GENG LENSA HIDUP

01 January 2016

KISAH TAUKE 99SPEEDMART


Anda tak kenal Lee Thiam Wah tak mengapa. Anda kenal 99Speedmart kan?
Ada orang kata, OKU Orang Kurang Upaya. Ada orang kata, OKU Orang Kelainan Upaya. Apa yang pasti, Lee Thiam Wah ialah seorang OKU. Dia yang dilahirkan pada tahun 1964 diserang polio sewaktu kecil dan hilang kaki. Kini, beliau hanya berkerusi roda.
Ayahnya seorang buruh pembinaan. Ibunya penjaja. Dia ada 11 orang adik beradik. Oleh kerana keluarga miskin, Lee hanya bersekolah setakat darjah enam.
Sewaktu kecil, emaknya selalu bertanya, "Kamu cacat dan tidak bersekolah tinggi. Sekiranya kamu tidak bekerja keras, apa akan jadi dengan kamu?"
Sebagai OKU, Lee tidak ada pilihan. Dia menjual makanan ringan di pinggir jalan. Pada usia 23 tahun, dia dapat mengumpulkan RM5,000 dan itu jadi modal untuk dia buka sebuah kedai runcit di Klang.
Pada tahun 1992, dia menjual kedai runcit itu pada harga RM88,000 dan itu menjadi modal untuk dia buka pasar mini pertama.
Pada tahun 1999, dia menukar nama kedai menjadi 99Speedmart. Di peringkat awal, pasar mininya hanya berkembang di Klang dan mensasarkan pelanggan berpendapatan rendah dan pekerja warga asing. Tagline yang digunakan, "Dekat lagi murah." Hari ini, Lee memiliki 350 buah pasar mini 99Speedmart di seluruh negara.
Satu perkara yang menarik, Lee bukan saja OKU yang kini jadi Raja Pasar Mini, tetapi dia membesarkan operasi perniagaan melalui jualan, bukan hutang.
Sekiranya Lee yang duduk di atas kerusi roda boleh memiliki empayar perniagaan runcit, apa lagi alasan untuk kita tidak berusaha?

RESEPI SOS PENCICAH THAI


sos pencicah Thai ini amat lazat sekiranya digunakan untuk cicah, bebola ikan rebus/goreng, ppopia goreng, cucur udang, ayam goreng, ayam bakar, ikan goreng atau pun sayur sayuran. Ia mudah untuk dibuat sendiri dan boleh simpan dlam botol di peti sejuk anda untuk kegunaan.
RESEPI SOS PENCICAH THAI:
BAHAN-BAHAN DIGUNAKAN:
3 ulas bawang putih dikopek kulit.
2 cili merah. (kalau ingin lebih pedas tambah dua atau tiga cili padi merah).
1/2 cawan gula pasir.
3/4 cawan air.
1/4 cawan cuka.
1/2 sudu besar (tbsp) garam.
1 sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 sudu besar air.
CARA-CARA:

1. Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung.
2. Masak kisaran tersebut dengan api yang sederhana.
3. Bila mula mendidih masukan cairan tepung jagung dan kacau sehingga tepungnya masak dan kelikatan sos . Sos perlu sentiasa di kacau selama 1 minit.
4. Biarkan sos sejuk dan masukkan dalam botol kedap udara dan simpan di peti sejuk.
Selamat mencuba

BAJU KURUNG 20 HELAI RM100 JE!


Assalammualaikum

semoga tahun baru ini semuanya sihat...

seorang pengguna laman sosial berkongsi kisah beliau dapat shopping baju kurung dah siap dengan harga murah... wow!!!

orang perempuan gerenti teruja...

berdasarkan gambar tersebut tu plastik Jakel... almaklum lah aku pun suka shopping kat Jakel ni... masuk Jakel niat nak beli kain ela sepasang je.... sekali keluar terbeli 4 pasang pulak haha... sabo je la husband aku tengok...

seperti biasa... Jakel kan selalu buat jualan cuci gudang nak bagi habiskan kain-kain lama...sebab nak masuk stok baru... he3...

apa pun berhati-hati ketika berbelanja...

wassalam

TOPIK APA YANG BAKAL MENINGKAT DALAM CARIAN GOOGLE PADA 2016

Assalammualaikum

pertama sekali aku nak ucapkan selamat tahun baru...

semoga kita semua dalam rahmatNya... untuk memastikan entri kita popular dalam carian google... pastikan entri anda menepati citarasa pengguna internet semasa...

jika semakin hampir musim cuti pasti carian mengenai lokasi percutian lebih tinggi... jika musim keputusan SPM nak keluar pasti ramai yang mencari kisah hala tuju selepas SPM...

jadi sebagai blogger... kita kena lebih peka dengan kehendak semasa... dan sentiasa berkongsi kisah dan entri yang menarik untuk memastikan pembaca akan datang kembali membaca blog anda.

bagi tahun 2016 ini... antara kata kunci dan topik yang boleh anda tulis dan kongsikan adalah mengenai...

1. resepi masakan ringkas
dek kerana keadaan ekonomi yang agak mencengkam... sudah pasti ramai ibu-ibu bekerja ingin menjimatkan kos perbelanjaan. pastinya mereka akan curi masa untuk masak di rumah... so entri mengenai menu ringkas dan sihat adalah satu topik yang bakal dicari pada 2016 ini...

2. tips dan cara menambahkan pendapatan sampingan
memandangkan keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat... sudah pastinya lebih ramai yang memilih untuk mencari dan menambahkan pendapatan sampingan... seperti menjadi egen dropship, berniaga di atas talian dan pelbagai lagi cara untuk mendapatkan pendapatan sampingan.

3. lokasi percutian unik
selain itu rakyat malaysia yang sejak kebelakangan ini semakin gemar bercuti dan berlibur di lokasi unik dalam atau luar negara... carian mengenainya memang sangat tinggi... dan penduduk negara luar juga suka mencari lokasi percutian unik di Malaysia... so boleh lah banyakan entri mengenainya.

4. gosip artis tempatan, luar negara dan kisah politik Malaysia
ini sememangnya menjadi carian utama kerana rakyat malaysia melayu khususnya memang sukakan gosip haha... sebab tu laman Beautiful Nara boleh hidup subur... selain rakyat malaysia yang suka berbicara mengenai pemimpin-pemimpin politik yang macam-macam ragam.

5. topik keibubapaan
al maklum lah kesedaran ibu dan bapa sejak adanya media sosial ni semakin menjadi-jadi... nak buat home birth lah, water birth lah... anti vaksin lah... natural food lah... dan pelbagai lagi tips dan ilmu keibubapaan yang sering dicari melalui google search...

ini antara garis panduannya... sebenarnya banyak lagi topik-topik menarik yang boleh anda bincangkan dan tulis sebagai entri... kongsikan sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain...

selamat tahun baru 2016
1:25 pagi
1/1/2016

entri pertama pada tahun ini.... sekian


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...