cerpen | nur amalina
Petang itu petang Jumaat. Aku buka blog lagi pada petang itu. Aku lihat carta tertinggi di indeks carian google Malaysia pada hari itu masih dimonopoli dengan kata kunci perkataan amalina, amalina che bakri, nur amalina dan amalina bakri.
"Masih seperti semalam," bisik hati Aku.
Sudah dua hari Aku melihat carta carian itu menyenaraikan nama pelajar cemerlang yang pernah menjadi sebutan segenap penduduk di tanah air suatu ketika dulu. Ketika itu para guru semuanya mahu murid mereka menjadikan gadis ini sebagai contoh. Bagi mereka Nur Amalina contoh terbaik. Nur Amalina pelajar cemerlang. Tapi, betulkah dia ini pelajar cemerlang? Aku sangsi.
Aku tahu masyarakat sekarang meletakkan penanda aras kecemerlangan pelajar dengan melihat kepada bilangan A yang berbaris di lampiran sijil peperiksaan.
Aku akui untuk mendapatkan deretan A terpampang di helaian sijil itu bukan suatu perkara yang mudah. Aku sendiri hanya sekadar berbangga dengan sijil peperiksaannya yang mencatatkan 5 A dan 6 B. Itupun Aku berbangga kerana Aku tahu Aku sudah melakukannya dengan sehabis baik.