bahagia ini bukan kerana dia, tapi Dia.
Hati saya sedang bercorak bahagia. Coraknya pula seperti pelangi petang yang dilukis di serambi langit, tatkala hujan renyai baharu selesai menyegari bumi kontang.
Pesona sekali bahagia ini.
Mesti anda mahu bertanya mengapa. Mengapa sehingga saya menjalin anyaman bahagia ini begitu ayu sekali.
Tapi jangan risau, saya akan terangkan di dalam artikel ini juga.
Jadi, jangan keberatan membacanya sehingga selesai.
:)