GENG LENSA HIDUP

30 June 2014

RAMADHAN BULAN MULIA

Assalammualaikum...

salam 3 ramadhan 1435 Hijrah
semoga semuanya sihat dan diberkati selalu....

kekangan masa di bulan ramadhan.... al maklum la... hajat di hati nak tingkatkan amal... cewahhh =P... kol 4:15 pagi aku bangun masak untuk sahur... lepas tu solat... buat kerja rumah... sampai la anggaran kol 9:30 pagi baru la aku free...

then...
nak melayan anak-anak yang berdua tu.... hehe... fenin jugak la... masakkan makanan untuk diaorang... suapkan pulak... mandikan... ho3... super busy mummy...

harapan aku... at least khatam quran sekali dalam bulan ramadhan kali ni... 

dan misi satu hari satu menu berbeza hingga akhir ramadhan... ho3

aku dah brainstorm lagi sebelum puasa hari tu... miahaha...

alhamdulillah...

1 ramadhan - mi hailam, karipap, air oren, buah tembikai
2 ramadhan - nasi lemak, air sirap, buah mangga

diet mesti seimbang okeh =)

next day... just wait and see apa rezeki kami...

babai...

Salam Ramadhan 1435 Hijrah

ANAK KURANG ADAB

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu... aku rasa sejak-sejak aku dah jadi mak-mak ni... selalu betul aku jumpa budak-budak yang suka buat rumah orang macam- rumah sendiri... senang cite tak de adab...

suka-suka nak kotorkan umah orang
suka-suka nak sepahkan umah orang
suka-suka hati dia je...

mak bapak pulak ada je dengan anak-anak tapi buat tak tau.... nampak tak???? hangin nya??? anak tak reti duduk diam.... mak bapak buat selamber je... sikit pun tak de nak tegur...

aku dulu-dulu kalau buat 'taik' kat umah orang... siap la... balik umah memang kena balun la... tapi anak-anak bapak ngan mak aku semua beradab bila gi umah orang... dan faham bahasa... tak de la rumah orang jadi tunggang langgang dibuatnya...

pada aku...
kita sebagai mak bapak... meman suka anak aktif dan lincah... tapi biarlah lincah dan aktif yang faham bahasa...

tok sah la senyum lebar tengok anak-anak aktif buat sepah kat rumah orang... nanti orang akan cop kau sebagai mak bapak tak reti didik anak...

so please la... aku rimas jumpa budak-budak kurang adab... nombor satu gua nak empuk mak bapak dia dulu.... =P

ok babai have a nice Ramadhan

29 June 2014

PERTEMUAN DITENTUKAN ALLAH

Assalammualaikum

semua yang terjadi Allah sudah tentukan... aku dah lama tak jumpa kawan masa sekolah dulu... even... kami asal daripada tempat yang sama...

last berjumpa pada raya 2011... dia datang melawat aku bersalin... anak pertama.... dan pada 21 jun 2014....

di Teluk Gorek Mersing....

my friend ade kursus kat situ la... that day kursus dah abes... dia pun terasa nak amik gambar pemandangan Teluk Gorek... snap dua keping gambar.... bila tengok semula... dia perasan dalam gambar macam husband aku... dia baru nak cari aku kat mana...

aku pun dah perasan dia... aku pun panggil la...

serius memang cantik pertemuan yang Allah dah aturkan....



1st picture (husband aku)


2nd picture (ada aku)

28 June 2014

JENAMA FAREEDA BERPRESTIJ


Assalammualaikum...

asyik-asyik cerita FAREEDA... 
tak bosan ke? aku nak bagi komen sikit la...

Walaupun aku tak beli tudung FAREEDA, tapi aku sangat benci mereka yang berfikiran begini. TOLONGLAH! Kalau tak mampu beli, TAK PAYAH BELI sebab ini barangan kehendak, bukan keperluan. Kenapa tak bising bila store H&M yang baru nak buka, launch pukul 11 pagi esok tapi orang beratur dari 6 petang hari sebelumnya. 

Kes yang sama; tak mampu beli barang ori dari LV, Ralph Lauren, Chanel, Prada, Burberry, Marc Jacob, etc. ramai yang cari ciplak. Tayang kat orang ramai dengan versi ciplak dibeli. Tapi still, orang tahu kalau yang jenis ambil tahu pasal fesyen. Dan #FAREEDA; disebabkan Fareeda itu jenama tempatan maka akan adalah orang yang tak mampu cakap "Terlalu mahal. Baik beli tudung 10 hingget". "Perlu tolong anak bangsa, kesian orang Melayu beli tudung mahal-mahal". "Fareeda terlalu sombong". Mereka terus komplen sebab bukan mereka yang berjaya macam Fareeda.

Dan macam biasa, tipikal Melayu. Mainkan agama. Kenapa? Beratur panjang-panjang maksiat ke? Mula timbul isu tinggal anak suami, tinggal tanggungjawab. Solat? C'mon. Islam itu pemudah cara. Solat bukan beban pun. Boleh je dilakukan dimana-mana... la ni banyak da surau... janji tempat suci...

Ada statement dari tulisan ini; "Anda sengkang mata macam gelandangan di kaki lima; tapi owner dia sedap-sedap tidur atas tilam empuk dalam air-cond". Maka? Takkan owner tu kena join sekali? Mereka cuma beratur ala-ala gelandangan (biasa berlaku untuk sesuatu pelancaran store baru kalau di luar negara). Anda tak fikir perit jerih asal perniagaannya. PELIK. Bila ada jenama hebat Melayu, mula orang nak pertikaikan. Yang mempertikaikan pula orang Melayu juga. 

Dan yang pasti FAREEDA mampu letak advert kat billboard Tol Sungai Besi. Bukan semua mampu walaupun syarikat-syarikat besar yang telah lama bertapak. Anda patut bangga dengan bertapa prestijnya jenama anak bangsa ini. 

"KAU MAMPU?"

fikir-fikirlah... bila lagi nak sokong jenama Muslim...
serupa jugak...

kalau kau beli sos jenama MAGGI...  ade problem sikit... "ahh biarlah lah sikit je..."
cuba kau beli sos jenama AMINAH keluaran bumiputera... sikit je silap terus kena Band...

babai

AJAR ANAK BERENANG

Assalammualikum

sekali sekala seronok jugak beriadah bersama anak-anak ni ye tak... nak-anak ade anak-anak yang suka main air ni... seronok betul tengok keletah dia orang...

my hubby sangat suka selam-selam kan anak kita orang... tapi abang ahmad agak penakut sikit berbanding adiknya Alisha... 



jumpa kawan baru ajar swimming =)



nampak kan muka abang macam cuak je hu3








thanks dear sebab rajin melayan anak-anak kita swimming =)
Alisha suka sangat dapat masuk air.... abang Ahmad berani-berani takut... huhu
sabo je la....

ok babai

27 June 2014

MUZIUM TENTERA DARAT

Assalammualaikum...

sebenarnya Malaysia masih banyak lokasi yang menarik untuk dikunjungi... sama ada dengan kos yang tinggi ataupun kos paling minimum...

kos yang agak tinggi biasanya percutian ke pulau-pulau... atau ke negeri yang perlu kita menaiki pesawat...

antaranya adalah Muzium Tentera Darat yang terletak di Port Dickson.... selain itu Port Dickson juga terkenal dengan Bandar Tentera Darat... masuk percuma... tetapi penuh dengan nilai sejarah =)
















PALING SUKAR DIURUS

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu.... bila bercerita apa agaknya perkara yang paling sukar diurus...

pada aku la.... hal-hal yang melibatkan manusia la yang paling sukar diurus....

contohnya
jika nak naik lrt, komuter.... dan dapat makanan free... perghhh memang dah macam orang tak paham bahasa.... buat kepala sendiri je....

menonong habis... macam tak de peraturan...

aku... kalau budak2 ok lqgi la tak paham bahasa dan sukar diurus... ni dah tua bangka pun masih sukar nak diurus.... belum nyanyuk lagi.... belum pekak lagi.... tapi mmang peel suka menonong dan ala-ala pekak badak masa terima arahan....

bengang... sekian

babai



25 June 2014

NAIK TIKAR TERBANG!!!

Assalammualikum

kesibukan yang amat...
tak sempat nak buat entri baru..

last week jalan-jalan selangor - negeri sembilan - johor
this week family day mengkarak - teluk gorek

bawa anak-anak kecik berjalan... kena la sabar lebih...
anak aku yang perempuan ni sebenarnya dah boring... al-maklum la journey yang panjang... 3jam setengah... dah cukup untuk buat dia bosan...

aku pun bagi la diaorang... duduk berdua... kemain suka... wehhh dah ala-ala naik tikar terbang aku tengok... macam-macam gaya...

terus tak jadi mengamuk =)

abang dan adik.... muka nak dekat sama...
haha... ramai yang cakap aku ngan hubby mirip-mirip pattern muka...

paling nak sama muka aku ngan my sister in law (along)
jiran2 selalu konpius...

jangan jeles naaaaaaaaa... =)
muka ade iras ni jodoh panjang... katenye lah hik3

masa dah sampai


icha pengikut setia abang ahmad =)



20 June 2014

SUDU UNTUK DIET!!!


Assalammualikum

hahaha sudu macam ni memang betul-betul boleh buat si gemuk jadi si kurus.... dan makan hati....
cer try beli satu... gunakan masa open house nanti.... save budget =)

babai...


19 June 2014

BUDAK MACAM DORAEMON



Assalammualaikum

bila dah jadi mak ni mane la sempat nak bace komik... tetiba rasa rindu la plak...
semalam aku dok mengemas... then terleka jap...

nah...
anak-anak aku dah jadi macam doraemon ngan nobita...

naik vacuum...
oh man!

mujur tak de yang tergolek



17 June 2014

PERGI MENGADAP ILLAHI

Assalammualaikum

lama tak de entri baru... 10 jun 2014 pada pukul 11.45pagi... atok aku pergi buat selama-lamanya.... kebetulan masa dapat berita my hubby cuti... then kami pun balik kampung kat sekinchan... my hubby pun terus ambik extra cuti sampai seminggu... sebab nak gi holiday....

hmmm...
semoga atok di tempatkan di kalangan orang beriman...

aku tak de nak cite spe sangat... tapi my hubby faham aku sedih dengan kehilangan ni... dan tq... sebab sudi luangkan masa berlama-lama dekat kampung...

Al-Fatihah

09 June 2014

DOSA KITA HARI-HARI

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu....

ucap syahadah rukun islam pertama
kemudian solat lima waktu sehari semalam
ketiga puasa di bulan ramadhan
menunaikan zakat fitrah
dan terakhir tunaikan haji jika mampu

buat ke tak semua yang kat atas tu?

hari-hari kita ada ke tidak terlibat dengan riba? loan kereta... loan rumah... 
hari-hari adakah kita menutup aurat? tutup ke aurat tu dengan sempurna?
hari-hari kita ada tak menipu? walaupun bohong sikit-sikit dengan anak...
hari-hari kita ada tak membazir? duit, makanan, air, dan lain-lain....
hari-hari kita ada tak jadi tak amanah? keluar masa kerja? ambil barang ofis buat urusan peribadi...
hari-hari kita pasti ke kita tak kecilkan hati ibu bapa kita?
hari-hari adakah kita yakin tiada teman, tetangga, insan lain berkecil hati dengan sikap, percakapan kita...

jika nak sebut punyalah banyak dosa kita hari-hari....
memang banyak tak terhingga... orang modern kata... BANYAK GILERRRRRRR LAH...

sekali sekala je Allah uji

'sakit' - cara dosa kita dihapuskan selain dengan cara bertaubat...

ada juga Allah uji sakit yang berpanjangan....

benarlah sakit itu penghapus dosa...
jika Allah tak da beri sakit... nescaya dosa kita ini banyak tak terhingga... confirm tak bau syurga
biarpun diuji dengan kesakitan.... kita semua belum lagi confirm masuk syurga....

sebab tu dalam doa taubat....
kita cakap... kita memang tak layak nak masuk syurga... tapi tak sanggup nak masuk neraka... 

tapi Allah sayang pada hambaNya Dia beri macam-macam ujian supaya hambaNya layak masuk syurga.... tahan sikit ujian daripadaNya... In Sha Allah ada hasilnya... tanpa rahmatNya siapalah kita untuk cium bau syurga milikNya.... inikan pula nak menjejakkan kaki ke dalamnya...

adakah kita benar-benar taat dan sayang pada Pencipta?

astaghafirulllahalazim...
lailahaillAllah...






FURLA HANDBAG MURAH!!!


FURLA CANDY DALMATION BLACK

NORMAL PRICE RM250

DENGAN KAMI HANYA
RM160 SM/ RM170 SS
FREE POSTAGE

CEPAT-CEPAT!!!

1ST COME 1ST SERVE
BERMINAT???

WHATSAPP 0129552047

UNTUK LEBIH BANYAK PILIHAN... BOLEH LIKE PAGE KAMI
https://www.facebook.com/infinityonline2020



BERTUDUNG LABUH DAN SELUAR PENDEK!!!

icha... bila ayah pakaikan tudung... inilah perempuan bertudung labuh dan seluar pendek...
hihihi...

dah malam mama sarungkan tudung nak lagi pakai... sejam lepas tu... mula rimas...


08 June 2014

LELAKI ELOK BERJALAN DI DEPAN WANITA



Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu... =)

LADIES FIRST adalah budaya barat yang diserap perlahan-lahan dalam minda orang Muslim =)

"Ladies first, please"
Bukanlah ayat seorang gentleman.

Tidak.
Langsung tidak.

Adam.
Berjalan , dahulukan dirimu.
Daki tangga , dahulukan dirimu.
Hatta melangkah longkang, dahulukan dirimu.

Biarkan kami di belakang.

Andai ada Hawa yang berkata;
"Ahh. Sweetnya akhi tu bagi kite jalan dulu. Gentle"

Maka Adam,
Tawarkanlah senduk padanya.

Kami izinkan.

"Sungguh , aku lebih rela berjalan di belakang singa berbanding seorang wanita" -Saidina Umar al-Khattab.

MONOPOD PESAWAH

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu... sekarang ni popular sungguh penjualan monopod... jom layan monopod pak cik yang super kreatif...


tak payah modal pun =)

07 June 2014

BACKPACK FOR KIDS SUPER MURAH!!!

RM35 FREE POS SEMENANJUNG
SABAH DAN SARAWAK TAMBAH RM10

2 FOR RM65 FREE POS SEMENANJUNG

Material : Nylon
Height  :  33cm
Width  :  28cm
Thickness  :  10cm
Capacity :  can put A4 paper




RM28 FREE POS SEMENANJUNG
SABAH DAN SARAWAK TAMBAH RM10

2 FOR RM50 FREE POS SEMENANJUNG

Material : Oxford Fabric 600D
Height  :  30cm
Width  :  27cm
Thickness  :  10cm
Capacity :  cannot put A4 paper

WHATSAPP 0129552047


https://www.facebook.com/infinityonline2020

PAKAI JAM TANGAN KIRI ATAU KANAN? APA BAGUSNYA?


Assalammualaikum
macam-macam tafsiran...
terpulang ingin percaya atau tidak =)



KATANYA LAH...
WALLAHUA'LAM....

BILA DAH ADA ANAK...

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu... dan gembira di samping keluarga tersayang.... cewah... masa bujang memang banyak masa nak buat itu ini.... dapat duit pun guna untuk diri sendiri je.... belanje mak ayah... tu je lah...

ohhhh...
bila dah ade anak... mesti la macam-macam fikir...

- saving untuk anak-anak (aku lepas pantang je biasanya terus buka saving akaun untuk anak-anak)
- nak belikan buku untuk diaorang la
- nak belikan pakaian, kasut dan lain-lain...
- nak bawa gi holiday

pendek kata semuanya nak fikirkan untuk anak... sebab anak-anak yang dah makin besar diaorang selalu teringin macam-macam... so, aku akan usaha untuk dapatkan...

duit boleh dicari... kegembiraan belum tentu boleh dibeli... pada aku lebih banyak aktiviti bersama anak-anak... lagi erat hubungan kita dengan mereka... macam tu jugak hubungan suami isteri...

kerjaya boleh bersilih ganti...
keluarga tiada tukar ganti...

* latest plan nak bawa anak-anak mandi swimming pool dan jalan-jalan pergi ostrich farm.... kena tunggu hubby cuti la... =)

untuk anniversary celebration dan besday my hubby... kena fikir tempat lain la plak =)

06 June 2014

TIPS BANYAKKAN SUSU IBU MENJELANG RAMADHAN

Assalammualikum

mesti ibu-ibu yang menyusukan baby sibuk fikir cam ne nak tambahkan susu ibu menjelang ramadhan ni.... ye tak...

paling penting banyakkan pengambilan cecair...
air mineral/ air bertapis
jus buah-buahan
susu 

selain tu tingkatkan pengambilan protein dan sayuran.... juga buah-buahan...

nak lagi senang... amalkan pemakanan sunnah.... makan lah kurma semasa bersahur, berbuka.... da jadikan snek semasa lepas tarawikh dan sebagainya.... In Sha Allah... akan berjaya.... dan doalah banyak-banyak supaya anda diberikan kekuatan... supaya air susu banyak... dan mampu suskan anak sebagaimana Islam sarankan...

kan doa mereka yang berpuasa mudah dimakbulkan....

aku pun nak meneruskan penyusuan susu ibu hingga 30bulan untuk anak kedua ni.... =)

ade lagi 16 bulan nak cukup.... =)

banyakkan makan makanan yang berkualiti untuk memastikan susu yang dihasilkan pekat dan berkhasiat... pada aku... aku memang tak percaya supplement dan aku tak pernah ambik pun untuk banyakkan susu ibu...

semoga bermanfaat

KENAPA UIA TIBA-TIBA BANJIR?? HAAA INILAH SEBABNYA...

Assalammualikum

ini sekadar satu perkongsian...
daripada teman.... bertarikh 4 Jun 2014

Tun Mahathir berucap di uia pagi tadi. Dia kata hukum hudud x adil sebab hanya oghe Islam yg kena potong tangan, org kafir kena penjara jah. . Ambo x pehe uia tempat menuntut ilmu islam boleh jemput oghe x dok ilmu islam berucap gitu skali.. Yang rangka undang2 hudud allahyarham Prof Ahmad Ibrahim pakar undang2 pensyarah uia..Petang ni tenggelam habis uia..

jika benar semoga kita semua terpelihara sentiasa... 

wallahua'lam...

sekian

05 June 2014

RM60 FREE POSTAGE DAPAT 3 BEG!!!





MANA-MANA BEG DALAM GAMBAR NI RM60 FREE POSTAGE SEMENANJUNG
SABAH DAN SARAWAK TAMBAH RM10

WHATSAPP 0129552047

04 June 2014

CIBAI ASING

Assalammualikum...

orang kata masuk kandang kambing mengembek.... masuk kandang harimau mengaum.... tapi kalau tak mampu tiru jangan ditiru.... nanti lain jadinya....

tu la umpamanya macam kisah yang aku nak ceritakan ni....  okey.... dulu tahun 2004.... masa aku study kat UiTM Arau.... ade la kedai makan kat dalam UiTM tu nama May Corner... orang utara panggil lada atau cili depa panggil cabai...

diulangi CABAI....

ok... kat cafe tu menu famous diaorang adalah Moi Sup... orang utara mesti tau punya lah... sebab mende ni sangat la sedap.... terutamanya bila ade sambal sekali... bila dah jadi pembeli boleh la request macam-macam... ye tak?

masa aku tunggu order aku sampai kat kaunter... datang seorang budak... datang nak order... 

"makcik moi sup dua..." budak tu
"ok sat na..." makcik jawab
"cibai asing ye makcik" budak tu

makcik tu dah tergelak... aku ngan member aku dah berdekah-dekah gelak... ok... dia order memang special nak cibai asing ko... hahahaaha

"tu bukan cibai... itu cabai..." terang makcik tersebut

budak tu pun tersipu-sipu malu... 



gambar yang aku google di 
http://patyskitchen.blogspot.com/2012/01/simple-sunday-with-vietnamese-chao-thit.html

AWAS: INI AYAT YANG BIASA DIGUNAKAN PADA PRODUK SUPER SIHAT.... SUPER RAPAT.... SUPER PANJANG....

Assalammualikum....

aku terpanggil sangat untuk menyeru semua wanita, lelaki, kanak-kanak.... jangan mudah terpedaya dengan prodeuk yang mengaku boleh sebuhkan pelbagai penyakit.... produk yang boleh bagi kurus... yang boleh bagi ketat... rapat... panjang.... montok....

please...
please...
please....

fikir dulu sebelum beli.... antara ayat yang biasa ade dekat label produk mereka....

 "jika penyakit berlarutan... sila rujuk pakar atau doktor"

oh mannnn...
mereka senang je.... dah buat produk... pong pang pong pang.... cakap bagus la.... hebat la... tapi bila ade problem... asal soh refer doktor??? nape tak carik pengeluar produk??? kata handal sangat buat formulasi itu ini... 

asal tak soh refer doktor dulu sebelum beli produk hang pa??

aku bukan nak hina... atau memandang rendah.... yang keluarkan produk tu belum tentu lagi biasa tengok spesimen bawah mikroskop... belum tentu lagi mahir persamaan kimia... belum tentu lagi tau ape maksud NaCl... 

tapi da mengaku ade produk yang sangat bagus... yang hebat... bebas racun dan macam-macam super duper bagus.... pada aku buat la produk ikut kepakaran.... jangan la kau belajar bussiness, marketing... tetiba ade produk super montok...

lain la kalau kau belajar... dalam bidang chemistry... medical... dan yang sewaktu dengannya... yang tau apa peranan potassium jika terlebih ambil atau terkurang ambil... tau darimana nak dapatkan collagen.... ape rupa collegen... ubat-ubatan lagi efektif dalam bentuk cecair atau kapsul.... dan boleh terangkan details mengenainya... juga ada certificate dan dah belajar tentang ubat-ubatan dan racun boleh la hasilkan produk kesihatan...

yang aku tengok sekarang ni.... banyak.... yang tak de qualified... tup tup ade keluarkan produk super montok la.... super panjang la... super gebu la...

lepas tu ramai plak orang melayu yang percaya dan kemaruk nak beli... padahal ingredient (serbuk) tu semua bagai ade yang diaorang dapatkan daripada korea.... thailand.... dan diaorang cuma lakukan campuran je... ikut amount yang mereka nak... uji sikit dekat lab...kemudian bayar pada pengguna yang sudi hantar testimoni....

then terhasil la produk yang diberi nama macam-macam kat pasaran... 

tak caya pi tanya kebanyakkan pengasas produk mereka ada degree dalam bidang apa? ade degree ke tak? pernah masuk lab ke tak? tau guna mikroskop ke tak? 

kalau tu semua tak de... tak payah la buat produk dan formulasikan sendiri... aku bukan nak dengki tapi tolong la jangan rosakkan bangsa dengan produk sebegitu... semata-mata nak kaut untung untuk kesenangan sendiri....

please please please...
fikir banyak-banyak sebelum membeli...

sekian... 



TANDA - TANDA ORANG YANG REDHA

Assalammualikum

semoga semuanya sihat sejahtera.... mudah je nak sebut perkataan redha.... ye tak??? aku redha.... dan bla bla bla... untuk reda di hati tidak semudah sebutan...

ape ye agaknye tanda orang yang redha?

yup... tandanya adalah....

tiada sekelumit pun persoalan di hati kecilnya.... "kenapa aku diuji begini?"

ya itulah tanda dia redha dengan setiap saat kehidupannya.... aku, ko, dia macam mana? redha atau tidak?

tak perlu jawab.... hanya Allah je yang tahu.... dan dapat dilihat oleh orang sekitar yang merasa betapa gighnya seseorang itu meneruskan kehidupan tanpa sedikit pun keluh kesah....

semoga kita semua berada dalam kelompok insan yang sentiasa redha...

sekian...

SPERMA PRA MATANG ATAU OVUM TERLEBIH MATANG

Assalammualikum

kini...
jika bertunang.... memang havoc... dah macam orang nak nikah...

masa nikah nak nikah depan kaabah lah...
nak honeymoon kat madinah lah....
bersanding nak sedondon ikut tema daripada kepala, baju, seluar, kasut, coli, seluar dalam.... ehhh pendek kata semua ber'tema'

masa bercerai....
tepi longkang pun boleh... guna sms pun boleh.... 

lepas dah bercerai...
buka aib suami atau isteri... share dekat FB, tweeter, IG, lepas tu seronok sebab ramai like.... kalau ade yang benci... terus kena block!!!

sudah-sudah la tu...

pada aku....

tidak semua perkara perlu didedahkan kepada umum. zaman sekarang ada manusia berkahwin dan semua mahu dikongsi dan didedahkan kepada facebook...hingga satu tahap spender bini, saiz testikal suami, warna coli, baju dalam bini, saiz kondom, bantal, tilam, cadar, bilangan sperma 

dah mengandung 38hari pun nak cerita...

semuanya nak diceritakan...
tak kira lah dekat facebook ke
tweeter ke...

bini pun sama...
macam-macam cerita tepek dekat wall facebook...

macam tak de malu...
dari luar kain sampai dalam kain nak cerita...

03 June 2014

KENYATAAN ERMA FATIMA SETELAH BERMADU


Assalammualaikum

bila keluar gambar macam ni ramai la yang komen.... entah apa-apa.... seperti "walaupun redha... tapi hati tetap menagis" ade-ade je nak dok tambah perisa.... tak payah la sibuk soal hati dia ke ape... Allah je tau hati dia cam na.... memandai je cakap hati dia menangis la... ape la... haishhh

apa pun aku harap ERMA FATIMA dapat ganjaran yang hebat di dunia dan akhirat... bukan semua wanita boleh terima.... aku sangat respect =)

semoga beroleh Jannah itu sahaja yang aku nak cakap....

wassalam...

ORANG MALAYSIA MEMANG SUKA 'SIKIT JE'!!!

Assalammualaikum

aku terpanggil nak buat entri ni sebab aku menyampah pulak dengan orang yang susah nak faham arahan.... atau pun pesanan....

contohnya:

'dilarang bakar sampah'
nanti ade je yang nak dijawab.... ala.... bakar sikit je... bukan jadi ape pun...

ok aku jawab: kalau ko bakar sikit.... orang sana bakar sikit.... orang sinun bakar sikit.... tak ke lame-lame jadi banyak????

pada aku orang macam ni memang tak de sivik minded....

lagi satu....

'dilarang buang sampah'
boleh pulak dia jawab.... buang sikit je....

ok aku jawab: grrrrr.... kalau semua rakyat Malaysia berfikiran cam ni.... memang la Malaysia ni susah nak bersih mak cik oiii

aku memang geram la dengan orang-orang yang suka cakap sikit je.... bukan ade orang nampak pun.... tak de ape la.... bakar sikit je bukan jadi ape-ape pun....

GERAM SANGAT OKEH!!!

dengan bakar sampah yang sikit ni la akan jadi sumber pencemaran udara.... dengan buang sampah yang sikit ni lah akan jadikan punca macam-macam sakit dan kekotoran.... 

aku selalu cakap ayat camtu kat makcik-makcik.... tapi makcik-makcik ni selalu degil.... suka sangat buat pape ikot kepala dia je....


ANTARA GENRE YANG DIGEMARI RAKYAT MALAYSIA

Assalammualaikum

berdasarkan pengalaman aku... rakyat Malaysia ni terutamanya yang Melayu... sangat suka kepada hiburan dan gosip-gosip.... bila ada tajuk berita dalam blog..... dalam paper.... yang agak hot je.... mesti terlajak larisss... selain tu isu politik.... isu yang ada berbau lucah.... memang akan jadi hot...

orang Malaysia masih kurang suka kepada sesuatu yang ilmiah.... kisah-kisah tentang sejarah Islam.... sejarah kebangkitan Islam.... selain tu suka sangat menonton drama adaptasi daripada novel cinta.... yang sangat mengarut...

aku rasa malas nak ulas panjang lebar hal-hal macam ni... sebab banyak dah kot teguran yang diberikan oleh ustaz-ustaz dan orang perseorangan.... mengenai tabiat rakyat Malaysia.... ni...

selamat hari selasa....

don't waste your time bebeh =)

SPECIAL - WEDDING MIZA DAN ANAS

1 Jun 2014

kami daripada Mengkarak, Pahang melalui karak highway.... sekitar 2jam 30 minit.... kami pun sampai la ke Meru, Klang....

tq my hubby walaupun busy masa hujung bulan ni... tetap luangkan masa untuk pegi... hehe... hajat nak balik rumah opah.... tapi cancel... In Sha Allah next time hubby kata...

seronok dapat berkumpul dengan sedara mara... jom layan gambar ni... catering yang sediakan makanan pun sedap... gerai-gerai yang ade pun best... gerai cendol, gerai roti bom, gerai aiskrim goyang.... memang terbaik lah... zaman sekarang ni kenduri elok gunakan khidmat catering la... kalau nak senang... so tak payah susahkan sedara mara... if tak mampu cukup la buat doa selamat je... so... tak payah pening-pening nak merewang... he3

10 buah khemah yang ade masa tu pun penuh da dengan tetamu... memang ramai betul la... maklum la 1st time uda aku ni kenduri.... lagi pun dia memang ramai kenalan... dan berduit nak buat besar-besar ajak tetamu... 

alhamdulillah family kami daripada aku sampai adik yang kedua memang kami ambik khidmat catering... memang la makan belanja 10K dan ke atas... tapi tak rasa penat... =)

untuk my cousin... selama menempuh alam rumah tangga... dan cecepat dapat baby... 

me, my hubby dan ahmad


my cousin and her sibling masa bersanding


ANAS DAN MIZA
pengantin perempuan tu la cousin aku...


lepak-lepak dekat homestay


FARM IN THE CITY MALAYSIA

Assalammualaikum

nak bawak anak-anak rasai suasana kampung??
kebun? dan melihat sendiri haiwan-haiwan comel...

boleh la bawa anak-anak anda ke Farm In The City di Seri Kembangan Selangor.... lebih-lebih lagi musim cuti sekolah ni....

jom layan gambar-gambar ni....



ni lah kambing atas pokok ynag aku maksudkan...






sangat sesuai untk bawa anak-anak pergi beriadah musim cuti ni...

ok... selamat bercuti!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...