GENG LENSA HIDUP

20 April 2015

KENAPA SELUAR DALAM LELAKI DIJUAL DI DALAM KOTAK & WANITA BERSELERAK

Assalammualaikum...

sebelum ni aku pernah buat pelbagai entri yang mengajak anda semua berfikir kenapa dan kenapa...


ok... sambung... kenapa seluar dalam lelaki dijual di dalam kotak? dan wanita punya biar macam tu je?

1. marketing strategy

jika seluar dalam lelaki dijual berselerak bukan dalam kotak... lelaki akan beli sehelai sahaja... kerana mereka rasa satu sudah mencukupi... dan kerana itu ia dijual di dalam kotak dan lelaki akan ambil satu kotak (nak tak nak terpaksa beli juga) di dalamnya ada beberapa helai... dan akan bayar dengan harga tersebut...

wanita pula... jika seluar dalam mereka diletakkan dalam kotak... wanita akan ambil satu kotak... dan jika dijual berselerak... wanita akan memiliki skop pilihan yang luas dan yang pastinya... sehelai memang tak cukup... haha

2. memilih

sifat lelaki mereka akan ambil dan bayar dan hanya akan lihat pada saiz sahaja... so tak perlu  buka kotak... kalau silap beli pun redha je la...

wanita pula... meraka sudah pasti akan belek-belek... jahitannya lah... warnanya lah... dan pastinya akan banyak kotak yang terbuka jika dijual di dalam kotak... ini akan menimbulkan kemarahan tauke kedai... dan mereka akan penat mengemas... 

3. pemalu

sebenarnya lelaki lebih pemalu dari wanita? haha betul ke? mereka jarang berlama-lama memilih seluar dalam berbanding wanita... yang akan belek itu ini sebelum membuat pembayaran...

haha jangan marah haaaaaaaaaaaa =P


APA JANTINA BABY KETIGA?

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu la ye...

asal gi mana-mana je... mesti ada je yang tanya jantina baby ketiga aku ni.... dok belek perut aku yang comel ni haha =P

masa 28 week hari tu dah scan untuk kali kedua... nampak gayanya macam lelaki je... sebab boleh nampak telurnya... itu kalau doktor tak silap lah... haha

tapi tu cuma scan je.... tak pasti lagi... nak confirm... tunggu nanti dah keluar... dan aku sebenarnya tak kisah pun lelaki ke perempuan... sebab anak pertama dah ada lelaki... yang second dah dapat girl... so tak kisah la mana-mana... lagi pun aku beli baju baby dengan warna-warna selamat... seperti ungu, hijau, merah, kuning, coklat.... so tak ada masalah kan...

sebenarnya aku dah tak sabar nak bersalin... sebab tak sabar nak merehatkan diri dan memanjakan diri... ececeh... yelah lepas bersalin lenguh-lenguh semua hilang bila dapat urutan lepas bersalin... dan pastinya sangatlah lega... rasa muda dan remaja haha =P

dan aku harap semuanya berjalan lancar... inshaAllah


dua beradik yang sangat rapat

BUAH CIKU YANG KAYA KHASIAT

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu...

dek kerana sekarang ni kat area rumah aku tengah musim buah ciku... so aku nak share kebaikan dan khasiat yang ada pada buah ciku...

di mana kadang kala kita sendiri lupa untuk ambil tahu khasiat buah-buahan tempatan... hinggalah ada yang melaporkan dan membuat kajian... betapa berkhasiatnya buah-buahan tempatan... barulah berbondong-bondong manusia yang sudi dan bangga jika dapat makan buah-buahan tempatan... jika tidak ia akan dibiarkan begitu sahaja...hehe

buah ciku ini biasanya berbentuk oval, memiliki biji berwarna hitam dan pipih... teksturnya yang lembut apabila sudah benar-benar ranum... dan memiliki warna sawo matang... dan apabila digigit ia agak berair... itulah ciku...



antara khasiat yang bakal anda perolehi jika makan buah ciku adalah...
  • Memakan 100 mg ciku akan memberikan energi sampai 83 kalori dan serat 5.6gram Seratnya baik untuk ubat sembelit dan membantu melindungi selaput lendir usus dari racun penyebab kanser.
  • Ciku kaya dengan antioksidan polifenol berupa tanin. Tanin bermanfaat sebagai antiradang, antivirus, antibakteria dan anti parasit. Oleh kerana itu, ciku sesuai untuk ubat cirit birit, buasir hingga menghentukan pendarahan. Tanin pada ciku juga membantu mengatasi erosif gastritis, enteristis dan gangguan usus.
  • Buah ciku yang segar mengandung kalium, zat besi, asam folatniacin dan asam pantotenat. Senyawa tersebut membantu pelbagai proses metabolisme dan produksi enzim tubuh.

  • Ciku mengandungi Vitamin C sebanyak 24.5 %/100 gram. Selain itu, juga mengandungi Vitamin A. Keduanya memiliki peranan dalam menghadang radikal bebas.
ok... selamat menikmati buah ciku!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...