GENG LENSA HIDUP

22 May 2015

NOTA AGAMA: SALAH TAFSIRAN


Salah tafsiran dan berbeza pemahaman telah terjadi sekian lama... di sini aku nak kongsikan kisah bagaimana akan terjadi jika salah tafsiran dan pemahaman...
semoga kita semua dilorongkan dan dianugerahkan oleh Allah S.W.T untuk memahami sesuatu perkara dengan baik dan betul...
ini kisahnya....
Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau ada 2 orang anak lelaki. Sebelum beliau meninggal, beliau telah memanggil kedua anak lelaki nya, lalu berpesan,..
Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah nak pesan;
1. Bila kamu berniaga , jangan kutip hutang.

2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari.

Lalu Hassan Al Basri pun meninggal dunia. Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.
Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anak nya si adik. Lalu bertanya,
Si ibu : Wahai adik, kenapa perniagaan mu semakin hari semakin merosot ?
Jawab si adik: Saya ikut pesan ayah.
Si ibu : Apa ayah mu pesan ?
Jawab si adik : 
Ayah berpesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran. 
Ayah pesan lagi, kalau berniaga, jangan kena matahari. Jadi saya kalau kemana mana mesti bawa payung. Jadi saya tak kena matahari sebagaimana pesan ayah.

Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya.
Si ibu : Wahai abang, ibu lihat perniagaan mu semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?
Jawab si abang : Saya ikut pesan ayah.
Si ibu : Apa ayah mu pesan ?
Jawab si abang:
Ayah pesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi , semua saya jual tunai. Maka, tak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai.
Kedua , ayah pesan. Jangan kena matahari. Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari.

💞
 Moral of the story
``````````````````````````````````````````
Perbezaan mentafsir sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza. Kalau kita kata ibadah itu hanya lah di tikar sembahyang semata-mata, nanti kita akan meninggalkan kewajipan mencari nafkah terhadap keluarga, kewajipan terhadap negara dan ummah keseluruhan nya.

Jadi, belajar lah dari ramai guru, banyak membaca untuk tambahkan ilmu, minta Allah swt beri petunjuk, mohon Allah swt bimbing kehidupan kita, semoga Allah swt memberikan taufik dan hidayah.
Mudah mudahan, dengan kefahaman yang betul, kita di muliakan oleh Allah swt di dunia dan di akhirat. Nabi Muhammad sa, pernah bersabda;
"Siapa yang Allah swt mahu kan kebaikan bagi diri nya, akan di fahamkan pada agamanya dengan sebenar benar kefahaman".
Ustaz Muhammad Abdullah Al Amin
Pesona D'Zahrah


7 RESEPI MUDAH MENGGUNAKAN NUTELLA

  • 1. Kek keju tanpa bakar Nutella


    • Bagi resipi mudah ini, anda perlukan 6 bahan sahaja iaitu:

      2/3 cawan Nutella
      12 keping biscut 'Oreo', dihancurkan 
      3 sudu besar unsalted butter, di cairkan
      1 cawan cream cheese, dilembutkan
      1 sudu kecil ekstrak vanilla
      1 cawan whipped cream

      Cara membuat:

      Masukkan biskut 'Oreo' yang telah dihancurkan dan mentega yang telah dicairkan ke dalam mangkuk. Dan bahagikan adunan ke dalam bekas untuk dihidangkan.

      Masukkan cream cheese dan Nutella ke dalam pengadun dan pukul sehingga sebati. Kemudian, campurkan vanilla ke dalam aduanan. Gunakan sudip untuk menggaul whipped cream dan kacau sehingga sebati.

      Bahagikan adunan untuk dimasukkan ke dalam bekas untuk dihidang. Tutup bekas dengan pembalut makanan dan sejukkan di dalam peti sejuk untuk sekurang-kurangnya 2 jam sebelum dihidangkan.


  • 2. Kek Nutella


    • Anda hanya perlukan dua bahan sahaja iaitu:

      240g Nutella
      4 biji telur (bersuhu bilik)

      Cara-cara membuat kek Nutella:

      Panaskan ketuhar kepada 180°C dan sediakan bekas acuan bulat kek berukuran 20cm dan ratakan kertas pembakar di permukaan acuan.

      Masukkan telur ke dalam mangkuk dan pukul dengan laju sehingga benar-benar gebu. Ia akan mengambil masa selama 5-7 minit.

      Sementara itu, masukkan Nutella ke dalam mangkuk berasingan dan panaskan ke dalam microwave selama 15-20 saat sehingga lembut. Kemudian, masukkan 1/3 daripada telur yang telah dipukul kedalam adunan Nutella. Pastikan anda menggunakan sudu besi untuk menggaul dengan cara menggulung adunan sehingga sebati. Selepas itu, masukkan telur yang selebihnya ke dalam adunan sehingga adunan sebati.

      Masukkan adunan yang telah dikacau sebati ke dalam acuan kek dan bakar selama 25-30 minit. Untuk memastikan kek anda cukup masak, cucuk lidi ke dalam kek. Sekiranya tiada sisa yang melekat di lidi, ia bermakna kek anda telahpun masak secukupnya.

      Biarkan kek sejuk sebelum dialihkan daripada acuan dan dihidangkan.



  • 3. Biskut Nutella



    • Untuk resipi ini, anda hanya perlukan empat bahan sahaja iaitu:

      1 cawan Nutella
      1 cawan (150g) tepung
      1 biji telur
      1/2 cawan (115g) gula kaster

      Cara-cara membuat biskut Nutella:

      Panaskan ketuhar kepada 180°C dan sediakan kertas pembakar di atas dulang pembakar biskut.

      Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengadun dan gaul sehingga adunan berbentuk doh. Anda juga boleh tambah cip coklat ke dalam adunan.

      Ceduk satu sudu besar adunan dan bentukkan ke bentuk bulat. Kemudian, letakkan ke dalam dulang. Gunakan gelas rata untuk meratakan acuan ke bentuk leper.

      Bakar selama 12 minit. Setelah dibakar, biarkan ia sejuk selama paling kurang 5 minit sebelum dialihkan ke dalam balang kaca atau dihidangkan.



  • 4. Cupcake Nutella



    • Bagi resipi ini, anda hanya perlukan tiga bahan sahaja iaitu:

      1 cawan Nutella 
      3/4 cawan (120g) tepung naik sendiri
      2 biji telur yang dipukul sedikit

      Cara-cara untuk membuat cupcake Nutella adalah:

      Panaskan ketuhar kepada 180°C. Sediakan acuan cupcake dengan 9 acuan dan letakkan kertas cupcake.

      Masukkan Nutella, tepung dan telur ke dalam mangkuk. Campurkan adunan dengan sudu besi sehingga sebati.

      Isi acuan cupcake dengan adunan dan bakar sehingga 20-25 minit. Cupcake yang cukup masak akan melantun kembali apabila di picit sedikit di permukaan dengan jari. 

      Biarkan sejuk sebelum dialihkan dan dihidang.

      Jika anda ingin menambah frosting, anda boleh campurkan 1 cawan Nutella bersamacream cheese. Masukkan ke dalam beg paip dan hiaskan cupcake anda.


  • 5. Aiskrim Pisang



    • Untuk membuat aiskrim pisang, anda hanya perlukan dua bahan sahaja iaitu:

      2 sudu besar Nutella 
      2 biji pisang bersaiz besar

      Cara-caranya:

      Potong pisang menjadi kecil dan simpan ke dalam peti sejuk selama paling kurang 2 jam. Apabila pisang telah beku, masukkan ke dalam pengisar dan kisar sehingga lembut.

      Kemudian, masukkan Nutella ke dalam pisang yang telah dikisar dan kisar untuk beberapa saat lagi.

      Alihkan ke dalam mangkuk kecil. Taburkan sedikit cip coklat dan hidangkan.



  • 6. Roti bakar Nutella bersama marshmallow


  • Anda perlukan empat bahan ini:

    Nutella 
    marshmallow
    roti 
    mentega

    Cara untuk membuat:

    Letakkan marshmallow ke atas sekeping roti dan sapu Nutella ke atas sekeping roti lagi. Masukkan sedikit mentega ke dalam kuali dan apabila sudah cari, bakar roti yang di letakkan marshmallow. Pastikan marshmallow berada di permukaan. Kemudian, letakkan roti yang disapu Nutella di atas roti yang sedang dibakar. 
  • 7. Puding Nutella


    • Bahan-bahan yang anda perlukan adalah:

      500g Nutella
      800ml krim pekat
      1 sudu besar air panas
      2 1/2 sudu kecil serbuk agar-agar

      Cara-cara untuk membuat:

      Kacau krim dan Nutella di dalam kuali dengan suhu serdahana selama 3-4minit atau sehingga lembut. 

      Masukkan satu sudu besar air panas ke dalam mangkuk kalis panas dan masukkan sedikit serbuk agar-agar. Letakkan mangkuk tersebut ke dalam periuk berisi air mendidih. Kacau serbuk agar-agar sehingga ia cair.

      Tuang agar-agar yang telah cair ke dalam adunan Nutella. Masukkan adunan ke dalam bekas untuk dihidang dan biarkan sejuk selama lebih kurang 6 jam. 

      Sebagai hiasan, anda boleh letakkan sedikit whipped cream ke atas puding dan taburkan sedikit serbuk koko sebelum dihidangkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...