GENG LENSA HIDUP

27 February 2014

ASYIK PESAN BERJIMAT CERMAT... BUKANNYA BANYAKAN SEDEKAH...

Assalammualaikum

Selalu sangat dan kerap sangat tok nenek, mak bapak kita pesan suruh berjimat cermat ye tak?

Sedangkan dalam agama ade pesan banyakkan sedekah... sebenarnya... cara kita nak gandakan duit ataupun harta kita... adalah dengan cara bersedekah... sebab Allah dah janji kita akan dapat 10 kali ganda daripada apa yang kita sedekahkan... ye tak?

Sebab tu orang kaya2 yang rajin sedekah makin bertambah kaya... ye lah... sekali sedekah je 100k, sejuta... mana tak harta jadi berbilion...

Kita? Ade tak sedekah? Rajin tak sedekah? Banyak tak sedekah?

Tup2 ade yang mencelah... "eh eh aku rajin je sedekah... tapi kenapa tak kaya2?"

Berapa kau sedekah? seringgit sehari... kali sepuluh... baru dapat ganda rm10 je kan? So rajin2 la sedekah... jangan takut jatuh miskin... sebab memang janji Allah takkan fakir kalau selalu sedekah...

Tapi... untuk yang tak de langsung harta untuk disedekahkan... cukuplah sedekah dengan senyuman... itu pun Allah dah anggap sedekah... INGAT tu untuk orang tak de harta... jangan banyak harta... tapi kedekut... then cakap aku sedekah dengan senyuman je... hu3

I hope I will remind all my children...  "anak2 mama... banyakkan sedekah" dan aku kalau boleh tak nak la soh anak2 aku simpan duit... tu sume pandai la dia orang buat... cuma aku teringin nak hari2 ingatkan anak2... sedekah sedekah dan sedekah... jadikan amalan harian...

I HOPE =)

Aku sangat percaya kuasa sedekah sebab dah banyak kali jadi...  walaupun tengah tak berduit sangat... bagi je sedekah tanpa was2... it's miracle of sadaqoh... hasilnya... memang seperti yang Allah janjikan... kerana janji Allah itu pasti...


26 February 2014

KENALI PERBEZAAN ANTARA BEIJING, NEW YORK CITY & KUALA LUMPUR

Assalammualaikum

Sebelum menyalahkan mana-mana pihak... kita kena pelajari dulu ilmu land law, urban planning dan fahami topografi tempat yang ingin dibandingkan...

Beijing; memang dibuka sebelum masihi.... tetapi disusun semula pada tahun 1100-an.... pada zaman Dinasti Song

New York City; memang terbina dengan design perancang bandar yang dikaji dahulu menggunakan model Homer Hoyt atau Iron Grid Pattern; mungkin mengambil faktor tolak bandaraya London atau York di England

KL; perkembangannya (urban sprawl) Atas dasar sejarah ekonomi dan tak dirancang pada awal lagi. Contoh bandaraya seperti KL... adalah London Tokyo, Madrid, Bangkok, Paris, Jakarta (kebanyakan bandaraya besar dunia)

Kesimpulannya KL sukar untuk disusun semula kerana beberapa isu... seperti pemilikan tanah, tepubina sedia ada (termasuk nilai sejarah bangunan lama), campur aduk penggunaan tanah dan hirerki jalan raya yang tak seragam... apa yang boleh dilakukan ialah peningkatan kualiti pengangkutan awam (diutamakan transport berel), pemindahan dan pembinaan CBD baru... dipinggir kota... atau penyekatan pembukaan kawasan komersil baru di CBD sedia ada... pembukaan taman bandar di kawasan kosong yang ada... bukan dengan pembinaan bangunan2 baru...

It's just my 10 cent opinion... sebelum anda menyalahkan kerajaan salah sebab buat begitu dan begini... =)



21 February 2014

ANAK-ANAK YANG KIAN MEMBESAR

Assalammualaikum
Semoga semuanya sihat selalu
Menjangkau 4 tahun usia perkahwinan kami
Alhamdulillah anak - anak semakin membesar
Seronok tengok keletah mereka



Nanti ade masa lapang aku upload lagi picture....
My hubby pun semakin membesar huk3 =P











08 February 2014

SUAMI JANGAN CARI MASALAH

Assalammualaikum

Tajuk nak propa...
Perghhh betul ape?
Suami jangan cari masalah
Isteri pun jangan sengaja cari masalah

Dah ade anak comel comel
Dah ade isteri yang sopan santun
Dah ada suami yang caring
Dah ada keluarga yang bahagia

Jangan nak mengada jadi kaki clubbing
Jangan nak mengada carik pempuan lain
Jangan mengada nak cari laki lain
Jangan nak berjoli tak tentu arah...

Kang Allah tarik balik nikmat yang ada

Tup2 kawin laki baru... dapat laki kaki pukul
Tup2 kawin bini baru tak de anak ke... dapat anak cacat ke...

So bersyukurlah jangan kufur nikmat

Assalammualaikum =)


MENGKARAK OH MERANGKAK

Assalammualaikum

Lama betul tak update blog... hehe...
Akhirnya dah dapat balik semenanjung semula =)
Sekarang aku dah dok kat felda mengkarak 1...
Oh man... pedalaman tu... daripada guna internet celcom... sekarang aku dah tukar maxis... ni pun baru beli sim card... my hubby bawak gi beli sim baru... ho3...

Pekan triang... dulunya pekan koboi... sekarang dah cun la.. dah ade Mcdonald,  kfc, pizza, haha kira ok la tu... cuma jalan je agak macam ular kena palu... sebelum sampai tu...hu3....

Pasni boleh la try makan tempoyak ikan patin pulok.. Pasni dah boleh guna koi n awok... hu3

Update blog buleh la da.... sayang jugak laki aku... baru pagi tadi suarakan hasrat nak beli sim card baru... petang nye dah dah dapat beli hu3

Ni yang di namakan sayang tidak bertepi ho3... koyar sat...

Ape pun syukur... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...