batal puasa kerana keluar mani | sengaja | onani
Assalamualaikum.
Soalan: saya terkeluarkan air mani dengan sengaja pada malam hari..adakah puasa saya terbatal pada siang hari..dan bolehkah saya meneruskan puasa saya?
Jawapan: yang dimaksudkan dengan batal puasa adalah apabila kita sedang berpuasa. adapun pada waktu malam belum lagi berpuasa. tidak seperti perempuan yang haid, berjunub tidak menghalang lelaki daripada berpuasa. puasa boleh diteruskan pada siang hari tetapi wajib mandi untuk membolehkan solat seperti biasa.
Soalan: saya telah melakukan onani pada malam hari..jadi air mani terkeluar dengan segaja..bolehkah saya berpuasa pada keesokan harinya dan adakah sah puasa saya tersebut..apa hukumnya...
Jawapan: Jawapannya sama dengan jawapan di atas. puasa perlu diteruskan seperti biasa. Hukum onani adalah haram melainkan dalam keadaan darurat atau dengan menggunakan bahagian daripada tubuh isteri ketika dia haid.
Wallahualam..