kes fitnah liwat anwar ibrahim adalah batu nisan UMNO
Assalamualaikum.
Anwar tidak bersalah kes liwat. ulasan saya - kesilapan terbesar UMNO menjelang PRU 13
Apabila hakim mahkamah tinggi memutuskan pada pagi hening 9 Januari 2012 bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak bersalah dan perlu dibebaskan, dataran tempat letak kereta perkarangan mahkamah jalan duta riuh dengan takbir dan laungan reformasi.
Sesungguhnya ini benar-benar reformasi. Tuhan Maha mengatur, bahkan Dia sudah sedia mengatur sejak azali. Alhamdulillah.