GENG LENSA HIDUP

08 May 2015

JASA NOVEL CINTA, DRAMA DAN FILEM CINTA KARUT

MENGAPA BERCERAI MUDA?
Rumahtangga yang dibina oleh generasi muda hari ini banyak yang tidak berasaskan realiti dan dibangunkan atas dasar impian dan fantasi yang tidak berpijak di atas bumi yang nyata. Sehingga apabila mereka bernikah masing-masing merasa kecewa kerana pasangan atau perkahwinan TIDAK SEINDAH YANG DISANGKAKAN.
Si lelaki berasa kecewa kerana isterinya tidak menjadi seperti bidadari yang dia selalu gambarkan. Masak tak pandai, layan atas katil macam tunggul, kulit yang disangka gebu ada kurap. Manakala si isteri pula mengadu bahawa suaminya tidak tahajjud tiap-tiap malam, tak membisikkan kata-kata cinta macam dalam filem dan novel serta tidak lembut dan peyayang seperti yang disangkakan.
Hakikatnya, kehidupan berumahtangga bukan sebagaimana yang ditulis seperti dalam novel, drama dan filem cinta karut tersebut. kejap-kejap merajuk ada yang sibuk nak pujuk, kejap-kejap marah, kejap-kejap ada skandal, kejap-kejap lari untuk cari ketenangan... realiti yang sebenar bukanlah begitu. Jika empunya badan asyik memikirkan perasaan sendiri kehidupan rumahtangga tak akan ke mana. 
Realitinya, anda perlu bertolak ansur menjaga anak-anak, menguruskan kerja rumah, menyalurkan rasa cinta dan sayang, hinggakan tak ada ruang untuk merajuk lama-lama, untuk nak lari tinggalkan anak dan keluarga semata-mata mencari ketenangan. Kerana banyak perkara yang lebih penting untuk dilakukan dan difikirkan.
Kegagalan mengurus 'Expectation' yang berbeza boleh mengundang kepada pergaduhan dan perceraian. Jasa novel-novel cinta khayalan, drama dan filem cinta karut, ustazah novelis yang tak praktikal banyak menyumbang kepada masalah ini.
Selain itu sikap tidak sabar dan pentingkan diri amat menebal dikalangan pasangan muda apabila masing-masing berkahwin dengan 'cara fikir' yang salah iaitu 'Apa yang aku akan dapat dari perkahwinan ini' sedangkan sepatutnya yang dipegang ialah ' Apa yang akan aku sumbang dan manfaatkan dengan perkahwinan ini'.
Inilah masalah yang berlaku apabila masing-masing hanya memikirkan kekurangan orang lain bukan dirinya sendiri. Si suami hanya fikir tentang kelemahan isteri dan si isteri hanya tahu menyalahkan suami kerana tak tahu menjaga perasaan dirinya.
Begitu besar impak... terutamanya jika anda sangat gemar berkhayal sambil membaca novel-novel picisan dan menonton drama cinta di stesen TV yang ada. Yang pastinya apabila anda berkahwin, cuba sedaya mungkin membahagiakan pasangan, bertolak ansur, terima segala kelebihan dan kekurangan...  InshaAllah... segalanya dapat diharungi bersama biarpun pelbagai rintangan yang melanda =)
Bukannya menyalahkan novel atau drama cinta semata, tetapi pastikan anda berfikir dan berpijak di bumi nyata sebelum melangkah ke alam perkahwinan dan semasa mengharungi alam rumahtangga.
semoga kita semua sentiasa dalam lindunganNya
wallahua'lam
sekadar hiasan =P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...