amalan zikir dan doa malam lailatul qadar 1432H/2011M | 1000 bulan
Assalamualaikum.
Lailatul Qadar adalah nama suatu malam yang diperuntukkan khas kepada muslimin pada bulan Ramadhan (tahun ini 1432 H/2011 M) sebagai bonus yang Allah berikan kepada mereka untuk melipatgandakan pahala melalui amalan-amalan sama ada solat, tilawah, zikir, doa dan lain-lain pada malam yang dinamakan lailatul qadar tersebut.
Sebagai panduan menurut hadis-hadis yang sohih, baginda nabi akan mempertingkatkan amalan baginda pada 10 malam terakhir ramadhan disebabkan antaranya kerana pada salah satu daripada waktu itulah tibanya malam yang lebih baik daripada seribu (1000) bulan.