motivasi petua mengatasi masalah cinta 1
Assalamualaikum.
Ada dua perkara utama yang anda perlu faham untuk mengatasi masalah cinta.
Yang pertama adalah mengetahui hakikat cinta.
Memang banyak pihak yang mentakrifkan cinta dengan makna dan terjemahan mereka tersendiri sehingga ada yang menyatakan cinta itu sebagai sesuatu yang subjektif. Namun Imam Ghazali sebenarnya telahpun memberikan kepada kita sebuah takrifan cinta yang cukup padat dan tepat dengan kata beliau bahawa, "cinta adalah suatu kecenderungan terhadap sesuatu yang memberikan manfaat".