GENG LENSA HIDUP

01 May 2010

KELAHIRAN ISTIMEWA

kau menangis saat kelahiran mu
ada insan yang senyum menyambut mu
kau masih merah saat itu
tapak kaki kau sebesar dua jari
kau masih belum boleh berdiri
jauh sekali mahu berlari

ayah kau kumpul keringat
tempuhi hari-hari mu bersama ku
ibu kau beri setiap mahu ku
juang kau berdua untuk anak-anak mu

"pesan ibu jadi anak baik-baik"
"doa ibu mahu anak yang cerdik dan baik"

anak kau besar pilih haluan mu
ya... masa silam telah berlalu
aku juga ikut nafsu dan melulu
kaut segala apa yang dimahu

ibu aku pohon maaf dari mu
ayah aku mohon restu mu
agar kita bisa bertemu
di SYURGA bersama lindungan kasihMU

_______________________________________________________


angin meniup

seluruh alam semesta

terangnya amat menyilaukan pancaindera

hanya ibunda

sentiasa memuja

ikhlas dari lubuk hatiku puspawarna

bertahun dah berlalu

tinggalkan rasa pilu

amat sukar disebut lagi jadikan ku sayu

kelahiran

bagiku istimewa

ku bersyukur padamu bonda

kekusutan

akan ku hadapi

kerna berjauhan darimu telah sekian lama

*aku doa kau kembali senyum & ceria sayang

LAMBAT SANGAT KAU NI



salam
apa khabar semua?
harap sihat selalu

aku agak lambat untuk wish 
SELAMAT HARI PEKERJA
tadi member aku cakap dia kena keje walaupun hari pekerja
dalam pada sibuk-sibuk sempat lagi mesej aku tanya khabar
tengkiu la ye....
ala la la..
siannye...
sabar la YOP...
banyak sangat keje tu...
hehe...
patut hari sabtu dengan jumaat ko cuti kan....

semoga semua mampu menjadi PEKERJA:
*BERDEDIKASI*
*JUJUR*
*CEKAP*
*INOVATIF*
*KREATIF*
*SENSETIF*
dan 
APA SEGALA YANG POSITIF

DIABETIS ATAU KENCING MANIS

salam
kepada semua pembaca...
sejak dua menjak ni entri aku banyak berkisar kisah penyakit

kali ni aku nak bercerita mengenai diabetis atau kencing manis...
antara penyakit yang popular di malaysia
betul tak?

kencing manis terjadi apabila pankreas gagal merembeskan hormon insulin dengan jumlah yang secukupnya. di mana letaknya pankreas? yup... pankreas terletak di bawah perut.

apakah peranan insulin?
insulin berperanan untuk menukarkan KARBOHIDRAT kepada GLUKOS sebelum diserap dalam darah dan membantu memasuki sel badan untuk ditukar menjadi TENAGA.

mereka yang menghidap kencing manis... KANJI yang dimakan tidak dapat ditukarkan sepenuhnya kepada GLUKOS. maka kanji tersebut akan kekal dalam darah dan tidak dapat diserap ke dalam sel badan. maka paras gula menjadi semakin tinggi... so jadilah KENCING MANIS...

anda semua mesti tahu sekiranya insulin tiada. sel-sel badan tidak dapat menyerap glukosa. ini akan menyebabkan badan kekurangan tenaga.

siapa pulak yang berisiko menghidap kencing manis?
sesiapa pun boleh menghidapi penyakit ini. tetapi mereka yang memiliki keturunan menghidap kencing manis lebih berisiko. dan juga mereka yang gemuk dan memiliki berat badan berlebihan.

cara mengatasi?
sebagai umat ISLAM berpuasa ISNIN dan KHAMIS dan juga puasa sunat lain, adalah jalan yang terbaik. selain pengambilan suntikan INSULIN. juga mengawal pengambilan gula.

mengapa kena suntik INSULIN?
oh... HORMON INSULIN akan dimusnahkan di dalam perut jika dimakan. oleh itu hanya dalam bentuk suntikan saja boleh diambil.

ikut nasihat doktor. doktor memberi saranan sama ada anda perlu makan pil atau merima suntikan INSULIN.


di atas adalah gambar pankreas... 
yang kaler krim tu... sedikit memanjang

p/s: jaga pemakanan anda untuk kelihatan muda, nampak muda, jadi muda huhuhu =)

KISAH HIDUP KANAK-KANAK MELARAT

salam
lama dah tak layan cite
allahyarham SUDIRMAN HAJI ARSHAD
setiap kali tengok cite ni mesti sedih

jom tengok kat youtube....
kalau rajin download la sekali...
kisah benar kanak-kanak yang hidup melarat


KAMI (1982)

PART 1
PART 2
PART 3
PART 4
PART 5
PART 6                          
PART 7
PART 8
PART 9
PART 10
PART 11

sudirman banyak menghidupkan watak TUKU...
memang beliau berbakat =)

UMAT ISLAM SEMUA SEDAR ATAU TAK?

salam...
entri yang agak serius...
sudah ditaip lebih awal sebelum di auto publish

semoga semua sihat hendaknya....

kenapa kita sebagai muslim kurang kesedaran dalam memberi sokongan kepada produk muslim?
padahal itu merupakan tuntutan. dan sedarlah jika kita mampu meningkatkan ekonomi sesama muslim... mampu membantu pengeluar, pembekal, peniaga muslim itu sendiri untuk mengeluarkan zakat yang banyak. oleh itu zakat yang dikutip mampu diagihkan kepada asnaf yang 8. dengan itu ekonomi muslim akan terus maju.

kadang kala ada rasa kurang percaya terhadap produk muslim. kenapa?
terlalu prejudis terhadap produk muslim. dan menganggap barangan keluaran bukan muslim lebih berkualiti. aku contohkan di sini. antara jenama yang paling banyak mengeluarkan produk yang setanding dengan jenama antarabangsa adalah HPA. mereka juga ada membuka restoran RFC (Radix Fried Chicken). mengeluarkan ubat gigi, kopi, minuman berkarbonat dan lain-lain lagi. juga produk ayam segar. apa tunggu lagi? pergilah cuba. 

aku bukan mahu mempromosikan HPA atau apa jenama. tapi sewajarnya kita sebagai pengguna patut sedar dan sentiasa bersedia untuk memberi sokongan kepada produk HALAL MUSLIM.

membeli kelapa parut... kat satu tempat tu ada penjual MUSLIM dan penjual BUKAN MUSLIM. kenapa masih memilih untuk membeli di kedai BUKAN MUSLIM. aku contohkan saja. apa salahnya kau datang membeli di kedai insan seagama dengan kau?

sensetiviti UMAT ISLAM ITU KURANG....
kenapa bila surau kena bakar baru nak marah?
kenapa bila surau kena lempar kepala babi baru nak marah?

sebelum tu kau ada sibuk nak sembahyang kat surau?
sebelum tu ada kau sibuk nak bela agama kau?

perasan tak? isu-isu kecil sebegitu kadang kala sengaja diwujudkan unuk mengalih perhatian UMAT ISLAM daripada memandang ISU yang LEBIH BESAR. isu rasuah, isu politik kotor, isu kekejaman di palestin, isu keruntuhan moral di kalangan umat islam, isu liberalisasi, isu penindasan umat islam dan lain-lain lagi.

aku tak kata kita semua tak perlu marah. tapi kadang kala isu itu diwujudkan sebagai provokasi untuk menutup isu-isu besar. supaya kita semua lupa pasal GST, kenaikan harga petrol, penyelewengan kerajaan memerintah dan sebagainya. 

begitu juga dengan agenda BUKAN ISLAM yang telah wujud sekian lama. bermain dengan isu monogami. menuntut hak itu dan ini. kesamarataan GENDER kononnya. sedangkan dalam ISLAM itu sendiri telah adil terhadap lelaki dan wanita. 

mewujudkan sistem ekonomi kapitalis, ekonomi liberal dan entah apa-apa lagi. semuanya akan menghancurkan UMAT ISLAM itu sendiri. penerapan segala sistem SEKULAR. dari sistem kehakiman hingga lah pada sistem pendidikan.

sama ada kita sedar atau tidak?

sudahlah hampir kebanyakkan adat resam kita di pengaruhi oleh budaya HINDU. dari segi persandingan. memakai inai. menggubah hantaran. dan banyak lagi adat yang dipengaruhi oleh budaya HINDU. budaya bergelang kaki. 

juga budaya memakai BOW... sudah menjadi amalan biasa.... 

banyak lagi aku nak kata.... aku rasa cukuplah ini saja. nanti kita sambung cerita. apa yang penting kesedaran tu kena ada. 

sama-samalah kita semua perbaiki apa yang kurang. tambah apa-apa yang hilang. yang baik hanya datang dariNYA dan yang buruk datang dari aku sendiri. sekian

PERIBAHASA BUDAK-BUDAK MODEN

salam
saje je nak kongsi peribahasa budak-budak sekarang
ni lah penangan ADVANCE LEARNER

tido tak NYENYAK
makan tak LALU
mandi tak BASAH
berak tak BASUH

bila KUCING tak de GIGI, TIKUS berani melompat TINGGI

kalau roboh KOTA MELAKA, papan di JAWA ULTRAMAN dirikan

p/s: mahukan lebih? sila tanya pada uncle KARAM...

ADUAN RAKYAT TV3 AMBIL BERAT

KAITAN DARAH TINGGI, SERANGAN JANTUNG & STROK

salam
pembaca yang budiman....
masalah tekanan darah tinggi...
selalu kita lihat terjadi di kalangan penduduk malaysia

yang biasanya berpunca daripada:
1. cara pemakanan
2. tekanan

korang tau tak?
pengambilan lemak & garam biasa yang berlebihan boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi, serangan jantung dan strok.

macam mana aku boleh cakap cam tu ek?

tekanan darah seseorang akan meningkat bila lumen salur darah disekat oleh bahan lemak, kolestrol dan kalsium. jika lumen yang kecil tersekat oleh seketul darah beku yang kecil. maka pengaliran darah akan tersekat.

jika pengaliran darah ini tersekat di bahagian jantung....
maka serangan jantung akan terjadi atau nama lain heart attack

jika pengaliran darah ini tersekat di bahagian otak...
maka strok akan terjadi....

kerana itu darah tinggi boleh menyebabkan penyakit berangkai yang lain...

oleh itu awasi pemakanan anda dan tangani stress dengan betul....
kerana dirimu begitu berharga...
(suara mesti cam MAYA KARIN iklan LOREAL)

sekadar hiasan ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...