pekerja yang pelik
Assalamualaikum.
Binalah kekuatan menghadapi ujian hidup dengan penuh pengharapan kepada tuhan kerana Allah adalah satu-satunya yang mampu dan berkuasa untuk memberi manfaat dan menarik mudarat.
Sekiranya seluruh makhluk berkumpul untuk memberi sesuatu perkara kepada anda, perkara tersebut tidak akan terhasil langsung melainkan apabila Allah mengizinkannya terjadi.
Kuasa Allah adalah kuasa yang menjadikan sesuatu daripada tiada kepada ada. Sedangkan tiada suatu makhluk pun yang mampu berfikir tentang sesuatu perkara yang tiada, apatah lagi mengadakannya!