak akan tinggalkan perempuan tersebut dalam apa keadaan sekalipun...

Dan perempuan yang sayang seorang lelaki... biarpun selalu marah dengan sikap lelaki tersebut... tapi dia masih mampu bertahan...

Inilah yang dinamakan cinta, sayang dan kasih terhadap pasangan...

Semoga akan menjadi ikhtibar kepada semua...

P/s: sekejap je dah 5 tahun kawen. Baru je lepas anniversary 29 zulkaedah 1436H bersamaan dengan besday husband jugak he3...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...