10 amalan sunat/sunnah rasulullah berkaitan hari raya aidilfitri
Assalamualaikum.
10 amalan sunat aidilfitri, amalan sunnah rasulullah, amalan-amalan bulan syawal, kemuliaan hari 1 syawal, hadis kelebihan solat sunat aidilfitri, kelebihan amalan hari raya puasa, hadis berkenaan aidilfitri, fadhilat/fadilat berkaitan hari raya aidilfitri, kisah di hari raya, amalan terbaik, doa solat sunat, lafaz takbir raya, bolehkah ucap selamat hari raya, ucapan raya di perantauan 2011 M/1432H
Kala Kemeriahan Syawal, marilah kita berkongsi sedikit ilmu berkenaan 10 amalan sunat berkaitan Aildilfitri yang diamalkan Nabi kita Muhammad SAW sebagai sunnah baginda dan para sahabatnya. Semoga sedikit maklumat ini menjadi pendorong kepada kita semua untuk memaknakan Aildilfitri dari sambutan adat kepada menjadi sebuah ibadah yang di situ terdapat keredhaan Allah. Jom ikuti apakah yang terdapat di dalam sebuah risalah yang terselit semasa membaca blog mata hati mekar untuk saya kongsikan buat tatapan kita bersama-sama.
1. Bertakbir
Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya anak bulan dan berakhir setelah selesainya imam membaca khutbah. Disunatkan juga untuk kita bertakbir di sepanjang perjalanan dari rumah menuju ke masjid utk menunaikan solat aidilfitri.