GENG LENSA HIDUP

24 May 2015

TERTEMBAK DIRI SENDIRI KETIKA SELFIE



RUSIA, (MLP) - Seorang gadis warga Rusia secara tidak sengaja tertembak diri sendiri menggunakan pistol semasa mengambil gambar selfie.

Gadis berusia 21 tahun itu dikatakan menjumpai sepucuk pistol 9mm di pejabatnya di Moscow yang ditinggalkan seorang pengawal keselamatan, pada Khamis.

Menurut jurucakap polis, gadis itu kemudiannya berhasrat untuk menangkap gambar selfie sambil memegang senjata api tersebut.

Menggunakan sebelah tangan untuk merakam selfie, gadis itu secara tidak sengaja menekan picu pistol lalu tertembak dahi sendiri dari jarak yang dekat.

Jurucakap hospital Sklifosovsky di Moscow, gadis berkenaan kemudiannya dikejarkan untuk diberi rawatan dan sehingga kini berada dalam keadaan yang serius.

Polis kini sedang menyiasat kesahihan cerita bagaimana gadis itu yang merupakan pekerja pejabat mempunyai akses terhadap pistol terbabit.

Siasatan awal mendapati, pengawal keselamatan itu telah meninggalkan pistolnya di tempat kerja sebelum pulang bercuti.

Trending mengambil dan memuat naik gambar selfie telah mengundang bencana terhadap beberapa individu di seluruh dunia.

Misalnya satu tinjauan yang dibuat di Amerika Syarikat mendapati, 17 peratus rakyatnya mengaku mengambil selfie semasa memandu.

Seorang pelancong dari Singapura pula maut selepas terjatuh dari tebing ketika mahu mengambil gambar selfie di Nusa Lembongan, Bali pada Khamis lalu.

Baru-baru ini, seorang graduan dari Malaysia mendapat kecaman hebat kerana mengambil gambar selfie dalam istiadat formal konvokesyen.

Satu kejadian nahas kapal terbang kecil di Denver, Amerika Syarikat pada Februari lalu dikatakan berpunca apabila juruterbangnya gagal mengawal pesawat kerana  mengambil gambar selfie.

November tahun 2014, seorang pelajar dalam percutian ke Sepanyol maut apabila terjatuh dari jambatan Puente de Triana di Seville ketika cuba mengambil gambar selfie.

Kredit gambar: pixshark

JADI MEWAH DENGAN MENULIS BLOG


Assalammualaikum

semoga semuanya sihat... 

terlalu ramai contoh rakyat malaysia yang berjaya menjadi mewah hanya dengan menulis blog... zaman kewujudan blog sekitar tahun 2008... masa tu sangat ramai blogger baru yang tumbuh bagaikan cendawan... ada yang dua tiga tahun kemudian menjadi blogger berjaya... dan tak kurang juga yang suam-suam kuku... dan ada juga yang menjadi blogger sepi...

biasanya blog yang berkisar dengan pengalaman, ada unsur 18sx, kisah personal, dan blog hiburan kebiasaannya lebih mendapat tempat di hati pembaca... berbanding blog ilmiah... apapun perkongsian anda ia terpulang pada prinsip empunya blog itu sendiri... sama ada mahu berkongsi kisah lagha atau sebaliknya...

bagaimana anda boleh terima pendapatan hanya dengan berblog?

1. pasang iklan daripada syarikat-syarikat yang ada seperti nuffnang, adsense, google ads dan lain-lain pengiklan

2. berdaftar dan sertai program affiliate seperti ashadee, sweetmuslimah, lazada dan lain-lain

3. buat slot untuk iklan berbayar di laman blog anda

4. buat review berbayar (sediakan entri khas untuk mereka yang mahu beriklan dengan anda)

5. wujudkan satu perniagaan milik anda sendiri (disebabkan anda dikenali ramai ia akan lebih memudahkan aktiviti pemasaran)

hanya dengan beberapa langkah mudah... anda boleh jana pendapatan hanya dengan mengadap laptop atau PC sahaja... dan lebih kuat usaha lebih banyak income yang bakal anda perolehi...

anda berminat untuk menjana pendapatan sampingan? tanpa apa-apa bayaran? jom cepat-cepat daftar
klik link di bawah =)



selamat berjaya!!!

ANAK PATUNG YANG PANDAI MENJAHIT



Gadis berusia 18 tahun ini bukan gadis biasa. Selain memiliki wajah yang cantik, dia juga punya kreativiti dan bakat menjahit yang luar biasa.


Angela Clayton merupakan seorang tukang jahit dan pereka kostum dari New York. Angela telah menjahit sendiri banyak kostum watak fantasi terkenal seperti Cinderella, Merida dan Elsa.



Dia juga sudah mula mereka kostum mengikut imaginasinya sendiri. Kata Angela, dia lebih berpuas hati apabila menjahit pakaian yang direka sendiri.




Kostum Elsa yang dijahitnya mengambil masa hampir 250 jam untuk disiapkan, dengan 170 jam daripada waktu tersebut dihabiskan untuk membentuk leretan 'cape' di belakang dress berkenaan menggunakan tangan.



Rekaan yang paling digemari Angela adalah sehelai dress berkonsepkan Krismas, yang dijahit menggunakan lampu LED.



Angela tidak pernah memasuki mana-mana kelas jahitan, sebaliknya hanya belajar sendiri. Minat mereka pakaian bermula selepas dia berjinak-jinak dengan lukisan 'sketch' pakaian.



Buat masa ini, Angela berhasrat untuk mereka lebih banyak dress berkonsepkan medieval atau Inggeris kuno. 



Jika anda berminat untuk belajar bagaimana Angela menghasilkan rekaannya, bolehlah berkunjung ke channel Youtube Angela.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...